Bismilla..
Punca keresahan dan kebimbangan kehidupan apabila jiwa tiada benar dalam penyerahan diri kepada Allah. Punca tiada penyerahan kerana ragu pada sifat Kasih Sayang dan Pemeliharaan Allah. Punca keraguan kerana bisikan iblis. Punca bisikan kerana kekotoran jiwa dan punca kekotoran jiwa kerana sifat mazmumah.
Hanya dengan Cahaya Allah yang berkekalan dalam jiwa akan menanggalkan kekotoran jiwa sedikit demi sedikit. Bisikan ibils akan menjadi lemah. Maka akan memancarlah Tauhid Hakiki dalam jiwa memadamkan keresahan, kehidupan akan mencapai ketenangan yang hakiki...
Jika engkau ingin kebahagiaan...
Carilah dalam diri sendiri
Hapuskan segala belukar pada jiwamu
Hulurkan tanganmu untuk sebuah Cinta
Luaskan jiwamu dengan Lautan Kemaafan
Tanamkan sedalamnya nafsu kesombongan di Bumi Kerendahan
Telanlah kepahitan dengan Kesabaran
Hilangkan kebimbangan dengan Tawakal
Pecahkan dengkimu dengan Syukur
Padamkan kekecewaan dengan KeRahmatan
Tutuplah sejarah hitam, melangkahlah ke arah ar-Rahman
Ubatilah kegagalan dengan Hikmah
Ketakutan hendaklah dihapuskan dengan Keberanian
Cinta mu serahkan pada Allah dan Rasul
Hidupkan keikhlasan dalam jiwamu
Pasti mengalir dalam jiwa, air kebahagiaan dari Tuhanmu!
~Mengecapi Air Kebahagiaan Hakiki
Kekayaan dan pangkat bukan membawa ketenangan abadi, malah keresahan yang membimbangkan.
Kekayaan jiwa dan maqam yang mulia disisi Allah saja yang akan membawa kebahgiaan dan ketenangan. Sedangkan harta hanya sebagai perlengkap sahaja bukan asas utama..
Semuga di permudahkan segala urusan dunia akhirat.
Waallahuaklam.
Sangku Riang♥
Tiada ulasan:
Catat Ulasan