Khamis, 19 Mac 2015

sedey

BACA NI SEDIH 😭



Menelefon mak seperti biasa. Bertanya khabar dan sebagainya. Sehinggalah...

"Mak...kakak nak bacakan ayat Quran untuk mak boleh?"

"Bacalah, mak nak dengar."

Lalu saya bacakan ayat dari surah ‘Abasa, beserta terjemahannya.

Bismillah..

Kemudian (ingatlah keadaan yang berlaku) apabila datang suara jeritan yang dahsyat,

Pada hari seseorang itu lari dari saudaranya,
Dan ibunya serta bapanya,
Dan isterinya serta anak-anaknya
Kerana tiap-tiap seorang dari mereka pada hari itu, ada perkara-perkara yang cukup untuk menjadikannya sibuk dengan hal dirinya sahaja.

(Surah ‘Abasa, 80 : 33-37)

Mak diam. Lama.

Tarik nafas.

" Mak, andai kata lah, Allah takdirkan kakak yang pergi dulu, mak nangis tak?"

"Soalan..kenapa kakak tanya? " Lembut kedengaran suaranya.

"Saja. random" Saya senyum di hujung talian.

"Mestilah, kakak anak mak dunia akhirat, sedangkan rasulullah pun nangis ketika Khadijah pergi, inikan pula mak"

"Mak.. kalau boleh kakak tak nak mak nangis. Nak nangis boleh. 3 minit setengah saja. Tu pun tak boleh over." Senyum.

" Sejak bila kakak pandai demand ni?" Masih lembut kedengaran suaranya.

"Dah kalau mak nangis memanjang, bila nak doakan kakak kan? Kesian kakak duk dalam kubur tu haa."

Mak diam. Terdengar helaan nafas mak di hujung sana.

" Mak sampai masanya nanti, Allah akan uji kita dengan dasyatnya kiamat .

Masa tu, tak akan ada sesiapa yang boleh tolong kita. Melainkan diri kita sendiri. Even kakak pun, tak mampu nak tarik mak dan ayah.

Tapi Allah janjikan kita dengan hari kebangkitan, kakak doakan, kakak nak dibangkitkan dengan mak dan ayah."

Dalam diam, saya dengar esakan mak.

Sengaja saya biarkan. Sebab saya juga merasa perkara yang sama.

"Mak, andai hari ini kita berkeluarga di dunia, apa salahnya kita sambung pertalian ini di syurga. Bolehkan mak?"

Terdengar esakan mak semakin kuat. Tapi mak usaha tahan tangisannya. Ya Allah..sayunya.

seminit.. dua minit.. tiga minit..

"Kakak, mak pun nak dibangkitkan dengan kakak. Dengan kita semua. Kakak doakan mak ayah boleh?

Kakak tolong bawa mak dan ayah, mudah mudahan kita dibangkitkan bersama."

Cecair jernih di pipi dikesat.

"Tegur mak kalau mak buat salah. Kakak ada ilmu, kakak lebih tahu."

Sebak berganda -ganda. Pejam mata rapat. Airmata dikesat.

"Di mata kakak, mak tak pernah buat salah, kakak ja yang banyak dosa "

"Bawa mak kakak. Mak tak kan pernah putus doa agar dapat stay dengan kakak dan semua sampai Syurga. "

"Insya Allah, kita sama sama baiki diri, mak. Innahu kaana tawwaba.."

Senyum sambil seka air mata.

********
So taking a step back, it's quite obvious how beautiful Allah planned our lives isn't it?

For every step of the way, He has never really left us alone, there will always be someone who would be with us.

"Sama sama aim syurga. Shall we?"

Which is to put our best effort forward; in anything that we do. And the truth is, the only thing that we can measure relatively is just our efforts.

And the rest? it is for Him to decide, all the endpoints are in His Hands.

All the stories of how our life will proceed are all in His Plans. Trust Him, I think that's what He wanted most from us. Insya Allah.

To the One watching us from above,
Permudahkan urusan kami, ya Allah.
aameen Yaa Rabbi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan