Sabtu, 14 November 2015

Matrik bukan sekolah

Sektor pendidikan swasta sememangnya berkembang pesat dan dahsyat. Keterbukaan kerajaan dalam membenarkan perkembangan tersendiri sektor swasta sememangnya tindakan yang perlu dikekalkan. Terdapat pelbagai model pendidikan diketengahkan sektor swasta.
Sebahagiannya menampilkan hasil yang memberangsangkan, sebahagian lagi masih dalam fasa percubaan. Tidak dinafikan juga, ada yang berada pada takuk lama dengan prestasi yang kian merudum.


Sebetulnya, tunggak kepada kecemerlangan sektor swasta ini banyak bergantung pada pentadbiran. Berbeza dengan kerajaan, dana yang berterusan menjadikan bahagian pentadbiran tidak memainkan peranan yang besar.
Namun bagi sektor pendidikan swasta, keterbatasan dana benar-benar membutuhkan tahap kecekapan yang tinggi pada bahagian pentadbiran. Sedikit sahaja penyelewengan, sama ada bersifat peribadi mahupun dalam bentuk projek, bakal menarik sesebuah sekolah swasta puluhan tahun ke belakang.
Antara segmen menarik yang ada dalam sekolah swasta adalah keterbukaan mereka menerima graduan baharu yang tidak mempunyai latar belakang pendidikan. Hal ini memberi kesan yang besar terhadap lambakan idea-idea pendidikan baharu, berbeza dengan graduan berlatar belakangkan pendidikan yang kebanyakannya terdedah kepada sistem serta amalan kebiasaan dalam sektor kerajaan.
Daripada lambakan graduan baharu yang tidak berlatar belakangkan pendidikan ini, idea-idea berikut mula terhasil:
Pemikiran aras tinggi
Tersebar satu mind-set baharu dalam kalangan guru-guru,  pelajar-pelajar zaman ini lebih berpengetahuan daripada guru. Hanya disebabkan pelajar-pelajar ini lebih mahir berteknologi, mind-set ini akhirnya digeneralisasikan kepada semua bahagian ilmu. Ini adalah satu tanggapan meleset.
Sebenarnya, walaupun mereka mahir berteknologi, namun penggunaannya tidak terarah kepada ilmu-ilmu yang bermanfaat. Lebih-lebih lagi ilmu-ilmu teknikal yang diajarkan di sekolah, memerlukan bimbingan halus daripada guru-guru.
Kesan tanggapan ini, tercetusnya idea menerapkan unsur-unsur pemikiran aras tinggi dalam pendidikan peringkat menengah. Ironinya, sebahagian besar pelajar masih tidak mampu mengikut rentak ini. Masakan tidak, jika benar teknologi sekarang  menyediakan pelajar-pelajar yang lebih berpengetahuan daripada guru-guru, mengapa masih banyak kes-kes penipuan siber melibatkan anak-anak remaja kita?
Justeru, perkara sepatutnya ditekankan pada peringkat menengah ini bukanlah pemikiran aras tinggi, tetapi pemikiran berstruktur. Satu disiplin ilmu yang jarang didengar, tetapi ia lebih sesuai dengan aras pemikiran pelajar-pelajar sekolah menengah.
Kritik dan perkecilkan pelajar
Graduan baharu universiti bukan pendidikan kebiasaannya terdedah dengan budaya kritik dan baca sendiri. Siapa yang kurang membaca dan lemah dalam pemikiran kritis, kebiasaannya akan ditertawakan dalam dewan kuliah.
Pensyarah pula biasanya akan memperkecilkan pelajar-pelajar yang lemah seperti ini di hadapan para pelajar lain. Cuma, kesan daripada budaya ini, pelajar semakin bersemangat dan rasa tercabar.
Berbeza dengan pelajar sekolah menengah yang kebanyakannya pada fasa ini banyak mengalami konflik identiti dan kecelaruan dalaman. Jika budaya yang sama diterapkan, pastilah hasilnya berbeza. Mereka akan lebih mudah memencilkan diri, putus asa dan hilang semangat.
Puji dan ganjar pelajar
Di sudut yang bertentangan, terdapat pula sekelompok graduan psikologi yang melihat pendekatan puji dan ganjar adalah mekanisme yang lebih merangsang pelajar untuk lebih cemerlang. Budaya ini pula sangat bertentangan dengan amalan pendidikan turun-temurun yang menggunakan mekanisme denda sebagai pengajaran berkesan kepada pelajar-pelajar.
Penggunaan tanpa kawalan dan syarat dalam mekanisme puji dan ganjar ini dibimbangi bakal melahirkan generasi tidak berdisiplin dan kurang daya saing.
Masa diperuntukkan guru dan kepadatan jadual pelajar
Graduan baharu ini juga lebih cenderung menyediakan tugasan belajar semirip universiti berasaskan projek kerja dan lain-lain. Bagaimanapun, projek-projek kerja ini, sekiranya diberikan setiap guru, adakah tempoh masa yang diberikan kepada pelajar bagi menyelesaikannya cukup?
Dengan lambakan rujukan dan latihan yang perlu pelajar lalui, kaedah penjadualan serta struktur pembelajaran subjek sedia ada ini sudah cukup ideal dibandingkan dengan universiti yang pelajar sendiri boleh daftar dan susun jadual subjek masing-masing?
Pengetatan kaedah pemarkahan
Dalam masa kita ingin aras sekolah menengah searas dengan universiti, namun pemarkahan kita lebih longgar daripada tadika. Sesetengah sekolah swasta, tanpa disedari ibu bapa, meletakkan piawaian sangat rendah dalam tilawah dan hafazan pelajar.
Hasilnya, ibu bapa bangga dengan gred tilawah dan hafazan anak-anak mereka, tetapi hairan mengapa anak-anak mereka ini masih gagal membaca al-Quran dengan lancar dan tidak mampu menjadi imam dengan bacaan surah panjang. Akhirnya kualiti yang diukur dengan gred itu tidak selari dengan apa yang mampu dibuktikan sendiri pelajar tersebut. Sudahkah sekolah menengah bersedia untuk ini?
Kerja pengkeranian guru dibanding dengan pensyarah
Apabila gagasan sekolah menengah ingin menuju status universiti ini dilaung-laung, malangnya idea tersebut datang daripada orang yang tidak memiliki pengalaman lama dalam pengajaran di sekolah menengah. Sehingga kini, tiada lagi kajian ilmiah dilakukan khusus bagi mengukur tugasan-tugasan kerani yang perlu dilakukan guru dan pensyarah.
Cuma, sudah menjadi sesuatu yang maklum dalam kalangan masyarakat,  kerjaya sebagai pensyarah tidak seberat kerjaya guru. Ini kerana, pentadiran universiti disokong kukuh pegawai pentadbiran yang cukup. Sedangkan sekolah pula tidak memiliki sistem sokongan sekukuh ini.
Moral vs IQ
Satu lagi sudut yang perlu kita perhalusi sekiranya ingin membawa sekolah ke tahap universiti adalah, sejauh mana sekolah berperanan membentuk moral dan pembentukan jati diri pelajar? Berbeza dengan universiti, fungsi utamanya adalah memperkasa kepintaran sedia ada pelajar-pelajar. Sedangkan sekolah mempunyai peranannya besar dalam membentuk sikap dan moral pelajar.
Sekiranya nisbah peranan sekolah ini diperluaskan setaraf dengan universiti, kita bakal berhadapan masalah besar melihat generasi akan datang yang bijak, tetapi biadab.
Mengambil sample dan model lebih mirip
Kebanyakan kajian ilmiah yang dilakukan pada peringkat sarjana dan kedoktoran, mengambil sample dan model dari dunia barat. Misalnya mekanisme rotan. Hanya merujuk kepada amalan di Amerika Syarikat, akhirnya rotan diharamkan di sekolah-sekolah.
Sedangkan mekanisme rotan di Jepun sangat berkesan. Ini adalah kaedah rujukan salah dalam dunia kesarjanaan. Seperti dalam sektor politik, kita tidak boleh mengambil model Umawiyyah untuk diimplementasikan di Malaysia kerana model Malaysia lebih mirip dengan Abbasiyyah. Oleh itu, kita perlu membuat pemeriksaan semula terhadap gaya dan kaedah kita membuat rujukan sebelum keluar dengan sebarang keputusan dan polisi.
Selepas dibincangkan butiran-butiran di atas, persoalan yang tinggal, adakah kita sudah cukup bersedia dengan modus operandi ini? Dan jika kita benar-benar yakin, idealisme menjadikan sekolah seperti universiti ini adalah tindakan yang benar, sudahkah sekolah-sekolah bersedia melakukan reform dari segi ekonomi, pentadbiran, tenaga kerja berkemahiran, modul, serta infrastruktur?
Jika sekolah bukan penjara, sekolah juga bukan universiti.

Jumaat, 13 November 2015

Uai

Soal Jawab Ustaz Azhar Idrus

Soalan: Apa maksud Khunsa?
Ust: Itu org yg ada 2 alat sulit berlainan jenis. Jika ada 2 'Pistol' itu bukan khunsa,tu 'power rangers'.

Soalan: Wajibkah bercangkung bila mandi junub?
Ust: Barcangkung tu salah satu cara,yg wajibnya ratakan air seluruh tubuh badan.

Soalan: Apa hukumnya bunuh tikus yg suka kacau bini saya?
Ust: Ada jgk tikus miang.Boleh bunuh, niat sebab haiwan perosak.

Soalan: Bolehkah pergi kenduri yg kita tak dijemput?
Ust: Boleh, tapi pergi tgk orang mkn shj,makan tak boleh, Haram.

Soalan: Wajibkah jwb salam melalui SMS/ Internet?
Ust: Tidak, Salam hanya wajib dijawab jika ia berlafaz...Jika dia tulis di langit pun x wajib jawab.

Soalan: Apa hukum jika asyik teringat kekasih lama?
Ust: Ini soal hati, tak berdosa. Sedangkan selipar jepun hilang pun kita teringat2.

Soalan: Wajibkah wanita pakai stokin?
Ust: Tak wajib dan tak berdosa kalau tak pakai. Tak pakai seluar pun tak berdosa. Yg wajibnya tutup aurat.

Soalan: Ustaz kata kalau isteri tak cantik bole tutup lampu, tapi kalau siang hari mcm mana?
Ust: Tutup mata,sama jgk gelap tak nampak.

Soalan: Ayam atau telur yg dulu?
Ust: Bergaduh 8 tahun x selesai. Ayamlah dulu. Hadis kata Allah ciptakan binatang berpasangan. Dari sinilah keluar telur.

Soalan: Saya sudah jatuh cinta, nak buat mcm mana ni ustaz?
Ust: Soalan begini senang pun tanya jgk,manjanya.Jawabnya mu pegi masuk meminang lah.

Sedekah

Kupasan Kitab Ziarah ke Alam Barzakh (Al Imam Jalaluddin As-Suyuti)

🌐✏KENAPA SI MATI LEBIH MEMILIH UNTUK BERSEDEKAH SEANDAINYA DIA DIKEMBALIKAN KE DUNIA?

👳📝Sebagaimana firman Allah, "...wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yg sedikit saja lagi, supaya aku dpt bersedekah....." -(surah al munafiqun:10)

👳✏Sedangkan dia tidak pun berkata "supaya aku dapat mengerjakan umrah" atau "supaya aku dpt solat" atau "supaya aku dpt berpuasa"?

👳✏Seorang ulama berkata, "Tidaklah seseorang yg tlh mati itu menyebut utk bersedekah melainkan kerana kehebatan pahala yg telah dilihatnya selepas kematiannya.."

👳📝Maka hendaklah kamu perbanyakkan sedekah kerana sesungguhnya seorang mu'min akan berada di bawah teduhan pahala sedekahnya pada hari kiamat nanti.

👳📝Bersedekahlah utk saudaramu yg tlh pun meninggal dunia kerana sesungguhnya mereka amat berharap utk kembali ke dunia utk bersedekah dan melakukan amalan soleh.

👳📝Oleh itu realisasikanlah harapan mereka. Dan latihlah anak2mu supaya membiasakan diri dgn bersedekah.

👳📝Bersedekahlah.. Sesungguhnya Allah memberi ganjaran kpd org yg bersedekah.

👳📝Adakah anda pernah membaca tentang faedah bersedekah?

1⃣✏Amalan sedekah itu adalah salah satu pintu daripada pintu2 syurga

2⃣✏Sedekah adalah sebaik2 amalan soleh dan sebaik2 sedekah ialah memberi makan

3⃣✏Pahala sedekah akan menaungi pemiliknya pada hari kiamat dan melepaskannya dari azab neraka

4⃣✏Sedekah dapat memadam kemurkaan Allah dan kepanasan kubur

5⃣✏Sedekah adalah sebaik2 hadiah buat si mati, yang paling bermanfaat untuknya di kubur dan yang ditambah oleh Allah akan rezeki (kerana bersedekah)

6⃣✏Sedekah adalah satu penyucian harta dan jiwa dpt menggandakan kebaikan.

7⃣✏Sedekah adalah punca kegembiraan si pemberi dan punca wajahnya bercahaya di hari kiamat

8⃣✏Sedekah menjadi pengaman dari ketakutan pada hari huru hara besar dan hari yang tiada kesedihan kerana hilangnya sesuatu drpnya (hari kiamat)

9⃣✏Sedekah menjadi punca keampunan trhadap dosa dan penghapusan daripada kejahatan

🔟✏Sebagai pembawa berita gembira tntang pengakhiran yg baik dan punca doa malaikat buatnya

1⃣1⃣✏Orang yg bersedekah adlah org yg terbaik di kalangan manusia.

1⃣2⃣✏Pahala sedekah pula adalah utk semua yg berkongsi tentang sedekah itu (bukan hanya utk si pemberi)

1⃣3⃣✏Pemberi sedekah dijanjikan kebaikan yg banyak dan pahala yg besar

1⃣4⃣✏Org yg suka menginfaq adalah salah satu sifat orang yg bertaqwa.

1⃣5⃣✏Dan sedekah menjadi punca lahirnya kasih sayang hamba Allah kepada si pemberi.

1⃣6⃣✏Sedekah tanda dermawan dan salah satu tanda kemuliaan dan kemurahan hati

1⃣7⃣✏Bersedekah memustajabkan doa dan merungkaikan segala kesulitan.

1⃣8⃣✏Bersedekah menolak bala dan menutup  70 kejahatan di dunia.

1⃣9⃣✏Sedekah memanjangkan umur, menambah rezeki, menjadi punca rezeki dan kemenangan

2⃣0⃣✏Sedekah menjadi ubat, penawar dan penyembuh

2⃣1⃣✏Sedekah menghalang kebakaran, tenggelam akibat banjir dan kecurian

2⃣2⃣✏Pahala sedekah adalah tetap (tidak berbeza-beza) walaupun diberikan kepada haiwan ternakan atau burung2.

👳💌Dan sebaik2 sedekah skrg ini ialah menyebarkan msj ini dengan niat bersedekah.

👳💌Kerana setiap org yg "copy paste" msj ini, pahalanya adalah utkmu juga, in syaa Allah.

Sabtu, 7 November 2015

Doa selamat

Ya Allah cukupkan rizki padaku, berkahilah rezeki itu dan gantikan semua yg hilang dariku dengan yang lebih baik lagi. Ya Allah sukakan diriku pd IMAN dan hiasi hatiku dengan IMAN itu.

Tampakanlah padaku keburukan KUFUR, FASIQ dan MAKSIAT. Ya Allah mudahkan aku untuk selalu berjalan mencari RIDHOMU dg BANYAK BELAJAR AGAMA, MUDAHKAN TANGANKU UTK SELALU BER ZAKAT, SEDEQAH, INFAK dan AMAL JARIYAH LAIINYA, agar MENGALIR PAHALANYA KETIKA AKU SUDAH di ALAM KUBUR KELAK.

JADIKAN DIRIKU ORG YG BAKTI KPD ORANG TUA KRN BAKTI KPD MEREKA MEMBUAT KAU RIDHO PADAKU DUNIA AKHIRAT. BAGUSKAN AGAMA & AKHIRATKU. HIDUPKAN HATIKU AGAR SELALU BISA MENERIMA HIDAYAH & PETUNJUKMU - amin

Khamis, 5 November 2015

Imam

bertanyalah seorang bapa kepada anak-anaknya, setelah melihat keputusan peperiksaan akhir tahun, seorang mendapat keputusan cemerlang, manakala seorang lagi kurang cemerlang ;

" Bagaimana kamu, wahai anak, mendapat keputusan cemerlang begini? "
Anak menjawab " .. ini semua dari Allah ".
bertanya pula pada anaknya yang seorang lagi,

" Mengapa kamu tidak mendapat seperti dia? "
Anak menjawab " .. ini adalah rezeki yang telah ditetapkan Allah " dan anak itu pula kembali menyoal ..
" Mengapa kamu wahai bapa, membandingkan antara kami, tentang keputusan akhir ini? "

Bapa menjawab " tidaklah aku bertanya dengan sia-sia, melainkan ia (pertanyaan tadi) menjadi ujian iman kepada kamu dan diriku sendiri " , seraya dipeluknya anak-anak itu dan masing-masing mengucapkan "Alhamdulillah"

you get what you give

Satu quote yang sangat skema, "you get what you give."
What do you understand with this quote? Give good, then you will get good things and vice versa?
Macam kalau saya kasi awak lolipop kemudian saya akan dapat lolipop yang sama harga dan perisa, gituh?
Believe me, quote skema itu sangat-sangat deep.
Sebuah kisah, di mana seorang budak universiti yang hidup di atmosphera universiti. Seronok dan bebas...
Dia lelaki dan dia seperti lelaki lain, ada nafsu dan ada shaitan yang setia di sisi. Dia jatuh suka dengan seorang perempuan dan perempuan itu pun suka dia.
Suka sama suka, dan mereka bersama mendekati zina. Hinggalah satu hari, mereka melakukan zina yang sebenar.
Ini kisah benar. Berlaku dalam dunia realiti, bukannya mimpi.
Setelah berzina, masa berlalu. Pregnant, itu berita yang lelaki itu terima. Yes, dia mengandung hasil zina mereka.
Keluarga lelaki itu marah. Abang kepada lelaki itu berlari laju untuk serang si lelaki, dan setelah berdepan, jawapan lelaki itu mudah...
"Siapa dia, aku tak kenal. Aku tiada kaitan dengan dia. Langsung tiada."
Jawapannya ringkas dan mudah. Kemudian si lelaki tinggalkan keluarga perempuan tersebut begitu sahaja.
Masa berlalu dengan izin Tuhan, sehinggalah beberapa tahun selepas itu, si lelaki pelik Umi dia menangis. Menangis yang teresak-esak. Umi dia kerap pengsan dan menangis.
Dia tanya, "Kenapa ini? Astaghfirullah!"
"Kakak kau, kakak kau mengandung, kakak kau berzina dengan jiran sebelah!"
Dia berlari laju menuju jirannya itu, dan jawapan jirannya sangat mengejutkan.
"Siapa kakak kau, aku tak kenal. Aku tiada kaitan dengan kakak kau. Langsung tiada."
MashaAllah, jawapan itu sangat sama dengan jawapannya suatu ketika dahulu.
Istighfar. Dia beristighfar.
Detik masa berlalu, saat demi saat, minit demi minit, hinggalah tiba hari perkahwinan si lelaki. Keluarga lelaki dan keluarga perempuan datang dalam majlis mereka, Meriah.
Pada hari pertama antara dia dan isteri dia, satu kata-kata isteri dia membuatkan dirinya sangat terkejut, lebih terkejut daripada berita kakaknya berzina dengan jiran.
"Awak, saya dah pernah berzina sebelum ini. Saya pernah buat hubungan seks dengan lelaki lain sebelum awak. Minta maaf."
Perempuan itu telah berzina, sama juga dengan dirinya yang pernah berzina.
Istighfar. Dia beristighfar.
Keluarga mereka bahagia, ada seorang anak perempuan. Ketika itu, anak perempuan yang comel itu berumur 6 tahun. Hidup sepertimana kanak-kanak lain, bermain di luar rumah dengan kanak-kanak lain.
Satu hari, si anak berlari jumpa si ayah. Dia teresak-esak menangis.
"Abah, pak guard rogol saya."
MashaAllah, jantung hati ayah mana yang tak terobek dengan berita anak berumur 6 tahun dirogol?
Istighfar. Dia beristighfar.
---
Skema ke tidak quote "you get what you give"?
Skema tak skema, mohon jaga iman dalam jiwa. Terdetik nak bermaksiat? Ingat, you will get what you give.
Skema pun skema lah kan, tapi dalam Quran Allah ada kata mengenai this quote but in different cara penyampaian.
Surah Ghafir. 40.
Dalam ayat ini, Allah kata:
"Sesiapa yang mengerjakan sesuatu perbuatan jahat maka ia tidak dibalas melainkan dengan kejahatan yang sebanding dengannya."
You will get what you give.
Banyak lagi ayat describing about this, in my research, these are the ayats:
Al-An-aam : 160
Al-Qasas : 84
Dan lain-lain ayat.
Well, kalau kamu buat zina kepada orang lain dan kamu buat bodoh seperti mana dalam cerita di atas, so you will get what you give.
Dosa lain pun sama.
Mencuri.
Mengumpat.
Buat fitnah.
Dan pelbagai lagi maksiat yang ada di atas dunia ini.
Haaaa, ni nak tambah bad news untuk kamu, buat benda baik you will NOT GET what you give.
Ini serius. Kamu buat baik kamu tidak akan dapat yang setimpal. That's how it works so chill lah.
So macam tak syok lah nak buat baik. Jadi macam buat kempen tak payah buat baik sebab buat baik tiada implikasi bali kepada kita. Buat baik tidak dibalas baik tapi buat jahat dibalas setimpal.
"Hm. Nak bertapa dalam bilik tak nak buat jahat dan tak nak buat baik. Muktamad!"
Yes. Bila kita buat baik, kita tidak akan dapat baik yang setimpal. Sebab, bila kamu buat baik, Allah akan bagi LEBIH BAIK daripada apa yang kamu buat baik.
Untuk istilah buat baik, namanya:
YOU WILL GET BETTER FROM WHAT YOU GIVE.
Gituhh!
Tak skema kan?
Macam kalau saya kasi awak lolipop kemudian saya akan dapat lolipop yang sama harga dan perisa, gituh?
Tak. Bukan gitu.
Kalau saya bagi awak lolipop perisa strawberi, i will get back lolipop perisa strawberi+vanilla+chocolate yang ada aiskrim tiga tingkat atas lolipop itu dan ada syrup chocolate dan krim import atas lolipop tersebut.
Berganda-ganda kan? Syoknya!
So ikhwah akhawat yang allergic dengan perkataan skema, jom kita allergic buat jahat sebab penjahat itu skema dan mulalah kita buat baik kerana orang baik itu tidak skema juga bakal ahli Syurga.
Infiruu! =]

Aiman Banna

Insaf sentap hiba haru

Subhanallah, Masyallah...Allahuakbar..(KISAH BENAR)
SATU PENGAJARAN BUAT GADIS2 DAN PARA ISTERI

Mengalir air mata saya, mengalir juga air mata kalian membacanya
KISAH ISTERI YG MERASA DERHAKA KPD SUAMI

Indonesia: Ketika aku sedang menanti teman menjemput ku di masjid, aku melihat seorang wanita berjilbab seperti menunggu seseorang juga. Lalu aku menegurnya utk berbual bual sambil menanti teman menjemput ku pulang.

Selepas bertanya khabar dan berbual seketika, tiba2 wanita itu bertanya, "Cik sudah berkahwin?". Jawabku, "Belum". Dan aku bertanya pula, "Tunggu siapa?". Jawabnya, "Menunggu suami."

Aku melihat wanita ini membawa beg laptop dan satu beg yg besar. Seperti wanita berkarier. Lalu aku beranikan diri utk bertanya, "Kakak kerja di mana?"

"Alhamdulillah 2 jam tadi, secara rasminya saya tidak bekerja lagi," jawabnya dan terpancar sinar kegembiraan di wajahnya. Lalu aku bertanya, "Kenapa?".

Jawabnya tegas, "Ini adalah langkah awal utk wanita yg berkarier utk lebih taat kpd suaminya." Aku kehairanan dgn jawapannya apatah lagi melihat dia tersenyum.

"Saudari boleh saya ceritakan kenapa. Semoga ia boleh dijadikan pelajaran yg baik. Saya bekerja di pejabat yg mana gaji saya 10 kali ganda lebih besar dari suami. Suami saya di waktu pagi berniaga roti bakar dan di waktu petang berniaga ais cendol.

"Kami baru bernikah 3 bulan dan kelmarin buat pertama kalinya saya menangis kerana merasa derhaka kpd suami. Saudari tahu kenapa? Waktu itu jam 7 mlm suami saya akan menjemput saya seperti biasa di pejabat. Kebiasaannya jam 3 saya sudah pulang tapi pada hari itu kerja saya sgt banyak. Sampai di rumah saya kepenatan.

"Kerana kepenatan kepala saya begitu pening. Kebetulan suami saya beritahu badannya seperti berangin dan kepalanya pening juga. Dia meminta saya mengambilkannya air segelas. Saya kata saya sgt keletihan dan memintanya ambil sendiri.

" Jam 11.30 malam baru saya tersedar dan cepat2 menunaikan solat Isyak. Selepas solat saya melihat suami lena tidur. Saya ke dapur dan melihat pinggan mangkuk sudah dicuci. Pakaian kami sudah dibasuh. Siapa lagi yg buat jika bukan suami saya.

"Astagfirullah, bukankah suami saya juga beritahu dia juga pening kepala. Rasa hiba mula saya rasakan. Lalu saya ke bilik utk menerangkan kpdnya keadaan saya tadi. Saya tgk dia lena tapi saya pegang wajahnya. Masyallah panas sungguh badannya. Dia demam panas.

Saya teringat kata2 terakhirnya sebelum saya tertidur tadi. Dia hanya menyuruh saya mengambilkannya air saja tapi saya membantahnya. Air mata saya ini menitis mengenangkan saya melupakan hak2 suami saya," ujarnya

Subhanallah, aku melihat kakak ini bercerita dgn semangatnya,membuat hati ini sayu. Dan dpt  ku lihat titisan air mata yg diusapnya.

Sambungnya lagi, "Dgn gaji yg saya miliki, saya merasa tak perlu meminta nafkah pada suami kerana gaji saya jauh lebih besar dari suami apatah lagi yg diberikan kpd saya nilainya begitu sedikit. Tapi suami selalu memberikan hasil jualannya dgn ikhlas dari lubuk hatinya.

Setiap kali memberikan hasil jualannya, dia selalu berkata “Umi, ini ada sedikit rezeki dari Allah. Ambil ya. Buat keperluan kita. Walaupun tidak byk jumlahnya, mudah-mudahan Umi redho”, begitulah kata suami saya.

"Saat itu saya baru merasakan betapa harta ini membuat saya sombong dan derhaka pada nafkah yang diberikan suami saya, dan saya yakin hampir tidak ada wanita berkarier yg selamat dari fitnah ini”

“Alhamdulillah saya sekarang bernekad utk berhenti bekerja, mudah-mudahan saya lebih tahu menghargai nafkah yg diberikan suami. Memang sifat wanita sering susah hati jika tanpa harta, dan kerana harta juga wanita sering lupa pengorbanan seorang suami.

“Saya berkunjung ke rumah orang tua, dan menceritakan niat saya ini. Saya sedih mereka  dan saudara-mara tidak bersetuju niat saya utk berhenti berkerja. Mereka membanding-bandingkan pekerjaan suami saya dgn suami2 yg lain.”

“Saudari tahu, saya hanya mampu menangis saat itu. Saya menangis bukan kerana apa yg dikatakan adik saya itu benar, Demi Allah bukan kerana itu. Tapi saya menangis kerana imam saya sudah DIPANDANG RENDAH olehnya.

"Bagaimana mungkin dia meremehkan setiap titis keringat suami saya, padahal dgn titisan keringat itu, Allah memandangnya mulia ? Bagaimana mungkin dia menghina org yg sentiasa membangunkan saya utk sujud di malam hari? Bagaimana mungkin dia menghina org yg dgn kata2 lembutnya selalu menenangkan hati saya?

"Di saat kebanyakan org lebih memilih jadi penganggur tetapi suami saya, tak ada rasa malu baginya utuk menafkahi isteri dgn nafkah yg halal. Itulah yang membuat saya begitu bangga pada suami saya.

"Suatu hari nanti jika saudari mendapat suami seperti suami saya, saudari tidak perlu malu utk menceritakannya pekerjaan suami pada org lain. Bukan masalah pekerjaannya tapi masalah halalnya, berkahnya dan kita memohon pada Allah semoga Allah menjauhkan suami kita dari rezeki yg haram," kata2 terakhirnya sambil tersenyum manis padaku.

Kulihat dari kejauhan seorang laki2 dgn menggunakan motor buruk menghampiri ke arah kami, wajahnya ditutupi kaca helmet. Sambil mengucapkan salam, wanita itu meninggalkanku. Wajah wanita itu tenang sekali, wajah seorang isteri yg begitu redha.

Ya Allah….
Sekarang giliran aku yg menangis. Hari ini aku dpt pelajaran paling berkesan dlm hidupku. Pelajaran yg membuatku menghapuskan persepsi utk mencari org2 kaya sebagai calon suamiku yg selalu bermain dibenak pemikiran ku selama ini. Subhanallah..Walhamdulillah..Wa Laa ilaaha illallah…Allahu Akbar

Semoga pekerjaan, harta dan kekayaan tak pernah menghalangimu utk tidak menerima pinangan dari laki2 yg baik agamanya..

Rabu, 4 November 2015

Guru malaysia

KENAPA CIKGU DIKATAKAN GOLONGAN PALING BISING BERBANDING PENJAWAT AWAM LAIN?

SEBAB CIKGU NI SEMUA KERJA DIA BEDAL!

Sebab....
Masuk kls kotor...cikgu jd cleaner
Budak gaduh...cikgu jd hakim
Budak mencuri ...cikgu jd polis
Budak sakit ...cikgu jd doktor dan nurse
Budak nangis xnk sekolah...cikgu jd hulk sbb kena angkat
Budak xder duit ...cikgu jd pusat zakat
Budak ada mslh kluarga ....cikgu jd JKM
Budak nk sukan...cikgu jd pekerja kontrak buat padang
Budak wakil sekolah aktiviti luar..cikgu jd drebar
Kain/ seluar budak koyak...cikgu jd tukang jahit
Budak cedera/demam teruk kena g hosp...keta cikgu jd ambulans
Budak berjaya...cikgu hanya dipandang sepi
Budak gagal...cikgu jd bahan caci maki
Nk tambah kewangan sekolah...cikgu jd salesman/saleswomen
Nk isi data/markah...cikgu jd kerani
Nk ceriakn kls...cikgu jd artis
Banyakkkkk lg la...... Penat eh nk menaip
Profesion lain ada x mcm ni????
Xder kan? Kan? Kan?

SEMOGA ALLAH TETAP BERIKAN SEMANGAT KEPADA SEMUA GURU UTK TERUS BERKHIDMAT KERANA ALLAH SWT...

Firdaus residency

Bismillahirahmaanirahim.

Tawaran miliki hartanah untuk semua:
                       
PERUMAHAN EKSKLUSIF "FIRDAUS RESIDENCY".
INDAH, NYAMAN, AMAN, DAMAI LAGI BARAQAH.

Tersedia 4 JENIS KEDIAMAN UNTUK DIREBUT:
1. Jannatun Na'i'm
2. Jannatul Ma'wa
3. Jannatul Firdaus
4. Jannatun 'Adn
(Semua Jenis tersedia utk milik mutlak anda)

FASILITI & LANDSKAP :
- Sungai Susu Salsabila
- Danau Terindah Al-Kautsar
- Tanpa perlu bayar bil dan cukai pintu bagi semua lot
- Tinjauan tidak Terbatas
- Akses Masuk ke-8 Pintu
- Taman Mainan Anak2 Sholeh/Sholehah
- Taman-taman dipenuhi pohon buah-buahan, nikmat yg tidak pernah putus untuk dinikmati.
- Bonus Bidadari & Bidadara
- Hak milik Abadi Selama2nya
(Free Hold).

SYARAT TEMPAHAN:
1. Taubat & Kembali kpd JlnNya.
2. Berpegang Teguh AgamaNya.
3. Laksanakan Syari'atNya.
4. Rezeki yang Halalan Thaiyibah.

DEPOSIT:
- 100% Solat Fardu & Sunat
- 2.5% harta utk Zakat
- 100% Rajin sedekah & Infaq
- 100% Luangkan waktu utk baca Al-Qu'an & Majlis Ilmu
- Usaha Beramal soleh
- Eratkan Sillaturrahim
- Doakan kedua Orang tua
- Berdakwah
- Jauh diri dari maksiat & khurafat

Masa sangat Terhad!
Stock Penghuni tidak Terhad!
Dijamin didalam Al-Quran!

Lebihkan ibadah Solat Tahajjud disetiap malam bagi menjamin tempat yang lebih baik.

Kunjungi kami di:
Masjid2, Surau2, Madrasah, Majlis 'ilmu, Majlis Dzikir & Selawat

Inilah sebaik2 Kediaman. Tempah sekarang juga, tua atau muda, miskin atau kaya semua layak memohon tanpa syarat!

Mari sama2 kita rebut peluang ini sebelum terlambat, masa semangkin singkat.

Kongsi Ya!👍

Pendidikan

Saya bukan dari bidang perguruan ...  Bukan juga pakar dalam bidang pendidikan. Tapi tulisan saudara kita yg saya forwardkan dibawah ini perlu kita sama-sama fikir...  Sejauh mana masalah ini, kesannya jangka panjang kepada pembinaan negara bangsa, impak kepada sosio ekonomi, jenayah, pengangguran dsbg pasti bermula di sini...

Apa pendapat anda dengan artikel ini berkaitan sistem pendidikan kita?
DAN APA CADANGAN KEPADA PENYELESAIANNYA ...

INI BARU KBAT (Kemahiran berfikir aras tinggi) ... bincang bukan dengan emosi ... tak betul bagi nasihat ... tak betul TETAP tak betul ... kalau BETUL tetap BETUL ... bila tak betul kata betul dan yang betul kata tak betul maka hancurlah kita ... Bincang dengan ilmu dan akal berpaksikan iman ...

Jangan mengutuk tapi sama2 fikir jalan penyelesaiannya ... OK !

marba pendidikan Malaysia – Mohd Faiez Mohd Ali

Published: 22 November 2014

Dalam laporan UN Education Index Malaysia berada di kedudukan 98 daripada 181 negara. Manakala kajian “Programme for International Student Assessment” (PISA), Malaysia corot di tangga 55 daripada 74. Bagi keputusan kajian “Trends in Mathematics and Science Study” (TIMSS) 2011 pula menunjukkan penurunan prestasi Matematik dan Sains mendadak sepanjang empat kali penilaian daripada tahun 1999.”

Apakah maksud semua laporan penilaian pendidikan antarabangsa ini? Maksudnya, para pelajar Malaysia adalah antara yang paling lemah apabila dibandingkan dengan pelajar-pelajar lain di seluruh dunia.
Namun begitu.

Dilaporkan juga Gred Purata Nasional (GPN) untuk peperiksaan PMR meningkat ketara untuk 5 tahun yang lalu iaitu 2.83 pada 2008, 2.78 pada 2009, 2.74 pada 2010 dan terbaru 2.71 pada 2011. Bilangan pelajar yang mendapat A di dalam Matematik juga meningkat dari 26.7 peratus pada 2010 kepada 28.9 peratus pada 2011 manakala untuk subjek Sains pula meningkat dari 18.5 peratus pada 2010 kepada 21.7 peratus pada 2011. Untuk SPM pula, pencapaian 2011 dikatakan pencapaian terbaik dalam masa 5 tahun dengan peningkatan GPN dari 5.19 pada 2010 kepada 5.04 pada 2011. (Rujukan Buku Sekolah Bukan Penjara, Universiti Bukan Kilang)


Apa pula maksud laporan peningkatan GPN mengikut prestasi PMR dan SPM ini? Maksudnya, selama berpuluh tahun kita menipu diri kita sendiri sehinggalah datang indeks antarabangsa keluaran UN Education Index, PISA dan TIMSS yang membongkar perihal budaya penipuan yang selama ini berakar dalam konsep pendidikan kita. Bagaimana mungkin GPN PMR dan SPM meningkat walhal para pelajar kita tercampak dalam kedudukan 2/3 tercorot di seluruh dunia?

Rakyat Malaysia terkujat, sekali lagi.

Jadi sekarang kita sudah tidak boleh menipu diri sendiri lagi kerana seluruh dunia sudah mengetahui betapa terkebelakangnya para pelajar kita dalam bidang Sains, Matematik, literasi pembacaan dan penyelesaian masalah kritikal. Untungnya daripada kesedaran ini, kita dapat melihat beberapa usaha ‘transformasi’ pendidikan yang dijalankan Kementerian Pendidikan disamping cadangan tokoh negarawan seperti Tun Mahathir bagi menambah baik pendidikan kita.

Kementerian Pendidikan berjaya membuatkan masyarakat teruja dan bergantung harap dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang setebal 248 mukasurat (yang entah siapa nak baca?) dan memuatkan 11 anjakan strategik sebagai cadangan penyelesaian kepada masalah pendidikan kita.

Hasilnya, tercetus Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menyeksa kehidupan para guru selama empat tahun berturut-turut dengan server yang lembab dan pertambahan kerja pengkeranian mengisi data dan ‘mencipta’ statistik para pelajar. PBS ini dimansuhkan selepas empat tahun berjalan menyebabkan para guru yang bersengkang-mata pukul empat pagi untuk mengisi data online dan berjerih-payah membuat dokumentasi fail pelajar berasa sakit hati dan usaha mereka seperti tersia-sia.

Selepas PBS, lahir pula Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) secara terburu-buru yang sekali lagi menjadikan para pelajar tingkatan tiga pada tahun 2014 sebagai tikus makmal. Hampir dua tahun belajar mengikut format PMR sebelum mendapat ‘kejutan budaya’ PMR dimansuhkan dan digantikan dengan PBS yang ‘tak ada exam’. Tiba-tiba mereka dikejutkan dengan PT3 yang perlu dihadapi dengan masa persiapan kurang daripada dua bulan. Realitinya disaat para pelajar tingkatan tiga disuruh menghadap PT3, sebahagian besar para guru masih terkial-kial cuba memahami konsep PT3. Lalu bagaimana para guru yang masih belum benar-benar mahir dengan PT3 akan mempersediakan para pelajar untuk PT3 dalam tempoh masa kurang daripada dua bulan?

Tapi, ini kan Malaysia. Malaysia amat sinonim dengan perkataan ‘boleh’. Perkara ini sudah pernah pun berlaku dahulu sebagai contoh PPSMI dimana para pelajar dijadikan tikus makmal dan para guru menjadi bidan terjun yang mengendalikan tikus-tikus ini sebelum ‘eksperimen’ itu dihentikan kerana tekanan masyarakat.

Selain daripada itu, kita tidak lupa untuk mengidolakan polisi pendidikan negara lain. Negara seperti Finland, Korea Selatan dan Jepun sering kali menjadi bahan bicara ahli akademik terutamanya tatkala roadshow PPPM hangat dijalankan diseluruh negara dahulu. Kita sibuk melihat kepada teori pendidikan yang digunapakai negara-negara ini sehinggakan kita lupa masalah paling utama dalam pendidikan kita bukannya terletak dalam perbahasan teori sebaliknya di peringkat implementasi.

Masalah implementasi yang tidak pernah selesai

Saya pernah menulis tentang tiga perkara yang banyak mempengaruhi implementasi polisi pendidikan. Saya ingin berkongsi tentang dua perkara tersebut disini iaitu:

1. Mengajar mengikut kepakaran

2. Beban kerja pengkeranian yang terlampau banyak dan tidak mendatangkan faedah sebaliknya menjejaskan kualiti pengajaran dan pembelajaran

Dua perkara ini bukanlah perkara baru. Ianya pernah disebut dan diketengahkan semenjak tahun 80an, sepanjang tahun 90an sehinggalah sekarang dengan sasaran Wawasan 2020 hanya tinggal 6 tahun saja lagi. Namun, perkara ini masih tidak selesai-selesai. Bekas Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) Siva Subramaniam pernah menyebut pada tahun 1995 tentang masalah para guru yang ditempatkan tanpa mengikut opsyen. Sedihnya, perkara ini masih lagi berterusan.

Tak perlu saya lambakkan statistik yang banyak dalam laporan-laporan dan kajian-kajian pendidikan. Sebaliknya saya ajak anda berborak dengan antara 400,000 orang guru yang anda kenal untuk mengetahui tentang realiti ‘penempatan guru’ di sekolah. Berapa ramai guru yang belajar Matematik tapi disuruh mengajar Bahasa Inggeris? Berapa ramai guru yang langsung tak pernah belajar teori pedagogi dan ilmu Sains tapi apabila masuk sekolah dipaksarelakan pentadbir untuk mengajar Sains? Dan berapa banyak sekolah yang masih kekurangan guru Kemahiran Hidup walaupun sudah bertahun-tahun matapelajaran itu dimasukkan dalam kurikulum?

Perkara kedua, beban kerja pengkeranian. Ini adalah masalah implementasi paling utama yang dihadapi pasukan pelaksana polisi pendidikan iaitu para guru. Dengan begitu banyak jenis fail yang perlu disediakan di sekolah, data-data yang perlu dimasukkan sama ada secara offline atau online secara berulang-ulang. Disamping perlu bertungkus-lumus membuat kerja seperti mengambil dan menghantar pelajar ke pertandingan, menghias dewan untuk sambutan hari kemerdekaan sehinggalah ke perkara-perkara seperti membina dan mengecat bangunan sekolah dan tandas. Sebenarnya, apa sahaja yang para guru tidak lakukan di sekolah selain mengajar?

Iya, tolong jangan buat-buat pelik seolah-olah anda sedang membaca berita hairan. Kerja guru bukan lagi mengajar. Kerja mengajar dalam kelas sekarang ini bukan lagi kerja paling utama. Sebaliknya banyak lagi benda-benda lain yang tiada langsung kaitan dengan pengajaran dan pembelajaran yang terpaksa para guru lakukan di sekolah dan diluar sekolah.

Walaupun sejak tahun 90an lagi kesatuan guru dan para guru sudah mengeluh meminta lebih ramai pembantu guru gred N17 untuk membuat kerja-kerja yang tak memerlukan kemahiran pendidikan, tapi nampaknya perkara ini seperti masih jauh untuk kita capai walaupun pada hakikatnya sasaran Wawasan 2020 itu semakin mendekat.

Implementasi sistem pengurusan pendidikan dan pengurusan hospital.

Cuba bayangkan jika cara kerja Kementerian Pendidikan kita diaplikasikan Kementerian Kesihatan.

Di hospital-hospital tidak terdapat ramai jururawat sebaliknya para doktor yang perlu melaksanakan tugas-tugas selain bidang kepakaran mereka. Apabila pesakit sampai, para doktor perlu mendaftarkan mereka dikaunter pendaftaran seperti mana guru kelas mendaftarkan para pelajar di awal tahun serta mengambil dan memasukkan data kedatangan setiap hari.

Setelah pendaftaran, para doktor perlu terlebih dahulu memasukkan data pesakit ke dalam fail pendaftaran mengikut kategori dan jenis penyakit. Sama seperti para guru yang perlu menyediakan fail untuk setiap pelajar mengikut bidang ko-kurikulum, kurikulum, disiplin dan peribadi. Belum masuk fail panitia, subjek, peperiksaan dan beratus-ratus lagi fa

Dalam kekalutan para doktor yang mahu bersiap-sedia memeriksa pesakit mereka yang sakit, mereka akan kerap kali dilanda ombak-ombak pemeriksaan pegawai atasan yang datang untuk memeriksa kekemasan fail, data dan statistik. Bagaimana doktor-doktor ini boleh memeriksa dan merawat pesakit mereka dengan tenang jika asyik dikacau untuk dilihat pengurusan data dan fail mereka?

Belum kita kira jika para doktor sendiri yang perlu memandu ambulans untuk mengambil pesakit yang kemalangan jalanraya atau hampir meninggal kerana sakit jantung seperti mana para guru yang selalu-selalu disuruh menghantar para pelajar sama ada untuk menghadiri pertandingan, sakit ke klinik ataupun mengikuti rombongan.

Jika sistem sebegini diimplementasikan Kementerian Kesihatan di hospital-hospital maka semakin ramailah pesakit yang akan mati seperti mana ramainya pelajar kita yang seperti sudah ‘mati otak’ kerana walaupun 11 tahun belajar di sekolah tetapi masih berfikir dan menulis seperti budak tidak bersekolah. Untuk ini, siapa yang nak dipersalahkan? Guru? Eh, bukan kita sibuk-sibuk nak tengok para guru siapkan fail dan uruskan sekolah daripada bertungkus-lumus mengajar dan mendidik pelajar?

Memasukkan data dan statistik sama ada online ataupun offline, mengukur ketinggian dan berat badan murid, mengemaskini fail pengurusan yang beratus-ratus jenis, menghantar para murid ke sana ke sini dan pelbagai lagi benda remeh-temeh yang langsung tiada kesan signifikan kepada pengajaran dan pembelajaran dalam kelas serta sepatutnya boleh dilakukan pembantu pengurusan sekolah dengan kelulusan SPM.

Jadi, mengapa kita bersusah-payah melatih para guru dalam pedagogi dan teori pendidikan terkini jika di sekolah kita hanya perlu mereka untuk melakukan benda-benda yang remeh-temeh? Benda yang menghabiskan beratus-ratus rim kertas setiap hari hanya untuk ‘orang atas tengok’ sebelum diletakkan diatas rak sehingga berhabuk. Tambahan pula, kenapa pula orang atas sibuk nak tengok benda-benda ni? Sudah terang lagi bersuluh perkara-perkara yang remeh-temeh dan menyesakkan otak seperti pengurusan fail, data dan statistik ini semua tetap gagal membawa Malaysia gah dipersada pengukuran indeks antarabangsa seperti PISA dan TIMSS.

Transformasi pendidikan yang bakal gagal, sekali lagi.

Ambillah Fulbright Teaching Assistant daripada Amerika Syarikat ataupun guru pakar Bahasa Inggeris daripada India. Laksanakanlah subjek baru bagi menerapkan nilai moral dan sahsiah seperti yang dicadangkan Tun Mahathir baru-baru ini. Tirulah pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah mirip kaedah Finland ataupun mengadaptasi keghairahan menjawab soalan peperiksaan dalam sistem Korea Selatan dan China.

Apa sahaja teori, polisi dan cadangan penambahbaikan yang datang daripada Kementerian Pendidikan Malaysia setakat ini, saya percaya semuanya bakal gagal. Dalam masa 10 tahun daripada sekarang kita akan mengulangi semula senario kegagalan (baca: corot di PISA dan TIMSS) dan percubaan transformasi (baca: rombakan pelan pembangunan pendidikan) yang kemudiannya bakal gagal sekali lagi. Kenapa? Kerana kita tidak menyelesaikan masalah akar iaitu ‘implementasi’.

Ini bukannya sekadar teori saya semata-mata. Lihat sahaja sejarah perkembangan pendidikan kita. Perkembangan kurikulum daripada General Syllabuses, ke Pendidikan Komprehensif, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) sehingga sekarang kita sudah memasuki fasa Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) serta Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang memakan masa puluhan tahun untuk dibangunkan.

Begitu juga dengan pelbagai laporan dan pelan pendidikan daripada Laporan Razak (1956), Laporan Rahman Talib (1960), Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979), penggubalan Akta Pendidikan (1996), Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006 – 2010) dan kini Pelan Pambangunan Pendidikan Malaysia (2013 – 2025).

Mengapa setelah berjalannya kesemua laporan dan pelan pendidikan ini, kita masih bakal gagal menghasilkan pelajar yang cemerlang diperingkat dunia? Saya percaya kerana jurang pendidikan kita semakin melebar terutamanya di antara pelajar dari keluarga kelas atasan dan keluarga golongan pekerja.

Pelajar dari keluarga kelas atasan mempunyai kelebihan dari segi pengaruh dan kewangan untuk menempah pendidikan terbaik di sekolah-sekolah ternama di Malaysia disamping menghadiri kelas tusyen berbayar. Sebaliknya para pelajar golongan pekerja yang mendapatkan pendidikan di sekolah-sekolah harian biasa, terpaksa bergantung harap kepada sekolah dan para guru mereka.

Namun, guru mereka tidak mungkin dapat menyediakan perkhidmatan pendidikan terbaik. Kerana apa? Kerana guru mereka sibuk dikerah untuk menyediakan fail, menilik data, menyimpan statistik dan lain-lain pekerjaan remeh. Guru yang sebenarnya memegang jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, kini lebih layak digelar sebagai Pegawai Pengurusan Pendidikan.

Apabila kita terlalu taksub dengan hal-hal pengurusan maka perkhidmatan pendidikan kita merudum jatuh. Kesannya, pelajar kita pergi sekolah dan tak sabar nak balik. Para guru pergi bekerja dan tak sabar nak bercuti. Para pentadbir bagi kerja dengan alasan ‘orang atas suruh buat’ sebab ‘nanti dia nak datang tengok’. Tak hairanlah kenapa kualiti pendidikan kita terus-menerus berenang di dalam longkang.

Kesimpulannya, saya lihat perkara paling utama yang perlu dilakukan untuk memulihara keberkesanan pendidikan kita adalah dengan cara mengembalikan peranan, tanggungjawab serta kedudukan guru di tempat yang sepatutnya iaitu di dalam kelas, berhadapan dengan klien utama mereka iaitu para pelajar.

Walaubagaimanapun, perkara ini masih gagal disedari mereka yang sekarang ini sedang sibuk menyuruh guru menyiapkan lima jenis laporan berasingan untuk PT3, masukkan statistik markah pelajar di dua portal yang berbeza, masukkan data kedatangan setiap hari, data disiplin setiap minggu dan pelbagai lagi kerja pengurusan lain. Semua ini atas nama ‘transformasi’ pendidikan.

Transformasi apa? Transformasi caca-marba. – 22 November, 2014.

Selasa, 3 November 2015

Alex

Sebelum kematiannya, Alexander The Great mengarahkan Generalnya melakukan 3 perkara berikut:

Pertama....(1) Keranda mayatnya diusung oleh doktor-doktor pakar terhebat.

(2) Kedua.......Semua hartanya (duit, emas, batu permata) ditebarkan disepanjang jalan menuju tapak perkuburan.

(3) Ketiganya....... Tangannya dibiarkan supaya terkulai dan terkeluar dari kerandanya.

Ditanya oleh salah seorang Generalnya, Alexander menjelaskan begini:

“ (1) Aku mahu doktor-doktor terbaik mengusung keranda aku kerana aku mahu mengingatkan manusia bahawa disaat kematian, setinggi mana kepakaran doktor, dia tetap tidak akan boleh menghalang kematian.

(2) Aku mahu jalan menuju ke kubur ku dipenuhi dengan harta kekayaan aku supaya semua orang akan memahami segala harta kekayaan sudah tidak berguna dan tidak boleh dibawa mati.  Ia tetap akan terus berada di dunia.

(3) Aku mahu tangan aku terlepas bebas supaya ia mengingatkan yang kita datang ke dunia dengan tangan kosong dan akan pergi juga dengan tangan kosong setelah sumber termahal kita hilang, iaitu MASA. ”

Kesimpulannya di sini,.. tak kirelah betapa hebatnya kamu semasa hidupmu takkan mungkin kamu dapat menyelamatkan dirimu dari mati...., pada masa itu terputuslah segala2nya kecuali amal jariah dan warisan2 kebaikan yang kamu telah wakafkan kepada masyarakat dan keluarga kamu......
👼👼👼

Kuliah UAI

Assalamualaikum shortnote kuliah maghrib Ustaz Azhar Idrus di Surau Ladang KT. Selasa | 3.11.2015

Kitab Fatawa Mufti Johor m/s 73

Soalan Pertama

Apakah hukum org wanita yg sedang hadas haid melakukan tawaf?

Jawapan

Ibadah tawaf ini sama dgn solat.Iaitu pihak yg wajib tutup aurat wajib berwuduk dan wajib bersih cumanya dalam tawaf boleh berkata kata dalam solat tidak boleh berkata.Jadi Walaubagaimana pun dlm mazhab syafei perempuan yg tiada masa dan dia dtg haid menyebabkan dia sukar utk tawaf krn kesuntukan masa dan seumpamanya maka dimaafkan dia makan pil henti haid dgn syarat ubat itu xmemudharatkan kesihatan.Kalu saje saje dok bulih makan pil sebegitu.

Soalan Kedua

Adakah syurga dan neraka telah ada masa kini?Doh org yg bdosa mati tu adakah telah masuk neraka skrg ni?Dan jika xmasuk syurga neraka lagi kemana mereka skrg ni?

Jawapan

Syurga dan Neraka wajib kita iktiqad ia telah wujud dan beriman akan perkara ini dan hendaklah kita percaya akan ade azab kubur mengikut pandangan ahli sunnah wal jamaah.Sebab Allah kata dlm Al Quran "uitdatlil kaafirin" telah Allah buat utk orang kafir,makne nya telah siap doh neraka utk orang kafir.Makna drpd ayat ini dan ayat2 lain ulamak2 bersetuju bahawa neraka telah siap dan syurga pun telah siap.Dan pandangan paling kuat pula kata xdok sesiapa pun lagi yg masuk syurga neraka waktu ini ianya akan masuk ketika kiamat nanti.Pahtu ade org tanya doh peristiwa isra' mikraj tu Nabi kata nmpk org puan ramai dalam neraka tu guane pulok?Haa sbb tu kene ngaji jangan rasa pandai dari ulamak.Kene ngaji lah bab tafsir.Jangan cakap pandai lebih pd ulamak.Leni ulamak facebook ramai buat hukum mcm imam mazhab 4 doh.Dgr ni cerita isra' mikraj ni bukan sungguh,bukan berlaku doh ianya cuma iklan kpd Nabi saw bahawasanya akan datang berlaku la perkara ini.Biasa lah iklan.Kita kalu tgk iklan panggung guane?Iklan sekejap je tp cerita main lambat lagi.Gtu lah perumpamaannya Allah tunjuk iklan dan pkara sebenar berlaku di hari kiamat kekgi lah.Oleh krn xdok lagi masuk syurga masuk neraka maka org yg telah mati duduk di alam barzakh alam kubur la sapa ke leni sapa ke kiamat.Paham dok lagi or?

Wallahua'lam.Tunggu sesi soal jawab dari hadirin pula
Sambungan soal jawab kuliah maghrib Ustaz Azhar Idrus di Surau Ladang KT. Selasa | 3.11.2015

Soal Jawab Dengan Hadirin

1. Guane org hok solat hajat dan baca Yassin di LPT tu boleh ke?

- Ha ni soalan kontrobersi nok solat hajat nk mohon perlindungan xdok mslh boleh belaka ulamak kata boleh buat dimana mana je asalkan perkara kita buat itu diharuskan.Solat hajat harus,baca yasin pun harus cume baca Yassin dibahu highway tu kita boleh tegur ianya dikire bahaya sbb ramai yang terbabas dan akan langgar bahu jalan.Jangan marah org nk solat hajat itu tak salah solat hajat di pejabat highway pun boleh xdok mslh org hok maroh tu sbb jahil dok tahu kebende.Puok wahabi ni mmg bodo sokmo.

2. Kita sedekah tp masih ade hutang org yg kite tak bayar boleh ke sedekah gtu?

- Sedekah tak wajib bayar tp hutang mmg wajib bayar.Hutang ni wajib bayar memgikut tarikh perjanjian tp sampai masa bayar di dok bayar barulah dikire berdosa.Jadi dok sampai masa di wajib bayar hutang lagi dia harus la bersedekah yang xleh nye sapa masa doh tp xmbuh bayar hutang ni dok bulih lah.

3. Selepas solat tu kite beri salam kan,kepada siapa kite beri salam tu?

- Jawabnye salam tu kite beri kepada semua org yg beriman.Dan ulamak kata sunat salam pertama tu tanda kita jawab kpd salam imam.

4. Hukum perempuan melunakkan suara dalam whatsapp?

- Haram perempuan melunakkan suara dihadapan ajnabi.Leni abih jadi bodo abih tgk dlm radio or malam hok duk dalam konti or org puang nyanyi tunjuk suara.Ade teruk ag hok cuba nyanyi  lagu tp suara mcm katok.Berat nanang sgguh.Hok masuk akademi pantasial org puang nyanyi joget dok tutup aurat abih jadi bodo abih sbb tu org amik kesempatan curi pitih lebong duit tu duit ni.Doh rakyat jadi lembu kambing ramai.

5. Dalam solat perlu ke kita tahu makna kita baca?

- Ye kena tadabbur Ayat yg kite baca barulah tidak lalai dalam solat.

6. Setelah mengaku salah dan dikenekan hukuman hudud adakah dosa itu akan diampunkan bile kene hukuman?

- Kalu mung kene hukuman hudud pun tp mung tetap xnak taubat xmenyesal mung tetap xakan diampunkan olih Allah.Yang penting taubat.

7. Bini sy mayang dumoh tp sy mayang sejid tp xtahu bacaan bini sy mcmana bile sy suruh bini sy baca dia xmbuh baca mcmana ni?

- Jawabnye wajib isteri ikut cakap suami selagi mana dok bercanggah.Kalu isteri xmbuh ikut berdosa la isteri.Jangan wak gtu suami suruh baca kene ikut lah.

8. SeMalam ustaz jawab pakai baju Hard Rock Cafe tu dokleh sbb cafe tu mmg jual arak so boleh ke pakai kat rumah wak tdo?Ke kene bakor api?

- Ya memang haram pakai sbb Hard Rock Cafe ni kite jelas tahu doh mmg jual arok di cafe dan ade maksiat joget dan seumpamanya kite mmg dokleh iklan bende2 maksiat gni.Doksoh pakai lah wak kain buruk lah.Dok bulih syg baju iklan maksiat kan tu.

9. Apakah yakjuk dan makjuj sudah ada?

- Allah kata sesungguhnya yakjuk dan makjuj akan merosakkan bumi ini.Ulamak kata ade doh duduk dalam perut bumi.Dalam Al Quran pun cerita surah Al Kahfi ye ade duduk dalam tanah bile keluar tu wallahua'lam.

10. Boleh ke meniru dlm peperiksaan?

- Dok bulih la sbb dikire satu penipuan.

11. Boleh beri contoh hadis berkhatan x?

- Banyok la hadis cth dlm kitab Naidul Altho' cerita prihal nabi nabi dikhatankan sewaktu kecil.

12. Saya lama dah x kerja dgn tokey setgh tahun lebih doh mslh duit gaji sy sapa leni dia dok bayar boleh ke sy doa dok baik ke dia?

- Orang yg kene zalim ni dia boleh doa kebaikan dan jgk doa keburukan kpd org yg menzaliminya jgn kite wak pandai kata dokleh doa keburukan ke org yg menzalimi kita ulamak kata boleh xdok mslh.

13. Nabi saw kata 73 puok ni 1 puok je masuk neraka doh puok lain parti ke?Ke parti mana ni?Banyak pesen kan?

- Haa ni soalan org hok wahi parti parti ni biasanye sek parti ni dok wahi dengor sejid dia wahi juang parti dia tu ah duk ngatib putrajaya putrajaya g dengor sura sejid malas.Kalu Bersih gok depang kali ah time suruh nadoh kitab xdok muka dia.Aku luga dgn sek sek ni.Leni dok tegur orang doh tengok muka jahak doh,mung nk putrajaya nk gati najib ke?Takut2 jahak dr Najib ag,doh dalam kg org xmbuh tengok doh muka mun
g,disisi masyarakat pun org dok paka doh mung.Luga ngak eh nge sek ni.Sibuk duk kutuk parti lama,pasa ape gtu?Pasa dia kaloh di perwakilan,jangan jd bodo sangat mung nk g duane?Muke dok lulus doh

14. Berpaling muka xbatal solat tp kalu sengaja paling hingga ke belakang mcmana?

- Jawabnya pusing blkg muka tu kalu nmpk cacat sgt doh maka batal solat.Nabi kata org yg suka paling2 muka dlm solat ni sebenarnya dia telah dihasut syaitan.Dibawah pengaruh syaitan

15. Kalu haid bersambung dgn warna darah lain mcmana ek?

- Haa ni muslimah tanye tu lah org suruh nikoh dgn ustaz xmbuh mula ah ngiga skali dok tahu bende.Tp bagus la mari belajor dengor skale payoh org puang nk mari belajor dengor.Jawabnye kalu 7 hari tu darah berbeza warna dan bersambung ianya tetap dikire haid walaupun daroh koko.

Wallahua'lam semoga perkongsian ini bermanfaat pakat share dari page Koleksi Shortnote Kuliah Ustaz Azhar Idrus dehhh

Ahad, 1 November 2015

TT :)













Muwasafat

10 muwasafat tarbiyah:
Ciri yg perlu ada dlm setiap individu muslim, boleh dikatakan satu benchmark untuk mencapai tahap di mana seseorg mampu mmgng tanggungjwb dlm beragama Islam.

1. Qawiyul Jisim (Sihat Tubuh Badan)
2. Mutsaqqafal fikri ( Berpengetahuan Luas)
3. Matinul Khuluq (Akhlaq yg Mantap)
4. Qadiran ala Qasbi ( Mampu berdikari)
5. Salimul Aqidah (Aqidah yang sejahtera)
6. Sohihul Ibadah ( Ibadah yang betul)
7. Munazzamun fi Syuunihi ( Tersusun dalam urusan)
8. Mujahadah Li nafsi ( Mujahadah melawan nafsu)
9. Harithun ala Waqtihi ( menjaga waktu)
10. Nafi'un Li Ghairihi ( Berguna untuk orang lain)

Sabtu, 31 Oktober 2015

Rezeki

TIDAK SEDAR TUHAN PULA DIPERSALAHKAN

Ahad lalu pergi satu kenduri kahwin dah agak lewat petang. Saya cuma minum sahaja. Saya lihat tray buffe kekurangan lauk. Ketika minum di meja , seorang yg mengambil makanan datang duduk sekali dg saya."Tak makan ka?" Dia menegur."Tidak,saya masih kenyang". Balas saya."Tak ada lauk dah. Buat kenduri jemput orang ramai,lauk tak cukup. Malu pada orang, tinggal kuah saja.."Dia merungut. "Saya rasa kita kena ingat,reseki itu ditangan Allah,Allah yg menentukan apa yg kita dapat makan. Jika kita datang rumah kenduri, tak dapat makan, maka tiada rezekilah tu. Tuan rumah telah berusaha nak sediakan bagi cukup, mana ada tuan kenduri merancang utk tak cukup.Tetapi Allah menentukan sebahagisn orang tak dpt makan, maka tak cukuplah. Jadi bersyukurlah dg apa yg ada meskipun sekedar kuah dan nasi. Bukan makan itu matlamat hadir kenduri,tetapi memenuhi jemputan dan menjalin ukhwah itu yg lebih utama" Dia terdiam,merah padam mukanya.

Saya nak mengajak semua pembaca kpd hakikat rezeki ditangan tuhan. Jika pergi kenduri, apa yg tersedia itu rezeki kita,sedap ka tidak,berkenan ka tidak, tinggal kuah dan nasi saja ka, itulah rezeki kita.Jangan sesekali bersungut kerana jika kita bersungut , kita sebenarnya merungut takdir tuhan.Tidak ada tuan kenduri yg mahu jamuannya tidak cukup, bahkan cukup atau tidak terletak kpd ketentuan Allah. Jika anda singgah di R & R dan dapati lauk habis, jangan bersungut kata pekedai tak reti berniaga,apa yg ada itulah rezeki kita.Jika balik rumah, dibawah tudung saji hanya ada nasi dan ikan tamban tergeliat (bahasa kedah utk ikan tamban kering) dgn sambal belacan makanlah, hanya itu rezeki kita. Jangan diherdik isteri yg memasak.Jika tiada rezeki,lauk dimasak jd hangit,periuk terbalik,ikan dilarikan kucing dan serba macam sebab tuhan akan jadikan.

Berlapang dadalah sebelum menuding tangan menyalahkan orang lain kerana takut kita tersalahkan tuhan. Jika nak makan sedap,nak makan banyak berusahalah sendiri. Jika hanya nak datang mencedok kedalam pinggan,bersyukurlah dg apa yg ada. Bukankah ini lebih baik,anda pulang dari jamuan dg rasa lega dan reda,moga tuhan juga meredai. Sabda nabi yg bermaksud "janganlah mengeji makanan,makan apa yg kita suka,tinggalkan yg tidak suka." Apa yg tidak dapat disuap ke mulut kita itu adalah bukan rezeki kita..Kalau tak elok pada mata kita, tak sedap pada lidah kits,tinggalkan dan jangan merungut, kerana anda mungkin merungut pada rezeki yg Allah beri.

Aiman banna

[KAMU MAHU KAHWIN MUDA? MEH BACA INI DULU..!]

Assalamualaikum and hai, my name is Aiman.

Saya berumur 19 tahun dan saya pernah menghadapi peperiksaan SPM. Result SPM tidak perlu cerita la kot, tapi yang hendak diceritakan ialah bagaimana diri saya sebelum dan selepas SPM. Saya rasa, most of anak muda yang macam saya pun menghadapi keadaan yang sama macam saya...

Sebelum SPM...

"Ok, lepas SPM aku nak kahwin. Set!"
"Weh member, jom lumba siapa dulu kahwin, dia menang..!"
"Tunggu, awak tunggu lepas SPM saya akan kawen dengan awak!"

Peh peh, sembang kencang kalah ribut taufan dan IPU jerebu beb.  Hasilnya, kita tengok berapa ramai je yang sembang cenggini kahwin lepas SPM? Kalau nak sembang kencang, gajah pun boleh terbang, zirafah pun boleh berenang, kan..?

Drama kawen-kawen ini bukannya sekadar terhenti waktu zaman SPM sahaja, tetapi legasi ini diteruskan hingga ke alam universiti dll... Tapi the same thing happen, sembang kencang. Tak ramai yang kahwin.

Nampak tak? Ramai nak kahwin.

Ramai semangat nak kahwin muda, kahwin awal.
Kahwin, itu cita-cita kebanyakan anak muda.
Istilahnya dia mau kahwin masa belajaq.

Bila saya tanya;

"Paseipa nak kahwin awal ni..?"

Ramai yang akan jawab...

1. Nak jaga hati.
2. Nak jaga nafsu.
3. Nak jaga pandangan.
4. Tak nak buat benda haram.
5. Supaya hati terikat dengan si dia.
6. Nabi suruh anak muda kahwin awal.

Peh peh, sungguh islamik jawapan anda. Demi mendapatkan hati, nafsu dan pandangan terjaga, anda pilih untuk kahwin. Buat benda haram, tak nak jadi pilih kahwin. Paling islamik, sebab Nabi Muhammad suruh kahwin awal.

Ok, baguih la.
Tahniah!

Kalau ibu dan bakal ibu dengaq ni konfem cayaq.

Baiklah, saya sangat gembira lihat anak muda macam saya ada semangat camni, baguih lah tapi saya sangat sedih dan hampa akan kefahaman dan pandangan anak muda mengenai kahwin... Kenapa semuanya kemain semangat nak kahwin, adrenaline meningkat bila cakap pasal jadi suami isteri, jadi mama papa dll...?

Kahwin ini bukannya macam main kawen-kawen masa kecik dulu.

___

"Awak jadi ayah ye, saya jadi ibu."

"Haa, nah teh." Aminah hulur secawan gelar berisi air kepada Amin.

"Tapi kaler teh ni warna putih la. Kalau tak rasa manis ataupun takda rasa teh jangan marah ye ayah, sebab ayaq ni ambik dari ayaq paip ja. Eh jap anak kita nangis..."

Aminah pergi memujuk anak patung teddy bear yang matanya tak berkelip dan tak berair pun walapun tengah nangis. Setelah itu, Aminah pergi kepada Amin...

"Ayah, nak duit..." Aminah kenyit mata nak memikat si ayah dan paling penting pikat duit dalam poket itu.

"Nak beli teh dan cawan baru, dan nak beli anak baru." Kebetulan pula SOGO ada buat jualan runtuh teddy bear.

"Hm, ok. Awak ambil duit ini dan duit lebih boleh untuk awak beli handbag branded kat SOGO, ada sale tak silap..." Amin pun dengan macho-nya keluarkan beberapa daun hijau yang dicabut dari taman mini ibunya. Setiap daun ditulis angka 100. SubhanaAllah kayanya Amin.

Begitulah kisah rumahtangga Aminah dan Amin.

- The End -

___

Wahai semua, kahwin bukannya seperti yang anda sangka. Tidak!

Mungkin anda fikir saya sembang kencang, tapi ini tidak. Saya bercakap berdasarkan pengalaman dan pengajian, bukannya cakap kosong. Izinkan saya untuk perkenalkan diri semula;

Assalamualaikum and hai, my name is Aiman, Aiman Banna. Saya berumur 19 tahun dan isteri saya muda setahun. Mungkin anda fikir anda salah baca tapi saya memang ada mention isteri bermaksud saya sudah berkahwin. Alhamdulillah kami kahwin tahun ini.

Saya seorang suami,
Dan saya ada isteri.

Saya kahwin muda,
Juga bakal ayah muda.

Izinkan saya untuk ceritakan kepada anda mengenai kahwin.

Kahwin, bukannya semudah kita order roti kahwin kat restoran.
Bukan juga semudah cerita Aminah dan Amin tadi, sangat bukan.

Keindahan kahwin juga bukan seperti dalam cerita dan filem Disney.
Novel-novel kat kedai buku sedunia pun tiadalah samanya macam kahwin.

Wahai anak muda, dengarlah kata-kata daripada suami muda ini;

Kahwin ialah benda yang besar, bukan benda main.
Ianya mengenai amanah dan tanggungjawab.
Ianya mengenai kesabaran dan kematangan.

Kahwin bukannya semata-mata anda kucup dahi dia kat atas kapal Titanic, bukannya bila anda ada teman di atas tilam bersaiz besar yang baru, bukannya bila anda upload gambar anak yang baru lahir kat instagram utk dapat like. Juga bukan bila anda berjalan di shopping complex dengan ada tangan pasangan untuk dipegang, bukan sekadar plastik beg lepas shopping.

It's more than that, wallahi it's more than that.

Mungkin anda tidak akan ada masalah ada naga culik isteri anda lalu kurung kat satu menara batu yang tinggi, mungkin juga anda tiada masalah seorang ahli sihir membuat sumpahan kepada isteri anda tidur selamanya. Mustahil la ada.

Tapi adakah anda bersedia tempuh ombak-ombak yang pelbagai..?

Setelah usai akad nikah, bagaimana anda melayar bahtera kehidupan perkahwinan yang akan ada pelbagai jenis ombak yang besaq seperti;

Duit tak cukup, masalah ekonomi.
Nak beli kereta dan rumah, tak mampu.
Hutang-hutang belambak.
Dapat anak awal, tak seperti yang dijangka.
Ada anak waktu tengah sambung degree.
Nak biayai kos membesarkan anak-anak.

Maka apa yang akan ada lakukan?
Bersediakah? Ataupun tak terfikir pun.

Ini ialah realiti perkahwinan, bukannya macam kisah indah dongengan.

Bagaimana pula nanti, selepas kahwin akan ada gaduh-gaduh..?

Biasalah, gaduh-gaduh manja (Cubit-cubit, geletek-geletek dll...) tapi memang lagi biasa akan ada gaduh besar (duit tak cukup, ada yang tak puas hati, rasa terkongkong, akan ada rasa rimas dll...) Memang akan ada rasa culture shock hidup dengan someone yang akan hidup dengan kita selama-lamanya (inshaAllah kalau Allah izin)..?

Akan tiba satu saat satu pasangan akan ada gaduh besar-besaran. Jadi bagaimana anda hadapi..?

Mampukah anda bersabar dengan kerenah masing-masing?
Mampukah anda tidak naik suara, tidak melenting, tidak tengking?
Mampukah anda untuk tidak turut emosi, tidak naik tangan ke atas dia?

Mampukah...!?

Selepas kahwin nanti, anda akan dapat banyak suprise.

Anda akan kenal diri dia yang purely 100% diri dia.
Perangai dia yang tidak ditunjuk selama ini, anda baru tahu.

Anda akan kenal sejarah dia, kenal siapa diri pasangan anda.
Apa yang dia lakukan sebelum kenal anda, anda baru tahu.

Bagaimana pula anda menghadapi suprise itu..?

Ketika inilah kematangan kena main peranan.
Ingat, matang sangat penting dalam satu hubungan.

Buktinya?

Budak tadika; berapa kali dah cinta-cinta monyet?
Akhirnya adakah cinta monyet itu jadi cinta manusia?

Tidak kekal pun; crush dan couple bertukar-tukar sokmo!
Oleh itu, muhasabah diri, dah matang ke belum?

Janganlah nanti suami terguna berus gigi kat tandas terus nak minta cerai, sebab nak cari suami takde gigi supaya ada privacy ke atas berus gigi dan colgate pun jimat? Janganlah nanti nak buat dua tandas, tak nak share tandas sebab isteri tak pandai jaga kebersihan tandas.

It's about bersedia berkongsi segala. Matangkan diri, sedar.

Janganlah nanti isteri nak bermanja-manja lebih, nak spend time lebih, nak on the phone lebih pun kita rimas lalu tak nak layan?  Janganlah nanti rasa tidak selesa dengan kecemburuan pasangan yang over sebab ianya manifestasi cinta pasangan.

Nanti suami nak tengok bola Chelsea lawan Manchester United (Chelsea menang, inshaAllah), janganlah setiap masa nak halang. Kena ada toleransi dan faham-memahami. Ada give and take.

Lepas kahwin, anda akan lihat banyak kekurangan pasangan. Anda ada pilihan;

1. Tak boleh terima, tak redha, rimas.
2. Redha, try addapt, cuba ubah mana yang patut. Sabar.

Andai pertama pilihan anda; anda masih tahap tadika punya cinta. Andai kedua pilihannya, TAHNIAH!

Oleh itu, matangkan diri, sediakan diri.
Cinta monyet, hanya untuk monyet. Ok?

Kahwin bukannya semata-mata untuk anda jadikan alasan untuk jaga hati-lah, untuk jaga nafsu, jaga pandangan dan lain-lain. Tak nak buat benda haram, jadi anda pun bermati-matian perjuangkan kahwin muda, kahwin masa belajar dan berjuta lagi perjuangan anda...

Anda SILAP!

Kerana benda-benda seperti jaga hati, jaga nafsu, jaga pandangan ialah benda yang perlu anda jaga sebelum kahwin. Jika sebelum kahwin pun anda tidak mampu jaga, selepas kahwin pun anda akan tidak tunduk pandangan, tak jaga hati dan lain-lain.

Kenapa kena buat benda-benda ni sebelum kahwin?
Selepas kahwin nanti, timbullah pelbagai issue.

Suka perempuan ini, suka perempuan itu. Suka laki ini, suka laki tu. Nanti dah mula untuk tawar dengan isteri//suami endiri. Romantik awal-awal kahwin je lepas itu hambar tawar. Mula untuk banding-banding pasangan dengan orang lain. Dia lebih hensem la, lebih cantik la.

Inilah implikasi kalau sebelum kahwin pun tak settle jaga benda yang patut dijaga.

Sebab itu dalam tarbiah, sebelum kahwin (baitul muslim), kena settle diri sendiri dulu (fardhul muslim). Kita kena didik diri kita untuk jaga hati, jaga nafsu dll sebelum kahwin lagi, kena didik dengan sebaik-baik didikan tarbiah sehingga berjaya. Kalau didik dan jaga diri pun tak settle, apatah lagi nak didik dan jaga pasangan lepas kahwin.

Jangan kencangkan sembang anda, kencangkan tindakan juga.

Baiki diri dahulu,
Baiki amalan harian,
Baiki hubungan dengan Tuhan.

Jangan gelojoh dalam kahwin, nanti rumahtangga gocoh.

___

Ini pesanan terakhir dan paling penting dari saya untuk anda;

Kawen
Kahwin
Nikah

Itu bukan matlamat hidup.

Ingat, kenapa kita di sini.
Ingatlah, kita ada Allah.

Allah matlamat hidup kita,
Redha Allah yang kita mahu.
Cinta Allah menjadi prioriti.

Kebahagian mutlak yang kita mahu bukan di sini, tapi sana.
Sini itu dunia hakiki.
Sana itu Syurga.

Jadi, ranking keutamaan hidup kita sentiasa redha Allah berbanding yang lain-lain. Yang lain-lain itu juga termasuk kahwin. Ingat, bila kita kahwin, kita ambil seseorang untuk kita jaga dan bersama memimpin tangan dalam menuju redha Allah.

Adakah kita sudah,

Solat lima waktu,
Solat jemaah selalu,
Solat awal waktu,
Baca quran selalu
Berbakti secukupnya kepada ibu ayah,
Dan pelbagai lagi amalan harian persendirian kita.

Adakah kita sudah bersedia dengan sebaiknya sebelum terdetik rasa hendak kahwin..?

Andai diri kita tidak mampu untuk jaga amalan harian persedirian kita, bagaimana mungkin kita nak hidupkan redha Allah dalam amalan harian bersama pasangan kita kelak..?

Andai kita tidak mampu jaga diri kita untuk jauh daripada api neraka, bagaimana mungkin kita mampu untuk bawa seseorang ke Syurga..?

Lalu menyedari hakikat ini;

Mengapa kita masih tergamak menafikan bahawa cinta Allah sentiasa nombor satu berbanding kahwin secepat-cepatnya tanpa ubah diri dahulu..?

Sebab itulah dalam tarbiah mengajar kita untuk baiki diri sendiri dari segi amalan, kerja dakwah, hubungan dengan masyarakat, ekonomi dll sebelum ke tangga seterusnya iaitu perkahwinan (baitul muslim)

Kita sebagai muslim nak islam di kemuncak dunia. Kan?
Secara mudahnya saya rangka langkah-langkah jadi lima;

1. Ubah diri.
2. Ubah orang lain (pasangan)
3. Ubah masyarakat.
4. Ubah negara.
5. Ubah Dunia.

Bagaimana kita nak ubah dunia kalau kita tak mampu nak ubah pasangan dan bagaimana nak ubah pasangan kalau diri sendiri tak berubah menjadi muslim yang sepatutnya..!?

The heart of the matter,

Nikah itu tidak semudah yang disangka,
Juga tidak seindah apa yang dijangka.

Nikah itu tidak semudah yang disangka,
Nikah itu banyak mehnah dan tribulasi,
Nikah itu banyak liku-liku kesusahan,
Nikah itu perlu banyak pengorbanan,
Nikah itu ini itu ini itu ini itu ini itu ini...

Nikah itu tidak semudah yang disangka,
Kerana nikah itu mudah, jika kita nikah kerana Allah.

Walau susah setara mana pun kesusahan yang kita hadapi bersama suami//isteri.., ianya tetap mudah kerana kita tahu bila kita menghadapi ujian dan dugaan dalam perkahwinan dengan sabar, maka Allah akan redha lalu akan pertemukan jodoh suami isteri semula di Syurga kelak.

Maka segala kesusahan akan menjadi ringan dengan adanya tarbiah dalam nikah.

Nikah itu juga tidak seindah apa yang dijangka.
Nikah itu banyak mehnah dan tribulasi,
Nikah itu banyak liku-liku kesusahan,
Nikah itu perlu banyak pengorbanan,
Nikah itu ini itu ini itu ini itu ini itu ini...

Nikah itu juga tidak seindah apa yang dijangka.
Kerana nikah itu tersangatlah indah, wallahi indah.
Nikah ialah Syurga dunia, Syurga dunia kurniaan Allah.
Hanya dan hanya apabila anda faham, nikah itu kerana Allah.

Sedarlah, semuanya berbalik kepada Sang Pencipta Cinta.
Maka, sentiasalah kembali kepada Allah.

Oleh itu, nak nikah muda? Dipersilakan.
Tapi muhasabah diri, dan istikharah juga istisyarah.

Moga Allah permudah segala,
Moga Allah cinta dan redha.

Sekian sahaja.
Yang inshaAllah ikhlas,
Aiman Banna.

___

Taken from blog Aiman .

p/s : Saya akan ceritakan pengalaman saya bersama isteri sebelum dan selepas nikah dalam entri blog yang akan datang. Nantikan juga buku kolaborasi antara saya dan isteri iaitu #CintaHalal dan novel daripada saya: "Aku Bukan Bidadari".

Jumaat, 30 Oktober 2015

Im

Sultan Murad IV merupakan seorang sultan yg berani serta berpandangan jauh. Pada suatu malam ketika zaman pemerintahan beliau, beliau merasakan ada sesuatu yg tidak kena dalam hatinya. Beliau merasa cemas, rasa ingin tahu apa sebabnya. Lalu beliau memanggil ketua pengawalnya dan mengajaknya keluar untuk melihat keadaan rakyatnya. Sultan Murad IV kebiasaannya akan berjalan melihat rakyatnya di malam hari dengan cara menyamar.
Mereka pun keluar di malam hari, setelah lama berjalan tibalah mereka di lorong yg sempit. Mereka menemui seorang lelaki yg telah meninggal dunia tertiarap di atas tanah. Tempat tersebut tempat orang lalu lalang tetapi tiada sesiapapun yg mempedulikan mayat tersebut.

Lalu Sultan Murad IV bertanyakan kepada orang yg lalu lalang di kawasan itu,

"Mengapa lelaki ini meninggal tetapi tiada sesiapa mempedulikannya dan mengangkat jenazahnya?"

Mereka berkata:

"Orang ini suka minum minuman keras dan selalu melakukan zina."

Sultan bertanya kepada beberapa orang di situ tetapi jawapan yg diberikan tetap sama.

Sultan membalas,

Tapi…bukankah ia umat Muhammad SAW? Mari kita angkat jenazahnya, kita bawa ke rumahnya.

Mereka pun membawa jenazah lelaki tersebut ke rumahnya.

Melihat suaminya meninggal,

Dalam tangisnya si isteri berkata,

"Semoga Allah merahmatimu wahai wali Allah.. Aku bersaksi bahawa engkau orang yang soleh."

Sultan terkejut!

Bagaimana mungkin dia wali Allah sedangkan orang-orang disekelilingnya mengatakan lelaki tersebut kaki botol dan kaki maksiat. Sehinggakan mereka tidak mempedulikan kematiannya.

Si isteri menjawab,

"Sudah kuduga pasti akan begini..Sebenarnya, setiap malam suamiku membeli minuman keras dari para penjual sejauh yang ia mampu. Kemudian minuman-minuman itu dibawa ke rumah dan ditumpahkannya ke tandas, sambil berkata;

"Moga-moga aku meringankan dosa kaum muslimin dari meminum minuman keras ini. Semoga dengan usaha yg kecil ini aku mendapat keredhaan dari Ilahi."

Dia juga pergi menemui pelacur pada malamnya untuk memberikan mereka wang dan berkata;

"Malam ini kalian dalam bayaranku, jadi tutup pintu rumahmu sampai pagi."

Kemudian ia pulang ke rumah dan berkata kepadaku;

"Alhamdulillah, malam ini aku telah meringankan dosa para pelacur itu dan pemuda-pemuda Islam dari melakukan maksiat kepada Allah. Semoga dengan usaha yg kecil ini aku mendapat keredhaan dari Ilahi."

Orang-orang yg berada disekelilingnya selalu menyaksikannya membeli arak dan menemui pelacur, lalu menuduhnya dengan berbagai tuduhan.

Aku pernah berkata kepada suamiku;

"Kalau kamu mati nanti, tidak akan ada kaum muslimin yang mahu memandikan jenazahmu, mensolatkan jenazahmu dan menguburkan jenazahmu.

Suaminya itu hanya tertawa dan berkata;

"Jangan takut, bila aku mati, aku akan disolatkan oleh Sultannya serta kaum muslimin, para Ulama dan para Auliya."

Maka, Sultan Murad pun menangis, dan berkata;

"Benar! Demi Allah, akulah Sultan Murad, besok pagi kita akan memandikannya, mensolatkannya dan menguburkannya.
Akhirnya proses jenazah lelaki wali Allah itu dihadiri oleh Sultan, ulama, masyaikh dan seluruh masyarakat."

Subhanallah!

* Biarlah kita tidak dikenali manusia, tetapi cukuplah Allah yg mengenali kita. Moga kita juga tidak menilai seseorang dari luarannya sahaja. Jika tidak tahu, diam adalah lebih baik daripada jatuh fitnah...moga Allah meredhai hidup kita semua. Aamiin Allahumma Aamiin.

Dr mundzir

DR MUNDZIR BIN ABDULLAH –
“PEMEGANG DOKTOR FALSAFAH TERMUDA DI MALAYSIA PADA UMUR 23 TAHUN 5 BULAN”

Universiti Teknologi Malaysia sekali lagi amat berbangga kerana telah berjaya melahirkan seorang pemegang ijazah Doktor Falsafah yang termuda di Malaysia pada usia 23 tahun 5 bulan dan diiktiraf dalam Malaysia Book of Records.
Rekod baru ini sekaligus memecah rekod Dr Hazzirah Izzati yang telah mendapat pengiktirafan yang sama pada tahun lepas pada umur 24 tahun 2 bulan.
Dr Mundzir bin Abdullah dilahirkan pada 25 November 1991 di Johor Bahru, Johor. Anak keenam dari sebelas orang adik beradik, merupakan anak kepada pasangan Dr Abdullah bin Daud, mantan pensyarah di Jabatan Geoinformasi, Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah (FGHT), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), dan Zakiah binti Mat seorang surirumah sepenuh masa.
Dr Mundzir memulakan persekolahannya di Sekolah Kebangsaan Kangkar Pulai sehingga menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun 2003 dengan keputusan 4A 1B. Beliau kemudian meneruskan pengajian menengah rendah di Sekolah Menengah Kebangsaan Kangkar Pulai sehingga Tingkatan Tiga.  Dengan keputusan yang amat cemerlang dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) iaitu 8A, Dr Mundzir telah diterima untuk meneruskan pengajian di Tingkatan Empat di Maktab Rendah Sains MARA, (MRSM) Mersing pada tahun 2007. Pada tahun berikutnya, Dr Mundzir menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan mendapat keputusan 8A1 2A2.
Sebaik sahaja tamat menduduki SPM, Dr Mundzir ditawarkan untuk mengikuti Program Ekspress UTM-MARA selama enam bulan di UTM Johor Bahru bermula dari Januari 2009 hingga Jun 2009. Pada sesi kemasukan pelajar Sarjana Muda UTM pada bulan Jun 2009, Dr Mundzir mendaftar masuk sebagai mahasiswa tahun satu kursus Sarjana Muda Sains (Fizik) di Jabatan Fizik, Fakulti Sains.
Pada tahun 2012 beliau meneruskan kecemerlang akademik dan menamatkan pengajian peringkat Sarjana Muda dengan Kepujian Kelas Pertama. Dr Mundzir seterusnya menyambung pengajian ke peringkat Doktor Falsafah dalam bidang Fizik pada tahun yang sama di bawah program ‘Fast Track’. Dr Mundzir adalah penerima biasiswa MyPhD, Kementerian Pendidikan Tinggi sepanjang pengajian beliau selama tiga tahun di UTM.
Bidang penyelidikan pada peringkat PhD beliau adalah bidang aplikasi laser dengan tajuk tesis “Laser Surface Alloying Aluminium with Iron using a Q-switched Nd:YAG Laser: Characterization and Optimization” di bawah seliaan Prof. Dr. Noriah Bidin di Pusat Laser, Ibnu Sina Institute for Scientific & Industrial Research (ISI-SIR), UTM. Dalam kajian mereka untuk teknik pengaloian permukaan dengan laser, mereka berjaya memperkenalkan teknik baharu dalam penentuan kondisi optimum bagi beberapa parameter pemprosesan. Sepanjang pengajian beliau di peringkat Doktor Falsafah, Dr Mundzir telah berjaya menerbitkan lebih dua puluh kertas kerja di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Dr Mundzir juga aktif dalam menyertai pameran penyelidikan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, selain dari pembentangan kertas kerja dalam persidangan yang berkaitan dengan bidang beliau.
Selain dari bidang akademik, Dr Mundzir juga turut terlibat sebagai ahli jawatankuasa pelaksana dan fasilitator bagi pelbagai seminar, bengkel dan persidangan anjuran Pusat Laser, UTM.
Pada 29 April 2015, Dr Mundzir telah disahkan lulus dengan cemerlang dalam Peperiksaan Lisan dengan memperolehi keputusan ‘A,  beliau juga dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah dalam tempoh 33 bulan pengajian (GOT) pada usia 23 tahun 5 bulan. Beliau telah dianugerahkan Anugerah Pro Canselor pada Majlis Konvokesyen UTM ke 55.

Bila tanya emak ayah nya apa faktor kejayaan dia.. mereka kata dia tak pernah tengok tv atau dengar muzik. Masa belajar selalu dengar bacaan al Quran

Rabu, 28 Oktober 2015

Iman pelacur arak

Sultan Murad IV merupakan seorang sultan yg berani serta berpandangan jauh. Pada suatu malam ketika zaman pemerintahan beliau, beliau merasakan ada sesuatu yg tidak kena dalam hatinya. Beliau merasa cemas, rasa ingin tahu apa sebabnya. Lalu beliau memanggil ketua pengawalnya dan mengajaknya keluar untuk melihat keadaan rakyatnya. Sultan Murad IV kebiasaannya akan berjalan melihat rakyatnya di malam hari dengan cara menyamar.
Mereka pun keluar di malam hari, setelah lama berjalan tibalah mereka di lorong yg sempit. Mereka menemui seorang lelaki yg telah meninggal dunia tertiarap di atas tanah. Tempat tersebut tempat orang lalu lalang tetapi tiada sesiapapun yg mempedulikan mayat tersebut.

Lalu Sultan Murad IV bertanyakan kepada orang yg lalu lalang di kawasan itu,

"Mengapa lelaki ini meninggal tetapi tiada sesiapa mempedulikannya dan mengangkat jenazahnya?"

Mereka berkata:

"Orang ini suka minum minuman keras dan selalu melakukan zina."

Sultan bertanya kepada beberapa orang di situ tetapi jawapan yg diberikan tetap sama.

Sultan membalas,

Tapi…bukankah ia umat Muhammad SAW? Mari kita angkat jenazahnya, kita bawa ke rumahnya.

Mereka pun membawa jenazah lelaki tersebut ke rumahnya.

Melihat suaminya meninggal,

Dalam tangisnya si isteri berkata,

"Semoga Allah merahmatimu wahai wali Allah.. Aku bersaksi bahawa engkau orang yang soleh."

Sultan terkejut!

Bagaimana mungkin dia wali Allah sedangkan orang-orang disekelilingnya mengatakan lelaki tersebut kaki botol dan kaki maksiat. Sehinggakan mereka tidak mempedulikan kematiannya.

Si isteri menjawab,

"Sudah kuduga pasti akan begini..Sebenarnya, setiap malam suamiku membeli minuman keras dari para penjual sejauh yang ia mampu. Kemudian minuman-minuman itu dibawa ke rumah dan ditumpahkannya ke tandas, sambil berkata;

"Moga-moga aku meringankan dosa kaum muslimin dari meminum minuman keras ini. Semoga dengan usaha yg kecil ini aku mendapat keredhaan dari Ilahi."

Dia juga pergi menemui pelacur pada malamnya untuk memberikan mereka wang dan berkata;

"Malam ini kalian dalam bayaranku, jadi tutup pintu rumahmu sampai pagi."

Kemudian ia pulang ke rumah dan berkata kepadaku;

"Alhamdulillah, malam ini aku telah meringankan dosa para pelacur itu dan pemuda-pemuda Islam dari melakukan maksiat kepada Allah. Semoga dengan usaha yg kecil ini aku mendapat keredhaan dari Ilahi."

Orang-orang yg berada disekelilingnya selalu menyaksikannya membeli arak dan menemui pelacur, lalu menuduhnya dengan berbagai tuduhan.

Aku pernah berkata kepada suamiku;

"Kalau kamu mati nanti, tidak akan ada kaum muslimin yang mahu memandikan jenazahmu, mensolatkan jenazahmu dan menguburkan jenazahmu.

Suaminya itu hanya tertawa dan berkata;

"Jangan takut, bila aku mati, aku akan disolatkan oleh Sultannya serta kaum muslimin, para Ulama dan para Auliya."

Maka, Sultan Murad pun menangis, dan berkata;

"Benar! Demi Allah, akulah Sultan Murad, besok pagi kita akan memandikannya, mensolatkannya dan menguburkannya.
Akhirnya proses jenazah lelaki wali Allah itu dihadiri oleh Sultan, ulama, masyaikh dan seluruh masyarakat."

Subhanallah!

* Biarlah kita tidak dikenali manusia, tetapi cukuplah Allah yg mengenali kita. Moga kita juga tidak menilai seseorang dari luarannya sahaja. Jika tidak tahu, diam adalah lebih baik daripada jatuh fitnah...moga Allah meredhai hidup kita semua. Aamiin Allahumma Aamiin.