Khamis, 25 Februari 2016

Gagal

-ERTI SEBENAR KEGAGALAN-

Dua jenis manusia yg berbeza.

Si A,

"Yesssss!!!!! Addmath aku A bebbbb hahahaha kau ado ? Aku belajar gitu2 jee. Tidur dalam kelas tp result aku gempak woiii."

Si B,

"Gagal lagi addmath. Takpe2 boleh cuba lagi. Aku boleh yeayh! Ya Allah, lps ni bntulah aku."

Secara zahirnya, siapa yang gagal?
Tentulah Si B kan. Gagal dalam ujian Addmath.

Tetapi, secara batinnya, Si B ialah seorang yg berjaya. Manakala Si A gagal.

Kerana apa? Si A gagal menundukkan sifat riyak takbur angkuh dalam hatinya. Manakala Si B berjaya mengawal sifat kecewanya, kerana paksinya kepada Allah amat teguh. Si B begitu yakin bahawa usaha akan membuahkan hasil, lalu dye perbanyakkan berdoa kpd Allah.

Si A pula terlalu yakin bahawa kejayaannya itu datang dari usahanya sendiri, sehingga lupa untuk memulangkan segala pujian kepada Yang Maha Memberi Rezeki. Oleh itu, dia gagal dalam memaksikan kehidupannya pada Allah.

Erti sebenar kegagalan itu bukanlah terletak pada berapa rendah markah kamu, prestasi belajar kamu, muflis atau sebagaimana definisi gagal yg ditafsirkan oleh akal.

Gagal mengikut tafsiran iman, apabila kamu gagal menjaga hubungan dengan Allah. Gagal memaksikan seluruh kehidupan kamu hanya kepada Allah.

Seseorang yang mempunyai harta yg banyak, lalu dia bersikap tamak. Tidak mahu zakat, tidak mahu bersedekah, apatah lagi menderma. Malah dalam hatinya terlalu gusar, kerana takut hartanya akan habis, di rompak dan sebagainya. Dia berasa dialah yg plg beruntung, dialah yg plg kaya yg plg berjaya, hakikatnya, dia seorang yg gagal. Gagal untuk menundukkan sendiri hawa nafsunya yang cintakan harta dunia, sehingga enggan melabur untuk saham akhirat.
Hakikatnya, dia gagal untuk meletakkan Allah dalam hatinya, apatah lagi bersyukur.

Kemiskinan juga bukan kegagalan dalam hidup. Allah tidak pernah memberikan hamba-Nya kemiskinan, melainkan kecukupan, dan apa yg Allah beri itu, adalah yg terbaik. Because Allah knows while you don't know.

Nasihat saya, cari.

Sejauh mana kejayaan kamu itu telah membawa kamu jauh dari Allah, dan sedalam mana kegagalan kamu itu telah membawa kamu mengingati Allah.

Cari hikmah di setiap kejayaan dan kegagalan yg kamu alami.

Kerana, ujian boleh jadi nikmat, dan nikmat boleh jadi ujian.

Kekayaan, satu nikmat. Tetapi boleh jadi juga Allah kurniakan kekayaan itu untuk menguji bagaimana kamu membelanjakan harta tersebut. Untuk agama Allah atau urusan dunia? Untuk menguji kamu dalam mengawal perasaan takbur dlm hati dgn harta yg menggunung sedemikian rupa. See? Nikmat boleh jadi satu ujian.

Manakala ujian boleh jadi satu nikmat. Contoh yg paling famous, Allah datangkan matahari. Rasa nyaman je boleh picnic jalan2 tepi pantai. Tiba2 Allah dtgkan hujan. Kamu berlari cari tmpat berteduh. Rasa kecewa dtg, tapi cepat2 kamu tepis. Sebab seorng mukmin, takkan pernah ada perasaan kecewa dlm diri dye. Lama-kelamaan kamu tersenyum. Kerana kamu temui hikmah turunnya hujan. Rupa-rupanya Allah hadiahkan pelangi yg warna-warni utk kamu, lantas kamu kembali tersenyum. Indah kan?

Kesimpulannya, kegagalan yg sebenar bukanlah seperti yg sering tercetus di minda. Gagal ujian, gagal interview mcm2 lagi lah. Erti sebenar kegagalan, bila connection hamba dgn Allah, lost. Pada saya, itulah kegagalan yg sebenar.

Wallahu'alam.

@mairahamran

Langgar belakang

Tips Ringkas Jika Kereta Anda Dilanggar Dari Belakang.

1. Jika ada org langgar kereta anda dari belakang, jgn panik dan bawa bertenang.

2. Berhentikan kereta anda di tepi jalan di kawasan yang lapang dan selamat. Ini untuk mengelakkan berlakunya kesesakan lalulintas.

3. Slps anda lihat kenderaan yang melanggar kereta anda juga memberhentikan kenderaannya, ambil telefon bimbit anda yg ada kamera dan keluar drpd kereta anda.

Ingat! Jgn ambil sebarang alatan yang merbahaya spt stearing lock, parang, peralatan yg diperbuat dpd besi dsg, kerana anda mungkin boleh dituduh cuba untuk melakukan serangan dan kecederaan kpd org lain dan harta benda awam.

4. Ambil gambar plat dan cukai jalan kenderaan yg langgar anda td.

5. Apabila pemandu kenderaan yg langgar anda td keluar drpd kenderaannya, sapa lah dia dgn baik. Kalau pun anda tak mampu nak senyum dgnnya, ttp jgnlah terus maki hamun kpdnya.

6. Tanyakan kpdnya dgn baik knp dia langgar kereta anda td? Kebiasaannya dlm situasi sebegitu masing2 akan cuba menyalahkan satu sama lain.

Kawal kemarahan anda, jgn bertengkar, bergaduh dan berbalah di situ kerana ianya takkan menyelesaikan masalah tetapi hanya akan menyebabkan kesesakan lalu lintas dan mengganggu pengguna jln raya yg lain.

7. Kalau boleh minta tengok drp pemandu yg langgar kereta anda tadi kad pengenalan atau lesen memandunya. Ambil gambar kad pengenalan atau lesen memandunya.

8. Jika dia tidak mengaku bersalah melanggar kereta anda, jgn paksa dia mengaku atau paksa dia byr wang kpd anda. Just bagitahunya, dari segi undang2, sekiranya sesuatu kenderaan melanggar kenderaan lain drpd belakang, kecuaian adalah disebabkan oleh kenderaan yg melanggar itu.

9. Jika dia mengaku bersalah, minta dia menanggung kos pembaikan kereta anda. Sekali lagi sy ingatkan, tak perlu mintak wang drpdnya. Terus ajak dan bawa dia ke bengkel yg anda biasa berurusan utk menilai berapakah kerosakan kereta anda.

Kalau boleh terus pergi, jangan tangguh2 walaupun anda ada urusan lain. Lagi cpt anda selesaikan perkara tersebut lagi bagus.

10. Jgn lupa ambil nombor telefonnya atau bisnes kadnya supaya mudah anda menghubunginya nanti.

11. Jika dia berkeras tak mahu mengaku bersalah dan tidak mahu tanggung kos pembaikan kereta anda, tak mengapa, jgn serang atau melakukan sesuatu yang boleh dianggap sebagai kesalahan jenayah terhadapnya. Biarkan saja dia pergi. Ini kerana anda telah dpt segala info berkenaan kenderaan dan dirinya.

12. Terus pergi buat report polis di balai polis berhampiran.

13. Dgn report polis tadi pergi ke jpj dan lakukan carian kenderaan untuk mengetahui syarikat insuran kenderaan yg langgar kereta anda td.

14. Pergi terus ke bengkel panel syarikat insurans tersebut dan mintak mereka uruskan 3rd parti claim utk membaiki kerosakan kereta anda tersebut.

Mudah bukan?? Tak perlu gaduh2 dan melakukan sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah anda dan boleh mendedahkan anda kpd perlakuan jenayah. Negara kita kan ada undang2. .
Patuhilah undang2 yg tlh ditetapkan!

Selasa, 23 Februari 2016

Kerajaan

Kerajaan Bumi  Dan Kerajaan Langit

Seorang raja itu, dia berkuasa. Dia memerintah dan mentadbir sesebuah negara. Jentera pemerintahan dan pentadbirannya dinamakan ke-raja-an.

Di zaman tidak ada raja atau raja telah hilang kuasanya, jentera pemerintahan dan pentadbiran tetap dinamakan kerajaan. Bila disebut kerajaan, maka ada berbagai jenis kerajaan. Ada kerajaan langit dan ada kerajaan bumi.

Kerajaan langit ialah kerajaan Tuhan. Segala-galanya di langit di tadbir dan di perintah mengikut hukum-hakam Tuhan. Tidak ada penyelewengan, tidak ada percanggahan sistem dan tidak ada yang tidak taat. Justeru itu, kehidupan di langit aman damai dan tenang. Tidak ada peperangan. Semuanya berjalan dengan licin, lancar dan teratur seperti mana yang Tuhan kehendaki.

Bumi juga satu ketika dahulu, termasuk di bawah pemerintahan kerajaan langit. Semuanya di bumi berjalan dengan baik. Semua makhluk di bumi ketika itu taat dan patuh kepada Tuhan. Tetapi, Tuhan ada jadual dan perancangan-Nya. Diciptakan-Nya manusia supaya menjadi khalifah-Nya di muka bumi. Dihantar-Nya manusia ke bumi dan diserahkan bumi ini untuk ditadbir oleh manusia bagi pihak Diri-Nya.

Maka wujudlah kerajaan bumi yang dikendalikan oleh manusia sebagai tambahan kepada kerajaan langit. Namun, tidak semua perkara di bumi diserahkan kepada manusia untuk ditadbirkan kerana manusia tidak mampu. Manusia hanya perlu mentadbir hal urusan mereka sendiri dan khazanah bumi sahaja. Soal hujan, air, angin, cuaca, iklim, putaran bumi, cahaya matahari, air pasang surut dan sebagainya tetap di bawah pentadbiran kerajaan langit.

Di zaman bumi ini ditadbir dan diperintah oleh orang-orang Tuhan seperti para rasul dan para mujaddid , semua hukum-hakam, peraturan dan sunnah Allah berjalan dengan lancar di muka bumi.

Tetapi di zaman-zaman yang lain, di kala bumi diperintah oleh manusia-manusia yang tidak beriman dan yang melawan dan menentang Tuhan, mereka tolak hukum-hakam Tuhan. Mereka tidak yakin dan tidak percaya dengan peraturan sistem Tuhan. Mereka cipta peraturan dan sistem mereka sendiri. Asalnya mereka dihantar ke muka bumi sebagai hamba dan khalifah Tuhan.

Tetapi mereka memberontak. Mereka tidak rela menjadi hamba. Mereka mahu menjadi tuan dan mahu mentadbir bumi ini ikut selera mereka sendiri. Mereka lupa bumi ini Tuhan punya. Mereka lupa mereka hanya wakil Tuhan. Mereka mahu mengenepikan Tuhan dan mahu mengambil-alih bumi ini menjadi hak mereka dan mentadbirkannya ikut cara mereka. Ini satu rampasan kuasa yang sangat besar dan sangat ketara. Ini satu coup-de-tat yang tidak ada tolok bandingnya.

Ini bukan satu rampasan kuasa di antara sesama manusia. Ini macam hendak merampas kuasa Tuhan atau setidak-tidaknya hendak melepas diri dari kuasa Tuhan. Memang manusia ini tidak tahu malu dan tidak sedarkan diri.

Menumpang di bumi Tuhan tetapi tidak mahu mengikut peraturan dan sistem Tuhan. Cuba bayangkan orang yang kita beri tumpang di rumah kita, tiba-tiba dia hendak ambilalih kuasa di rumah kita. Diubahkan susunan kerusi meja kita ikut selera dia. Ditukar langsir dan alas meja. Dipindahkannya peti ais ke depan dan tv ke dapur. Disusun semula jadual makan, jadual minum dan jadual sarapan. Dia pula yang hendak memerintah dan hendak berkuasa dalam rumah kita. Ini tetamu haprak namanya.

Tambahan pada itu, orang merampas kuasa kerajaan atau kuasa raja, dirampasnya semua kuasa. Bukan sesetengah kuasa sahaja. Tetapi manusia hendak merampas kuasa Tuhan di muka bumi namun tidak pula dia merampas kuasa Tuhan ke atas air, hujan, angin, iklim, cuaca, cahaya matahari dan sebagainya. Dia rampas benda-benda yang dia rasa dia boleh tangani dan boleh handle sahaja.

Tahu pula dia banyak benda dalam dunia ini yang dia tak boleh handle. Itu pun dia nak rampas kuasa juga. Maka manusia mulalah menggunakan segala bentuk kerajaan ciptaan manusia untuk memerintah bumi.

Semuanya berbentuk sekular belaka. Dunia untuk dunia. Dunia habis di dunia. Ada kerajaan komunis. Ada kerajaan demokrasi. Ada kerajaan sosialis. Ada kerajaan beraja. Ada kerajaan republik dan sebagainya.

Diciptalah juga berbagai sistem dan ideologi hasil fikiran akal manusia. Sistem ekonomi kapitalis, pendidikan sekular, kewangan riba, perundangan berat sebelah dan lain-lain lagi. Hasilnya, Tuhan berlepas diri. Apa yang terjadi? Hidup manusia jadi kucar-kacir, huru-hara dan kacau-bilau. Nafsu bermaharajalela. Timbul ketidakadilan, tindas-menindas, tekan-menekan, rebut-merebut dan tikam-menikam. Hilang kasih sayang. Hilang persaudaraan. Hilang perpaduan. Manusia jadi jahat. Jenayah berleluasa. Akhlak manusia rosak. Moral jatuh menyapu bumi. Manusia hidup di dalam ketakutan dan kebimbangan. Sentiasa resah dan gelisah. Hilang ketenangan dan kebahagiaan .

Manusia mula menjadi haiwan. Inilah tamaddun manusia hari ini. Sudah rosak dan merosakkan. Terlalu jauh dengan Tuhan. Dunia sudah jadi neraka. Berlaku kerosakan di lautan dan di daratan hasil usaha tangan-tangan manusia yang telah menolak peraturan, perundangan dan hukum-hakam Tuhan.

Nasib baiklah hujan masih turun. Angin masih bertiup. Matahari masih menyinar dan bumi masih berputar. Kalau semua ini Tuhan serahkan kepada manusia untuk diuruskan, nescaya tidak akan ada lagi manusia di bumi ini.

Di kala mana masyarakat manusia itu jahat, Tuhan akan hantar kepada mereka pemimpin yang jahat sebagi hukuman kepada mereka. Agar mereka rasa bala bencananya. Apabila manusia sedar dan memperbaiki diri, Tuhan akan hantar kepada mereka pemimpin yang baik agar mereka dapat hidup dengan tenang, aman dan damai.

Dan apabila datang pemimpin yang Tuhan tunjuk iaitu orang Tuhan atau pemimpin yang dijanjikan maka kerajaan langit akan membantu kerajaan bumi. Akan turun rahmat dan kasih sayang Tuhan. Kerajaan langit dan kerajaan bumi akan bergabung. Akan wujud kerajaan Tuhan di mukabumi ini. Segala-gala akan berjalan mengikut undang-undang Tuhan. Manusia akan cinta dan takut dengan Tuhan. Manusia akan berkasih sayang dan bersatu-padu. Manusia akan hidup dengan aman dan makmur dan akan mendapat keampunan Tuhan.

Ahad, 21 Februari 2016

Exora :)

































Nina

Baca baik2x !!
GF : Saya nak awak sambung study,ambil degree spya
ada kerja.
BF : ya syg .
GF : Saya nak awak deposit kereta spya senang g jalan2
BF : Baik syg .
GF : Saya nk bawa lelaki yg berkerjaya jumpa mak ayah
sya.
BF : Baik syg .
GF : Duit belanja sya dah habis. Nak minta kat bapa
malu. Kirimkan sya duit .
BF : Boleh syg . Tapi tak byk sbb syg taukan abg banyak
benda nak bayar.Kerja pun tak tetap. Tak sampai
RM1000 gaji . Bilik sewa, makan lagi.
RM50 cukup ya. Syg pandai2 lah jimat ya.
Kalau syg lapar,abg usaha hantarkan mknan kat hostel
syg. Ataupun biskut2 ke. Jgn selalu sangat keluar ya
syg.
GF : Engko giler RM50 je? kau ingat aku makan makanan
anak ayam hari2? Mana pergi duit gaji kau? Bukan byk
sgt kau nak bayar. Pergi kerja pakai motor,minyak motor
bukan mahal . Kau makan bukan byk. Tempat kerja ada
sedia makan. Setakat lelaki macam kau . Aku banyak
benda nak bayar. Nota study,yuran kolej. Belanja hari2 .
BF : Abg bukan Xnak tolong syg .
Baiklah , abg tambah sikit ya syg. Syg jgn merajuk dgn
abg.
Abg syg kan syg .
Suatu hari , setelah sekian lama GF mula bosan dgn BF
nya yg xpandai memajukan diri . Kerja tak tetap.
GF: mengenali seseorang yg baru,yg lebih berada &
selalu memenuhi kehendaknya berbanding BF nya yg
dulu, Suatu hari , BF SMS GF nya .
BF : Syg, ptg ni abg hantar makanan kat hostel syg ya .
Abg npk syg post kat FB teringin nak makan nasi ayam ,
Tiada balasan dari GF nya. Namun BF tetap berusaha
ingin menghantar mknan . Petang pun menjelma BF
memecut laju motor kapcainya kerna khuatir makanan
yg dibawanya akan sejuk & ais minuman akan cair
menuju hostel GF nya . Dgn penuh semangat & kasih
syg , dia ingin benar berjumpa dgn kekasihnya membawa
sebungkus nasi ayam bersama teh susu ais kegemaran
GF nya. Namun saat motor mulai memasuki kawasan
hostel, BF ternmpk GF bersama seorg lelaki di dlm
sebuah kereta .
Motor diperlahankan sayu hatinya melihat GF nya berlalu
pergi bersama lelaki lain . BF mengalirkan air mata.
Menatap kekurangan diri . Beberapa lama setelah itu , GF
ditipu bulat2 oleh Sang lelaki yg kaya . diperguna &
diperbodohkan . GF meratap sayu nasib dirinya . Sedang
dalam perjalanan ke kuliah , GF disapa mesra seorg
pengawal keselamatan hostelnya .
Security : Cik , maaf kalau sya mengacau . Niat sya
cuma nak bertanya , Nama cik , Cik Nina kan?
GF : ya , saya .
Security : Sebab sya nmpak name tag cik . Tak salah org
kot sya .
GF : kenapa ya pak cik?
Security : Oh , pagi tadi . Ada seorg lelaki pakai kereta
Honda City & berbaju Overall , mcm kerja pelantar
minyak tu cik , offshore kot . Dia suruh sya hantar
bungkusan ni pada gadis yg bernama Nina . Saya ckp
sya tak kenal nanti takut salah org. Dia ckp , Cik Nina
kalau pergi kuliah, dia akan pakai kasut biru tau , beg
tgn warna merah , ikat rambut reben warna pink , org
nya cantik , dan gelang tgn di tgn sebelah kanan . Sya
tak silap org lah ni .
GF :terkejut hanya BF sahaja yg begitu detail tentang
dirinya . Hatinya sebak tiba2. Tapi mustahil BF nya . BF
nya kerja supermarket , motor kapcai mcm tak cukup
bulan , apalagi pakai Overall offshore , jauh sekali .
Bungkusan bertukar tangan . Dalam perjalanan , GF
membuka & membaca isi di dalam nya .
BF : "A'salammualaikum Nina . Apa khabar?
Sya tahy Nina dah tukar nombor . Sbb sya call tak
dapat . Sya selalu datang hostel , tapi cuma perhatikan
dari jauh . Sbb sya malu nak berhadapan dgn Nina . Sya
sedar kekurangan sya . Sya nak Nina bahagia . Sya mnta
maaf dulu tak dapat bagi banyak duit belanja untuk
nina . Duit gaji sya masa tu , saya kumpul & gunakan
untuk deposit kereta Hari itu , sya nampak Nina post
teringin nak makan nasi ayam , sya tgh rehat lepas cuci
pelantar , hari panas terik , Saya rindu Nina . Saya
nmpak laut, Sya teringin nak jumpa nina . Maafkan sya
takda byk masa untuk nina . Tapi sya nmpk Nina dgn
org lain sya tak marah . Sya sedar kekurangan sya . Sya
menangis sebab lambat majukan diri . Mula dari hari
itu , saya kerja habis2an . Walaupun Nina dah sakitkan
saya , saya tak boleh lupa kn nina . Rezeki tuhan tak
siapa duga. Kesungguhan sya dilihat oleh orang besar2
di perkapalan . Saya ditawarkan jadi sebahagian dri team
mereka .
Esok sya akan berangkat ke Dubai. Saya menetap di
sana . Maafkan sya tak jujur dgn Nina bukan karna sya
mahu sembunyikan tapi sya tak mahu Nina riak bila tahu
sya sedang berusaha utk masa depan kita . Sya mahu
buat kejutan utk Nina.
Sya dah bincang dgn Mak Ayah sya sebelum ni . Kejutan
utk Nina , Mak akan datang merisik Nina bila sya dah
beekerjaya tetap . Itu janji sya . Tapi , sya sedar , bukan
mudah
terima kekurangan sya . Sya ni comot . Tak pakai barang
branded. Jadi izinkan sya bwa diri. Hadiah ni sya beli
guna duit gaji pertama sya sebagai seorang offshore .
Terimalah syg. Sya tahu dah lama Nina idamkannya .
Setiap kali kita keluar bersama , inilah yg nina selalu
tunjuk . Maafkan sya Nina" .
GF: mengangkat kotak bungkusan .GF terduduk di kerusi
security .
Air mata mengalir sebentuk cincin idamanya yg nilai nya
tak terkira .
jiwanya bergetar .
Security : lelaki itu selalu datang sini cik dgn kereta
Honda City tu . Handsome orgnya . Tapi dia cuma duduk
dalam kereta . Hari ini baru sya nmpak dia keluar dari
kereta dan minta sya sampaikn ini pada cik .
GF menangis . .
Sekian . . . . Ingat!
Cintailah orgnya bkn apa yg dia ada .
# touching
#Sa hanya insan biasa.
#copy&paste

2.0


Bukan aku nak cakap apela, aku pon Dekan jugak tapi aku merahsiakanya. Biar aku nampak seperti bodoh dan seperti memiliki pointer 2.0 yang penting parent aku tengok selimpang kuning masa aku konvo. Aku suke memerhati dan aku tau classmate aku yang Dekan, perangai mereka tak ubah seperti dah berjaya dunia akhirat. Memandang orang atas bawah. Yang tak dekan tapi acah2 dekan ni kite buang tepi. Tapi aku nak cite, bagi aku geng2 pointer 2.0 ni lah truly friend . Pointer 2.0 ni lah yang sanggup meng share asigment untuk di plagiat oleh memeber lain. Pointer 2.0 ni la yang sanggup menanggung risiko menandantangani attenden kelas untuk bekap member tak datang even tak whatsapps pon suruh tandakan. Pointer 2.0 ni lah yang rajin update dalam group mengingatkatn tarikh2 penting assignments etc. Pointer 2.0 ni lah selalu menjadi penyeri kelas tatkala kelas yabg senyap dipenuhi budak 3.5 tibe2 kelas jadi riuh and happening .Jangan seperti 3.5 payah sekali nak mintak tolong, hanya tahu pergi kelas balik kelas, makan bungkus bawak balik makan sesorang ‪#‎taksemua‬

Sekarang aku dah grade, yang 2.0 ni lah kewangan mereka dah stabil . 3.5 ni masih mencari2 kerja. Yela rezeki tak sama ditangan tuhan . Tapi rezeki kite mudah jika kite permudahkan orang lain. A lot thanks to my 2.0 pointer friends.


Khamis, 18 Februari 2016

Sanding

❗PERINGATAN BUAT BAKAL PENGANTIN ❗

👉  Soalan :

🍁  Tolong terangkan apakah perkara yang DIBENARKAN dan yang DILARANG di dalam adat PERKAHWINAN orang Melayu seperti :

💍 Bersanding,
💍 Makan beradab,
💍 Sirih junjung,
💍 Tepung tawar,
💍 Berinai dan sebagainya..      

💎 Ustaz Azhar Idrus:        
Di antara adat-adat di dalam perkahwinan orang Melayu adalah:        

💍 Bersanding - Yang salahnya itu apabila pengantin PEREMPUAN

🙅  dedah aurat,
🙅 pakaian ketat,
🙅 tabarruj dalam solekan dan perhiasan, dan
🙅 Sanggup tinggal solat kerana sayang pada makeup takut hilang bila wuduk padahal TINGGAL SOLAT 1 WAKTU waktu akan DISEKSA 6000 TAHUN dalam API NERAKA.

.. Kalau dah nak bersanding sangat, biarlah serba SEDERHANA dan disaksikan oleh golongan WANITA dan ahli KELUARGA sahaja dan JANGAN sampai MELANGGAR BATAS SYARAK.      

💁 Kalau dulu pengantin perempuan disolek "mak andam" tapi sekarang disolek "maknyah andam"!

⚡Ini HARAM sebab dia adalah LELAKI, cuma lenggang-lenggoknya saja nampak lembut.        
 🍡 Makan beradab tak ada masalah kerana bukan sebab hendak menunjuk-nunjuk, cuma pasangan pengantin hanya duduk makan bersama keluarga dan tetamu.      

🍀  Sirih junjung ini adalah adat agama  HINDU, TIDAK DIBENARKAN kecuali pengantin memang JENIS MAKAN SIREH.      
 🌾  Tabur beras kunyit ini juga asalnya ADAT ORANG HINDU dan ianya adalah MEMBAZIR kecuali pengantin itu adalah PENGANTIN AYAM.        

..Pasang api lilin juga adat agama lain termasuk agama HINDU dan MAJUSI. Boleh guna api lilin jika lampu rumah padam.      

 🍘 Tepung tawar adalah MEMBAZIR, kan lebih baik guna tepung buat CEKODOK bagi makan pada pengantin!        
💦 Renjis air mawar boleh kerana BERTUJUAN untuk WANGIAN tapi jika pengantin JENIS TAK SOLAT jangan guna air mawar tapi renjis guna AIR LONGKANG!        

💃  Bersilat depan pengantin boleh, tapi kalau pengantin JENIS TAK SOLAT jangan.. bersilat tapi KASI dia "flying kick" terus!        
💅 Berinai dijari adalah HARAM bagi lelaki kerana inai jari ini adalah hiasan WANITA SAHAJA.

..Ada yang kata boleh sebab bagi alasan kahwin.

Baik, kalau begitu pengantin lelaki boleh la pakai bra sebab kahwin punya pasal !

.. Bagi perempuan pula, janganlah pakai INAI LEBIH2 sampai dah buat ukiran bermacam-macam corak seperti TATU PULAK.

🙅 Berlebih-lebihan juga HARAM hukumnya lebih-lebih lagi kalau nak menunjuk-nunjuk.    

👫 Adat batal air sembahyang - Tahun 80an cium tangan,
90an cium pipi, tapi DAH ADA sekarang yang cium MULUT terus depan tok IMAM dah jadi macam orang KRISTIAN.  

 🏃 💨  Jangan jadi melampau-lampau macam ni. Cara mudah nak batal air smbahyang ialah kentut saja depan tok imam. Batal jugak air sembahyang. Kikikiki...      

👗 Pakai baju gaun labuh ada 2 orang budak pegang di belakang, dan ada juga yang lempar bunga untuk orang ramai sambut

 🙅 Ini dah ikut adat orang KRISTIAN. Jadi, jangan kita berlebih-lebihan dalam majlis perkahwinan.

..Tinggallah adat-adat yang BID'AH dan kembali kepada SUNNAH.        

 Itulah lebih kurang untuk panduan kita bersama.

Jika nak ikut silakan, kalau tak nak ikutpun tak kesah cuma kita KENA INGAT  kita kena JAWAB soalan-soalan dalam KUBUR nanti....        
🙆 Ada satu lagi bagi yg bakal berkahwin, jika hari perkahwinan si suami membenarkan isterinya memakai TUDUNG letak di DALAM BAJU. maka SUAMI itu telah menanggung DOSA si isteri, dan suami dikira DAYUS..

.. Pemakaian tudung sebegini adalah menjadi kebiasaan WANITA pada AKHIR ZAMAN.. Marilah sama-sama meminta bakal isteri memakai tudung yg ikut syariat.
..

Sampaikanlah walaupun satu ayat..UNTUK SEMUA...KAUM ADAM N HAWA..TAK KIRA LAH...

👫 YANG BAKAL KAHWIN..

 💑 YANG AKAN KAHWIN..

 🏩 ATAU SAMPAIKANLAH KEPADA ADIK BERADIK YANG NAK KAHWIN DAN JIRAN TETANGGA..