Khamis, 25 Februari 2016

Gagal

-ERTI SEBENAR KEGAGALAN-

Dua jenis manusia yg berbeza.

Si A,

"Yesssss!!!!! Addmath aku A bebbbb hahahaha kau ado ? Aku belajar gitu2 jee. Tidur dalam kelas tp result aku gempak woiii."

Si B,

"Gagal lagi addmath. Takpe2 boleh cuba lagi. Aku boleh yeayh! Ya Allah, lps ni bntulah aku."

Secara zahirnya, siapa yang gagal?
Tentulah Si B kan. Gagal dalam ujian Addmath.

Tetapi, secara batinnya, Si B ialah seorang yg berjaya. Manakala Si A gagal.

Kerana apa? Si A gagal menundukkan sifat riyak takbur angkuh dalam hatinya. Manakala Si B berjaya mengawal sifat kecewanya, kerana paksinya kepada Allah amat teguh. Si B begitu yakin bahawa usaha akan membuahkan hasil, lalu dye perbanyakkan berdoa kpd Allah.

Si A pula terlalu yakin bahawa kejayaannya itu datang dari usahanya sendiri, sehingga lupa untuk memulangkan segala pujian kepada Yang Maha Memberi Rezeki. Oleh itu, dia gagal dalam memaksikan kehidupannya pada Allah.

Erti sebenar kegagalan itu bukanlah terletak pada berapa rendah markah kamu, prestasi belajar kamu, muflis atau sebagaimana definisi gagal yg ditafsirkan oleh akal.

Gagal mengikut tafsiran iman, apabila kamu gagal menjaga hubungan dengan Allah. Gagal memaksikan seluruh kehidupan kamu hanya kepada Allah.

Seseorang yang mempunyai harta yg banyak, lalu dia bersikap tamak. Tidak mahu zakat, tidak mahu bersedekah, apatah lagi menderma. Malah dalam hatinya terlalu gusar, kerana takut hartanya akan habis, di rompak dan sebagainya. Dia berasa dialah yg plg beruntung, dialah yg plg kaya yg plg berjaya, hakikatnya, dia seorang yg gagal. Gagal untuk menundukkan sendiri hawa nafsunya yang cintakan harta dunia, sehingga enggan melabur untuk saham akhirat.
Hakikatnya, dia gagal untuk meletakkan Allah dalam hatinya, apatah lagi bersyukur.

Kemiskinan juga bukan kegagalan dalam hidup. Allah tidak pernah memberikan hamba-Nya kemiskinan, melainkan kecukupan, dan apa yg Allah beri itu, adalah yg terbaik. Because Allah knows while you don't know.

Nasihat saya, cari.

Sejauh mana kejayaan kamu itu telah membawa kamu jauh dari Allah, dan sedalam mana kegagalan kamu itu telah membawa kamu mengingati Allah.

Cari hikmah di setiap kejayaan dan kegagalan yg kamu alami.

Kerana, ujian boleh jadi nikmat, dan nikmat boleh jadi ujian.

Kekayaan, satu nikmat. Tetapi boleh jadi juga Allah kurniakan kekayaan itu untuk menguji bagaimana kamu membelanjakan harta tersebut. Untuk agama Allah atau urusan dunia? Untuk menguji kamu dalam mengawal perasaan takbur dlm hati dgn harta yg menggunung sedemikian rupa. See? Nikmat boleh jadi satu ujian.

Manakala ujian boleh jadi satu nikmat. Contoh yg paling famous, Allah datangkan matahari. Rasa nyaman je boleh picnic jalan2 tepi pantai. Tiba2 Allah dtgkan hujan. Kamu berlari cari tmpat berteduh. Rasa kecewa dtg, tapi cepat2 kamu tepis. Sebab seorng mukmin, takkan pernah ada perasaan kecewa dlm diri dye. Lama-kelamaan kamu tersenyum. Kerana kamu temui hikmah turunnya hujan. Rupa-rupanya Allah hadiahkan pelangi yg warna-warni utk kamu, lantas kamu kembali tersenyum. Indah kan?

Kesimpulannya, kegagalan yg sebenar bukanlah seperti yg sering tercetus di minda. Gagal ujian, gagal interview mcm2 lagi lah. Erti sebenar kegagalan, bila connection hamba dgn Allah, lost. Pada saya, itulah kegagalan yg sebenar.

Wallahu'alam.

@mairahamran

Tiada ulasan:

Catat Ulasan