Isnin, 29 Februari 2016

Lucu

Syeikhuna TG Syeikh Ibrahim Ibn Masran Al-Banjari pernah membacakan kpd admin sebuah kitab karangan gurunya yg dikasihinya iaitu Al-Faqih Tuan Guru Syeikh Nuruddin Marbu ALBanjari ALMakki - Restu from Syeikh hafizahumallah. Kitab itu bertajuk Al-Mukhtaru min Nawaadiril 'Arabi wa Tharaa'ifihim. Kitab tu berkisar tentang kisah-kisah humor, lucu, dan gurauan yg dpt mencuit hati, merehatkan minda dan membuatkan kita tersenyum.

Antara kisah yg paling admin ingat ialah :

1. Ada sorang Arab Badwi bermusafir ke negeri Mesir. Kemudian bila tiba waktu solat, dia pun solat di belakang seorang imam. Imam tersebut membaca surah Yusuf. Bila sampai kpd ayat ke 80, imam tu terlupa ayat yg seterusnya. Lalu diulang-ulangilah ayat ke 80 itu berkali-kali. Ayat 80 tu bermaksud : "Oleh kerana itu, aku tidak akan meninggalkan Mesir sehinggalah ayahku mengizinkanku kembali". Tiba-tiba si Arab Badwi tadi berang dan bersuara : "Hoi Pak Imam! Jika ayahmu tidak mengizinkanmu pada malam ini, maka kita semua akan tetap berdiri di sini hingga esok hari!".. hihi :)

2. Satu hari ada jamaah Arab Badwi mengerjakan Solat Subuh berjamaah. Si Imam telah membaca Surah Al-Baqarah. Ternyata solat subuh tu habis lambat kerana panjangnya Surah Al-Baqarah tersebut. Keesokan harinya mereka hendak solat subuh lagi, si Makmum menunggu si Imam dan sempat bertanya dulu kepada Imam, "Surah apa yg engkau akan baca pada solat subuh kali ni?". Si Imam pun menjawab, "Kali ni aku mahu baca Surah Al-Fiil". Mendengar jawapan Imam, si Makmum tu pun terus keluar dari masjid sambil berkata : "Subuh semalam engkau baca Surah Al-Baqarah (Lembu Betina) bukan main panjang sampai tengahari baru selesai. Pagi ni engkau nak baca Surah Al-Fiil (Gajah) pulak, sedangkan Al-Fiil (Gajah) itu lebih besaq drpd Al-Baqarah (Lembu Betina)! Aku rasa sampai ke tengah malam nanti baru selesai engkau baca!.. heee :D

3. Sorang Arab Badwi yg bernama Musa masuk ke dalam masjid dan mencuri dompet yg berisi wang ketika jamaah sedang solat. Tiba-tiba pak Imam yg sedang membaca surah Thoha terlupa ayat dan mengulang-ulang ayat ke 17 yg bermaksud : "Apakah itu yang ditangan kananmu, hai Musa?". Si arab badwi yg bernama Musa tadi pun terus campakkan dompet tersebut sambil kata : "Allah! Kantoi pulak dahh.." :D

4. Ada sorang tuan guru bertanya kepada muridnya yang baru. “Siapa namamu?” Murid itu pun menjawab “Nama saya Kuka”. Tuan Guru tu pun hairan dengan nama murid tersebut. Melihat wajah tuan gurunya yg kehairanan tu, lalu si murid tadi pun berkata : “Tuan Guru, nama saya ni ada di dalam Al-Quran”. Dia pun bacalah ayat dari Surah Al-Jumu’ah, ayat 11 yg berbunyi : “WataraKUKA qo’iman.” :D Allah..

5. Satu hari orang ramai melihat Joha (Pak Pandir Arab) kegembiraan sambil mengucap-ngucap “Alhamdulillah..”. Lalu orang pun tanya pada Joha, “Kenapa kau gembira?”. Si Joha jawab “Aku gembira sebab keldaiku telah hilang pergi ntah ke mana”. Orang ramai semakin hairan dan berkata : “Kalau keldai engkau hilang, sepatutnya kau bersedih, bukannya gembira??”. Joha pun jawab : “Aku gembira sebab mujur aku tak duduk atas keldai tu pada masa dia hilang, kalau tak, dengan aku aku sekali hilang!” hihi.. :D

6. Imam Abu Yusuf rahimahullah melihat seorang lelaki yg selalu diam tak pernah bertanya dalam majlisnya. Satu hari Imam Abu Yusuf bertanya kepada lelaki tersebut. "Engkau selalu diam dan tidak pernah bertanya. Adakah engkau mempunyai soalan?". Lelaki tu pun jawab, "Ya ada, bilakah waktunya boleh berbuka puasa?". Imam Abu Yusuf pun menjawab : "Jika telah terbenamnya matahari". Lelaki tadi bertanya lagi, "Kalau matahari tu tak terbenam-benam hingga tengah malam, macamana??" . Imam Abu Yusuf ketawa bila dengaq lelaki tu tanya macam tuh.. :D sambil Abu Yusuf kata : "Engkau benar ketika diam, tapi aku yg salah sebab mengajak engkau bercakap". :)

Bersambung…

P/S: Jangan kaitkan dengan ahmad maslan naa..

Semoga Allah memelihara guru-guru kita semua dalam keberkatan dan rahmatNya. Aameen..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan