Selasa, 31 Mei 2016

Kembali

Alkisah seorang pelajar yang terlampau sedih…

Suhaimi seorang pelajar yang cemerlang. Namun ketika mengaji di luar negara, Suhaimi mendapat tamparan hebat apabila mendapat berita keluarganya mati dalam satu kemalangan.

Hanya tinggal Suhaimi seorang di luar negara. Selepas menyelesaikan segalanya, Suhaimi pulang mengaji di luar negara.

Kesedihan melampau Suhaimi menyebabkan beliau hilang arah. Hatinya perit dan mindanya lesu, dan ada kalanya terfikir untuk membunuh diri.

Akhirnya Suhaimi terjebak dengan arak. Arak yang memabukkan mengkhayalkan Suhaimi daripada kesakitan di dunia ini. Suhaimi juga mula terlupa menjaga solat.

Rakan-rakan serumah mula mengesan perubahan Suhaimi. Rakan karib beliau Mat Lutfi sedih melihat keadaan Suhaimi. Beliau cuba membantu sedaya upaya untuk menyelamatkan rakan karibnya.

“Dia sahabat ana. Ana tak akan tinggalkan dia. Ana akan selamatkan dia,” kata Mat Lutfi kepada rakan-rakan serumah yang ingin menghalau Suhaimi keluar dari rumah.

“Ustaz ana mengajar saya sejak kecil kena jauhi orang yang tidak jaga solat walau apa alasannya sekalipun,” kata seorang rakan serumah.

“Orang kata kalau kita dekat dengan penjual minyak wangi, kita akan dapat wanginya. Jika kita dekat dengan tukang besi, kita akan dapat kotornya,” itulah kata-kata Hashim, ketua usrah pada Mat Lutfi agar beliau bersetuju dengan keputusan menghalau Suhaimi keluar dari rumah.

“Itu bukan Suhaimi sebenar. Kita boleh selamatkan dia. Dia cuma tersasar kerana nasib malang yang menimpa keluarganya,” tegas Mat Lutfi.

Rakan-rakan serumah semasa duduk bersama pernah membuat perjanjian bertulis bahawa sesiapa yang hendak meninggalkan rumah, bukan kerana nak kahwin, perlu ada konsensus dari semua pihak.

Sesiapa saja yang tidak bersetuju, hasrat meninggalkan rumah perlu dibatalkan. Disebabkan memegang pada perjanjian, maka rakan-rakan serumah terpaksa terima bantahan Mat Lutfi untuk Suhaimi terus tinggal bersama.

Di rumah, setiap kali Mat Lutfi tiada, Hashim akan mengingatkan Suhaimi dengan nada yang keras tentang balasan di akhirat dan suruh Suhaimi bertaubat dengan segera.

Apabila masa solat tiba dan Suhaimi tidak muncul dan Mat Lutfi tiada, Hashim akan berkata: “Tak yah panggil dia. Hati dia tiada Allah. Kalau dia ingat Allah dia sendiri akan datang. Biarkan dia. Kita teruskan.”

Sekiranya Mat Lutfi ada, Mat Lutfi akan memastikan Suhaimi solat berjemaah bersama-sama. Mat Lutfi tidak akan membiarkan Suhaimi berseorangan di dalam bilik. Demi menyelamatkan rakan baiknya, Mat Lutfi sanggup meninggalkan privacy tinggal seorang di dalam bilik untuk tinggal bersama Suhaimi di dalam bilik yang sama.

Tapi kesedihan melampau Suhaimi menyebabkan beliau masih tertarik dengan arak.

“Tanpa arak ini, ada tak tahu macam mana nak hidup Fi. Sekarang ana tinggal seorang di muka bumi ini. Fi, biarkan ana. Ana tak boleh diselamatkan lagi,” rayu Suhaimi setiap kali Mat Lutfi cuba memujuknya kembali ke pangkal jalan.

“Ada Allah lagi. Ada syurga menanti. Mi cuba buang dulu. Cuba pun dapat pahala dah,” kata Mat Lutfi.

“Petang tadi, Hashim kata hati ana dah hitam, keras tak boleh baiki lagi. Ana pun rasa begitu… Fi jangan dekat dengan ana, nanti Fi pun terkena dosa,” kata Suhaimi.

“Boleh Mi. Bagi ana cuti ini – anta ikut program ana. Sekarang dah mula cuti, ana tak balik Malaysia kali ini. Ana tinggal sini,” kata Mat Lutfi.

Sebelum pulang ke negara, Hashim memberikan amaran terakhir buat Suhaimi ketika Mat Lutfi di dalam tandas.

“Jikalau lepas cuti ini, aku balik jumpa botol arak lagi, aku akan tendang kau keluar rumah ini. Aku tak nak tinggal dengan orang yang tak ingat Allah dan langgar perintah Allah. Aku tak nak tinggal dengan orang berdosa. Jikalau terpaksa, aku akan halau kau dengan Mat Lutfi keluar bersama. Kamu ini malukan agama Islam! Menyampah,” kata Hashim.

Mat Lutfi terdengar kata-kata itu. “Cukuplah itu. Ini ujian Allah pada kita untuk menyelamatkan rakan. Bukannya rosak buang! Kalau tiga bulan ini aku gagal, aku keluar bersama Suhaimi, kau usah bimbang.”

Sepanjang cuti, Mat Lutfi mengatur program padat bersama Suhaimi. Suhaimi tidak dibiarkan keseorangan dan tidak letih pada waktu malam. Hari-hari awal, setiap malam, Mat Lutfi akan mengajak Suhaimi mengikutnya membaca Quran sehinggalah beliau tertidur. Waktu Suhaimi tertidur, Mat Lutfi mengambil botol araknya dicuci bersih dan digantikan dengan fruit juice.

Mat Lutfi tahu Suhaimi masih curi-curi minum ketika beliau tidur kepenatan. Diharapkan Suhaimi dapat menyesuaikan diri dengan fruit juice itu dahulu.

Setelah seminggu, Suhaimi bertanya: “Fi, anta tukar semua arak ana jadi fruit juice ya?”

“Ya.  Sorry… Sebab di internet, dia kata untuk mengubati ketagihan arak, tak boleh terus, kena slow-slow. Ana harap dengan pertukaran itu, Mi boleh buang ketagihan itu walaupun terpaksa minum dari botol arak,” kata Mat Lutfi.

“Sedap juga. Terima kasih,” kata Suhaimi.

Setiap hari, program dipenuhkan untuk Suhaimi, Mat Lutfi menghabiskan segala masanya dan sebahagian besar duitnya untuk menyelamatkan Suhaimi – dengan membawanya berjalan-jalan, apabila tiba waktu solat singgah di masjid, menyertai program kebajikan membantu anak-anak yatim dan orang tua dan sebagainya.

Pada tengah malam satu hari selepas bulan kedua minggu ketiga, Suhaimi bangun tetiba, Mat Lutfi sedar Suhaimi bangun.

“Tolonglah Mi. Tahan. Jangan pergi sentuh arak itu. Jangan. Ya Allah, berilah kekuatan pada sahabatku ini,” doa Mat Lutfi dengan air mata bergenang.

Suhaimi masuk ke tandas – agak lama. Mat Lutfi terfikir, “Rasanya sebelum tidur tadi saya dah check, tiada arak dalam tandas. Mengapa lama sangat?” Mat Lutfi tidak bangun.

Suhaimi keluar dari tandas. Mukanya basah dengan air seolah-olah baru mengambil wuduk. Mat Lutfi curi-curi melihat.

Suhaimi mendekati almari yang biasa disimpan araknya. Malam semalam Mat Lutfi tidak sempat menukar araknya menjadi fruit juice kerana keletihan.

Melihat Suhaimi membuka almari, Mat Lutfi teringin nak bangun menghalang. Apabila melihat Suhaimi membawa keluar kain sejadah, Mat Lutfi terus batalkan niat untuk bangun.

Suhaimi buat solat tengah malam. Hati Mat Lutfi cukup gembira dan tidur kembali sekembalinya Suhaimi ke katil selepas solat.

Besok pagi, Suhaimi yang mengejutkan Mat Lutfi untuk solat subuh.

“Mi. Anta ok?”

“Ok. Mengapa?”

“Anta bangun solat tengah malam semalam. Ana sangat gembira.”

“Ana pun tak tahu mengapa. Tetiba terasa nak solat. Terasa ada benda nak kata pada Allah. Hati terasa Allah dekat,” kata Suhaimi.

“Apa dia?” tanya Mat Lutfi.

“Baru sedar, Allah tidak pernah putus harapan pada ana. Selama ini, ana marah mengapa ana dibiarkan keseorangan di bumi ini. Ana hilang punca sehingga tersesat. Jika Allah tak sayangkan ana, manalah Allah akan bagi kekuatan pada anta untuk membawa ana kembali ke pangkal jalan. Allah tak pernah putus asa pada ana dan ini terbukti bila ana diberikan sahabat terbaik macam anta. Jikalau Allah tak sayang ana, anta dah pergi balik bercuti kot dan ana mungkin dah mati dalam mabuk,” kata Suhaimi.

Mat Lutfi terus memeluk Suhaimi – segala usahanya berjaya.

Sekembalinya semua rakan serumah dari Malaysia, mereka melihat Suhaimi seperti seorang yang lain – bukan yang lain, tapi Suhaimi yang lebih baik daripada dulu.

Hashim kagum tapi terlampau bangga untuk mengakuinya.

“Jangan kau buat dosa maksiat lagi. Aku tak akan bagi peluang kedua,” tegas  Hashim.

Tapi rakan-rakan serumah semua menggerumi Mat Lutfi dan bertanya apakah yang dia lakukan untuk menyelamatkan rakan mereka yang pada hemat mereka tidak dapat diselamatkan lagi.

“Tak apa. Ana cuma faham Islam ini sempurna. Tapi orang Islam tidak. Jadi melalui itu, ana percaya Suhaimi boleh kembali ke pangkal jalan. Kita kan pewangi, takkan pewangi boleh tewas pada tukang besi.”

Senyum.

Sekadar perkongsian. Tulisan ini ditulis anak angkat selepas menonton video terbaru “Sebelah Sayap” Mat Luthfi. Tahniah atas filem yang memberikan renungan mendalam dalam kegiatan berdakwah.

Kadang-kala manusia sering terlupa kita hanyalah makhluk berdosa yang kaki masih berpijak di bumi Allah. Ujian Allah datang pada bila-bila masa dan pelbagai bentuk – seperti Suhaimi yang terjerumus ke dalam arak dan maksiat, tapi adakah kita mampu mengharunginya seperti Mat Lutfi atau melarikan diri seperti Hashim? Renungkan.

Ahad, 29 Mei 2016

Asma الله

Rukun Syahadah

1. Mengisbatkan ada Zat Allah Ta'ala. Mengesakan Allah, dia sajalah yang wujud sedia ada. Zat itu adalah rahsia Allah tidak ada yang boleh menggambarkan, menceritakan atau mensyaratkan. Dari dia semua makhluk dijadikan dengan kehendaknya seperti Arsy Allah, Kalam, Luh Mahfuz, Syurga dan neraka, 7 tingkat langit, dunia dan segalanya.

2. Mengisbatkan ada Sifat Allah Ta'ala. Menyedari bahawasanya tidak akan terjadi sesuatu melainkan terjadinya didahului dengan sifat Allah. Dialah yang maha Wujud, telah sedia ada, kekal, bersalahan dengan sekalian makhluk dan tidak berhajat kepada makhluk. Allah maha mendengar, melihat, berkata-kata maka bersaksi bahawa melihatnya mata kita ini bukan disebabkan mata tetapi disebabkan sifat Bashar Allah. Mendengarnya telinga ini bukan kerana telinga tetapi disebabkansifat Sama`a Allah. Berdiri, bergerak, melakukan ibadah dan segalanya adalah dengan sifat Qudrat Allah. Dengan itu janganlah kita sekali-kali berasa bangga, berasa pandai, berasa kuatnya diri ini padahal semuanya adalah dengan kehendak Allah (Iradat Allah).

3. Mengisbatkan asma dan `afal (Perbuatan) Allah Ta'ala. Setiap sesuatu yang berlaku adalah disebabkan `afal Allah. Makhluk tidak mampu menyembuhkan penyakit. Tidak mampu memberi rezki, tidak mampu mematikan atau menghidupkan.

Kita ambil contoh bila kita ditimpa penyakit. Kemudian kita makan ubat. Setelah itu sembuh. Yang menyembuhkan itu bukanlah ubat tetapi dengan adanya `afal Allah dari asmanya ar-rahim.

Kita juga selalu mengharapkan sesuatu dari orang, contoh dalam hal gaji. Dalam kepala dah tertanam yang bagi gaji itu adalah syarikat atau kerajaan atau bos. Tetapi sebenarnya ianya adalah disebabkan `afal Allah dari sifat asmanya Al-Razzaq dialah yang memberi rezki.

Yang memotong itu bukan pisau tetapi Al-Aziz. Yang menggerakkan kenderaan itu bukan enjin tetapi Al-Muqtadir dan yang menghidupkan enjin dengan pembakaran minyak ialah AL-Qadir Yang Maha Berupaya. Yang mengenyangkan dan menghilangkan dahaga adalah dengan afalnya dari asmanya Al-muhyi Yang Maha Menghidupkan. Kalau kita ditimpa musibah, masaalah tidak ada selain kerana afalnya dari asmanya Al-Muntaqim.

Nah Nampak tak disini. Kemana perginya diri kita atau makhluk tadi? Semuanya lenyap dalam afal dan asma Allah. Inilah yang dinamakan matikan diri kamu sebelum kamu mati.

Apabila kita kenal sifat, asma dan afal Allah, hilanglah perasaan marah, hasad, dengki, menyalahkan sesuatu, dendam, bangga dengan diri sendiri, meninggi diri, menunjuk-nunjuk dan banyak lagi sifat-sifat keji yang dah terbuku didalam hati kita.

Siapa lagi nak dimarah kalau gaji dibayar lambat? Siapa lagi nak dipersalahkan kalau berubat kesana sini tidak juga sembuh-sembuh, mekanik mana nak dimaki kalau enjin kereta kita rosak lagi ditengah jalan. Sebab itu lah Allah terangkan :

“Dan orang-orang yang sabar karena mencari keridhaan Tuhannya, mendirikan shalat, dan menafkahkan sebagian rezki yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan; orang-orang itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik) (Al-Rad : 22)

Maka dari situlah datangnya sifat sabar barulah terpancar keimanan bila adanya kesabaran tadi.

“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, pada hal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu dan belum nyata orang-orang yang bersabar.” (Al Imran: 142)

Patutkah manusia menyangka Bahawa mereka akan dibiarkan Dengan hanya berkata: “ Kami telah beriman” padahal mereka masih lagi belum diuji. Dan sesungguhnya kami telah menguji mereka yang telah terdahulu maka sesungguhnya Allah telah mengetahui siapakah yang benar iman mereka dan mereka yang berdusta. – (Al Ankabut ayat 2-3)

Dan tidaklah beriman lagi seseorang itu selagi belum diuji Allah. Dengan ujianlah juga kita dapat merasakan betapa ujudnya Allah, meneguhkan iman dan kesaksian syahadah kita.

4. Dan yang terakhir – Mencintai Rasullulah dan menetapkan dan meyakini bahawa agama yang dibawa Rasulullah adalah benar serta menjadikan Rasullullah sebagai contoh akhlak didalam ap

Jumaat, 27 Mei 2016

Temuduga

Jawapan: Tak perlu diperkenalkan lagi. Saya kan sudah terkenal. Encik saja yang belum kenal saya lagi.

Soalan: Kenapa awak memilih company ini?
Jawapan: Jangan perasan, temuduga ini saya anggap sebagai latihan sahaja. Saya ada temuduga kerja untuk company yang lebih besar dari ini.

Soalan: Apa kelebihan awak berbanding orang lain?
Jawapan: Saya lebih bagus dari encik.

Soalan: Kenapa saya perlu mengambil awak bekerja?
Jawapan: Kerana dalam masa satu tahun saya telah bekerja dengan 100 company.. Saya ada banyak pengalaman.

Soalan: Adakah awak mampu bekerja dalam pasukan?
Jawapan: Ya saya mampu. Dan sayalah ketua pasukan itu. Arahan saya adalah yang terbaik.

Soalan: Apa yang awak boleh lakukan untuk company ini dalam masa 5 tahun?
Jawapan: Saya rasa company ini akan muflis dalam masa 2 tahun. Jadi dengan adanya saya, company ini akan muflis dalam masa 5 tahun.

Soalan: Ada apa2 yang awak nak tanya?
Soalan: Erm.. berapa umur encik?
Jawapan: 50 tahun. Kenapa?
Kenyataan: Encik perlu berhenti kerja.

Isnin, 23 Mei 2016

Anak kecil

Perkongsian sebelum off hp

Resepi yg mendidik anak2 syurga kita

1— Jika melihat anakmu menangis, jangan buang waktu untuk mendiamkannya. Coba tunjuk burung atau awan di atas langit agar ia melihatnya, ia akan terdiam. Karena psikologis manusia saat menangis, adalah menunduk.

2— Jika ingin anak-anakmu berhenti bermain, jangan berkata: "Ayo, sudah mainnya, stop sekarang!". Tapi katakan kepada mereka: "Mainnya 5 menit lagi yaaa". Kemudian ingatkan kembali:"Dua menit lagi yaaa". Kemudian barulah katakan:"Ayo, waktu main sudah habis". Mereka akan berhenti bermain.

3— Jika engkau berada di hadapan sekumpulan anak-anak dalam sebuah tempat, yang mereka berisik dan gaduh, dan engkau ingin memperingatkan mereka, maka katakanlah: "Ayo.. Siapa yang mau mendengar cerita saya, angkat tangannya..". Salah seorang akan mengangkat tangan, kemudian disusul dengan anak-anak yang lain, dan semuanya akan diam.

4— Katakan kepada anak-anak menjelang tidur:"Ayo, tidur sayang.. besok pagi kan kita sholat subuh", maka perhatian mereka akan selalu ke akhirat. Jangan berkata: "Ayo tidur, besok kan sekolah", akhirnya mereka tidak sholat subuh karena perhatiannya adalah dunia.

5— Nikmati masa kecil anak-anakmu, karena waktu akan berlalu sangat cepat. Kepolosan dan kekanak-kanakan mereka tidak akan lama, ia akan menjadi kenangan.

Bermainlah bersama mereka, tertawalah bersama mereka, becandalah bersama mereka. Jadilah anak kecil saat bersama mereka, ajarkan mereka dengan cara yang menyenangkan sambil bermain.

Selain itu, jangan lupa berdoa dan bermohon kepada Allah, agar anak-anak kita menjadi perhiasan yang menyenangkan
.
"Ketahuilah anak menjadi hebat bukan karna sekolahan atau pesantren tapi karna pendidikan di rumahnya dari ayah dan ibunya karna itu jadikan rumah-rumah kalian tempat didik untuk anak-anak dan cucu kalian."

- Habib Abu Bakar Adni AlMasyhur -

2 roti

NAFSU TERSEMBUNYI

Beberapa pakar sejarah Islam meriwayatkan sebuah kisah menarik, kisah Imam Ahmad bin Miskin, seorang ulama abad ke-3  dari kota Basrah, Iraq. Beliau bercerita:
Aku pernah diuji dengan kemiskinan pada tahun 219 Hijriyah.
Saat itu, aku sama sekali tidak memiliki apapun, sementara aku harus menafkahi seorang isteri dan seorang anak.
Lilitan hebat rasa lapar terbiasa mengiringi hari-hari kami.
Maka aku bertekad untuk menjual rumah dan pindah ke tempat lain. Akupun berjalan mencari orang yang bersedia membeli rumahku.

Bertemulah aku dengan sahabatku Abu Nashr dan kuceritakan keadaanku. Lantas, dia malah memberiku 2 lembar roti isi manisan dan berkata: “Berikan makanan ini kepada keluargamu.”
Di tengah perjalanan pulang,
aku berselisihan dengan seorang wanita faqir bersama anaknya. Tatapannya jatuh di kedua lembar rotiku.
Dengan nada yang sayu dia memohon:
“Wahai Tuan, anak yatim ini belum makan, tak terdaya terlalu lama menahan rasa lapar yang melilit diri.
Tolong beri dia sesuatu yang boleh dia makan.
Semoga Allah Ta'ala merahmati Tuan.”
Sementara itu, si anak menatapku tekun dengan tatapan yang takkan kulupakan sepanjang hayat.

Tatapan matanya menghanyutkan fikiranku dalam khayalan ukhrawi, seolah-olah syurga turun ke bumi, menawarkan dirinya kepada siapapun yang ingin meminangnya, dengan mahar mengenyangkan anak yatim miskin dan ibunya ini.
Tanpa ragu sedetikpun, kuserahkan semua yang ada ditanganku. “Ambillah, beri dia makan”, kataku pada si ibu.
Demi Allah, padahal waktu itu tak sesen pun dinar atau dirham kumiliki. Sementara di rumah, keluargaku sangat memerlukan makanan itu.

Spontan, si ibu tak dapat membendung air matanya(menangis) dan si kecilpun tersenyum indah bak purnama.
Kutinggalkan mereka berdua dan kulanjutkan langkah kakiku,
sementara beban hidup terus bergelutan dipikiranku.
Sejenak, kusandarkan tubuh ini di sebuah dinding, sambil terus memikirkan rencanaku menjual rumah.
Dalam posisi seperti itu, tiba-tiba Abu Nashr dengan kegirangan mendatangiku.
“Hei, Abu Muhammad...!
Kenapa kau duduk duduk di sini sementara limpahan harta sedang memenuhi rumahmu?”, tanyanya.

"Masyaallah....!”,
jawabku terkejut.
“Dari mana datangnya?”
“Tadi ada lelaki datang dari Khurasan.
Dia bertanya-tanya tentang ayahmu atau siapapun yang punya hubungan kerabat dengannya.
Dia membawa berduyun-duyun kenderaan barang penuh berisi harta,” ujarnya.
“Jadi?”, tanyaku kehairanan.
“Dia itu dahulu saudagar kaya di Basrah ini. Kawan ayahmu,dulu ayahmu pernah memberikan kepadanya harta yang telah
ia kumpulkan selama 30 tahun.
Lantas dia rugi besar dan bangkrap.
Semua hartanya musnah, termasuk harta ayahmu.Lalu dia lari meninggalkan kota ini menuju Khurasan.
Di sana, keadaan ekonominya beransur-ansur baik.

Bisnesnya meningkat jaya.
Kesulitan hidupnya perlahan-lahan pergi,
berganti dengan limpahan kekayaan.
Lantas dia kembali ke kota ini, ingin meminta maaf dan memohon keikhlasan ayahmu atau keluarganya atas kesalahannya yang lalu.
Maka sekarang, dia datang membawa seluruh harta hasil keuntungan niaganya yang telah dia kumpulkan selama 30 tahun berniaga dan ingin berikan semuanya kepadamu,
berharap ayahmu dan keluarganya berkenan memaafkannya.”

Ahmad bin Miskin melanjutkan ceritanya:
“Kalimah puji dan syukur kepada Allah Ta'ala  meluncur dari lisanku.
Sebagai bentuk syukur.
Segera kucari wanita faqir dan anaknya tadi.
Aku menyantuni dan menanggung hidup mereka seumur hidup.
Aku pun terjun di dunia perniagaan seraya menyibukkan diri dengan kegiatan sosial, sedekah, santunan dan berbagai bentuk amal solih.

Adapun hartaku, terus bertambah melimpah ruah tanpa berkurang.
Tanpa sedar, aku merasa TAKJUB dengan amal solihku.

Aku MERASA, telah MENGUKIR lembaran catatan malaikat dengan hiasan AMAL KEBAIKAN. Ada semacam HARAPAN PASTI dalam diri, bahawa namaku mungkin telah TERTULIS di sisi Allah Ta'ala dalam daftar orang orang SOLIH.

Suatu malam, aku tidur dan bermimpi.
Aku lihat, diriku tengah berhadapan dengan hari kiamat.
Aku juga lihat, manusia bagaikan berombak lautan.

Aku juga lihat, badan mereka membesar.
Dosa-dosa pada hari itu berwujud dan berupa, dan setiap orang memikul dosa-dosa itu masing-masing di punggungnya.
Bahkan aku melihat, ada seorang pendosa yang memikul di punggungnya beban besar seukuran kota Basrah,
isinya hanyalah dosa-dosa dan hal-hal yang menghinakan.
Kemudian, timbangan amal pun ditegakkan, dan tiba giliranku untuk perhitungan amal.

Seluruh amal burukku diletakkan di salah satu sisi timbangan,
sedangkan amal baikku di sisi timbangan yang lain.

Ternyata, amal burukku jauh lebih berat daripada amal baikku..!
Tapi ternyata, perhitungan belum selesai.
Mereka mulai meletakkn satu persatu berbagai jenis amal baik yang pernah kulakukan.
Namun alangkah ruginya aku.
Ternyata dibalik semua amal itu terdapat "NAFSU TERSEMBUNYI".

Nafsu tersembunyi itu adalah riya', ingin dipuji, merasa bangga dengan amal solih.
Semua itu membuat amalku tak berharga. Lebih buruk lagi, ternyata tidak ada satupun amalku yang terlepas dari nafsu-nafsu itu.Aku putus asa.
Aku yakin aku akan binasa.
Aku tidak punya alasan lagi u  ntuk selamat dari seksa neraka.

Tiba-tiba, aku mendengar suara,
“Masihkah orang ini punya amal baik?”
“Masih...”,
jawab suara lain. “Masih berbaki ini.”
Aku pun menjadi tidak tentu, amal baik apakah gerangan yang masih berbaki?
Aku berusaha melihatnya.
Ternyata, itu HANYALAH dua LEMBAR ROTI isi manisan yang pernah kusedekahkan kepada wanita fakir dan anaknya.
Habis sudah harapanku...

Sekarang aku benar benar yakin akan binasa sebinasanya.
Bagaimana mungkin dua lembar roti ini menyelamatkanku,
sedangkan dulu aku pernah bersedekah 100 dinar sekali sedekah dan itu tidak berguna sedikit pun.
Aku merasa benar-benar tertipu habis-habisan.
Segera 2 lembar roti itu diletakkan di timbanganku.
Tak kusangka, ternyata timbangan kebaikanku bergerak
turun sedikit demi sedikit, dan terus bergerak turun sehingga lebih berat sedikit dibandingkan timbangan keburukkanku.
Tak sampai disitu, tenyata masih ada lagi amal baikku.

Iaitu berupa AIR MATA wanita faqir itu yang mengalir saat aku berikan sedekah.
Air mata tak terbendung yang mengalir kala tersentuh akan kebaikanku. Aku, yang kala itu lebih mementingkan dia dan anaknya dibanding keluargaku.
Sungguh tak terbayang, saat air mata itu diletakkan, ternyata timbangan baikku semakin turun dan terus memberat.
Hingga akhirnya aku mendengar suatu suara berkata,
“Orang ini selamat dari seksa neraka...!

Masih adakah terselit dalam hati kita nafsu ingin dilihat hebat oleh orang lain pada ibadah dan amal-amal kita..????!!!

Allahuakbar!!!aku bermohon kehadrat Allah Tuhan Pemilik Hari Pembalasan agar diriku,keturunanku juga sahabat²ku semua dijauhkan dari sifat dan juga amal dari Nafsu Yang Tersembunyi.

Sumber tazkirah telah kupetik dari kitab"KISAH TAULADAN"
"Ar-Rafi’i dalam  Qalam (2/153-160)".

semoga bersama kita beroleh manfaat.

Selamat beramal dan beristiqomah

Oleh Abu Musoddiq

SILA SHARE DAN SEBARKAN

Vida

Assalamualaikum Sahabat² Rakan Hati ❤

✍🏻 *TIPS KEJAYAAN*
_Seorang Lagenda & Tokoh Usahawan Paling Popular & berpengaruh di Malaysia_

*Dato Seri Vida*
========================

Seperti yang dijanjikan, FJ nk berkongsi ilmu yang kami dapat semalam dalam sesi Q&A bersama dato seri vida di Persada JB. Walaupun ilmu itu harus dituntut langsung pd tuannya, tapi FJ Harap pembacaan ini dapat mencetuskan inspirasi.

Tiba masuk je DSV dalam dewan, gegak gempita seisi dewan. Diiring dengan polis & pengawal keselamatan, aura dato vida mmg tak boleh disangkal lagi. Ibarat Beyonce datang malaysia. Mcmtulah jugak Dsv dikawal. Luar biasa hebat! Pakaian yg sgt cantik menonjolkan sisi cantik DSV. Penuh blink2. Makeup yg mapan . Kemas & menutup usia sebenarnya 45. Boleh dikatakan DSV founder kosmetik paling menonjol dlm sejarah malaysia.

Mula je DSV memegang microfon, semua da menjerit. eMcee buat tagline qu puteh sambil ajuk2. Dato vida tegur " salah tu. takde karakter! " die tegas orangnya menegur ssiapa je dia rasa tak betul. Lpastu, DSV pon tnjuk tagline dengan gaya yg menggoda, lucu, semua tergelak. Katanya , TAGLINE perlu beserta GAYA, mimik muka, pergerakan. Orang akan ingat Brand kita. Penggunaan warna yang terang sangat penting dalam jenama!

DSV jugak tekankan, pembuatan video. Kos video iklan die je dah 25k. Die bayar 500k setahun lumsump di tv3. Die kata, iklan kena teliti. Sebab nak menangkap perhatian pelanggan , bukan suka je tapi nak pergi beli. Kata DSV, dia taknak jadi macam senior2 beliau. Bile dah meletop, diam. Terus tenggelam. Nak naik semula dah susah. *IKLAN MESTI BERTERUSAN* ! DSV dah banyak labur duit , 8 tahun dlm bisnes. Dia pada awalnya, orang di belakang tabir. Tak nak promosi diri. Guna artis anzalna untuk jadi model Produknya. TAPI katanya dia guna artis tak berjaya! Sebab mcm " tak cukup " Disebabkn ni, dsv buat keputusan tonjolkan diri dlm iklan. Barulahhhh booooommm!!! FJ setuju hal ni, founder kena tonjolkan diri. Jangan malu. U have to be proud.

*Tips Kejayaan DSV* :

1- iklan yang kreatif
2- founder tonjolkan diri dlm iklan
3-tagline dengan karakter
4- offline & media sosial
5- menaja program2 hiburan
6- Fb Ads
7- Pergi ke pemborong , check sendiri barang tiruan.
8- hati kena kering. Sskali kita kena garang!
9- mengekalkan momentum hebat dengan berdoa. Doa yang jelas. Sebelum buat keputusan mohon doa. Doa mesti ada skrip. Kena betul2 spesifik.
10- dsv tuka duit beli emas. Emas harga naik bbanding simpan duit dlm bank. dsv buka kedai emas.
11- nak beli kreta, cari yang selesa. Dia plg suka " vellfire" walaupun ade banyak kreta.
12- sedekah anak yatim. Zakat bayar lebih. Sebab takot termakan hak org lain.
13- DSv percaya pada metafizik. Fengshui.
- jangan ada air yg bocor di rumah.
-air terjun depan rumah ke arah rumah, bukan bertentangan.
- matahari kena masuk smua kawasan dlm rumah
14- dsv tak sombong. Humble. Ikhlas mengajar. Nampak gaya cikgu. Sbb dsv bekas guru
15- disebabkan kes brunei haramkan qu puteh, 500,000 set tak boleh dijual.katanya, agen pemutih dlm krim kalau xde macamana nk putih.
16- kalau bukak kedai, jgn bazir duit pada kos nak renovate, banyakkan produk.
17- money make money.
18- dia jarang holiday. Kena bg perhatian pd biznes. Kena fikir.
19- nak jual produk, tanya " kenapa orang kena beli produk aku. "
20- wajib pegang 7p ( product, price, place, promotion, people.. )
21- jangan bazir duit buat kempen awareness. Bila buat iklan, kena ada sale lepastu. Tu tujuan iklan.
22- segala- galanya dia serah pada allah.
23- cari pekeja yg jujur. Bukan pencuri.
24- walaupun 2 org anaknya meninghal dunia kebakaran, tapi dia yakin anak2nya doakan & menunggunya di sana
25- carilah pasangan yg memahami perjuangan anda! Kerana biznes ialah satu perjuangan!

U are truly DiVA
Thank you Dato Seri Vida

Jika anda rase post ni bermanfaat, kongsikan kejayaan ni dengan rakan2 ni semoga ekonomi ummah terus maju.

Komen " aku boleh ! " ツ cheeeseee!

Sabtu, 21 Mei 2016

Usia

Ketika umur kita bawah 10 tahun, kita percaya bahawa bermain merupakan perkara sangat penting. Sebab itu kita suka bermain. Pagi petang siang malam mahu bermain.

Ketika umur kita belasan tahun pula, kita merasakan kebebasan itu lebih penting. Sebab itu kita ingin menyuarakan pendapat sendiri. Ingin suara didengari. Kita banyak memberontak dan sedikit keras kepala. Kita menjadi degil dan tidak mahu mendengar kata.

Beranjak kepada umur 20-an, kita berasakan pendidikan dan kerjaya pula penting. Sebab itu kita belajar bersungguh-sungguh untuk memperoleh kerjaya yang setimpal. Kadang-kadang kita berasa menyesal tidak belajar bersungguh-sungguh dahulu. Melihat kawan-kawan mendapat pekerjaan yang baik kita berasa cemburu. Alangkah ruginya kita mempersiakan hidup sebelum ini.

Meningkat kepada umur 30-an, kita semakin sedar bahawa kewangan itu pula penting. Masa inilah kita sedang membina hidup. Membina keluarga. Ingin membeli kereta,  rumah, tanah, aset, melancong dan sebagainya.

Namun akhirnya, kita akur tatkala memasuki fasa 40-an. Bahawa perkara yang paling penting dalam hidup ialah kesihatan. Kekayaaan dan lain-lain tidak bermakna dengan tahap kesihatan yang tidak memuaskan. Pada masa ini darah tinggi, kencing manis, jantung sakit  dan lain-lain sedang cuba melamar. Masa inilah kita menyesal kerana sibuk dengan kerjaya sehingga lupa untuk bersenam, menjaga kesihatan ketika umur remaja dan meningkat dewasa.

Memasuki era 50-an, tatkala kita sudah memiliki semua impian, akhirnya kita sedar bahawa perkara yang lagi penting dalam hidup ialah kasih sayang. Kita sedikit kesunyian tatkala anak-anak sudah berkahwin dan tinggal di tempat lain. Anak-anak yang sibuk dengan kerjaya menjadikan kita rindu saat-saat indah bersama mereka di usia kecil. Rumah banglo besar, kereta besar seakan-akan tidak lagi bermakna. Rumah besar kosong dan sunyi sepi.

Kehidupan mesti diteruskan. Tatkala memasuki usia 60-an, kita semakin sedar bahawa hanya amal ibadat perkara yang cukup bermakna sebagai bekalan menuju ke sana. Segala kemewahan dan kebendaan tidak lagi bermakna. Kubur bakal menjemput bila-bila masa. Rumah hampir setiap hari menyatakan selamat tinggal. Mujurlah Tuhan masih membuka pintu dan menerima taubat yang kita pohon.

Demikianlah kitaran hidup. Kanak-kanak akan menjadi remaja. Remaja akan menjadi dewasa. Dan dewasa akan melangkah ke alam usia emas. Usia hanyalah pinjaman. Dunia hanyalah pinjaman. Amatlah rugi jika kita mempersiakan hidup dengan perkara yang merugikan dan melalaikan. Terlibat dengan gejala dadah, berkawan dengan rakan yang melalaikan, atau terlalu sibuk dengan kebendaan.

Hidup ini hanya sementara kawan. Kejarlah akhirat sebelum tertiarap. Dunia juga penting. Kerana dengan dunialah kita akan ke akhirat. Semoga kita semua kekal dalam keberkatan, keredaan dan kasih sayang Tuhan.