Ahad, 8 Januari 2017

Guruku

Teruja bila melayan kisah 'aura' seorang cikgu.

Bagi para pendidik, mereka selalu tertanya-tanya : "Bagaimana mereka mengenaliku sebagai seorang cikgu, sedangkan kami tidak saling mengenali dan tidak pula pernah memberitahu mereka bahawa saya ini cikgu?"

Kata pelayan restoran : "Boleh tahu dari cara bercakap, berpakaian dan cara meminta anak supaya diam."

Kata pegawai bank : "Hanya cikgu yang teliti ketika mengisi borang."

Kata peniaga : "Biasanya cikgu yang selalu berterima kasih."

Kata jurujual : "Cikgu ini kebanyakan teliti dan mendengar."

Pada diri seseorang guru, pada dahinya ada cop 'CIKGU'. Bagi para guru, mungkin mereka sendiri tidak menyedari akan hal itu. Tapi bagi orang kebanyakan, mereka mengenalinya.

Seorang cikgu yang orang lain betul tekaannya bahawa ia seorang cikgu, maka berbahagialah.

Seorang bukan cikgu tapi disangka sebagai seorang cikgu, maka bertuahlah.

Seorang cikgu tapi tak dikenali pun sebagai seorang cikgu, maka kasihanlah.

Selamat kembali mengajar cikgu-cikgu!

Luahan

HASIL BANGANG DARI DASAR YANG BANGANG. SIAPA YANG BANGANG KALAU BUKAN KITA YANG MEMILIH MEREKA PEMBUAT DASAR BANGANG?
COPY PASTE TULISAN RAKAN DI SEBUAH IPT DI WASSAP. SILA BACA SAMA ADA ANDA SUKA ATAU TIDAK SUKA.
Generasi Miskin dan Baghal
Makcik Kiah masa kecil2 tahun 60an dulu seorang pelajar yang pintar. tetapi kerana kemiskinan, kerana dia anak sulung ditambah dengan adik2 yang ramai terpaksa mengorbankan pelajarannya, terpaksa membantu keluarga agar adik2 yang lain dapat teruskan pelajaran.
Tak pernah kita terfikir yang senario ini akan berulang kembali pada tahun 2017…60 tahun selepas merdeka dan berbaki tiga tahun sebelum kita melangkah menuju negara maju. Pada hari ini berapa ramai anak2 melayu khususnya yang terkandas bukan kerana tidak pandai tetapi tidak mampu untuk meneruskan pelajaran.
9A dalam SPM tidak membawa apa2 makna lagi kerana biasiswa sudah hampir pupus. Tempat untuk ke universiti awam sangat terhad, swasta mencecah 50-60 ribu setahun dan PTPTN kita tahu lebih memudaratkan daripada membantu.
Jurusan yang diminati tidak disokong, maka akhirnya anak2 terpaksa berpuashati dengan bidang yang langsung tidak diminati. Kos sara hidup yang tinggi menyebabkan ibubapa tenggelam punca menabung duit sen-sen demi menyambung pendidikan anak2. Kalau iman sudah menipis, dia pasti sanggup mencuri bahkan membunuh demi anak2.
Seorang rakan bercerita bagaimana dia cuba memujuk anaknya untuk menukar bidang daripada perubatan kepada kejuruteraan kerana perubatan tidak lagi mendapat tempat dinegara ini dan kosnya mencecah jutaan ringgit. Si anak tidak membantah cuma berkata…”kita suka menjadi doktor bukan kerana nak jadi kaya, tetapi nak membantu memberi rawatan kepada orang miskin dan menyelamatkan sebanyak mungkin nyawa. setidaknya itu jihad kita untuk membalas jasa mak dan abah, juga jihad untuk agama, bangsa dan negara.” Si ayah tidak terkata apa2. Hari ini si anak sudah 4 tahun mengaji untuk jadi doktor dengan keputusan cemerlang, tetapi tiada sesiapa pun yang tampil membantu.
Kerajaan kemudian menukar PMR kepada PT3. Anak jiran yang seorang lagi mendapat keputusan cemerlang. Memang boleh sahaja diserap ke sekolah berasrama penuh, tetapi kerana menyahut seruan kerajaan melahirkan insan berkemahiran, kebetulan si anak memang ada sedikit bakat maka dihantar ke kolej vokasional. Tup-tup hari ini keluar berita lulusan diploma KV tidak diiktiraf dan tidak boleh menyambung ke university jika tiada sijil SPM. Apa ke jadahnya mahu SPM lagi kalau sudah 4 tahun berhempas pulas mendapatkan diploma?
Tahun lepas setengah juta pelajar menduduki peperiksaan UPSR dengan format baru yang susahnya macam SPM. Keputusan jatuh mendadak apabila hanya 4000 sahaja mendapat semua A berbanding lebih 40 ribu pada tahun tahun sebelumnya. Jika kualiti yang dicari…nah sudah tersedia didepan mata, namun tanpa modal yang mencukupi apa peluang anak2 ini untuk ke peringkat yang seterusnya? jika yang 4000 sudah tercekik, yang lagi 496000 bagaimana pula?
Hari ini semua mesti bayar sendiri. Ramai ibubapa yang kecewa. Yang ada tiga anak sudah azab, yang ada 5, 7, 10 anak bagaimana? Mereka yang sudah “give-up” akan berkata “buat apa suruh anak belajar tinggi-tinggi? Last-last berhutang juga, baik terus kerja, baik kahwin dengan menteri, baik jadi orang biasa-biasa jual goreng pisang.”
Apa jawapan kita kepada soalan-soalan kecewa seperti diatas? Adakah menteri bertugas masih boleh mendabik dada konon dasar-dasar yang direkanya berjaya? Apakah dana2 yang dikata sudah sedikit itu mengalir ke tempat yang sepatutnya atau sudah masuk ke kocek sendiri menjadi jam-jam tangan mewah, menjadi ‘mansion’, kereta sport dan jongkong-jongkong emas? Atau ditabur kepada manusia paling tak berguna, pakai baju merah bikin kecoh demi mengekalkan kuasa?
Nation building bermula dengan pendidikan berkualiti dan mampu buat semua rakyat Malaysia. Berkualiti dan murah apabila kerajaan menyediakan perbagai inisiatif membantu mereka yang ada usaha, ada sedikit kepandaian dan kemahiran.
“spare no expense” pada tempat yang betul, janganlah terlalu berkira untuk mewariskan negara ini kepada anak2 yang bakal mewarisi.
Peliknya apabila pasukan bolasepak negeri tiada penaja, maka gegak gempitalah menteri-menteri, kerabat dan tokoh politik mengherdik syarikat korporat, agensi kerajaan pusat dan negeri kerana tidak turun membantu. Tidak sampai 2 minggu beritanya menghuni muka hadapan (bukan muka sport di belakang lagi), selesailah segala isu…semua happy dan business is back as usual.
Kita marah menteri bodoh dan bangang. Kita pun sama bangang juga.
Semoga Allah selamatkan negara ini dan gantikan pemimpin celaka kepada pemimpin yang berjiwa beragama.

Sabtu, 7 Januari 2017

Bom lidah

BOM LIDAH

Kisah Pertama :
Seorang kakak bertanya kepada adik perempuannya ketika bertandang ke rumah seminggu setelah adiknya itu melahirkan seorang bayi yang comel...
"Hadiah apa yang diberikan oleh suamimu setelah engkau melahirkan bayi untuknya?"...
"Tidak ada." Jawabnya ringkas...
Kata kakaknya lagi.."Uish!! Takkan camtu?.. Adakah engkau tidak berharga di sisinya? Aku sendiri kerap dapat hadiah dari suamiku walaupun tanpa alasan yang istimewa."..
Petang itu ketika suaminya penat pulang dari bekerja..
Dilihat isterinya sedang merajuk sedih  di rumah...
Mereka berdua sering bergaduh sejak itu...
Tak lama kemudian.. suami dan isteri ini bercerai...
Dari mana punca masalah rumahtangga mereka?
Hanya dari pertanyaan  yang diucapkan oleh kakak kepada isterinya...

Kisah Kedua :
Seorang ibu mertua bertanyakan soalan tentang keselesaan rumah anak menantunya... "Kamu tak rasakah rumah kamu ini terlalu sempit? Bukankah anak2 kamu sudah ramai?”...
Rumah yang tadinya terasa lapang..ketika itu mula dirasa sempit oleh penghuninya...
Ketenangan yang dulu membajai rasa kasih di dalam keluarga juga turut hilang ketika keluarga ini mula tersepit dengan hutang kerana cuba membeli rumah yang lebih besar dengan berhutang diluar kemampuan kewangan keluarganya...

Kisah Ketiga :
Seorang kawan bertanya kepada sahabatnya..
''Berapa gaji ko sebulan?"
Kawannya menjawab.." Adala 2 ribu ringgit"...
" 2 ribu ringgit je? Sikitnya!!!..majikan ko x reti menghargai kerja ko.Mana cukup nak memenuhi keperluan hidup nko? "

Sejak itu dia membenci pekerjaannya...
Dia meminta kenaikan gaji pada majikannya... Sayangnya majikan tidak mampu serta menolak dan terpaksa menamatkan perkhidmatannya...
Kini dirinya tidak berkerja dan mengganggur...

Kisah Keempat :
Seseorang bertanya kepada makcik tua...
"Berapa kali anak2 makcik datang melawat makcik dalam sebulan? "...
Makcik itu menjawab.. "Sebulan hanya sekali."..
Si penanya menempelak...
"Uish!! melampau sekali anak2 makcik ni.Di usia makcik sebegini, sepatutnya mereka mengunjungi makcik dengan lebih kerap lagi."..
Hati si makcik tadi menjadi sedih...
Sedangkan sebelum ini dirinya terlalu rela dan memahami kesibukan anak2nya...
Makcik tadi mula menangis dan bersedih...
Ini memburukkan kesihatan tubuhnya sehingga dia jatuh sakit...

Apakah sebenarnya keuntungan dan manfaat yang kita perolehi ketika bertanya seperti pertanyaan2 di atas?

Jagalah lidah kita dari mencampuri kehidupan orang lain...
Tidak perlu cemburu dgn kebahagiaan yg diperolehi org lain..
Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangannya..
Andai dia berbahagia,lihatla corak dan gaya kehidupannya..
Bukan menghukum dgn membawa cerita..

Mengecilkan dunia mereka itu hanya akan menanamkan rasa tidak redha pada apa yang mereka miliki...

Jika terus berperangai seperti itu..
Kita juga akan menjadi agen kerosakan di muka bumi ini...
Perosak kebahagiaan orang lain...

Andai ada 'bom' yang meletup...
Cubalah periksa diri...
Adakah kita yang menyalakan sumbunya?

Na'uzubillahi minn zaalik..

~selalu kann..kita tanya soalan2 cmtu..isk8

Khutbah polis

HEBAT BILA *POLIS* , NAIK MIMBAR😍

Seorang polis trafik telah bersara dan menjadi imam.
Dalam khutbahnya yg pertama, beliau naik ke mimbar dan berkata :

“Wahai sidang Jumaat yg dimuliakan!!
Perbaharuilah lesen taubat.
Pakailah tali pinggang taqwa.
Perlahankanlah kelajuan maksiat.
Pastikanlah kawasan liputan niat.
Bersihkanlah jentera dalaman
Patuhilah isyarat-isyarat al-Quran.
Memandulah di atas jalan Allah.
Sesungguhnya di hadapan kalian roadblock (pemeriksaan).
Hindarkanlah daripada mendapat saman yg senilai neraka!!!.

* Kata2 yg sangat tepat hasil daripada pengalamannya..
Tahniah anggota polis...

Jumaat, 6 Januari 2017

Debit

KAD DEBIT -
Nilaikan sendiri

Baru semalam aku baca.. sharing sorang owner farmasi yang citer kisah ada mak ayah tu duk swipe debit card banyak kali tapi decline. .. kali ke 3, dah unsucces sebab apa? sebab duit dalam bank dah licin. sebab apa? sebab yg decline 3-4 kali tadi tu.. sebenarnya succes.. duit tolak... tp... xtau kenapa decline tu.

Jadinya. Nak jadi cerita. Harini turn aku pulak. Lepas register Inas taska, mau melayang cash semua.. licin wallet...tinggal asap. So.. mmg broke sangat dah masatu. Cikgu pulak bagi listed apa nak kena ada.. esok dah masuk sekolah nii...harini maknya br terkial2 nak register & membeli.

Pergi la shoppingmall paling dekat, Aku pun start la.. grab itu, grab ini... biasa la. sindrom mak-mak over anak nak masuk sekolah.

Dah siap. Kumpul dekat cashier. Total RM149.40
Kali pertama swipe debit - DECLINE
Kali kedua swipe - DECLINE
KALI KE TIGA - DECLINE

Aku nampak la.. asyik decline jadi aku tanya. ada option selain ni x? akak x ada cash ni...

cashier jawab. ada-- pergi bank lah. tak pn sy cuba kali last kak....sekarang kad baru semua sy cuba. semua decline kak. Harini saja dekat 6 kasteme decline.

aku angguk. nampak la.. dia ambil pemadam gosok2 dekat cip KAD MAYBANK BARU AKU TU.

Kali ke empat. DECLINE.
Aku tanya... duit x tolak dik ekk.. Decline tu..sambil sengih2... dia kata.. x lah kak.. resit x kua pun.

Ok xpe. akak pi bank jap ambil cash.Pergi semula. Bayar. Masuk kereta && entah mcm mana. macam nak buka apps Maybank2u untuk tengok history.

&&&& Yessssss. Keempat-empat transaksi berjaya. RM149.40 X 4kali.

&& total tu semua dia dah deducted dari akaun aku.

Aku ni... spechless. Aiii baserrr betul Maybank ni.. MUJUR LA AKU CHECK.Terus la call Maybank..

Dapat cakap dengan Operator.  Dia pun  check sistem dia dan sahkan mmg ada transaksi dan semua berjaya.

Aku tanya. tp kenapa dekat sana semua transaksi DECLINE?

Dia jawab. Succes tapi FLOATING. Dalam account tolak... tapi tak masuk pun account mana2 pihak. Sebab tu asyik decline jeee..

Aku mls nak tanya banyak. Just get thru guana nak dpt balik duit tu.

Dia jawab isi form dalam website Maybank & email pada diorang && akan dapat balik dalam masa 30 hari. Sebulan...bodo kan?! Bapak lama... Mujur aku ada duit lagi! Kalau tu je duit aku ada..

Ok..abis citer. Pasni mmg x mau la gamble je swipe debit. Pakai cash lagi senang.

Pandai2 la korang nilai semula penggunaan KAD DEBIT BARU NI..BILA MINTA TUKAR, berdegor2 citer.. nak upgrde la apa la..kad dulu x ada gini punn... korang pn. ada cash. byr cash.. biarlah old fashion pun.. nak dpt balik.duit tu.. bukan senang.
$2-Syakilla Nordin
#komunitikuantan_info