Ahad, 8 Januari 2017

Guruku

Teruja bila melayan kisah 'aura' seorang cikgu.

Bagi para pendidik, mereka selalu tertanya-tanya : "Bagaimana mereka mengenaliku sebagai seorang cikgu, sedangkan kami tidak saling mengenali dan tidak pula pernah memberitahu mereka bahawa saya ini cikgu?"

Kata pelayan restoran : "Boleh tahu dari cara bercakap, berpakaian dan cara meminta anak supaya diam."

Kata pegawai bank : "Hanya cikgu yang teliti ketika mengisi borang."

Kata peniaga : "Biasanya cikgu yang selalu berterima kasih."

Kata jurujual : "Cikgu ini kebanyakan teliti dan mendengar."

Pada diri seseorang guru, pada dahinya ada cop 'CIKGU'. Bagi para guru, mungkin mereka sendiri tidak menyedari akan hal itu. Tapi bagi orang kebanyakan, mereka mengenalinya.

Seorang cikgu yang orang lain betul tekaannya bahawa ia seorang cikgu, maka berbahagialah.

Seorang bukan cikgu tapi disangka sebagai seorang cikgu, maka bertuahlah.

Seorang cikgu tapi tak dikenali pun sebagai seorang cikgu, maka kasihanlah.

Selamat kembali mengajar cikgu-cikgu!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan