Anda ingin menang?
Seperti yang diketahui, acara seperti auto show/auto salon sememangnya banyak dianjurkan oleh pelbagai pihak. Mengikut pengalaman KERETA sendiri, masih ramai peserta yang masih keliru tentang corak pengadilan acara-acara seperti ini. Adakah dengan membawa masuk supercar seperti Ferrari akan menjamin kemenangan? Ataupun enjin Evo III yang menghasilkan 500hp akan menjaminkan kemenangan? Jawapannya tidak sama sekali!
Nasihat pertama KERETA kepada peserta ialah supaya memahami terdahulu corak pertandingan tersebut. Sebagai contoh, perkataan Auto Show bermaksud "Peragaan Kereta" dan perkataan "Salon" yang sering disalah eja sebagai Saloon diambil daripada bahasa Perancis yang bermaksud kedai kecantikan(beauty salon).
Jadi dari perkataan tersebut, kita boleh menganggapkan bahawa pertandingan ini mementingkan kecantikan lebih daripada yang lain, dan apabila dikaitkan dengan kereta ubahsuai, sudah tentulah pengadil mahu lihat sebuah kereta ubahsuai yang CANTIK, KEMAS dan BERSIH (Sangat penting!) Sebagai langkah permulaan, selalunya pertandingan seumpama ini mempunyai 5 orang pengadil. Jumlah markah keseluruhan akan dikira mengikut purata daripada 5 orang pengadil tersebut. Oleh itu, tidak timbul masalah ketidakadilan ketika proses pemberian markah dijalankan kerana terdapat 5 kertas pengadilan yang berbeza. Sepanjang perjalanan pertandingan, KERETA belum lagi berjumpa dengan situasi di mana kelima-lima pengadil tersebut mengenali secara peribadi dengan pemilik kereta yang bertanding. Setakat ini, sistem 5 pengadil ini masih relevan dan dianggap yang paling sesuai.
Sebagai pengadil, beliau akan melihat beberapa aspek kereta bagi menentukan markah yang patut diberikan. Pertama, beliau akan melihat bahagian dalaman enjin. Bila kita bicrakan tentang "enjin", pasti ramai yang berpendapat enjin tersebut mestilah “power" dan telah diubahsuai sepenuhnya dari segi mendapatkan kuasa kuda mutlak. Pendapat itu salah. Segala ubahsuai tambahan seperti menukar enjin hanya dianggap bonus kepada kereta tersebut. Yang penting enjin kereta tersebut BERSIH, KEMAS dan kalau boleh dihias dengan cantik seperti rocker cover dicat semula/krom, kabel plug berwarna, hos-hos silikon / braided. Benda-benda tu semua akan menarik perhatian pengadil untuk memberi markah yang lebih. Ingat, ruang enjin yang kotor dan selekeh adalah faktor utama yang menyumbangkan markah sedikit di bahagian enjin! Jadi, ambillah usaha membersihkannya sebelum pertandingan.
Dari segi keselamatan pun diambil kira jugak sebab kereta-kereta yang memasuki pertandingan ini semuanya kereta-kereta kegunaan jalan raya (road use). Secara jujur pengadil tidak berupaya untuk mengadili aspek ini dengan ketepatan 100% sebab aspek ini sebenarnya hanya PUSPAKOM sahaja yang boleh memeriksa dengan ketepatan 100%. Oleh tu, pangadil akan melihat ubahsuai-ubahsuai yang boleh dilihat secara fizikal kesemua aspek yang boleh melibatkan keselamatan keseluruhan kenderaan. Sebagai contoh, jika kereta tersebut menggunakan enjin turbo, sudah tentulah sistem breknya terpaksa dipertingkatkan, sekurang-kurangnya ia mestilah menggunakan brek cakera keseluruhannya (kecuali Kancil dgn enjin L200 yang hanya perlu menukar brek cakera hadapannya). Aspek seperti tayar akan dilihat dari segi bunga tayarnya sudah haus ataupun tidak, kalau direndahkan, pengadil akan tengok pada kesan menyagat dan kalau yang terlebih perihatin, cukai jalan pun akan diperiksa untuk sama ada enjin sudah didaftarkan atau tidak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan