Ustaz Mad Kemasik menyedarkan kita tentang solat. Katanya, “Ramai orang solat tapi sikit orang yang menjaga waktu solat.” Maksud ustaz kebanyakan orang yang solat sendiri tidak menjaga waktu solatnya. Tidak ramai orang yang solat pada awal waktu, apalagi solat sejurus takbir imam di masjid dan surau. Banyak orang solat di hujung waktu. Malah ada yang solat selepas waktu luput atas alasan sibuk menguruskan majlis kahwin, sibuk menyiapkan kerja dan sebagainya.
Kedua, ustaz Mad berpesan bahawa sedekah yang paling Allah sukai ialah sedekah apa yang disayangi. Itulah sedekah terbaik. Tapi janganlah bersedekah sesuatu yang kita sendiri pun tak akan sudi menerimanya seperti bersedekah pakaian buruk atau peralatan yang telah rosak.
Ketiga, Ustaz mengingatkan bahawa ada orang yang mendapat pahala dengan sebab binatang.dan ada orang yang masuk neraka disebabkan binatang. Ada orang yang berperikemanusiaan akan sentiasa memberi makan kepada haiwan belaan atau haiwan yang kelaparan. Malah ada orang yang sanggup membawa binatang yang sakit ke klinik haiwan. Sebaliknya ada orang yang sanggup mencederakan haiwan dan menyeksanya.
Keempat , ada orang yang mengaku melawati orang mati tetapi sebenarnya dia melawat rumah orang mati. Dia tidak naik ke atas rumah untuk melihat wajah terakhir jenazah sambil mendoakannya. Sebaliknya dia hanya duduk bersembang di halaman rumah.
Kelima, Ustaz berpesan agar apabila berjumpa dengan anak yatim, usaplah kepala mereka kerana Nabi s.a.w. amat suka melakukannya.
Keenam, betapa ramai menziarahi orang sakit,tapi begitu berat mulut untuk mengingatkan pesakit tentang solat. Kononnya takut pesakit berkecil hati.
Akhirnya, Ustaz menyentuh tentang tingkah-laku pengantin perempuan. Banyak pengantin perempuan yang bermake-up tidak melakukan solat semata-mata kerana takut rosak make-up yang menyaluti wajah.
Semoga teguran Ustaz Mad menjadi renungan kita semua
Tiada ulasan:
Catat Ulasan