Che'gu HbJ:
Psikologi & Motivasi:
BIARKAN ANAK MENANGIS
Anak-anak mula belajar untuk mencapai keseimbangan emosi seawal 5 tahun.
Diusia ini, anak mula belajar mengawal emosi . Dia cuba untuk mengawal emosi negatif seperti takut dan sedih.
Pernah tak anda buat?
Ketika memarahkan anak dengan tegas, akan berkata:
+ “Berhenti menangis!”
+ “Dah jangan menangis!”
+ “Berhenti, rotan nak?”
Jika ada, maka anda perlu sedar.
+ Anda sedang menyekat “gunung berapi yang sedang meletus”
+ Gunung berapi yang sedang meletus jika disumbat dengan batu yang amat besar, lama kelamaan akan meletus juga.
Ketika dimarahi, anak-anak seusia ini sedaya upaya menangis semahu-mahunya, sekuat-kuatnya dan sepuas hatinya.
+ Ini adalah cara mereka melepaskan perasaan mereka
+ Ini adalah cara mereka melepaskan kesedihan mereka
Tetapi setiap kali mereka menangis
+ Anda paksa berhenti
+ Anda desak supaya jangan menangis
+ Anda ugut dengan hukuman
+ Anda telah MENYEKAT mereka daripada berasa lega!
Jika dibuat selalu begini
Maka akan wujudlah situasi dimana anak-anak seusia ini tidak menangis lagi jika dimarah dengan tegas kelak. Sebaliknya akan berdiam diri dan bersendiri
+ Jika anak anda tidak menangis bila dimarah dengan tegas oleh ibu atau ayahnya, anda tidak seharusnya berasa gembira, malah anda perlu berjaga-jaga dan mula berasa risau.
+ Itu bukan petanda anak anda sudah tidak manja atau sudah matang
+ Kerana hakikatnya anak-anak diusia ini perlu menangis
+ Jika dia mendiamkan diri tanpa menangis, bermakna dia sedang cuba menahan emosi sedihnya
+ Perasaan sedih meluap-luap yang terhalang akan terbuku didalam hati dan jika tak diluahkan apa terjadi?
Jika dibiarkan berulang, dikhuatiri satu hari nanti dia akan jadi seorang yang pasif, pendiam, dan mungkin paling teruk akan jadi panas baran dan mudah marah.
Kita yang dewasa pun jika memendam perasaan sedih apa yang terjadi?
+ Orang dewasa juga perlu menangis
+ Apatah lagi anak-anak seusia 5 tahun?
Menangis adalah cara dia meluahkan perasaan
+ Dengan menangis mereka akan berasa lega
+ Dengan menangis mereka seolah-olah telah melepaskan satu beban dalam diri mereka
Jika dimarahi dan anak-anak menangis, biarkan dia menangis dan dalam masa sama, bersama-sama ada dengan dia, pujuk dia agar dia berhenti menangis dalam keadaan yang sudah lega
Jika mereka dimarahi ayah dengan teruk dan tidak menangis, sebaliknya dia berlalu pergi sahaja. Anda sebagai ibu cepat-cepat cari mereka.
Begitu juga sebaliknya jika ibu yang memarahi anak, si ayah cepat-cepat cari anak
+ Peluk mereka, Tanya dengan kasih sayang dan buatkan dia menangis.
+ Peluk mereka sekuat hati, tunjukkan bahawa dia selamat bersama anda
+ Biarkan dia melepaskan kesedihan dan tangisan
Percayalah, selepas itu lihat wajahnya akan ceria dan tersenyum kelegaan.
Ingat. Nabi kita mendidik anaknya dengan tegas ketika anaknya mencapai umur 7 tahun.
Info: Ibu Bapa Prihatin
@psychology_motivational🌸
Tiada ulasan:
Catat Ulasan