HASIL BANGANG DARI DASAR YANG BANGANG. SIAPA YANG BANGANG KALAU BUKAN KITA YANG MEMILIH MEREKA PEMBUAT DASAR BANGANG?
COPY PASTE TULISAN RAKAN DI SEBUAH IPT DI WASSAP. SILA BACA SAMA ADA ANDA SUKA ATAU TIDAK SUKA.
Generasi Miskin dan Baghal
Makcik Kiah masa kecil2 tahun 60an dulu seorang pelajar yang pintar. tetapi kerana kemiskinan, kerana dia anak sulung ditambah dengan adik2 yang ramai terpaksa mengorbankan pelajarannya, terpaksa membantu keluarga agar adik2 yang lain dapat teruskan pelajaran.
Tak pernah kita terfikir yang senario ini akan berulang kembali pada tahun 2017…60 tahun selepas merdeka dan berbaki tiga tahun sebelum kita melangkah menuju negara maju. Pada hari ini berapa ramai anak2 melayu khususnya yang terkandas bukan kerana tidak pandai tetapi tidak mampu untuk meneruskan pelajaran.
9A dalam SPM tidak membawa apa2 makna lagi kerana biasiswa sudah hampir pupus. Tempat untuk ke universiti awam sangat terhad, swasta mencecah 50-60 ribu setahun dan PTPTN kita tahu lebih memudaratkan daripada membantu.
Jurusan yang diminati tidak disokong, maka akhirnya anak2 terpaksa berpuashati dengan bidang yang langsung tidak diminati. Kos sara hidup yang tinggi menyebabkan ibubapa tenggelam punca menabung duit sen-sen demi menyambung pendidikan anak2. Kalau iman sudah menipis, dia pasti sanggup mencuri bahkan membunuh demi anak2.
Seorang rakan bercerita bagaimana dia cuba memujuk anaknya untuk menukar bidang daripada perubatan kepada kejuruteraan kerana perubatan tidak lagi mendapat tempat dinegara ini dan kosnya mencecah jutaan ringgit. Si anak tidak membantah cuma berkata…”kita suka menjadi doktor bukan kerana nak jadi kaya, tetapi nak membantu memberi rawatan kepada orang miskin dan menyelamatkan sebanyak mungkin nyawa. setidaknya itu jihad kita untuk membalas jasa mak dan abah, juga jihad untuk agama, bangsa dan negara.” Si ayah tidak terkata apa2. Hari ini si anak sudah 4 tahun mengaji untuk jadi doktor dengan keputusan cemerlang, tetapi tiada sesiapa pun yang tampil membantu.
Kerajaan kemudian menukar PMR kepada PT3. Anak jiran yang seorang lagi mendapat keputusan cemerlang. Memang boleh sahaja diserap ke sekolah berasrama penuh, tetapi kerana menyahut seruan kerajaan melahirkan insan berkemahiran, kebetulan si anak memang ada sedikit bakat maka dihantar ke kolej vokasional. Tup-tup hari ini keluar berita lulusan diploma KV tidak diiktiraf dan tidak boleh menyambung ke university jika tiada sijil SPM. Apa ke jadahnya mahu SPM lagi kalau sudah 4 tahun berhempas pulas mendapatkan diploma?
Tahun lepas setengah juta pelajar menduduki peperiksaan UPSR dengan format baru yang susahnya macam SPM. Keputusan jatuh mendadak apabila hanya 4000 sahaja mendapat semua A berbanding lebih 40 ribu pada tahun tahun sebelumnya. Jika kualiti yang dicari…nah sudah tersedia didepan mata, namun tanpa modal yang mencukupi apa peluang anak2 ini untuk ke peringkat yang seterusnya? jika yang 4000 sudah tercekik, yang lagi 496000 bagaimana pula?
Hari ini semua mesti bayar sendiri. Ramai ibubapa yang kecewa. Yang ada tiga anak sudah azab, yang ada 5, 7, 10 anak bagaimana? Mereka yang sudah “give-up” akan berkata “buat apa suruh anak belajar tinggi-tinggi? Last-last berhutang juga, baik terus kerja, baik kahwin dengan menteri, baik jadi orang biasa-biasa jual goreng pisang.”
Apa jawapan kita kepada soalan-soalan kecewa seperti diatas? Adakah menteri bertugas masih boleh mendabik dada konon dasar-dasar yang direkanya berjaya? Apakah dana2 yang dikata sudah sedikit itu mengalir ke tempat yang sepatutnya atau sudah masuk ke kocek sendiri menjadi jam-jam tangan mewah, menjadi ‘mansion’, kereta sport dan jongkong-jongkong emas? Atau ditabur kepada manusia paling tak berguna, pakai baju merah bikin kecoh demi mengekalkan kuasa?
Nation building bermula dengan pendidikan berkualiti dan mampu buat semua rakyat Malaysia. Berkualiti dan murah apabila kerajaan menyediakan perbagai inisiatif membantu mereka yang ada usaha, ada sedikit kepandaian dan kemahiran.
“spare no expense” pada tempat yang betul, janganlah terlalu berkira untuk mewariskan negara ini kepada anak2 yang bakal mewarisi.
Peliknya apabila pasukan bolasepak negeri tiada penaja, maka gegak gempitalah menteri-menteri, kerabat dan tokoh politik mengherdik syarikat korporat, agensi kerajaan pusat dan negeri kerana tidak turun membantu. Tidak sampai 2 minggu beritanya menghuni muka hadapan (bukan muka sport di belakang lagi), selesailah segala isu…semua happy dan business is back as usual.
Kita marah menteri bodoh dan bangang. Kita pun sama bangang juga.
Semoga Allah selamatkan negara ini dan gantikan pemimpin celaka kepada pemimpin yang berjiwa beragama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan