Ahad, 5 Mac 2017

Salam

Soalan: ketika memberi salam di hujung solat; adakah kita memberi salam dulu baru berpaling ke kanan atau ke kiri, atau kita berpaling bersama-sama memberi salam?
















Jawapan:
Mula-mula kita lafazkan "Assalamu alaikum" dengan muka masih menghadap ke kiblat, kemudian bila menyebut "Wa rahmatullah" barulah kita memalingkan muka ke kanan atau ke kiri. Dengan cara ini kita dapat mengelak dari berpaling ketika masih dalam solat kerana selagi belum melafazkan salam, selagi itu kita dikira masih dalam solat. Maka apabila kita melafazkan salam terlebih dahulu, kemudian baru berpaling, kita berpaling setelah menyelesaikan solat dengan melafazkan salam.

Mengenai larangan berpaling dalam solat, ia disebut oleh hadis dalam Soheh al-Bukhari dari 'Aisyah RA yang menceritakan; Nabi SAW pernah ditanya tentang berpaling di dalam solat, lalu baginda menjawab;

«هُوَ اخْتِلاَسٌ يَخْتَلِسُهُ الشَّيْطَانُ مِنْ صَلاَةِ العَبْدِ»
"Perbuatan itu adalah salah satu cara Syaitan mencuri tumpuan seorang hamba dari solatnya" (Soheh al-Bukhari; 751).

Rujukan;

1. Syarah 'Umdatil Ahkam, Syeikh Dr. Mustafa al-Bugha.
2. al-Mughni, Imam Ibnu al-Qudamah, 1/399.

Kopi

《SEGELAS KOPI》

*Kyai :* Tolong buatkan kopi dua gelas untuk kita berdua, tapi gulanya jangan engkau tuang dulu, bawa saja ke mari beserta bekas berisi gula.

*Santri :* Baik, kyai.

Tidak berapa lama, sang santri sudah membawa dua gelas kopi yang masih hangat dan seberkas gula beserta sudu.

*Kyai :* Cobalah kamu rasakan kopimu nak , bagaimana rasa kopimu?

*Santri :* rasanya sangat pahit sekali kyai

*Kyai :* Tuangkanlah sesudu gula, kacau, bagaimana rasanya?

*Santri :* Rasa pahitnya sudah mulai berkurang, kyai.

*Kyai :* Tuangkanlah sesudu gula lagi, kacau lagi, bagaimana rasanya?

*Santri :* Rasa pahitnya sudah berkurang banyak, kyai.

*Kyai :* Tuangkanlah sesudu gula lagi,dan kacau bagaimana rasanya?

*Santri :* Rasa manis mulai terasa tapi rasa pahit juga masih sedikit terasa, kyai.

*Kyai :* Tuangkanlah sesudu gula lagi lalu kacau, bagaimana rasanya?

*Santri :* Rasa pahit kopi sudah tidak terasa, yang ada rasa manis, kyai.

*Kyai :* Tuangkanlah sesudu gula lagi dan kacau, bagaimana rasanya?

*Santri :* sangat manis sekali, kyai.

*Kyai :* Tuangkanlah sesudu gula lagi, kacaulah, bagaimana rasanya?

*Santri :* Terlalu manis. Malah tidak enak, kyai.

*Kyai :* Tuangkanlah sesudu gula lagi dan kacau, bagaimana rasanya?

*Santri :* rasa kopinya jadi tidak enak, lebih enak saat ada rasa pahit kopi dan manis gulanya sama-sama terasa, kyai.

*Kyai :* Ketahuilah nak.. pelajaran yg dapat kita ambil dari contoh ini adalah.. jika rasa pahit kopi ibarat kemiskinan hidup kita, dan rasa manis gula ibarat kekayaan harta, lalu menurutmu kenikmatan hidup itu sebaiknya seperti apa nak?

Sejenak sang santri termenung, lalu menjawab.

*Santri :* Ya kyai, sekarang saya mulai mengerti, bahwa kenikmatan hidup dapat kita rasakan, jika kita dapat merasakan hidup seperlunya, tidak melampaui batas. Terimakasih  atas pelajaran ini, kyai.

*Kyai :* Ayo santriku, kopi yg sudah kamu beri gula tadi, campurkan dengan kopi yang belum kamu beri gula dan kacau, lalu tuangkan dalam kedua gelas ini, lalu kita nikmati segelas kopi ini.

Sang santri lalu mengerjakan perintah kyai.

*Kyai :* Bagaimana rasanya?

*Santri :* rasanya nikmat, kyai...

*Kyai :* Begitu pula jika engkau memiliki kelebihan harta, akan terasa nikmat bila engkau mau membaginya dengan yang memerlukan.

*Santri :* Terima kasih atas pengajarannya tadi kyai.

*Selamat minum kopi dan ambillah pengajarannya *☕☕

Luahan guru

~ Antara buruh kasar dan seorang cikgu ~

Aku melihat buruh kasar bekerja ditengah panas. Tabah mengangkat batu batu yang berat demi sesuap rezeki. Peluh menitik tiada henti. Penat. Sangat memenatkan. Balik rumah tidurnya lena yang amat akibat seharian keletihan di tengah panas.

Aku melihat sahabatku seorang guru. Hanya perlu mengangkat pen marker sahaja. Ringan. Kerjanya bawah bumbung yang teduh. Bawah kipas berpusing ligat lagi. Namun bebanan kerja yang menanti tidak sedikit. Perlu kejar itu, perlu siapkan ini.

Badannya tidak penat. Tapi masanya sibuk. Kerjanya tidak hanya di sekolah. Sampai ke rumah dibawa pulang lagi. Buat pula kerja dengan peralatan sendiri. Duit poket sendiri.

Laptop itu harganya beribu. Projektor itu pun beribu juga. Printer dan laminate itu harganya beratus-ratus. Belum campur harga scanner, toner dan seribu macam benda lagi.

Tapi dia diam, walau suami dia sering tidak senang. Tidak senang dia sampai ikat perut untuk beli keperluan demi pekerjaannya yang mulia, tidak senang bila masa bersama keluarga terpaksa dikurangkan demi kecintaan pada kerjaya.

Memberi tumpuan pada anak orang lain melebihi anak sendiri. Ya, itulah guru.

Badannya mungkin tidak sepenat si buruh kasar yang bekerja dibawah mentari terik. Namun emosinya penat. Sangat penat.

Emosinya penat bila pasangan mula menyindir kurang perhatian (bagi pasangan yang tidak memahami). Emosinya penat ditekan pihak atasan yang mahu kesempurnaan. Emosinya penat ditekan karenah ibubapa yang terlampau manja dan mengada-ngada.

Ya, emosinya penat. Tolong faham itu.

Tidur si buruh kasar penuh lena lantaran kepenatan tubuh badan. Namun emosi sang guru yang penat merosakkan nafsu tidur. Mencarikkan segala mimpi indah.

Malah, mengurangkan nafsu makan juga. Yang kemurungan pun ada juga.

Mana tidaknya. Dia berkorban segala benda. Dari duit poket, tenaga, masa, malah keluarga. Tapi sedikit salahnya dibesar-besarkan. Dibuat laporan. Dihadap kamar keadilan.

Salah apa dia?

Salahnya kerana dia cinta. Ya, dia cinta akan professionnya.

Salahnya, hanya sedikit sentuhan fizikal untuk mendidik dan mengajar anak orang lain supaya pandai. Supaya berjaya. Supaya menjadi insan berguna. Supaya menjadi manusia.

Buat sahabat guru diluar sana yang diuji ujian sebegini, dibuat laporan dan diserang ibubapa, bertabahlah. Seluruh doa para guru bersama anda.

Semoga yang dihadapkan ke mahkamah menang kes, yang dibuat laporan polis pula laporan dapat ditarik balik.

Kami melihat diri kami dalam kamu. Kerana kamu guru, dan guru itu adalah kami.

 Artikel ini ditulis oleh Cikgu Fadli, penulis buku bestseller, Cikgu Kelas Sebelah.

@copydrFB

Guru malaysia

Terkejut bila mendengar ada berita seorang guru yang cuba terjun dari tingkat 4 sebuah sekolah di Putrajaya semalam. Namun atas pujukan rakan dan pihak bomba dan penyelamat dia berjaya diselamatkan dan dibawa ke.Hospital Putrajaya untuk dirujuk. Masalah yang dikesan ialah KEMURUNGAN.

Sahabat guru saya yang dikasihi semua. Mengapa ini berlaku? Dahulu pernah terjadi di sekolah tamil di Kelang , guru cuba minum racun akibat tekanan kerja. Mengapa ye?
Profession yang amat mulia sebagai medium penyampai ilmu kini sudah menjadi satu profession yang berisiko tinggi untuk kemurungan. Guru kini sudah hilang 'NIKMAT' dan 'GHAIRAH' semasa mengajar.

 Tidak seperti zaman guru guru kita mengajar kita dahulu. Di bandar-bandar guru-guru kita dihormati oleh masyarakat setempat. Sampai di pasar membeli ikan pun apek cina boleh cakap..CIKGU MAU IKAN APA? PILIH CIKGU..sedangkan tak kenal pun apek tu. Saya sendiri melaluinya pada tahun 95 dahulu..di pekan Saratok. Bila ditanya... mana tahu saya guru..apek tu cakap..kitak punya mua...ada landik punya orang.. kamek tahu itu mua cikgu (muka awak memang ada muka orang bijak dan orang bijak ialah cikgu..

.sekarang muka serabut dan serabai lah cikgu sebab stress huhu). Sekarang susah nak cari orang yang hormat pada guru. Malah bermacam macam sumpah seranah dihamburkan pada guru. Sentuh murid salah...biarkan pun salah. Ada satu status saya baca...di media sosial..seorang memberi komen bahawa guru nak cepat balik rumah..sepatutnya tunggu semua anak murid diambil ibu bapa pulang baru lah guru balik. apa dia ingat kami guru ni mandul? Takda anak di sekolah dan nursery yang perlu kami jemput?

 Ada kes ibubapa bila dipanggil untuk jemput anak yang demam supaya bawa pulang ke rumah dan dibawa ke klinik..mereka balas dengan jawapan..saya busy kat office ni...boleh bagi dia panadol tak? (Peraturan guru tak boleh bagi ubat pada murid hatta paracetemol kerana guru bukan pegawai perubatan yang sah).

 Ada guru yang terkejar kejar dengan mesyuarat kurikulum lah, mesyuarat perlaksanaan program itu ini begitu begini, mesyuarat penetapan sasaran..sampai ada kes lupa anak dalam kereta sampai meninggal anak itu..semata mata mengejar meeting. Ada kes guru tiba tiba pengsan dan mati semasa proses pengajaran. Ada guru meninggal sebab lemas semasa aktiviti perkhemahan.

 Yang meninggal akibat kemalangan jalanraya pun makin banyak.
Sedihkan...sepatutnya suara comel anak anak murid jadi penghibur hati guru...kini guru terpaksa mengajar mengikut acuan acuan tertentu. Kelas mesti mengikut PAK21..pendidikan abad ke 21.

Murid murid duduk berkelompok...bila guru mengajar..susah nak fokus kontaks mata. Berbeza dengan guru zaman 70an 80an 90an.. naik kapcai..mengajar sambil gelak ketawa..menyakat murid merapatkan silaturrahim. Kalau garang masih dihormati. Anak anak murid dahulu pun sekarang dah jadi orang yang kuat jiwanya. Bukan macam sekarang muridnya hati tisu..jiwa rapuh bagai kerepek...bila disindir cita cita..sampai besar dia merepek.

Kembalikan keghairahan mengajar kepada guru guru. Jangan kekang kreativiti guru..biarkan guru melaksanakan tugas MENDIDIK dengan lebih teratur. Jangan dibebankan dengan tugas sampingan yang bukan jadi teras kerja. Sampaikan nak sambut pegawai pun duit guru diminta derma. (Kawan saya kat Sabah mengadu harap harap tak berlakulah kesian kat cikgu2 kita) .

 Guru guru dah hilang semangat. Kalau jabatan lain boleh buat team building dan bina diri..untuk meningkatkan kualiti kerja. Manakala guru cukup dengar ceramah bebelan SISC sambil minum air mineral dan disaji..gula gula....hmmmm kalau dulu ada juga karipap dan koci..nak harap mihun jauh sekali.
Bertabahlah guru guru. Allah bersama mu.

Copy dr fb cikgu Emmet

Jumaat, 3 Mac 2017

Over confident

Ada sorang salesman vacuum cleaner...nama Jali.  Sebut jer nama dia semua org kenal.. femes sebab jualan dia paling top.

Satu hari, Jali gi jual vacuum umah makcik Bedah.  Tok! tok! tok!.. Jali ketuk pintu.  Makcik Bedah pun buka la pintu... tanya....."Ya, ada apa nak?"
Jali pun tanpa menjawab...zasssss!!! ditaburnya taik kambing atas karpet dlm umah makcik Bedah.  Ternganga makcik Bedah tgok taik kambing betabur atas karpet.. merah padam mukanya.  "Nape kamu buat gini nak..rumah makcik niee???" tengking makcik Bedah.

Jali dengan konfiden jawab..."makcik jgn risau ..jgn khuatir...  Vacuum cleaner saya ni, kalau dalam masa 2 minit tak boleh bersihkan taik kambing ni...saya akan makan sebijik sebijik" jawab Jali.

"Ko bior betul nak..." kata Makcik Bedah sambil berlalu ke dapur dan muncul semula membawa sudu ngan garpu.

Jali dgn nada eksen dia...  "Saya dah ckp tadi makcik.. jgn risau.. saya akan makan ..saya mkn kalo vacuum cleaner ni tak boleh sedut taik2 kambing ni dlm 2 minit..".

Makcik Bedah dengan selamba kata... " baik la ko start makan nak oiii.. ari ni api letrik takde kat kampung ni... ni surat TNB....Letrik tak de 2 hari niee "

Moral ot the story...jgn over konfiden..
 😄😄😁😁

Hati ibu

Sekeping HATI

Apabila meningkat usia, hati makin sensitif, mudah terasa dan merajuk. Bukan orang cinta cinta saja suka merajuk, orang tua memasuki usia emas juga mudah terasa hati walaupun sebelumnya adalah seorang yang berjiwa kental dan tidak ambil peduli.

Tambahan dengan anak anak. Bukannya bila suruh anak buat sesuatu atau bila kita meminta sesuatu, apabila anak buat tak tahu dan tidak ambil peduli, kita rasa relax aja. Sungguh, ibu atau bapa pasti terasa hati dan berdukacita. Sedih bertingkat tingkat. Kadang tu apabila anak bersuara agak kuat, pun dah bergegar hati, takut anak jadi derhaka sebab anak terlupa sempadan neraka syurga.

Dah tua tua lagi mudah nak kecik hati dengan perangai anak anak. Minta tolong anak picit kaki, anak kata penat. Suruh anak  buat sesuatu, bertangguh tangguh. Ajak buat kebajikan, ada alasan. Terasa hati dan kecik hati dah macam bersarang dalam jiwa.

Tapi hati seorang ibu, kerana takut anak ke neraka, takut anak jadi derhaka, dia rela mendiamkan diri dan menangis sambil dalam hatinya istighfar. Melawan bisikan syaitan yang gembira apabila anak jadi derhaka. Berkata 'uhh' pun sudah dianggap derhaka apatah lagi jika anak melawan, membantah atau tidak ambil peduli permintaan emak bapanya.

*Seorang ibu tidak rela anaknya disakiti sejak lahir, alangkan nyamok gigit pun dia sanggup berperang mengejar nyamok, apatah lagi membiarkan langkah kaki anaknya menuju ke neraka. Sia sia mengandung, melahir, menyusu, mengasuh, mendidik dengan susah payah kemudian membiarkan anak ke neraka atas sebab anak tidak reti menjaga hatinya. Tidak sama sekali.*

Sepenuh jiwa raga saya abaikan bisikan syaitan dari mendoakan sesuatu yang buruk kepada anak. Istighfar, zikir atau doa supaya Allah ampunkan dosa dosa kita dan anak kita. Tak sanggup anak menjadi derhaka kerana kita merasa kecik hati. Kasihan anak. Kita kena usaha ubat hati kita supaya tidak terus berasa kecik hati dengan anak anak. Anak anak tu pun sebenarnya sedang diuji oleh tuhannya agar menjaga iman dan akhlak.

Oleh itu wahai ibu ibu diluar sana, jangan sekali kamu berasa kecik hati dengan anak kamu. Mudahkan urusan agar kamu tidak mudah merajuk dengannya. Jika syaitan mengajak bersongkokol dengannya, segera menjauhkan diri. Istighfar jangan berhenti. Zikir, tasbih, takbir terus dialunkan sampai bergema di dalam tempurung kepala. Doakan yang baik baik untuk anak itu. Selagi masih ada rasa merajuk, teruskan berzikir dan beristighfar.

Sayang anak bukan sahaja semasa di dunia tetapi nak kumpul bersama sama dengan anak di mahsyar nanti sambil berjalan menuju ke syurga.  Terus terusan berdoa agar Allah beri petunjuk dan jalan keluar sebarang masalah yang sedang dihadapi.

Sebab tu hati ibu, apabila selepas anaknya membantah suruhannya, dia masih boleh sembang dengan anak, boleh  gurau gurau dengan anak. Ketepi segala bisikan syaitan. Sebab mahu anaknya ke syurga. Tak mahu anaknya tergolong dalam golongan orang derhaka. Seorang ibu sanggup nangis di dunia dari dia nangis diakhirat nanti apabila cari anak tak jumpa jumpa.

Seorang ibu yang pengasih setiap malam doa, meredhakan anak anak, mengampun dosa anak anak, walau anak takde minta ampun kepadanya.  Doa doa kan yang baik baik untuk anaknya. Supaya apabila mati, dosa anak anak dengan telah terhapus. Seorang ibu tidak akan dendam dengan anaknya, kerana itu kerja sia sia.

Jadi wahai suri suri, jaga iman  jaga lah hati jangan sampai kita terdetik doa yang bukan bukan kepada anak kita. Rugi sangat, kesal sangat jika anak kita tak menjadi soleh atas kerana kita selalu nak kecik hati dan merajuk.

Utamakan anak kita kerana kita menunggu doanya di alam barzakh nanti. Doa anak orang belum  ada jaminan sampai ke kita.

Semua boleh jadi ibu solehah, semua boleh share status ini.

Tips bila hati rasa sebak dengan anak, bawa baring pejam mata menangis tapi dalam hati jangan berhenti istighfar, minta ampun dengan Allah. Jangan layan bicara hati yang sedih dan duka.

#HATI💝

Khamis, 2 Mac 2017

Ujian

Kenapa ada yang menjual nasi lemak tepi jalan setiap hari tapi tetap tak buka kedai? Sebab dia selesa begitu. Tak suka nak fikir masalah yang complicated. Kenapa ada yang jadi doktor walaupun gaji tidak setimpal tenaga dan masa yang dikorbankan? Sebab passion. Happy bila tengok pesakit baik semula. Kenapa ada yang setia menjala ikan setiap pagi? Sebab hanya itu yang dia tahu. Seronok dapat ikan banyak.

Jangan paksa orang jadi kaya. Jangan sombong dalam kata seolah semua manusia kena kaya dan berharta. Seolah yang memilih 'makan gaji' itu tidak berjiwa besar atau taknak maju dalam hidup. Seolah yang berniaga kecil-kecilan itu takde apa nak dibanggakan. Seolah yang memilih menjadi surirumah tangga sepenuh masa itu 'loser'. Seolah bila bergelar jutawan itu baru definisi kaya dan berjaya.

Kebahagiaan dan rasa cukup manusia itu berbeza. Keperluan dan kehendak manusia itu berbeza. Allah mencipta manusia itu berbeza. Minat berbeza. Kudrat berbeza. Kepakaran berbeza. Pengetahuan berbeza. Latar belakang berbeza. Sihat sakit berbeza. Kerana semua memerlukan antara satu sama lain.

Kalau hari ini kita rasa kita hero, jangan lupa esok kita boleh jadi zero. Hanya dengan KUN FAYAKUN. Buang sombong dan rasa besar dalam diri tu. Tidak memiliki itu sebuah ujian. Memiliki sesuatu juga sebuah ujian-- yang lebih hebat, yang lebih halus. Optimis itu bagus; cuma jangan sampai riak, takabbur, tidak menjaga silaturrahim. Jangan lupa asal usul kita. Semuanya asal dari tanah, dan ke tanah juga kita akan kembali. Apa yang kita ada hari ni, semuanya akan kita tinggalkan. Tak ada satu pun kita akan bawa bersama. Hanya satu yang bernama taqwa.

Respect other's decision.
Embrace diversity.
Pesanan buat diri sendiri.