Jumaat, 10 Mac 2017

Sedekah

Suatu hari, Saidina Umar bin Ubaidulllah melalui sebuah kebun. Tiba-tiba, beliau terlihat seorang lelaki berkulit hitam sedang makan.

Ada seekor anjing duduk dihadapan lelaki itu. Setiap kali dia menyuap sepotong makanan ke mulutnya, dia melemparkan sepotong makanan kepada anjing tersebut.

Umar berasa sangat takjub. Beliau bertanya kepadanya,

"Adakah anjing ini kepunyaan kamu?"

Jawab lelaki itu,

"Bukan."

Ditanya kembali oleh Umar,

"Jadi, mengapa engkau memberinya makanan?"

Dia menjawab,

"Aku malu jika seekor makhluk Allah memandangku apabila aku sedang makan, namun aku tidak memberinya makanan."

Umar bertanya lagi,

"Kamu hamba atau merdeka?"

Lelaki itu menjawab,

"Hamba milik seorang Bani Asim."

Umar pergi menemui pemilik hamba tersebut. Beliau membeli hamba itu beserta kebun tempatnya bekerja. Beliau kembali menemui lelaki tersebut dan berkata,

"Allah telah memerdekakan dirimu. Dan memberikan kebun ini untukmu."

Lelaki itu berkata,

"Segala puji bagi Allah. Saya bersaksi bahawa kebun ini saya wakafkan kepada orang fakir yang ada di negeri ini."

Umar sangat terkejut. Beliau tidak menyangka tindakan lelaki itu menyedekahkan kebun tersebut.

Beliau bertanya,

"Mengapa engkau mewakafkan kebun ini? Bukankah engkau juga miskin dan memerlukan harta?"

Dia berkata,

"Aku malu kepada Allah yang telah bermurah hati kepadaku, kemudian aku kedekut pula kepada NYA "

"Selama hidup di dunia ini, yang terbaik itu adalah menyelamatkan hati dari berburuk sangka terhadap makhluk yang lain."

Al-Imam Syeikh Abdul Qadir Al-Jail

Solat pejabat

"Kenapa tidak di solatkan di pejabat sahaja?"

Sebelum Subuh
Sudah berangkat ke Pejabat.

Setelah isyak
Baru kembali dari pejabat.

Zuhur
Tersepit waktu istirahat pejabat.

Asar
Pekerjaan banyak sekali  di pejabat.

Maghrib
Jalan jem/sesak dijalan,
perjalanan pulang dari pejabat.

Isyak
Masih letih, baru pulang dari pejabat.

Malam-malam
Dipanggil untuk datang ke pejabat.
Malah segera berangkat ke pejabat.

Disaat pencen
Hanya memiliki rumah sederhana bukan istana.
Kereta tua yg kos pembaikan pun mahal.
Duit simpanan yg sudah habis  atau Wang pencen hanya cukup-cukup untuk makan.

Walaupun mampu memiliki rumah lebih mewah,
tubuh lemah dan sakit sudah tidak mampu menikmati indahnya rumah.

Hari-hari hanya merasakan rasa sakit.

Puluhan tahun kerja membanting tulang.
Setelah rumah, kereta dimiliki, hartapun habis untuk berubat.

Berat untuk solat karena semua sendi sudah tidak kuat. Ditambah masa muda sibuk kerja hingga tak terbiasa solat.

Mati-matian membela pejabat atas
perintah atasan sampai malas ke masjid.

Tapi disaat tua, lemah, dan wafat.

Jasad pun meminta disolatkan di masjid
dengan Ustaz sebagai Imamnya bukan anaknya yang menjadi Imam.

Mati-matian membela pejabat.
Tak seorang pun mati disolatkan dipejabat. dengan orang atasannya sebagai Imam sholat jenazah.

Jadi..

Masihkah kita  mengutamakan
PEJABAT daripada MASJID?

Padahal..

MASJID adalah tempat terakhir kita di solatkan.

Semoga bermanfaat untuk semua.

Bahagian Dakwah, JAKIM

Selasa, 7 Mac 2017

Balu

BOLEHKAH WANITA MENGHANTAR JENAZAH SUAMINYA KE KUBUR?

🌿Nota: Rakaman ini dibuat di kelas Dhuha Muslimat bersama *Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid* di Masjid Darul Ehsan, Tmn Tun Abdul Razak, Ampang. Habib membahaskan tafsir ayat surah Al-Baqarah ayat 234-237. Ayat 234 ada kaitan dgn soalan yg ditanyakan, dan disebabkan byk berlaku kesilapan dlm hal ini akhir zaman ini.

■Jawapan:
*TIDAK BOLEH, !!*
khususnya bagi isteri yg suaminya yg meninggal, kerana *iddahnya telah bermula,* dan isteri tidak blh keluar meninggalkan rumah suami kecuali *darurat.*

↔Darurat ini bukan mengikut persepsi kita, tapi *mengikut apa yg ditetapkan oleh syarak.*Antara sebab yg dibenarkan utk meninggalkan rumah suami adalah *jika keselamatannya terancam.* Sebab2 seperti ingin *menziarahi kubur,* atau *menghadiri majlis ilmu* tidaklah termasuk sebab yg darurat.

↪Ibadah mesti mengikut cara yg diatur oleh Allah, bukannya mengikut hawa nafsu. Jadi, *kalau ingin suami yg meninggal mendpt redha Allah Ta'ala, isteri tidak boleh keluar drpd rumah suaminya selama 4 bulan 10 hari.* Yg beri suami dan yg tak izinkan keluar ialah Allah SWT, jadi kita kena *patuhi arahan Allah dan bukan dgr apa masyarakat kata.*

■Ambil iktibar drpd kisah Ummu Salamah yg pd asalnya ingin menunjukkan cara ratapan luar biasa ketika suaminya meninggal. Tetapi setelah dilarang oleh Nabi SAW, dia akur dan menurut apa yg diajar Rasulullah ﷺ, dan akhirnya diganjar Allah dgn dia akhirnya diperisterikan oleh lelaki terbaik, iaitu baginda RasuluLlah ﷺ sendiri. Iktibarnya – *bila mana mendahulukan Allah, pasti ada ganjaran tak kira sama ada akan diberikan ketika di dunia ataupun disimpan utk akhirat.*

■Isteri tidak perlu merasa bersalah dgn anggapan masyarakat yg mungkin mengatakan –“Isterinya tak hantar suaminya ke kuburlah.” Dan isteri juga tak perlu rasa bersalah dan membuat helah seperti isteri ikut tapi duduk dlm kereta saja, atau duduk jauh sikit drpd tmpt dikebumikan. Perasaan bersalah itu perlu diambil kira berdasarkan hukum Allah, dan bukan hukum budaya masyarakat. Jgn takut apa org cakap.

■Pada zaman RasuluLlah ﷺ sudah ada golongan wanita yg nak ikut ke kubur, lalu Nabi ﷺ bertanya kpd mereka, “Kamu nak pergi kubur, adakah kamu pikul jenazah itu? Jawab mereka, “Tidak.” Baginda RasuluLlah ﷺ bertanya lagi, “Adakah kamu akan masuk ke dlm kubur utk menguburkan jenazah?” Jawab mereka, “Tidak.” Lalu Rasulullah ﷺ berkata, “Kamu balik kamu dpt ganjaran, lebih baik drpd kamu ikut dan kamu dapat dosa.”

↔Ini bukan menunjukkan yg agama ini tiada perasaan kpd kaum wanita. Hari ini org akan mengatakan seorg isteri tak penuhi hak suami jika isteri tak hantar jenazah ke kubur. Lama-kelamaan org akan kata tak penuhi hak suami jika tak semua ahli keluarga hadir di kubur. Generasi akan datang pula akan kata tak penuhi hak suami jika tak masuk dlm kubur. Perubahan demi perubahan akan berlaku jika ianya dicipta mengikut akal fikiran manusia atau budaya tempatan yg sumbernya tak tetap. Tapi jika ikut hukum Allah, ia sama saja tak kira di mana berada – Malaysia, Indonesia atau Yaman dll.

■Jika ada yg kata, “Eh awak tak penuhi hak suami awaklah.
Jawab padanya, “Eh, Allah yg suruh saya tak ikut.” Oleh itu, pastikan apa yg kita buat itu adalah sesuai mengikut apa yg Allah Ta'ala suruh.

■Jika ikut cakap org kita dpt dosa, tapi ikut cakap Nabi ﷺ, yg tak pernah bercakap kecuali ianya wahyu drpd Allah Ta'ala, kita akan dpt pahala. Maka, rugi jika seseorg itu ikut cakap org !
Di akhirat nanti bukan kwn itu yg akan membela kita di hadapan Allah, bahkan dia akan menjauh drpd kita.

■Jika isteri ingin melihat suami buat kali terakhir atau ingin solatkan, bawa jenazah pulang ke rumah seblm dikebumikan. Siapa kata jenazah tak boleh dibawa pulang ke rumah jika telah dimandi (dan disolatkan) di masjid?

■Jika ingin solatkan, baca Quran atau apa saja – buat di rumah agar isteri tak perlu keluar. Kalau boleh mandikan di rumah lebih baik, tapi kalau tak boleh, bawa ke masjid, dan kemudian bawa balik ke rumah. Nak buat tahlil di masjid boleh, tapi isteri buat di rumah saja.

■Isteri tak boleh keluar menunggu suami
dimandikan di masjid atau seumpamanya, kerana *iddah bermula setelah suami meninggal.*

■Perempuan, kalau nak pergi ke kubur, pergi pada hari selain drpd hari pengkembumian. Kecuali, jika satu kg. itu tiada lelaki, semuanya perempuan. Maka, dlm hal ini – perempuan yg bawa jenazah, yg gali kubur, yg kebumikan, yg uruskan semuanya.

■Perempuan bukan dilarang pergi ke kubur, tapi risau berlaku perkara yg tidak sesuai dgn syarak jika ikut bersama lelaki yg menguruskan jenazah.
Kita pun lihat sendiri byk berlaku, perempuan ahli keluarga duduk di hadapan kubur, dan sekelilingnya semuanya lelaki. Batasan antara lelaki dan perempuan tak lagi diperhatikan. Tambahan pula kalau perempuannya tidak menjaga cara berpakaian yg sopan dan menurut syarak.

■Biarkan org lelaki siap menguruskan. Esok pagi2, baru anak dan ahli keluarga pergi utk bacakan Yasin ke… dan akan dpt baca dlm keadaan tenang dan tak bercampur dgn lelaki.

■Ambil iktibar drpd kisah anak perempuan Nabi Syuaib, yg ketika ingin mengambil air drpd perigi. Walaupun memerlukan, mereka tidak beratur bersama lelaki, tetapi mereka tunggu jauh drpd perigi sehingga lelaki selesai, baru mereka akan ambil air. Sama juga kalau nak ziarah kubur, tunggu org lelaki selesai dulu, pergi keesokan harinya.

■Terdpt byk perbahasan ulama dlm kes isteri yg kematian suami dan perlu keluar bekerja, kerana memang sukar mendapatkan cuti selama 4 bulan 10 hari. Dlm keadaan darurat, seseorg dibenarkan melakukan sesuatu yg haram sekalipun. Dlm hal ini, kalau isteri bekerja, perlu dilihat adakah pekerjaan itu keperluan darurat atau tidak. Kalau dgn dia tidak bekerja, tapi keperluan asasnya dpt dipenuhi, maka itu bukan darurat yg membolehkan dia utk keluar bekerja. Tapi, kalau dgn dia tak bekerja, dia tak blh makan atau anak2nya tiada yg menanggung, atau keluarga suaminya tidak mampu menanggungnya, dia ada sebab yg menyebabkan dia tidak boleh berhenti kerja, tapi sebab dan daruratnya itu perlu diambil kira oleh syarak dan bukan oleh diri sendiri. Jadi, dlm hal ini, dia boleh keluar bekerja tetapi tetap tidak blh meninggalkan tuntutan lain seperti berhias, dan melakukan hanya yg diperlukan sahaja dan keluar dari rumah pergi kerja, dan kemudian pulang ke rumah, dan tidak pula singgah di tmpt2 yg tak berkaitan. Kalau nak pergi kedai, cuma utk keperluan beli makanan dan minuman sahaja.

Wallahu'alam bissawab.
Semoga bermanfaat.
SILA SHARE

Ahad, 5 Mac 2017

Solat bjemaah

JAGALAH SOLAT BERJEMAAH, CONTOHI NABI SAW DAN PARA SAHABAT...

Para sahabat ra, dikisahkan sebahagian besar dari mereka adalah buta huruf, bahkan hanya sekadar untuk menulis namanya sahaja pun mereka tidak pandai, tetapi mereka mampu mengamalkan keseluruhan agama secara sempurna. Pada waktu itu, belum ada kitab-kitab atau tafsir AlQuran yang "canggih" seperti sekarang. Yang ada hanya tafsir amal, sehingga kalau salah seorang sahabat bertanya tentang suatu amalan AlQur'an misalnya ; sedekah, maka Abu Bakar yang ahli sedekah dijadikan contoh, begitulah seterusnya. Amalan-amalan para sahabat tidak sahaja dijadikan sebagai sumber rujukan bagi para sahabat yang lain, juga menjadikan Allah redha kepada mereka. Beberapa ayat AlQuran turun, menurut riwayatnya disebabkan kehebatan dan kesempurnaan amalan para sahabat ra.

Di akhir zaman ini kita tidak dituntut untuk berkorban sebagaimana para sahabat. Sedikit pengorbanan sudah memadai. Dalam hadis ada diberitahu: "Seorang yang buat usaha dakwah di akhir zaman ini dapat fadhilat 50 orang para sahabat."

Teringat antara ucapan sahabat bila sampai ke seluruh dunia.

"Kami bukan datang, kami dihantar oleh Allah untuk hidupkan Islam.
Sehingga Islam itu hidup atau kami mati dalam menyebarkan Islam..."

Sahabat tenggelamkan separuh kuda kedalam laut kemudian berkata "Wahai Allah sekiranya ada lagi manusia di dalam laut sana untuk kami dakwah, nescaya kami akan sampai."

Kalau masuk keruangan gelap, apakah yang akan kita lakukan?
Adakah sekadar berteriak "gelap, gelap, gelap...? dan yang pastinya gelap itu tidak akan pergi sehinggalah kita menyalakan obor dan gelap pun akan hilang dengan sendiri...

Segala kemungkaran itu gelap.
Segala kemakrufan itu cahaya.

Apakah kemungkaran yang paling besar?
Berzina kah? Minum arak kah? Berjudi kah? Mengghibah kah? Membunuh orang kah? Atau yang mana?
Semua itu besar dosanya tetapi bukan yang paling besar!

Mungkar yang paling besar adalah mensyirikkan Allah dan meninggalkan solat!

Mungkar paling besar adalah mensyirikkan Allah dan meninggalkan solat!

Mungkar paling besar adalah mensyirikkan Allah dan meninggalkan solat!

Syirik?

Allah SWT tidak akan ampunkan dosa syirik!

Allah SWT tidak akan ampunkan dosa syirik!

Allah SWT tidak akan ampunkan dosa syirik!

Meninggalkan Solat?
Tidak ada tempat dalam Islam bagi orang yang meninggalkan solat!
Solat adalah umpama kepala pada badan!
Perkara pertama yang akan ditanya di Mahsyar nanti adalah solat!
Kalau solat diterima, semua amalan-amalan lain diterima! Kalau solat rosak, semua amalan-amalan lain di tolak!

Lalu bagaimanakah agar kita selamat dari semua itu?
Apakah yang harus kita buat?
Ya, kita haruslah buat Amal Makruf yang paling besar!
Apakah Amal Makruf yang paling besar?

"MENTAUHIDKAN ALLAH SWT DAN MENDIRIKAN SOLAT".

Hari-hari kita (setiap dari kita) kena ajak manusia mentauhidkan Allah SWT!
Apakah yang perlu kita bicarakan? Kita jumpalah manusia dan kita katakan di hadapan mereka:
”Allah Maha Kuasa, selain dari Allah adalah makhluk yang berhajat kepada Allah.” ”Harta, Takhta, Senjata; semua makhluk”. ”Kita boleh guna makhluk, tetapi jangan ada walau sebesar debu pun yakin didalam hati yang makhluk itu berkuasa untuk beri manfaat dan mudharat”
Semua Nabi-Nabi dihantar untuk ajak manusia mentauhidkan Allah SWT.
Nabi-Nabi tidak pernah mengajak manusia membina harta, takhta, senjata (Nauzubillah) walaupun sebahagian mereka ada dan mengunakan semua itu.

TANDA IMAN ADALAH AMAL
Amal kita mencerminkan iman yang ada dalam hati kita!
Dari mulut, turun ke hati dan dizahirkan dengan amal.
Muazin melafazkan: ”Allahu Akbar, Allahu Akbar”
Hati kata, ”Benar Allah Maha Besar!”
Badan berkata: ”Ish! Aku harus solat sekarang! Allah panggil tu”...
”Dan rukuklah bersama orang-orang yang rukuk”...
Muazin mengajak untuk apa? Muazin mengajak seluruh orang yang mendengar azan untuk sama-sama solat berjemaahlah tu!
Muazin kata: Marilah solat! Mari ke mana? Muazin di mana? Sudah tentu ke Surau atau Masjid untuk sama-sama SUJUD kepada Allah.

Allah SWT berfirman dalam Surah AlAnkabut, ayat 45, "Sesungguhnya, solat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) yang keji dan mungkar".

Semoga Allah istiqamahkan kita dalam solat berjemaah dan usaha dakwah......!!!

#Allahuakbar, InsyaAllah tuan-tuan, kita azam keluar lagi dan lagi sampai tiada lagi..
Kepada semua sahabat yang dah baca bolehlah kita niat nak tiru-tiru pengorbanan Nabi SAW dan para sahabat RA...
Semoga Allah pilih kita satu hari nanti...!!!

Salam

Soalan: ketika memberi salam di hujung solat; adakah kita memberi salam dulu baru berpaling ke kanan atau ke kiri, atau kita berpaling bersama-sama memberi salam?
















Jawapan:
Mula-mula kita lafazkan "Assalamu alaikum" dengan muka masih menghadap ke kiblat, kemudian bila menyebut "Wa rahmatullah" barulah kita memalingkan muka ke kanan atau ke kiri. Dengan cara ini kita dapat mengelak dari berpaling ketika masih dalam solat kerana selagi belum melafazkan salam, selagi itu kita dikira masih dalam solat. Maka apabila kita melafazkan salam terlebih dahulu, kemudian baru berpaling, kita berpaling setelah menyelesaikan solat dengan melafazkan salam.

Mengenai larangan berpaling dalam solat, ia disebut oleh hadis dalam Soheh al-Bukhari dari 'Aisyah RA yang menceritakan; Nabi SAW pernah ditanya tentang berpaling di dalam solat, lalu baginda menjawab;

«هُوَ اخْتِلاَسٌ يَخْتَلِسُهُ الشَّيْطَانُ مِنْ صَلاَةِ العَبْدِ»
"Perbuatan itu adalah salah satu cara Syaitan mencuri tumpuan seorang hamba dari solatnya" (Soheh al-Bukhari; 751).

Rujukan;

1. Syarah 'Umdatil Ahkam, Syeikh Dr. Mustafa al-Bugha.
2. al-Mughni, Imam Ibnu al-Qudamah, 1/399.

Kopi

《SEGELAS KOPI》

*Kyai :* Tolong buatkan kopi dua gelas untuk kita berdua, tapi gulanya jangan engkau tuang dulu, bawa saja ke mari beserta bekas berisi gula.

*Santri :* Baik, kyai.

Tidak berapa lama, sang santri sudah membawa dua gelas kopi yang masih hangat dan seberkas gula beserta sudu.

*Kyai :* Cobalah kamu rasakan kopimu nak , bagaimana rasa kopimu?

*Santri :* rasanya sangat pahit sekali kyai

*Kyai :* Tuangkanlah sesudu gula, kacau, bagaimana rasanya?

*Santri :* Rasa pahitnya sudah mulai berkurang, kyai.

*Kyai :* Tuangkanlah sesudu gula lagi, kacau lagi, bagaimana rasanya?

*Santri :* Rasa pahitnya sudah berkurang banyak, kyai.

*Kyai :* Tuangkanlah sesudu gula lagi,dan kacau bagaimana rasanya?

*Santri :* Rasa manis mulai terasa tapi rasa pahit juga masih sedikit terasa, kyai.

*Kyai :* Tuangkanlah sesudu gula lagi lalu kacau, bagaimana rasanya?

*Santri :* Rasa pahit kopi sudah tidak terasa, yang ada rasa manis, kyai.

*Kyai :* Tuangkanlah sesudu gula lagi dan kacau, bagaimana rasanya?

*Santri :* sangat manis sekali, kyai.

*Kyai :* Tuangkanlah sesudu gula lagi, kacaulah, bagaimana rasanya?

*Santri :* Terlalu manis. Malah tidak enak, kyai.

*Kyai :* Tuangkanlah sesudu gula lagi dan kacau, bagaimana rasanya?

*Santri :* rasa kopinya jadi tidak enak, lebih enak saat ada rasa pahit kopi dan manis gulanya sama-sama terasa, kyai.

*Kyai :* Ketahuilah nak.. pelajaran yg dapat kita ambil dari contoh ini adalah.. jika rasa pahit kopi ibarat kemiskinan hidup kita, dan rasa manis gula ibarat kekayaan harta, lalu menurutmu kenikmatan hidup itu sebaiknya seperti apa nak?

Sejenak sang santri termenung, lalu menjawab.

*Santri :* Ya kyai, sekarang saya mulai mengerti, bahwa kenikmatan hidup dapat kita rasakan, jika kita dapat merasakan hidup seperlunya, tidak melampaui batas. Terimakasih  atas pelajaran ini, kyai.

*Kyai :* Ayo santriku, kopi yg sudah kamu beri gula tadi, campurkan dengan kopi yang belum kamu beri gula dan kacau, lalu tuangkan dalam kedua gelas ini, lalu kita nikmati segelas kopi ini.

Sang santri lalu mengerjakan perintah kyai.

*Kyai :* Bagaimana rasanya?

*Santri :* rasanya nikmat, kyai...

*Kyai :* Begitu pula jika engkau memiliki kelebihan harta, akan terasa nikmat bila engkau mau membaginya dengan yang memerlukan.

*Santri :* Terima kasih atas pengajarannya tadi kyai.

*Selamat minum kopi dan ambillah pengajarannya *☕☕

Luahan guru

~ Antara buruh kasar dan seorang cikgu ~

Aku melihat buruh kasar bekerja ditengah panas. Tabah mengangkat batu batu yang berat demi sesuap rezeki. Peluh menitik tiada henti. Penat. Sangat memenatkan. Balik rumah tidurnya lena yang amat akibat seharian keletihan di tengah panas.

Aku melihat sahabatku seorang guru. Hanya perlu mengangkat pen marker sahaja. Ringan. Kerjanya bawah bumbung yang teduh. Bawah kipas berpusing ligat lagi. Namun bebanan kerja yang menanti tidak sedikit. Perlu kejar itu, perlu siapkan ini.

Badannya tidak penat. Tapi masanya sibuk. Kerjanya tidak hanya di sekolah. Sampai ke rumah dibawa pulang lagi. Buat pula kerja dengan peralatan sendiri. Duit poket sendiri.

Laptop itu harganya beribu. Projektor itu pun beribu juga. Printer dan laminate itu harganya beratus-ratus. Belum campur harga scanner, toner dan seribu macam benda lagi.

Tapi dia diam, walau suami dia sering tidak senang. Tidak senang dia sampai ikat perut untuk beli keperluan demi pekerjaannya yang mulia, tidak senang bila masa bersama keluarga terpaksa dikurangkan demi kecintaan pada kerjaya.

Memberi tumpuan pada anak orang lain melebihi anak sendiri. Ya, itulah guru.

Badannya mungkin tidak sepenat si buruh kasar yang bekerja dibawah mentari terik. Namun emosinya penat. Sangat penat.

Emosinya penat bila pasangan mula menyindir kurang perhatian (bagi pasangan yang tidak memahami). Emosinya penat ditekan pihak atasan yang mahu kesempurnaan. Emosinya penat ditekan karenah ibubapa yang terlampau manja dan mengada-ngada.

Ya, emosinya penat. Tolong faham itu.

Tidur si buruh kasar penuh lena lantaran kepenatan tubuh badan. Namun emosi sang guru yang penat merosakkan nafsu tidur. Mencarikkan segala mimpi indah.

Malah, mengurangkan nafsu makan juga. Yang kemurungan pun ada juga.

Mana tidaknya. Dia berkorban segala benda. Dari duit poket, tenaga, masa, malah keluarga. Tapi sedikit salahnya dibesar-besarkan. Dibuat laporan. Dihadap kamar keadilan.

Salah apa dia?

Salahnya kerana dia cinta. Ya, dia cinta akan professionnya.

Salahnya, hanya sedikit sentuhan fizikal untuk mendidik dan mengajar anak orang lain supaya pandai. Supaya berjaya. Supaya menjadi insan berguna. Supaya menjadi manusia.

Buat sahabat guru diluar sana yang diuji ujian sebegini, dibuat laporan dan diserang ibubapa, bertabahlah. Seluruh doa para guru bersama anda.

Semoga yang dihadapkan ke mahkamah menang kes, yang dibuat laporan polis pula laporan dapat ditarik balik.

Kami melihat diri kami dalam kamu. Kerana kamu guru, dan guru itu adalah kami.

 Artikel ini ditulis oleh Cikgu Fadli, penulis buku bestseller, Cikgu Kelas Sebelah.

@copydrFB