Isnin, 15 Mei 2017

Luahan

Selamat Hari Pendidik buat semua yg bgelar pendidik......

Buat anak2 didikku, saya mohon maaf jika sepanjang saya mengajar saya garang, tegas & buat awk semua tkut dgn saya......Tujuan saya hanya 1 supaya awk serius & betul2 fokus dlm menuntut ilmu & tak sia2kan peluang yg ada....

Wahai ank2 didikku, saya tak mengapa jika awk benci saya kerana btegas tika mengajar, saya juga tak kisah tika xglamer d hati awak kerana saya lebih mnyesal jika awak kecundang dlm pjuangan menuntut ilmu........SATU HARI NANTI KAU KAN MENGERTI KENAPA, MENGAPA, UNTUK APA SEMUA TINDAKAN SAYA..........bkn sanjungan yang saya harapkan......tugas & tanggungjawab saya harus saya langsaikan dengan sempurna.......

Ketika kau berjaya wahai ank2 didikku, itulah hadiah plg bmakna buat seorang yg pnah mndidikmu.....

Nukilan rasa seorang pendidik yg xmrasa mrai hari guru

Guru

Jika kita terlihat seorang guru 👦 yang segak  memakai pakaian kerja dalam perjalanan 🚶 ke sekolah 🏤, kita mesti terbayang dia mengajar didalam kelas  dan menanda buku 📗📘📙TAPI SEBENARNYA KITA TAK PERNAH BAYANGKAN KERJA CIKGU OR KEMUNGKINAN YANG LAIN DI SEKOLAH. ANTARANYA :
1. Panjat tangga or pagar nak pasang banner🎫
2. berpeluh 😓 mengadap komputer 💻 dgn fail tebal 📕 key in data pelajar.
3. Berpanas 😰tengah padang buat garisan
4. Bertungkus lumus memasang PA sistem 🎤🔈
5. berjalan ke hulu ke hilir menghantar surat 📄
6. menyapu 😷 dan mengemas bilik-bilik khas
7. tolak roller mengukur setiap bangunan yang ada di sekolah 🏡
8. muka boring kena meeting sampai 5 petang 😴
9. terkejar-kejar mencari kehadiran budak 👬
10. hantar budak sakit ke hospital 🚑
11. ulang -alik ke pejabat ambik surat n cari t.tangan ✒
12.  jadi penyiasat 🔎 selesaikan kes kecurian n dll
13. menyusun peralatan dalam stor 🎻🎺🎷
14. jadi tukang kayu
15. cari punca nape elektrik 🏮xde di bangunan berkenaan.
16. Syok sendiri pd hari guru (rancang aktiviti sendiri,buat aktiviti 👯👯👯, beli hadiah 🎁🎁🎁sendiri n bayar sendiri) heheee

🎉🎊SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA RAKAN2 GURU, ADIK2, ABANG2 N KAKAK2 GURU, MAKC IK2 N PAKCIK2 GURU🎊🎉

Hari guru

Kpd Yang menuding2 pada Cikgu2 dan MEREKA2 yg memekak pasal yuran PIBG...baca nukilan ni...

Selamat Hari Guru
Cikgu dicaci org xbising...
Cikgu dihina org xbising....
Cikgu diherdik org xbising...
Cikgu dipukul org xbising..
Cikgu disaman org xbising....
Niat Cikgu sering disalah ertikan...
Cikgu korban duit utk murid org xpandang....
Cikgu korban masa utk murid org xpandang...
Cikgu korban tenaga utk murid org xpandang...
Cikgu korban rasa untuk murid org xpandang....
Cikgu korban perasaan anak2 dan keluarga utk murid orang xpandang....
Cikgu buat sgala kebaikan utk murid orang xpandang....
Pengorbanan Cikgu  orang xpandang....
Niat Cikgu sering di salah ertikan.....

Di sekolah ;
Cikgu sentiasa ingatkan murid supaya sentiasa menghormati ibu bapa...
Sentiasa mengenang jasa ibu bapa....
Sentiasa menyayangi ibu bapa....
Jangan bercakap kasar dengan ibu bapa...
Jangan biadab dengan ibu bapa....
Jangan melawan ibu bapa...
Jangan derhaka pada ibu bapa...
Tapi berapa ramai ibu bapa yg ingatkan anak supaya hormati Cikgu.....
Supaya mengenang jasa Cikgu...
Supaya menyayangi Cikgu...
Supaya tidak bercakap kasar dengan Cikgu...
Supaya tidak biadap dgn Cikgu...
Supaya tidak melawan Cikgu...
Supaya tidak derhaka pada Cikgu....

Gaji Cikgu yg sering diungkit...
Hadiah utk Cikgu yg sering diungkit...
Cuti Cikgu yg sering diungkit....

Seorang dua Cikgu  yg buat silap,
Semua Cikgu kena kutuk...
Seorang dua Cikgu  yang buat salah,
Semua Cikgu kena hina...
Cikgu pun manusia biasa....

Orang yg bukan Cikgu ;
Tidak pernah memahami perasaan Cikgu....
Tidak pernah memahami hati Cikgu...

Orang xtahu...
bila tiba hari kejohanan sukan,
Cikgu kumpul duit utk tampung beli makanan murid....
Bila tiba hari anugerah kecemerlangan Cikgu kumpul duit utk tampung beli hadiah utk murid cemerlang....
Bila dekat hari raya Cikgu kumpul duit untuk beri sumbangan pada murid miskin..

Orang xtahu,
ada Cikgu yg menitiskan mata kerana terharu menerima hadiah sebàtang pensil yg bernilai 30 sen drp seorg murid yg miskin...
Ada Cikgu yg menitiskan air mata kerana terharu menerima hadiah sebatang pen yg bernilai 50 sen drp seorg murid yg miskin..
Ada Cikgu yg menitiskan air mata kerana terharu menerima hadiah sesikat pisang drp pelajar yg miskin...
Orang x tahu....

Cikgu dikata kejar nama....
Cikgu dikata kejar duit...
Cikgu dikata kejar pangkat...
Cikgu dikata kejar glamour....

Wahai Cikgu...
Biarkan apa org nak kata...
Biarkan apa org nak cerca...
Biarkan apa org nak nista...
Biarkan apa org nak hina...

Bukan pujian yg Cikgu pinta...
Bukan sanjungan yg Cikgu damba....
Bukan darjat yg Cikgu puja..
Bukan hadiah yg Cikgu paksa...

Serahlah saja pada yg Esa..
Sekali Cikgu, selamanya Cikgu..

Kepada sahabat2ku yg bergelar CIKGU...
SELAMAT HARI GURU
Terima kasih CIKGU...

Nukilan rasa:Cikgu Saleh Ibrahim

Rabu, 10 Mei 2017

Tabah

Ketika dipinta syurga tanpa hisab, Tuhan sebaliknya mengurniakan ujian.  Lalu hati bertanya, "mengapa yang dipinta Jannah sebaliknya yang dikurniakan musibah? "

Lalu Allah mengingatkan: “Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah Yang dicukupkan pahala mereka tanpa hisab.” (QS. Az-Zumar: 10)

Untuk mendapat syurga tanpa hisab, mungkin dengan  pahala tanpa hisab jua. Lalu Allah berikan musibah kerana dengan musibah itulah kita membina tabah.

Allah tidak akan berhenti menguji, walaupun kita telah bersabar sekali. Justeru, Allah ingin kita  bersabar berkali-kali. Sabar dalam bersabar itulah sabar yang indah.

Ada musibah, baru ada tabah...bila ada tabah baru ada Jannah. Ingat itu wahai diri...Setiap kali kau diuji!

Selasa, 9 Mei 2017

Puasa

🌻🌹

JOM PREPARE🔜🔜🔜🔜🔜🔜

*30 MENU LAZAT SEPANJANG RAMADHAN*

1. Tilawah al Quran sejuzuk sehari paling kurang.

2. Solat tarawih minima 8 rakaat setiap mlm.

3. Solat Witir minima 3 rakaat semalam.

4. Beri makan org berbuka puasa walaupun dgn sebiji tamar setiap hari.

4. Solat fardhu 5 waktu berjamaah setiap hari.

5. Tahajud setiap malam minima 2 rakaat.

6. Sunat dhuha setiap pagi.

7. Sedekah setiap hari minima seringgit.

8. Pastikan sahur setiap hari.

9. Iktikaf di masjid setiap hari walau sekadar 10 minit.

10. Tadarus al Quran sambil usaha memahami maksudnya.

11. Ziarah orang yg kurang bernasib baik.

12. Kurangkan ziarah ke bazar2 ramadhan.

13. Pilih makanan sunnah sebagai menu harian.

14. Elakkan membeli makanan dari tangan2 orang yg fasik.

15. Jauhkan aktiviti yg lagha.

16. Zikir harian, banyakkan berdoa.
17. Lazimi bibir beristighfar sekurang2nya 70x dlm sehari.

18. Ajari diri dengan sifat rendah hati kerana Allah.

19. Mudah memohon maaf dan memberi maaf.

20. Menjaga dan menghubung silaturrahim.

21. Menjaga dan menutup aurat dengan sempurna ( bukan berpakaian tp bertelanjang)

22. Menjaga lisan, pandangan, pendengaran & hati dari perkara2 yg dilarang.

23. Tidak berlebih2an maupun membazir dgn makanan terutama juadah berbuka.

24. Perbanyakkan amalan2 sunat- solat sunat rawatib.

24. Lazimi sunnah Rasulullah yg ringan tulang dlm urusan rumah tangga (terutama suami & anak2 lelaki)

25. Lazimi utk kawal dan tahan marah, didik diri untuk lebih bersabar.

26. Lazimi lidah utk sentiasa bersyukur dan memperbanyakkcan syukur kpd Allah di kala senang maupun susah.

28. Menjaga ikhtilat - hubungan antara lelaki dan perempuan.

29. Membayar zakat fitrah dalam waktu yg telah ditetapkan.

30. Ikhlaskan hati kerana Allah..

hadirkan Allah di dalam hati,

 berusaha menjalani Ramadhan kali ini dgn sebaik mungkin seolah2 inilah Ramadhan terakhir kita.

🌹🌻