Ahad, 23 Julai 2017

Rm2

Seorang ibu diekori 3 orang anaknya dilihat berjalan menuju ke kedai serbaneka RM2. Sebaik sampai dihadapan kedai, ibu itu berhenti lalu dengan tegas berkata pada anak-anaknya,

" Setiap orang hanya boleh ambil satu sahaja barang kat kedai ini. Tak boleh lebih. Siapa ambil lebih, mama tinggal dia kat kedai ini. Lain kali mama tak bawa dah dia jalan-jalan!"

Tegas si ibu memberi amaran. Bagai ibu tiri pula. Anak-anak mengangguk tanda faham. Orang ramai yang lalu-lalang hanya tersenyum kecil.

Mereka pun tahu, kat kedai RM2 itu godaannya terlalu besar buat anak-anak. Eh jap, bukan buat anak-anak sahaja, malah buat mak mak juga.

Semua barang dirasakan murah yang amat. Yelah, RM2 sahaja. Jadi semua barang dia nak beli. Bila bayar, beratus-ratus rupanya. 😅

Si anak bertiga itu patuh. Setiap seorang hanya pegang satu barang. Adik yang kecil beli mainan. Si abang ngah, beli set papan tulis bersama marker mini, yang sulung pula beli set alat tulis.

Mama?

Berbondong-bondong membawa barang. Bagai askar pulang dari medan perang membawa harta rampasan perang. Nasib baik semua barang itu ringan-ringan. Kalau tidak, terpaksa upah bangla agaknya untuk angkat semua itu.

Ada pasu bunga, ada alas meja, ada replika daun, replika binatang, ada bunga hiasan, ada jam dinding, ada 10 spek mata budak-budak, ada bertimbun alat tulis, ada berpeket-peket gula-gula, ada 'double tape',ada alas kaki, ada botol air, cawan, ada macam-macamlah.

Maka seronoklah anak bertiga itu. Mama mereka melarang mereka ambil lebih dari satu barang, rupanya mama mereka beli berpuluh-puluh barang.

Sebaik sampai di rumah, si abang berkata,

" Mama, pasanglah alas kaki baru tu."

" Tak boleh! Itu untuk kelas mama."

" Mama, abang ngah nak pembaris dan pemadam banyak-banyak yang mama beli tu boleh?"

" Tak boleh! Itu untuk murid mama yang selalu tak bawa dan hilang alat tulis."

Tiba-tiba si adik mengambil spek mata lalu memakainya dan bergaya di depan cermin.

" Adik! Jangan main spek hitam tu. Itu mama beli untuk murid mama buat persembahan sempena Sambutan Bulan Merdeka nanti,"   tegas dan bengkeng sekali mama bersuara.

" Jadi mama beli banyak-banyak tu semuanya untuk kelas mama dan murid mama? Untuk papa tak ada satu benda pun mama beli?

Sampai hati mama lebihkan kelas dan murid sendiri melebihi suami,"  si suami bertanya dengan nada sedih.

Sebenarnya dia cuma mengusik sahaja. Dia dah kenal benar dah perangai isteri yang dikahwini 13 tahun dulu. Rela berhabisan demi sekolah, kelas dan anak-anak didik tercinta.

" Untuk abang ada. Saya belikan cermin kecil. Senang abang bawa ke mana-mana dan cermin diri tu bila terasa gatal nak mengorat perempuan lain," sinis balas si isteri.

" Hahahaha," gelak besar si suami mendengar jawapan isterinya.

Tapi benarlah, kalau ternampak sesiapa yang keluar dari kedai serbaneka atau alat tulis dengan barang berbondong-bondong, kemungkinan besar itu merupakan seorang guru.

Ya, kemungkinan besar itu seorang guru.

Dan kebanyakan dari barangan itu untuk sekolah, kelas atau muridnya.

Dan hari ini, masyarakat terus-menerus menyalahkan guru atas apa jua isu pendidikan.

Senyum sahajalah cikgu. Senyum sahajalah. Kita tidak mampu nak puaskan hati semua orang. Kita tidak mampu menghalang netizen dari menulis pendapat dan pandangan mereka.

Cuma agaknya, bagaimana dan siapa yang mengajar mereka untuk menulis baca itu?

Ya, tulisan kecaman, sindiran dan makian yang mereka tulis itu; agaknya siapa yang ajar ya?

Mungkin bila lahir mereka terus pandai. Ya, kemungkinan itu ada. Bersangka baik-lah. 😌


- Kisah di kedai RM2.

Report card

I came home from work.
Was tired. Sat down on the sofa. Put my feet up.

Wife brought me a glass of water. Son gave me a sheet of paper 📄

English.    17 /100
BM.        35/100
Maths.      40 /100
Physics     37/100
Chemistry 42/100

I lost my temper
😤😤😤😡😡😡

"What is this?
All the time on phone and TV.
How dare you show me such marks?"
😡😡😡

Wife said: "Be patient. Listen...."

I told her:
"Shut up. It's your love and pampering that has spoilt him. He is no good."

Wife said: "Oh. Really?"

I said:
"No one in our family has performed so badly ever."

Son said:
"Dad. I was cleaning the old cupboard and I found this."
 "This is your old school report card."

😂😂😂

Petua daging halal

Bila suruh gunapakai PETUA , dikatakan kolot .
Bila Daging Kambing bercampur Daging Babi , baru nak kecoh .

Ni Abam nak bagi petua Arwah Pak Ngah Abam , seorang Imam Masjid Kariah sewaktu hayatnya .

Petua nak tahu samada Daging , apa saja jenis Binatang itu Sah Cara sembelihan atau tercampur Daging Binatang Haram ie Babi dan Anjing -

Ambil Daging tersebut dan rendam dalam air , Bismillah serta Niat nak tahu .
Jika Daging tersebut tenggelam , maka Halal .
Jika Daging tersebut timbul terapung , maka perlulah was² .

* sila share utk pengetahuan

Sabtu, 22 Julai 2017

Bersara awal

✨k.nor✨:
Safiya@Rozita Abdul Rashid:
TAJUK: PERSARAAN PILIHAN

Soalan Penjawat Awam (Bakal Pesara):

Nama saya Julia Jamali, Saya berumur 45 tahun dan telah berkhidmat selama 18 tahun (dilantik pada 1 Oktober 1999) sebagai Penolong Pegawai Tadbir di Jabatan Kajicuaca. Saya telah memilih skim pencen dan memilih opsyen umur persaraan 60 tahun.

Jika saya ingin bersara pada 1 Disember 2017, bagaimanakah cara untuk saya memohonnya? Apakah faedah-faedah persaraan yang akan saya terima? Betulkah pencen bulanan saya hanya akan dibayar pada umur saya 60 tahun?

Jawapan:

Puan Julia, mengikut Seksyen 12, Akta Pencen 1980 :

Syarat-syarat memohon persaraan pilihan:
- berumur sekurang-kurangnya 40 tahun pada tarikh  kuatkuasa persaraan pilihan;
- berkhidmat sekurang-kurangnya selama 10 tahun dalam perkhidmatan yang boleh diambilkira (tanpa sebarang cuti tanpa gaji, cuti berlebihan atau tempoh yang tidak layak); dan
- mendapat sokongan Ketua Jabatan

Cara memohon?
- hantar surat permohonan kepada Ketua Jabatan
- Permohonan dihantar ke JPA/KWAP melalui perakuan dan sokongan Ketua Jabatan
- Dokumen yang lengkap perlu dikemukakan ke JPA/KWAP dalam tempoh tidak kurang dari 3 bulan daripada tarikh persaraan pilihan (Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 tahun 2003)

Faedah-faedah yang bakal diterima setelah diluluskan persaraan pilihan?
1. Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (GCR)
    Formula perkiraan
    1/30 x GCR x Gaji (gaji pokok termasuk imbuhan tetap)

2. Ganjaran perkhidmatan (gratuity)
    Formula perkiraan
    7.5% x tempoh perkhidmatan dalam bulan x gaji pokok akhir

Pencen bulanan bila akan dibayar?

- ianya bergantung kepada tarikh lantikan anda

- sekiranya anda dilantik sebelum 12 April 1991, jika anda ingin bersara pilihan, maka pencen bulanan akan mula dibayar

a) pada umur 45 tahun bagi semua anggota/pegawai wanita, anggota polis berpangkat rendah daripada ASP (Inspektor ke bawah), anggota bomba berpangkat rendah, pegawai penjara (bawah dari pangkat penguasa penjara) jururawat lelaki yang bertugas di hospital mental Kerajaan; dan

b) pada umur 50 tahun bagi semua anggota / pegawai lelaki selain jawatan di atas (a).

- sekiranya anda dilantik selepas 12 April 1991, sekiranya anda ingin bersara pilihan, pencen akan mula dibayar kepada anda apabila anda mencapai umur 55 tahun, walaupun opsyen umur persaraan wajib anda adalah pada 60 tahun, anda tetap akan menerima pada umur 55 tahun dan tidak sebelum umur itu.Ini bagi menjawab soalan ke 3 puan di atas. Peraturan ini adalah sepertimana pindaan yang telah dibuat pada tahun 2011 dan masih berkuatkuasa sehingga ke hari ini.

** tiada sebarang konsep persaraan pilihan bagi penjawat awam yang memilih skim KWSP. Anda dikira meletakkan jawatan dan anda hanya layak menuntut caruman majikan dan caruman pekerja/anggota sahaja, tiada sebarang faedah persaraan dan perubatan akan diberikan kepada anda sekeluarga

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

 👆🏻utk yg bercadang nak bersara awal

Rabu, 19 Julai 2017

Darah

Puteri Norizan:
"Manisnya' darah haid...." - yang benar,  akulah 'dia' ....

#kisahbenar... darah itu keluar dari rahim wanita kemudian melalui faraj & akhirnya diratah 'dia'..

"Setiap hari masa bungkus plastik yang penuh pad dalam tong sanitary tu... bau dia tersangat busukk... ada yang penuh pad & berketul2... ada sekali tu dalam pukul 10.10 malam saya dengaq bunyi bising dalam bilik ayaq tu... bila bukak tengok... ada 2 pad yang penuh darah kat lantai.. macam ada orang keluaqkan.... meremang saya masa tu.... balik pun tak boleh nak tidoq sebab fikir macam macam... "

Ini pengakuan dari Aini... seorang cleaner di Langkawi.

"Kami jadi cleaner ni pun kadang tak sangka orang Islam kita pun biaq pad lagu tu...  takkan depa tak tau 'benda tu' suka darah? Dulu tok saya pun cerita... ada sorang perempuan ni dia buang pad dia dalam tong sampah... pastu keluaq sat nak ambil pad baru.. masa dia masuk bilik ayaq tu semula.. dia tengok ada sorang perempuan tua makan2 pad dia yang penuh darah tu... lepas dia cerita kejadian tu kat mak dia... 3 hari dia demam panas.. pastu meninggal....Tolonglah basuh pad"

Menurut Aini.... sepanjang dia buat kerja cuci tandas.. kerja yang dia paling seram nak buat adalah bungkus tong sanitary kerana dia sangat percaya 'banyak yang berkumpul' di situ....

Seram bila bercakap dengan Aini..... tapi saya tak nafikan kebenarannya sebab dalam Quran pun dah diterangkan....

Surah Az-Zukhruf Ayat 62

وَلَا يَصُدَّنَّكُمُ الشَّيْطَانُ ۖ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ

Dan janganlah kamu sekali-kali dipalingkan oleh syaitan; sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.

"Saya pernah tegur seorang adik yang buang pad penuh darah ni... supaya basuh elok2 pad tu baru buang... pastu dia marah saya balik & cakap saya kolot"

Dalam Quran dah diterangkan yg syaitan iblis ni tunggu untuk sesatkan anak cucu Adam. Ya... walaupun kita tak nampak tapi dia memang ada.

Disebabkan ramai tak tahu pantang larang ni lah... finally jadi macam macam benda pelik.

Cuba fikir...
Kenapa ibu yang berpantang tak boleh keluar rumah?
Sebab darah nifasnya sangat disukai makhluk halus...

Cuba fikir...
Kenapa kita tak boleh mandi tanpa seurat benang?
Sebab 'dia & sekutunya' mengintai kita.... & kalau dia dah jatuh hati tu boleh bawa sampai ke bilik....

Cuba fikir ...
Kenapa anak anak kecil kena azan & iqamat sesudah lahir?
Sebab ada syaitan - Ummu Sibyan yang tunggu untuk sesatkannya....

Cuba fikir....
Kenapa uri perlu ditanam dengan mengikut cara Islam?
Sebab uri tu keluar dari faraj seorang wanita... yang punya bau hanyir yang sangat2 disukai makhluk halus.... sebab tu kena hilangkan baunya & tanam sedalamnya....

Banyak kes yang saya terima di #9bulan10hari berpunca dari kecuaian... & disebabkan kecuaian tulah ramai yang menyesal....

Buat semua wanita... basuhlah pad/kain yang terkena darah haid/nifas ni secuci cucinya dengan menggunakan sabun sehingga hilang bau... kemudian balutlah dengan kertas surat khabar & masukkan dalam plastik kemudian baru buang.

Rahim... faraj... semua tu 'barang' kita yang nak guna lama... uruskan benda yang ada kaitan dengannya sebaiknya....

Mesej ini khas untuk kaum  Hawa, yang bergaya hidup moden,terutama anak gadis hidup bebas, meremehkan kebersihan peribadi Sendiri sehingga kerap mendapat gangguan makhluk halus, penyakit misteri, kemurungan,
meroyan,tidak mahu lagi menghormati suaminya,dllnya.


Semoga berfaedah.

Anak²

Ada 13 permintaan ANAK yang mungkin tidak pernah mereka ucapkan:..*

1. Cintailah aku sepenuh hatimu.

2. Jangan marahi aku di khalayak orang ramai.😡

3. Jangan bandingkan aku dengan kakak, abang, adikku atau orang lain.👐

4. Ayah dan bonda jangan lupa, aku adalah fotocopimu.

5. Kian hari umurku kian bertambah, maka jangan selalu anggap aku anak kecil.🙇

6.  Biarkan aku mencuba, lalu beritahu aku apabila salah.🏃

7. Jangan ungkit-ungkit kesalahanku.🙈

8. Aku ialah Ladang Pahala bagimu.🎁

9. Jangan memarahiku dengan mengatakan hal-hal buruk, bukankah apa yang keluar daripada mulutmu sebagai orang tua ialah doa bagiku?😔

10. Jangan melarangku hanya dengan mengatakan "JANGAN" tetapi berilah penjelasan kenapa aku tidak boleh melakukan sesuatu.😇

11. Tolong ayah ibu, jangan rosakkan mentalku dan pemikiranku dengan selalu kau bentak-bentak aku setiap hari.

12. Jangan mengheret aku ke dalam masalahmu yang tidak ada kaitannya denganku. Kau marah sama yang lain, aku imbasnya.

13. Aku ingin kau sayangi dan cintai kerana engkaulah yang ada dalam kehidupanku dan masa depanku.

*"SEMOGA BERMANFAAT, BAGI PARA ORANG TUA DAN BAKAL IBU BAPA"*

Subuh berjemaah

Assalaamualaikum.
Riwayat drp Imam Ibnu Abi Syaibah:
عن هشيم عن ابيه قال:
فقد عمر رضي الله عنه رجلا فى صلاة الصبح فارسل اليه فجاء فقال: أين كنت؟فقال: كنت مريضا ولو لا عن رسولك أتانى لما خرجت. فقال عمر : فإن كنت خارجا إلى أحد فاخرج للصلاة.
Makudnya: Hashim drp ayahnya,katanya: Suatu pagi Saidina Umar mendapati seorang lelaki tidak ada ketika solat subuh berjamaah.Oleh itu,beliau tlh menghantar seorang utusan menemuinya.Bila lelaki itu dtg menemui Saidina Umar, dia pun bertanya: Di mana kamu??(tidak kelihatan semasa solat subuh berjamaah tadi). Jawab lelaki itu, Sebenarnya saya sakit..Kalau bukan kerana tuan menghantar seorang utusan menjemput saya menemui tuan,nescaya saya tak akan dtg kemari..Jawab Umar, Sesunguhnya jika kamu masih mampu datng menemui seseorang dlm keadaan sakit begini,maka sepatutnya kamu mesti dtg(ke masjid) utk solat subuh berjamaah (pagi tadi).

Semoga menjadi peringatan utk diri ini terutamanya..