Assalaamualaikum.
Riwayat drp Imam Ibnu Abi Syaibah:
عن هشيم عن ابيه قال:
فقد عمر رضي الله عنه رجلا فى صلاة الصبح فارسل اليه فجاء فقال: أين كنت؟فقال: كنت مريضا ولو لا عن رسولك أتانى لما خرجت. فقال عمر : فإن كنت خارجا إلى أحد فاخرج للصلاة.
Makudnya: Hashim drp ayahnya,katanya: Suatu pagi Saidina Umar mendapati seorang lelaki tidak ada ketika solat subuh berjamaah.Oleh itu,beliau tlh menghantar seorang utusan menemuinya.Bila lelaki itu dtg menemui Saidina Umar, dia pun bertanya: Di mana kamu??(tidak kelihatan semasa solat subuh berjamaah tadi). Jawab lelaki itu, Sebenarnya saya sakit..Kalau bukan kerana tuan menghantar seorang utusan menjemput saya menemui tuan,nescaya saya tak akan dtg kemari..Jawab Umar, Sesunguhnya jika kamu masih mampu datng menemui seseorang dlm keadaan sakit begini,maka sepatutnya kamu mesti dtg(ke masjid) utk solat subuh berjamaah (pagi tadi).
Semoga menjadi peringatan utk diri ini terutamanya..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan