Malam ni malam jumaat
Malam yang penuh berkat
Jangan hanya pikir hal syahwat
Banyaklah baca selawat
Malam ni malam jumaat
Banyak sungguh perkara sunat
Kutip lah ia dengan semangat
Ngaji zikir tazkirah dan bertaubat
Malam ni malam jumaat
Alam dijadikan dengan rahmat
Dunia dihancurkan dengan kiamat
Hendaklah kita selalu beringat
Malam ni malam jumaat
Tafakur disejadah baca munajat
Mohon ampun segala khianat
Masa berdosa selalu tak ingat
Malam ni malam jumaat
Alam kubur hendaklah diingat
Disana jarang orang yang selamat
Kerana hidup dalam gelap gelemat
Malam ni malam jumaat
Baca selawat beroleh syafaat
Semuga hidup dapat berkat
Dan mati pula dalam rahmat
Malam ni malam jumaat
Basahi mata dengan air yang hangat
Menangis dan merintih dalam munajat
Semuga segala dosa diangkat
Wahai Allah yang bersifat kamalat
Ampuni dosa hambaMu ini yang jahat
Terangi hatiku yang gelap gelemat
Dengan kasihMu berserta rahmat...
Sesekali utk berkongsi...satu kelainan..
*peringatan buat diri sendiri...
😭😭😭
Tiada ulasan:
Catat Ulasan