Jumaat, 7 Julai 2017

Subuh

Jika subuhnya tiada dijaga
Pada wajahnya tiada cahaya
Jika subuhnya sengaja terlupa
Tanda imannya tiada bernyawa

Jika subuhnya terasa berat
Tanda munafik sudah mendekat
Jika subuh tiada dipeduli
Tanda iman menghampiri mati
Jika subuhnya tiada berjama’ah
Tanda hidupnya akan hilang barakah

Jika subuhnya tiada ke masjid
Tanda imannya ada penyakit
Jika subuhnya selalu terlewat
Tanda imannya semakin cacat

Jika subuhnya di akhir waktu
Tanda iman semakin kelabu
Jika subuhnya hari dah siang
Tanda rezekinya sudah hilang

Jika di subuh masih berdengkur
Tanda syaitan memeluknya tidur

Semoga Subuh kita terpelihara daripada perkara² di-atas,
 Aamiin...
Nak tahu latest 'Iman' macam mana? Tengok subuh kita macam mana...

Moga kita semua terus diberikan ISTIQAMAH...dlm beribadah walaupun diluar Ramadhan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan