Selasa, 5 Disember 2017

رضا الله

As Salaam..

Renungan

4 Amalan agar mudah mencapai Redha Allah SWT

Berkata Syeikh Sya’rawi Rahimullah :

"Pertama : Bila kamu nampak semut, maka janganlah kamu membunuhnya. Carilah dengan itu wajah Allah, semoga Allah mengasihani kamu sebagai mana kamu mengasihaninya. Kamu ingatlah bahawa ia bertasbih kepada Allah, maka jangan engkau hentikan tasbih ini dengan membunuhnya".

"Kedua : Bila kamu nampak burung sedang minum air dari kolam, maka janganlah kamu lalu di sebelahnya sehingga menakutkannya. Biarkan ia dengan perasaan yang aman. Engkau carilah dengan itu redha Allah, semoga Dia mengamankan kamu pada hari di mana, nyawa telah sampai di tenggorok".

"Ketiga : Bila kamu hendak mengalihkan kucing yang sedang mengganggu di tengah jalan, elakkan dari membuatnya terkejut. Carilah dengan itu redha Allah. Semoga Allah memelihara engkau dari kematian yang mengejut".

"Keempat : Bila engkau terpaksa membuang sisa atau baki makanan, jadikanlah niat engkau hendak memberi makhluk lain makan. Carilah dengan itu redha Allah. Semoga Allah mengurniakan engkau rezqi dari jalan yang tak disangka".

"Bila engkau berniat menyebarkan perkataan-perkataan ini, niatkanlah dengannya kebaikan, semoga Allah melepaskan engkau dengannya kesusahan dari kesusahan dunia dan akhirat".

"Oleh itu buatlah kebaikan walau sekecil mana pun kerana engkau tidak akan tahu amalan mana yang dapat memasukkan engkau ke Syurga Allah SWT yang seluas langit dan bumi".

- Tuan Guru Ust Dr Haron Din.

Wallahualam..

Semoga bermanfaat.

Cara betul madu

PUNCA MINUM MADU TAK JADI UBAT

Dr Hisham bin Hashim, seorang herbalis dan gemologis memaklumkan petua bukan sekadar apa yang difikirkan sebagai tinggalan orang dulu-dulu. Petua itu sebenarnya adalah daripada Rasulullah SAW.

Mengamalkan pemakanan sunnah sepatutnya memberi kesan yang cukup baik. Antara makanan sunnah adalah habbatus sauda, madu lebah dan minyak zaitun. Tapi mengapa pemakanan yang disebutkan dalam al Quran mahupun hadis dengan kesan penyembuhan ini tetap tidak memberi kesan penyembuhan dalam diri seseorang?

Maka itu, perlunya petua dirujuk kembali. Kerana antara petua dan ilmu itu, petua juga sama penting. Andai ada ilmu yang banyak sekalipun, tanpa cara betul mengamalkan petua, Petua tetap tidak menjadi ubat.

Madu lebah mempunyai kesan penyembuhan yang hebat. Yang mana lebah-lebah akan bekerja mengumpulkan nektar dengan berpandukan wahyu Allah. Haiwan kecil ini menggunakan laluan pergi dan balik seperti yang Allah arahkan. Punyalah hebat ciptaan Allah ini.

Setiap nektar yang mahu dimasukkan ke sarang lebah itu pun ditentukan dahulu kualitinya oleh Ratu Lebah. Hanya yang terbaik saja yang lepas. Malah ketika nektar mahu dimasukkan ke dalam sarang, setiap makhluk berzikir. TAPI KENAPA BILA KITA MAKAN TETAP TAK JADI UBAT?

Ini kerana apa yang kita amalkan itu tidak betul caranya. Memakan madu untuk tujuan penyembuhan perlu ada cara dan waktu makan yang tepat mengikut jenis-jenis penyakit yang mahu dirawat.

“Sebab Allah cipta alam ini ada gelombangnya yang tersendiri. Ada elektro magnetnya. Allah jadikan bumi ini tidak terpisah. Jika anda jumpa kunci pembukanya (orang yang nak buka) untuk penyakit. Frekuensinya kena betul, insyaallah madu akan menjadi ubat.”

Sebelum Ambil Madu, Betulkan Dulu Cara Hidup Anda

Sekiranya seseorang betulkan cara hidup, dia hampir-hampir tak perlu makan ubat. Ini cara betulkan kembali ‘way of life’ kita.

1. Betulkan Cara Makan
Perut adalah rumah penyakit. Ini yang Rasulullah lakukan sebelum makan. Baginda akan mencubit sedikit garam dengan menggunakan ibu jari dan jari manis. Lalu cubitan kecil tadi diletakkan pada bahagian lidah yang paling masin, iaitu di tepi lidah. Ketika garam menyentuh lidah, air liur akan keluar dan merembeskan asid.

Bermakna sebelum nasi masuk ke mulut, asid sudah keluar dulu. Asid inilah nanti akan ke bawah dan makanan berada di atasnya untuk dicernakan.

Sebaik selesai makan, ambil semula garam dengan cara sebelum makan tadi. Cara ini membuatkan makanan berada dalam badan tak melebihi 20 jam. Semua makanan yang melebihi 20 jam akan menyebabkan berlaku keracunan dalam perut. Menjadi amalan sunnah juga untuk hisap hujung jari selepas makan.

Bermula dari ibu jari sampai jari kelingking dan ke ibu jari semula. Ini adalah fitrah yang telah Allah tentukan untuk menjaga keseimbangan hormon manusia.

2. Makan Buah Dengan Betul
Buah perlu dimakan sebelum ambil makanan yang berat. Konsepnya sama seperti di atas, untuk mengelakkan pengumpulan gas dalam perut yang boleh mengakibatkan keracunan.

3. Tidur Dengan Cara Yang Rasulullah Ajar
Sebelum tidur, kibas-kibas dahulu tempat tidur. Baca doa tidur, 3 Qul (Al Ikhlas, Al Falaq dan An Nas) dan sebagainya. Badan mengiring ke kanan kerana ia ada bersangkutan dengan paru-paru.

Ketika bangun, menggeliat dulu kanan dan kiri serta tengah dan melonjakkan kaki. Kemudian minum air secawan. Jangan sesekali minum berdiri. Minum secara duduk untuk elakkan sakit lutut ketika usia mencecah 40 tahun.

Rasulullah juga amalkan makan daging kambing dari kaki kanan yang bahagian hadapan. Sebab di situ tiada kolesterol.

4. Cara Mandi Untuk Elakkan Rebah Dalam Bilik Air
Sebelum masuk bilik air, langkah dengan kaki kiri, baca doa untuk masuk ke dalamnya. Dalam bilik air suhu gelombangnya tak sama macam ruang lain di rumah anda. Dalam itu, banyak benda tak elok suka duduk.

Dah masuk, jangan terus jirus kepala. Siram dulu dari kaki sampai kepala lutut. Beralih pula ke pinggang naik ke bahu. Patah semula jirus ke kaki. Masa yang sama anda akan rasa haba panas keluar dari celah ketiak. Bila haba panas dah keluar habis, barulah jirus kepala.

Kalau masuk bilik air terus jirus kepala, itu yang boleh jadi darah tinggi. Nak keluar bilik air pula langkah dengan kaki kanan. Baca doa keluar bilik air.

Apabila ‘way of life’ ini dapat dikembalikan dengan cara yang betul. Baik anda sedang makan ubat-ubatan dari hospital, mahupun herba, ia akan memberi kesembuhan yang lebih sempurna.

Cara Betul Minum Madu Sampai Jadi Ubat Untuk Sembuhkan Penyakit

1. Pilih Madu Yang Asli, Caranya..
Hati-hati ketika membeli madu. Ini kerana, 60 peratus madu yang ada di pasaran banyak yang tiruan. Banyak petua dikongsikan untuk mengesan madu asli. Misalnya, tengok yang paling likat, tak dihurung semut dan sebagainya. Tapi dengan kepandaian sekarang semua itu boleh direka.

Cuma satu cara ini, manusia tak boleh tiru. Caranya : Ambil piring, tuangkan madu satu sudu kecil di atasnya. Kemudian, siramkan air suam. Goncang. Jika madu asli, anda akan nampak ia membentuk corak sarang lebah atau heksogan.

2. Minum Madu Untuk Rawat Sakit Di Bahagian Kepala
Penyakit yang dialami di bahagian kepala seperti migrain, madu hendaklah diminum terus. Jangan dicampur air. Oleh sebab penciptan bumi dan manusia yang daripada tanah ini tidak terpisah, ada gelombang yang berputar 24 jam maka jadual makan madu perlu tepat. Untuk rawatan di bahagian kepada, ambillah selepas waktu subuh tapi sebelum habis waktu dhuha.

3. Untuk Rawatan Bahagian Badan
Masalah berkaitan perut, usus untuk capai nikmat kesembuhan maksima minumlah madu dengan air suam. Madu walaupun sejenis cairan ia mengandungi atom yang kuat. Sebab itu, dia kena dicairkan dengan air.

Cara minum : Ambil satu sudu teh saja pada waktu selepas dhuha ke zohor. Biar sedikit asalkan istiqomah.

Kacau madu ikut arah lawan jam. Ini kerana semua benda yang lawan jam akan menghasilkan tenaga. Manakala yang ikut jam akan menguraikan energi dan tak jadi ubat. Contoh paling mudah, ketika orang bertawaf dan pokok yang menjalar.

4. Ambil Madu Untuk Rawat Bahagian Pinggang Ke Bawah
Cara minum : Masa yang perlu diambil ketika ambil madu antara waktu zohor ke asar.

5. Rawatan Bahagian Bawah
Waktu minum madu adalah antara asar ke maghrib. Sebab gelombang pada waktu ini menurunkan sistem imun badan kita.

Tip Ini Penting!

√ Penyakit ini datang sebab adanya suhu panas dan sejuk. Bila kita sakit, majoriti suhu badan akan meningkat. Ketahanan badan pula menurun.

√ Macam mana nak tahu sama ada badan kita sedang panas atau sejuk. Check cuping telinga. Kalau cuping telinga sejuk bermakna badan kita tengah panas dan kalau cuping telinga panas, bermakna badan anda sejuk.

√ Sebab itu, campuran air dan madu pun kena betul. Untuk dapatkan madu yang panas, kena tuang air dulu dalam gelas baru letak madu. Manakala untuk dapatkan madu sejuk, letak madu dulu dalam gelas barulah tuang air.

Jika Badan Panas

Cara minum madu -> madu dulu dalam gelas baru campur air = madu sejuk

Dan bila diminum dengan cara ini ia akan sejukkan badan.

Jika Badan Sejuk

Ini cara minum madu -> tuang air dulu dalam gelas baru campur madu = madu panas

√ Selepas minum madu, jangan makan campuran ikan dengan susu. Elakkan makan ikan dengan daging. Ini yang dikatakan laut jangan bertemu darat. Tak bagus untuk perut.

√ 1 sudu kecil madu kelulut bersamaan dengan 10 sudu kecil madu biasa. Ini kerana lebah kelulut itu kecil, ia boleh masuk sampai ke rongga bunga. Tapi hati-hati ketika membeli madu kelulut. Jangan cari yang berwarna susu kerana dibimbangi ada campuran buah laici yang masam.

√ Madu mentah ini boleh ‘boost’ energi seseorang. Jika mahu memandu jarak jauh katakan pukul 4 petang nak bergerak, jam 8 pagi dah kena minum.

√ Jangan letak madu di tempat yang akan mengubah molekul madu. Dalam peti ais misalnya.

√ Madu juga boleh jadi ubat mata yang mujarab. Campurkan dengan air hujan dan titiskan di mata. Nanti akan ada rasa pedih. Titikkan antara waktu selepas subuh dan sebelum dhuha. Kenapa ikut prinsip minum madu yang dinyatakan di atas untuk rawatan di bahagian kepala.

Kalau tidak ikut waktu yang tepat, ia menghilangkan rasa sakit tapi tidak menghilangkan penyakit.

Sumber: adamhawa

Isnin, 4 Disember 2017

Pendidikan sekular

Begitulah hebatnya percaturan Dajjal melalui org2Nya, iaitu yahudi-zionis. Hasil buah fikiran Dajjal, kemudiannya disusun dgn menjadikan peperiksaan akal sbg halatuju atau tanda aras kehebatan akal seseorang. Disusun sedemikian rupa sehingga wujudnya "kasta" di dlm sistem pendidikan. Pelajar yg pandai dipisahkan dgn pelajar yg lemah kekuatan akalnya. Akhirnya wujud jurang yg nyata di antara mereka. Hasilnya kedua2 golongan pelajar yg lahir drpd sistem itu, tetap menyuburkan sifat2 mazmumah(sifat2 tercela) di dlm diri. Pelajar pandai yg dihasilkan menjadi sombong, ego dan rasa hebat dgn ilmu dan didirinya. Manakala pelajar yg kurang pandai pula menjadi pelajar yg rasa rendah diri. Rasa diri tidak berguna kerana disisihkan. Akhirnya menjadi seseorang sentiasa berputusasa di dlm kehidupannya.

Natijahnya sistem pendidikan hari ini yg telah disusun dgn begitu "cantik" dgn falsafah, misi dan visinya tetap bersifat fizikal atau kulit shj. Ia tidak mampu diterjemahkan kpd para pelajar. Sebab utamanya sistem pendidikan yg disusun di dlmnya berbagai program jangka panjang dan pendek, tidak ada roh di dlmnya. Tidak "ada" Tuhan di dlmnya. Sistem yg dihasilkan tetap tidak membesarkan Tuhan. Terpisah drpd Tuhan. Dlm perkataan mudah sistem pendidikan yg dibentuk masih "sekular". Iaitu, nilainya masih terpisah di antara dunia dan akhirat. Matlamatnya hanya di dunia, tidak sampai ke akhirat. Walaupun falsafah atau ciri2nya ada menyebut atau menyentuh hal akhirat. Ttp matlamat utama hanya setakat di dunia shj.

Pengalaman

*PERKONGSIAN PENGALAMAN BELAJAR*

Ini cuma satu perkongsian. Ia pengalaman hidup saya sendiri. Mana-mana yang baik daripada coretan ini bolehlah dipungut sebagai panduan, yang buruk pula sila ketepi dan abaikan.

Boleh dikatakan saya menempuh kehidupan belajar pada peringkat menengah di sekolah menengah harian dan matrikulasi memang agak tidak berapa bergantung kepada guru kerana kekurangan/kelemahan saya sendiri disebabkan masalah penglihatan dan pendengaran yang kurang baik. Memang tidak dinafikan kebanyakan guru telah melaksanakan tugas mereka dengan baik, tetapi ia tidak begitu berjaya menyampaikan apa yang saya perlu faham dan notakan walaupun pada tahap 40%. Memang ada juga seorang guru yang jarang melaksanakan tugas di kelas (semasa tingkatan 5), cuma selalu memberi tahu pelajar buat kerja sendiri, namun sikap guru ini saya terima sebagai sesuatu yang sangat berharga. Semua keadaan ini menjadikan saya sedar bahawa untuk berjaya saya perlu berusaha keras dan berusaha sendiri. Oleh kerana itu, saya terpaksa membaca buku teks daripada kulit depan sehingga ke kulit belakang dan membuat nota sendiri dan berusaha merumus isinya dengan meringkaskan nota-nota itu. Saya juga terpaksa mencari buku-buku latihan daripada kedai buku dan membuat latihan dan memeriksa jawapan akhir di belakang buku-buku itu secara bersendirian kerana tidak ada kawan yang mengambil aliran sains di kampung saya. Jadi itulah yang saya buat sebagai rutin kehidupan belajar saya. Hasil usaha ini saya menyelesaikan SRP dengan agregat 11 dan SPM dengan 24 unit. Subjek yang gurunya tidak begitu melaksanakan kelas itu saya telah  mendapat gred yang baik (iaitu A1). 

Oleh kerana keputusan gred 1 SPM yang saya perolehi itu di sempadan antara gred 1 dan gred 2, jadi pada mulanya saya cuma ditawarkan ke Tingkatan 6. Selepas sebulan kursus Matrikulasi yang dikendalikan oleh  universiti bermula, saya mendapat tawaran panggilan kedua kursus matrikulasi untuk mengisi tempat yang dikosongkan oleh lepasan SPM yang cemerlang yang ditawarkan belajar di luar negara. Saya menerima tawaran itu. Tanpa kelas-kelas tambahan untuk pelajar yang ditawarkan lewat dan tanpa apa-apa nota khas diberikan oleh guru matrikulasi yang mengajar saya pada masa itu, saya terpaksa meneruskan pembelajaran dan meneruskan perjuangan dengan kesedaran bahawa untuk berjaya dalam pelajaran saya perlu meneruskan perjuangan yang telah saya mulakan semasa di sekolah menengah. Akhirnya saya berjaya di peringkat pengajian matrikulasi walaupun tidak secemerlang pelajar lain yang telah melalui pendidikan di sekolah asrama penuh yang ramai boleh mengikuti kursus perubatan dan kursus lain yang berprestij. Saya hanya mampu mengambil kursus Fizik di peringkat ijazah pertama. Kalau di negara barat, pelajar fizik adalah pelajar yang memang lebih hebat kelayakan mereka daripada kursus lain kerana sifat subjek itu sendiri sangat memerlukan begitu, berbeza dengan kita di sini.  Dengan berbekalkan pengalaman belajar yang penuh kesukaran dan kerja keras, saya belajar di universiti sehingga akhirnya saya mendapat ijazah kepujian kelas dua tinggi dan dianugerahkan pingat emas universiti untuk bidang fizik.

Sesuatu yang jelas kepada saya adalah ilmu yang diperolehi semasa mengikuti program ijazah adalah tidak mencukupi dan perlu ditambah dan diperkukuhkan serta digilap  semasa mula bekerja. Semasa bekerja, kita akan banyak membuat refleksi dan interpretasi semula berkenaan teori yang telah dipelajari semasa belajar. Apabila ini berlaku, kita mampu mencabar, mengupas dan mempersoalkan idea dan perkara dalam subjek kita yang diberikan oleh orang yang dianggap lebih kanan dan berpengalaman daripada kita. Oleh kerana pentingnya proses ini, memang penting wujudnya housemanship untuk profesional seperti untuk bidang Perubatan.

Setelah saya mengajar, saya membuat refleksi semula kenapa saya boleh berada di situ dengan segala kisah yang diperihalkan itu. Saya menyimpulkan bahawa untuk seseorang pelajar berjaya dengan baik,  peranan guru yang penting yang saya sendiri tidak pernah perolehi semasa belajar adalah memberikan ilmu berkenaan kemahiran dan teknik belajar (termasuk kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif) dan melaksanakan program untuk menyedarkan pelajar bahawa usaha dan amalan pembelajaran sendiri itu sangat penting untuk berjaya dalam pendidikan dan kehidupan.

Sepanjang kerjaya saya, memang saya tidak mengharapkan jawatan istimewa walaupun saya dengan salah seorang Pengarah yang mana saya lama bertugas di bawahnya dulu (1986 - 2009) boleh dikatakan rapat. Saya kenal beliau lebih kurang 14 tahun sebelum beliau bertugas pada jawatan itu. Keluarga beliau memang mengenali keluarga saya dan anak beliau memang pernah belajar sekelas dengan anak saya dan berkawan baik. Saya tidak pernah meminta apa-apa pos daripada beliau,  selain saya pernah meminta daripada beliau supaya saya dikeluarkan daripada sektor di bawah pengurusan beliau yang ketuanya menghalang saya menyumbang dalam bidang yang saya berkemahiran.

Sebagai perkongsian, saya bertugas sebagai pendidik bukanlah melalui laluan biasa seperti tuan/puan yang telah melalui kursus Diploma Pendidikan terlebih dahulu. Ilmu berkaitan pendidikan saya perolehi melalui kursus-kursus pendek (anjuran Unit Penasihatan Pengajaran dan Pembelajaran di universiti di mana saya bertugas), pengalaman dan pembacaan/rujukan sendiri. Ilmu  berkaitan penyelidikan pendidikan pun diperolehi melalui penerokaan dengan pembacaan sendiri dan penglibatan dalam kajian secara berkumpulan.

Segala kekurangan yang saya lalui semasa belajar daripada peringkat sekolah menengah dulu saya cuba perbaiki untuk pelajar saya. Tetapi usaha ke arah itu memang sukar dan menerima tentangan daripada ketua-ketua yang mementingkan pameran keputusan peperiksaan dengan gred-gred yang hebat walaupun pada pemerhatian saya semua itu adalah cuma kepalsuan.

Sekian, sahaja perkongsian saya untuk kali ini.

==================

Nota:
InsyaAllah 'perkongsian' ini akan dimasukkan dalam kenangan peribadi saya.

MAMJ.
4/12/2017.

Sabtu, 2 Disember 2017

Keter

NILAI SEBUAH KERETA
(sooo deep) must read!

Ada sahabat saya kongsikan.. Saya edit sedikit supaya mudah dibaca .. Saya sangat terasa dengan perkongsian beliau... Semoga bermanfaat..

Orangnya sangat merendah diri. Datang bawa kereta honda yg telah berusia 20tahun. Ingat mat despatch mana. Rupanya Vice Presiden Bank Muamalat. Malah kereta beliau pernah di clamp oleh Pengawal Keselamatan di HQ Bank Muamalat disebabkan salah faham

Nasihat beliau juga pada kami. Jangan nilai kekayaan deripada jenis kereta yang dipakai tetapi pengurusan kewangan..Pakai kereta lama, beli barang boleh dapat murah sampai RM5. Guna Mercedes 5 siri kena bayar extra RM20. Ini pengalaman beliau masa beli durian😅😅

Beliau ada kereta Mercedes tapi Bank Muamalat yg bayar semua. Beliau tak sanggup beli kereta baru..  Bukan sebab beliau kedekut. Tapi pengalaman beliau pernah tertunggak bayaran kereta lama selama 2 bulan. Kata beliau

"Saya bayar RM1k setiap bulan pada kereta
Tapi Saya bayar RM300 sebulan untuk keperluan anak. Darah daging sendiri. Ikat perut."

"Hari jadi kereta saya bayar roadtax dan insuran lebih dari seribu lebih Tapi
Harijadi anak dan isteri saya sekadar beri ucapan selamat sahaja"

"Kenapa nak bermewah untuk kereta yang bakal jadi besi buruk? Sedangkan bila kita sakit anak bini yang jaga"

Insaf saya😞😞...

Memang betul apa yang dikatakan.. Tak semua tapi ada segelintir dari kalangan kita sanggup habis beribu makeup kereta bayar insuran kereta setiap bulan dan repair kereta tetapi berkira kira nak keluar duit untuk isteri pergi klinik atau facial.. Kekadang belanja anak pun berkira sedangkan merekalah yang akan mendoakan kita nanti..