Sabtu, 27 April 2019

Maksiat

Baik macam mana pun orang yang YANG TAK SOLAT... dia tetap ada masalah dgn Allah kerana tidak taat kepada perintah Allah maka dia dinamakan "fasiq.." ( perosak diri dgn dosa )

Baik macam mana pun seorang KAKI MAKSIAT dia tetap bermasalah dengan Allah kerana melakukan apa yang Allah larang maka dia dinamakan "Aashi"(org yg suka melakukan maksiat)

Baik macam mana pun seorang yang ZALIM itu dia tetap ada masalah dgn Allah kerana  dia tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya.. maka dia dinamakan "Thoghi" (melampaui batas)

Baik macam mana pun seorang yang JAHIL AGAMA itu.. maka dia ada masalah dgn Allah kerana kejahilannya dia menentang kebenaran.. maka dinamakan dia "Safih"(bodoh  yang sombong)

Baik macam mana pun orang yang TOLAK ISLAM tetapi dia tetap bermasalah dgn Allah kerana tolak syariat Islam maka dinamakan "Aadi"(bermusuh dgn Allah)

Baik macam mana pun orang yg BEROTAK LIBERAL tetapi dia ada masalah dengan Allah kerana Islam bukan cara hidupnya.. maka dinamakan " Fajir" ( yang merosakkan diri dan orang lain)

MAKA SESIAPA SAHAJA YANG TAK MELETAKKAN ALLAH YANG PALING UTAMA DALAM HIDUPNYA.. DIA BUKANLAH BAIK.. KITA LIHAT PADA PANDANGAN ALLAH BUKAN PADA PANDANGAN MANUSIA...

(Gelaran gelaran ini semua ada dalam Al Quran kepada manusia yang bermasalah)

Jumaat, 26 April 2019

Restu suami

ADA APA DENGAN RESTU DAN REDHA SUAMI

Kita kaum wanita ingin hebat dalam kerjaya dan bisnes kita.

Niat kita bekerja sudah betul dan cantik.

Ingin mempunyai pendapatan sendiri.

Ingin meringankan beban kewangan suami.

Ingin membantu orang lain mendapat banyak manfaat daripada apa yang kita buat.

Tetapi dalam masa yang sama kita melukai hati suami kita tanpa sengaja

Kita mungkin tak perasan suami kita terluka dengan perbuatan dan perkataan kita.

Biasalah kaum suami suka ambil pendekatan berdiam diri. Mereka makhluk yang lebih banyak bersifat pasif.

Mana banyak berkata kata.Diam suami diam berhikmah.

Terlampau ramai wanita yang datang mengadu susah nak buat duit walaupun aktiviti jualan dan bisnes sudah banyak di buat.

Sudah habis duit buat iklan, sudah banyak kelas sales dan marketing yang mereka masuk tetapi bisnes tidak menjadi.

Sudah ramai sifu di ikuti tetapi result tidak seperti yang di ingini.

MUHASABAH DIRI KITA DUHAI ISTERI.

Cuba lihat semula bagaimana hubungan kita dengan suami.

Redhakah suami dengan apa yang kita buat.

Bagaimana kita melayan perasaan suami setiap hari.

Di mana kita letak nilai seorang suami di mata dan hati kita.

Jika kita rasa masih susah dan perniagaan yang kita buat masih tidak menjadi cuba lah buat perkara di bawah.

1.Mulakan semula dengan minta redha dan restu suami.

Cara yang terbaik ialah tunggu suami balik rumah, dah makan sambil rehat rehat pergi duduk sebelah suami.

Jika ada anak anak pastikan mereka semua dah tidur supaya kita ada masa bercakap dari hati ke hati.

Duduk rendahkan kedudukan badan. Jika suami duduk di atas sofa kita duduk di lantai.

2.Salam tangan suami dan pandang mata suami.Jangan bercakap sambil lewa dan menyambil nyambil.

Minta maaf dengan suami bersungguh sungguh sehingga suami cakap yang mereka maafkan kita.

Maaf untuk apa.
Kerana mengabaikan perasan suami dan membelakangkan suami dalam banyak perkara sebelum ini.

3.Terangkan kepada suami macamana kerja kita dan komitment yang kita perlu berikan.
Samaada masa, tenaga ataupun duit.
Beritahu suami apa yang kita perlu korbankan.

Jangan main expect expect suami akan faham kerja dan bisnes kita.

4.Setiap apa yang kita nak beli minta izin dengan suami walaupun kita beli dengan duit kita sendiri.

Jangan rasa diri kita hebat guna duit kita tak perlu minta izin suami.

5.Suami sampai satu masa akan cakap tak perlu minta izin mereka dah sebab mereka dah faham.

Tahu apa yang terbaik?
Kita masih minta izin  suami dalam setiap apa yang kita ingin buat.

6.Setiap apa sahaja yang kita ingin beli untuk reward diri kita seperti handbag, baju, make up kita minta izin dan restu suami.

Itu semua sebagai tanda hormat kita pada suami walaupun guna duit kita.

7.Jika suami beri pendapat tentang bisnes dan kerja kita,ambil pendekatan untuk dengar terlebih dahulu.

Suami punya banyak pandangan hikmah dan mempunyai pandangan yang berbeza dengan isteri.

Kebanyakan pendapat suami amat bernas dan betul.

Jangan isteri terus menidakkan kata kata suami.

Fikir dan hadam terlebih dahulu. Kebiasaan kata kata suami amat benar dan tepat.

8.Suami mempunyai 7 akal dan 1 nafsu. Percayalah akal suami itu amat hebat dan banyak logiknya.

Pertimbangan mereka benar dan penuh kebaikan.

9.Apa sahaja keputusan kerjaya dan bisnes yang kita ingin buat berbincang dan tanya pendapat suami terlebih dahulu.

Jangan kita terus gunakan pendapat kita sahaja. Kita rasa kita bijak? Suami lebih bijaksana.

Kita sebagai suami isteri harus saling hormat menghormati. Terutama isteri yang harus tahu syurga kita di bawah syurga tapak kaki suami.

Dahulukan redha dan restu suami dalam apa sahaja tindakan dan keputusan kita.

10.Kita minta redha dan restu sebab memuliakan dan menghormati suami.

Rezeki isteri akan cepat berkembang jika setiap perbuatan di restui oleh suami.

Isteri wajib percaya tentang redha dan restu seorang suami.

11.Dalam hati suami akan sangat rasa bangga dan kagum dengan isteri yang tidak pernah lupa minta restu seorang suami.

Bertambahlah kasih sayang suami terhadap isteri.
Bertambahlah doa suami untuk isteri.
Bertambahlah Rahmat Allah untuk isteri.
Bertambahlah berkat alam berumah tangga.

Terbuka luaslah rezeki keluarga kita dari pelbagai arah.

Mungkin ini yang kita terlepas pandang sebagai seorang isteri.

Kita rasa kita hebat dengan kerjaya dan bisnes kita.Kita selalu buat keputusan sendiri.Membelakangkan suami kebiasaan kita.

Mulai sekarang berubah lah kita wahai isteri.

Minta restu dan redha suami, doa suami setiap hari. Tagih dari mereka setiap hari wahai isteri.

Percayalah hebatnya seorang isteri kerana restu dan redha daripada seorang suami.

Suami.......
Di bawah tapak kaki mereka terletaknya syurga seorang isteri.

Love 😘😘😘
your hubby💓💓💞

Isnin, 15 April 2019

Akhlak rasul

*Rasulullah Memberi Makan Orang yang Hendak Membunuhnya*

Lelaki itu bernama Tsumamah bin Itsal dan berasal dari Kabilah Al Yamamah. Ia pergi ke Madinah dengan tujuan hendak membunuh Rasulullah. Ia merasa bahwa Rasulullah telah mengacaukan dunia Arab dengan agama baru yang ia bawa. Ia pun mempersiapkan segala sesuatu, termasuk persenjataan yang akan digunakan membunuh.

Berita itu sampai ke telinga Umar bin Khattab. Ketika Tsumamah sampai ke gerbang kota, ia dijumpai oleh Umar bin Khattab. Ditanya baik-baik, tapi Tsumamah yang memang sudah diselimuti amarah mengajak Umar berkelahi. Perkelahian pun terjadi. Dan akhirnya, ia kalah. Tsumamah akhirnya diringkus oleh Umar.

Tsumamah kewalahan melawan Umar yang perkasa. Senjatanya dirampas dan tangannya diikat, lalu ia dibawa ke tempat Rasulullah.

Rasulullah pun segera keluar menemui orang yang bermaksud membunuhnya itu. Setibanya di tempat itu, beliau mengamati wajah Tsumamah baik-baik.

“Apakah ada di antara kalian yang sudah memberinya makan?” tanya Rasulullah berpaling kepada sahabat-sahabat yang berada di sekitarnya.

Sontak, hal itu membuat para sahabat kaget. Mereka saling pandang, termasuk Umar yang memandang Rasulullah, menyiratkan sebuah tanya.

Lalu, Umar pun memberanikan diri bertanya,”Ya Rasulullah, orang ini datang untuk membunuhmu, bukan ingin masuk ke agama kita. Makanan apa yang kaumaksud tersebut?”

Namun Rasulullah seakan tidak menghiraukan sanggahan Umar dan pandangan para sahabat lain yang keheranan. Bahkan, beliau berkata, “Segera ambilkan susu dari rumahku.”

Beliau pun menyuruh sahabat untuk melepas ikatan Tsumamah yang terkulai, lemah tidak berdaya itu. Umar pun bergegas mengambil minum. Tak lama, ia datang. Lalu diambillah gelas tersebut dan diberikan kepada Tsumamah.

“Ucapkanlah Laa ilaha illa-Llah (Tiada ilah selain Allah),” pinta Rasulullah dengan sopan.
Tsumaha memandangi Rasul. “Aku tidak akan mengucapkannya!” Ia pun menggeleng terus.

Para sahabat Rasul yang turut menyaksikan tentu saja menjadi geram. Tetapi Rasulullah malah menyuruh Tsumaha pergi. Tsumamah pun bangkit, lalu membelakangi Rasul. Berjalan. Setapak, dua tapak, tiga tapak. Lalu ia memalingkan muka kembali kepada Rasul.

Ia pun duduk, menghadapkan wajahnya ke tanah. Tak lama, ia kembali mendongakkan muka dan memandang wajah Rasulullah.

“Ya Rasulullah, aku bersaksi tiada ilah selain Allah dan Muahammad Rasul Allah,” katanya.

Para Sahabat pun keheranan. Rasulullah hanya tersenyum dan menyuruhnya berdiri.

“Mengapa engkau tidak mengucapkan ketika aku memintamu?” Tanya Rasulullah.

“Maafkan hamba, Tuanku. Aku tidak mengucapkannya ketika masih belum kaubebaskan, hamba khawatir ada yang menganggapku masuk agamamu sebab aku takut. Aku tidak takut, tapi hatiku luluh. Setelah engkau bebaskan aku, aku ingin masuk Islam semata-mata karena Allah.”

Suara Takbir pun bersahutan.

Ahad, 14 April 2019

Kahwin akhir zaman

KAHWIN AKHIR ZAMAN

Dari Ustaz Ahmad Faidzurrahim :

Seblm ni ramai para pemuda yg belum mendidikan rumahtangga bertanya pasal jodoh  dan nk kahwin.
Maka saya kongsikan di sini sebahagian amalan2 dari huru-guru kami.

Tajuk:
BAGI MEREKA YANG INGIN BERKAHWIN.

1- Bacalah يا مغيث sebanyak 310 Tiga ratus sepuluh kali Selepas setiap kali sembahyang.
2- Kemudian berselawatlah sebanyak tiga kali, sebelum dan selepas membaca: يا مغيث.
Dan lafaz selawat ini adalah seperti berikut:
صلی الله علی محمد صلی الله عليه وسلم.
3- Diamalkan bacaan ini selama dua minggu atau pun lebih bagi mereka yang inginkan perkahwinan. - Tamat-

Tambahan:
Bagi pemuda @ pemudi yg belum berkahwin tapi ingin berkahwin, di sini ada beberapa Nasehat, antaranya:
1- Jangan niat kahwin kerana harta, duit, dan pangkat seseorang, walau pun sesorang lelaki agama berniat kalau dia kahwin dgn perempuan kaya Jutawan nanti dia boleh bantu kerja-kerja dakwah . Sikap ini terdapat pada sebahagian para penuntut ilmu agama Islam terutama sekali yg belajar kitab secara talaqi. Sesorang yg berilmu tk perlu berniat dan bersikap sedemikian kerana yg memberi rezeki hakikatnya adalah Allah Taala bukan suami atau isteri.

2- Bagi org lelaki muda jgn berkahwin dgn wanita yg terlampau tua dari dia kerana ini akan mengundang banyak masalah di masa akan dtg. Hal ini ada disebut dalam sebahagian kitab-kitab ulamak.

3- kalau boleh elakkan berkahwin dgn yg ada kaitan dgn keluarga seperti sepupu sepapat dan seumpamanya walaupun disarankan oleh kedua Ibu bapa.

4- BAGI perempuan, elakkn berkahwin dgn suami org di akhir zaman sekrng.
Manakala lelaki pulok jgn kacau isteri org dgn niat nk berkahwin dgnnya. Kebiasaan hubungan sebegini tk kekal lama, kalau kekal pon akan berlaku keserabutan dlm kehidupan mereka.

5- Bagi perempuan melayu elakkn berkahwin dgn bangsa asing yg duk jauh di luar negara. Banyak kes perkahwinan dgn bangsa asing diakhiri dgn penceraian kerana banyak perkara tidak serasi.

6- Jangan terlampau cerewet memilih pasangan utk berkahwin dan jgn terlampau mudah sgt buat pilihan. Bersederhanalah dlm hal ini.

7-Jangn terlampau terhegeh-hegeh dan kuat berangan-angan, nnti bnyak bende terlepas.

8- Di akhir zaman ini pilihlah pasangan yg berpegang dgn akidah yg benar iaitu akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Al-Asyairah dan al-Maturidiah. Kalau ada bakal pasangan anda itu berpegang dgn ajaran bercanggah dgn Ahli Sunnah Wal Jamaah maka cepat2 lah blok dia, carilah org lain banyak di atas muka bumi ini. Jgn terlampau berbunga-bunga sgt.

9- Carilah pasangan yg mengutamakan ilmu dan amal ibadah, jgn cari pasangan yg kuat membawang kerana lama kelamaan anda pon terheret akan jadi bawang juge.

10- Bila di majlis perkahwinan jgnlah Jemput lagu-lagu karokei, tarian gelek-gelek, menyanyi terpekit macm burung kakak tua, zaman sekrng zaman viral org cepat rakam dan sebarkan di media sosial, ini akan mengundang bnyk keburukan di kemudian Hari. Buatlah pejanjian dgn bakal pasangan anda agar tk berlaku benda2 tadi dlm majlis perkahwinan sebb org melayu sekrng suka menyanyi mcm burung gagak dan berjoget mcm katak pisang.
Kalau nk wat persembahan kung-fu, Silat, karate, judo, aikido, boxing tekwando dan seumpanya xpe. Lagi bagus buatlah bacaan Quraan serta qosidah dan nasyid Islamik. Nak bagus lagi buatlah bacaan akidah ALLAH WUJUD TANPA TEMPAT.

11 - Yakinlah bahawa rezeki kita ada, dan berusahalah di bawah pimpinan ilmu agama berlandaskan manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah dan jgn takut sgt rezeki duit dan makan minum itu terputus.

Ada seorng ulamak pernah berkata:
علمت ان رزقي لا ياخذه غيري فاطمأن قلبي

Maknanya:
"Aku yakin rezeki ku telah ditetapkan oleh Allah tiada siapa boleh mengambilnya, maka hatiku menjadi sgt tenang.

Semoga Faedah ini dapt dimanfaatkan.

Selamat membaca dan sebarkan!!!

*CnP TanpaPermitTanpaEdit*

-ADMIN- ノライザ大頭領

Rabu, 10 April 2019

Cinta Albania pd Rasul

Seorang Ustaz Turkey menceritakan….

"Empat anggota polis menunggu dekat sebuah  bangunan toilet Masjid Nabawi. Mereka menunggu seseorang.

 Apabila tiba seorang anak muda di situ, mereka terus menerkam menangkap  dan   memberkasnya. Pemuda itu menjerit minta dilepaskan.

“Saya bukan penjenayah. Saya bukan pencuri.  Kenapa tangkap saya?”

Dalam suasana kelam kabut itu saya cuba perhatikan wajah pemuda itu. Seakan-akan saya pernah mengenalinya.  Ya saya memang mengenalinya.

 Dialah anak muda yang sering menangis di kubur Rasulullah SAW.

Dia pemuda dari Albania. Umurnya sekitar 35 ke 36. Rambutnya perang. Punya janggut nipis.

Kasihan melihat pemuda itu, saya berkata kepada polis yang menangkapnya,

“Budak ini tak ada masaalah. Apa yang kamu lakukan kepada dia? Apa tuduhan kamu? Apa yang dia telah buat?”

Mereka jawab, “Hei Turkey, kamu jangan masuk campur. Ini bukan urusan kamu.”

Saya kata, “Tapi apa masaalah budak ini? Adakah dia mencuri?”

“Bukan. Dia dah tinggal di Madinah tanpa permit sejak 6 tahun. Kami cuba tangkap dia untuk dihantar pulang ke Albania. Tapi tiap kali kami cuba tangkap dia melarikan diri dan bersembunyi dekat kubur Rasulullah SAW. Di dalam masjid kami tak boleh tangkap dia. Sudah 6 tahun kami memburunya.,” ujar polis berkenaan.

“Habis sekarang apa yang kamu mahu lakukan?” Aku bertanya.

“Sekarang kami mahu hantarnya ke kapal terbang yang akan membawanya pulang ke Albania.”

Budak itu menangis. Dia merintih, “Lepaskanlah saya. Saya tidak akan mencuri. Saya tidak akan buat jahat. Saya tinggal di sini *HANYA KERANA SAYA KASIH KEPADA RASULULLAH SAW.”*
 
Polis menjawab, “Tidak boleh. Kamu tidak dibenarkan tinggal di sini!”

Mereka memegangnya dengan semakin kukuh. Lalu pemuda itu berkata,

 “Kalau kalian benar-benar ingin menangkapku baiklah. Aku mohon sebelum di bawa pergi, tolong hadapkan mukaku ke arah kubur Rasulullah SAW. Aku ingin bercakap sesuatu dengannya.”

Merekapun menghadapkan wajahnya ke arah kubah hijau sambil salah seorangnya berkata (dengan mempersenda), “Hah bercakaplah kamu apa yang kamu nak cakap dengan Rasulullah.”

Lantas budak itu memandang ke arah kubah hijau dan bercakap di dalam Bahasa Arab,

*“Wahai Rasulullah. Beginikah berakhirnya perjanjian antara kita? Aku telah berjanji denganmu. Aku telah tinggalkan ibu dan bapaku. Aku tutup kedaiku. Aku datang ke sini semata-mata keranamu ya Rasulallah. Aku telah berjanji untuk menjadi jiranmu.”*

*“Akan tetapi ya Rasulullah, lihatlah mereka ini yang menghalangku. Ya Rasulallah. Kenapakah kau tidak masuk campur membantuku. Kenapa kau tidak masuk campur… Kenapa kau tidak masuk campur….”*

Dengan kata-kata itu, budak itu jatuh terjelepuk di atas lantai.

“Biarkan dia merebahkan dirinya sendiri,” kata salah seorang anggota polis.

Dia rebah dan tidak bergerak-gerak lagi.

Setelah beberapa ketika polis berkenaan mengherdik, “Bangun wahai penipu!”

Budak itu tidak bergerak. Mereka mengambil air. Dicurah ke mukanya.

Namun tiada sebarang reaksi.

Anggota polis mula risau. Ada yang berkata dia sudah mati. Yang lain pula berkata, mana ada kita pukul dia sampai mati.

Ambulan dipanggil.

Pasukan perubatan masuk dari pintu 7.

Setelah diperiksa, didapati budak itu telah mati sejak 15 minit lalu.

Semua polis terduduk. Mereka sangat menyesal. Mahu rasanya mereka mematah-matahkan tangan mereka yang menangkap budak itu.

“Kami tidak tahu sehingga ke tahap ini kasihnya dia kepada Rasulullah SAW….”

Ambulan terus membawa jenazah itu ke tempat pemandian jenazah di tepi Baqi’. Saya mengikutinya.

 Setelah selesai mandi saya mohon untuk turut mengusung jenazah berkenaan.

Tiba-tiba polis-polis tadi muncul dan berkata, “Cukuplah kami sahaja yang berdosa kepadanya. Biarlah kami sahaja yang mengusung jenazahnya, Semoga nanti di akhirat dia memaafkan kami."

Lihatlah kecintaannya yang sangat tinggi kepada Rasulullah SAW. Sebaik dia berkata kenapa engkau tidak masuk campur. Lantas malaikat maut segera menjalankan tugasnya.

Semoga Allah menganugerahkan kepada kita semua kecintaan kepada Rasulullah SAW sepertimana cintanya budak Albani itu.