ADA APA DENGAN RESTU DAN REDHA SUAMI
Kita kaum wanita ingin hebat dalam kerjaya dan bisnes kita.
Niat kita bekerja sudah betul dan cantik.
Ingin mempunyai pendapatan sendiri.
Ingin meringankan beban kewangan suami.
Ingin membantu orang lain mendapat banyak manfaat daripada apa yang kita buat.
Tetapi dalam masa yang sama kita melukai hati suami kita tanpa sengaja
Kita mungkin tak perasan suami kita terluka dengan perbuatan dan perkataan kita.
Biasalah kaum suami suka ambil pendekatan berdiam diri. Mereka makhluk yang lebih banyak bersifat pasif.
Mana banyak berkata kata.Diam suami diam berhikmah.
Terlampau ramai wanita yang datang mengadu susah nak buat duit walaupun aktiviti jualan dan bisnes sudah banyak di buat.
Sudah habis duit buat iklan, sudah banyak kelas sales dan marketing yang mereka masuk tetapi bisnes tidak menjadi.
Sudah ramai sifu di ikuti tetapi result tidak seperti yang di ingini.
MUHASABAH DIRI KITA DUHAI ISTERI.
Cuba lihat semula bagaimana hubungan kita dengan suami.
Redhakah suami dengan apa yang kita buat.
Bagaimana kita melayan perasaan suami setiap hari.
Di mana kita letak nilai seorang suami di mata dan hati kita.
Jika kita rasa masih susah dan perniagaan yang kita buat masih tidak menjadi cuba lah buat perkara di bawah.
1.Mulakan semula dengan minta redha dan restu suami.
Cara yang terbaik ialah tunggu suami balik rumah, dah makan sambil rehat rehat pergi duduk sebelah suami.
Jika ada anak anak pastikan mereka semua dah tidur supaya kita ada masa bercakap dari hati ke hati.
Duduk rendahkan kedudukan badan. Jika suami duduk di atas sofa kita duduk di lantai.
2.Salam tangan suami dan pandang mata suami.Jangan bercakap sambil lewa dan menyambil nyambil.
Minta maaf dengan suami bersungguh sungguh sehingga suami cakap yang mereka maafkan kita.
Maaf untuk apa.
Kerana mengabaikan perasan suami dan membelakangkan suami dalam banyak perkara sebelum ini.
3.Terangkan kepada suami macamana kerja kita dan komitment yang kita perlu berikan.
Samaada masa, tenaga ataupun duit.
Beritahu suami apa yang kita perlu korbankan.
Jangan main expect expect suami akan faham kerja dan bisnes kita.
4.Setiap apa yang kita nak beli minta izin dengan suami walaupun kita beli dengan duit kita sendiri.
Jangan rasa diri kita hebat guna duit kita tak perlu minta izin suami.
5.Suami sampai satu masa akan cakap tak perlu minta izin mereka dah sebab mereka dah faham.
Tahu apa yang terbaik?
Kita masih minta izin suami dalam setiap apa yang kita ingin buat.
6.Setiap apa sahaja yang kita ingin beli untuk reward diri kita seperti handbag, baju, make up kita minta izin dan restu suami.
Itu semua sebagai tanda hormat kita pada suami walaupun guna duit kita.
7.Jika suami beri pendapat tentang bisnes dan kerja kita,ambil pendekatan untuk dengar terlebih dahulu.
Suami punya banyak pandangan hikmah dan mempunyai pandangan yang berbeza dengan isteri.
Kebanyakan pendapat suami amat bernas dan betul.
Jangan isteri terus menidakkan kata kata suami.
Fikir dan hadam terlebih dahulu. Kebiasaan kata kata suami amat benar dan tepat.
8.Suami mempunyai 7 akal dan 1 nafsu. Percayalah akal suami itu amat hebat dan banyak logiknya.
Pertimbangan mereka benar dan penuh kebaikan.
9.Apa sahaja keputusan kerjaya dan bisnes yang kita ingin buat berbincang dan tanya pendapat suami terlebih dahulu.
Jangan kita terus gunakan pendapat kita sahaja. Kita rasa kita bijak? Suami lebih bijaksana.
Kita sebagai suami isteri harus saling hormat menghormati. Terutama isteri yang harus tahu syurga kita di bawah syurga tapak kaki suami.
Dahulukan redha dan restu suami dalam apa sahaja tindakan dan keputusan kita.
10.Kita minta redha dan restu sebab memuliakan dan menghormati suami.
Rezeki isteri akan cepat berkembang jika setiap perbuatan di restui oleh suami.
Isteri wajib percaya tentang redha dan restu seorang suami.
11.Dalam hati suami akan sangat rasa bangga dan kagum dengan isteri yang tidak pernah lupa minta restu seorang suami.
Bertambahlah kasih sayang suami terhadap isteri.
Bertambahlah doa suami untuk isteri.
Bertambahlah Rahmat Allah untuk isteri.
Bertambahlah berkat alam berumah tangga.
Terbuka luaslah rezeki keluarga kita dari pelbagai arah.
Mungkin ini yang kita terlepas pandang sebagai seorang isteri.
Kita rasa kita hebat dengan kerjaya dan bisnes kita.Kita selalu buat keputusan sendiri.Membelakangkan suami kebiasaan kita.
Mulai sekarang berubah lah kita wahai isteri.
Minta restu dan redha suami, doa suami setiap hari. Tagih dari mereka setiap hari wahai isteri.
Percayalah hebatnya seorang isteri kerana restu dan redha daripada seorang suami.
Suami.......
Di bawah tapak kaki mereka terletaknya syurga seorang isteri.
Love 😘😘😘
your hubby💓💓💞
Tiada ulasan:
Catat Ulasan