Rabu, 3 April 2019

Bunian

Datuk Ismail Kamus pernah diajak kahwin bunian

Heboh kes Acap hilang di Gua Tempurung, timbul semula beberapa kes seumpama sebelum ini termasuk kes pelajar perempuan UiTM Arau di Gunung Tahan dan seorang pemuda asal Pantai Merdeka, Kedah di Broga, Hulu Langat.

Saya sendiri teringat kes tiga beradik anak kecil yang hilang dari rumah di Pahang, dijumpai di tengah tengah paya belukar yang ikut logik akal, tidak mungkin mereka boleh pergi ke situ dalam keadaan dinihari gelap. Kata mereka, mereka dibawa oleh seorang nenek.

Dalam dua tiga tahun lepas, juga berlaku kes kehilangan seorang warga emas di Pulai, Baling, Kedah yang akhirnya ditemukan oleh saudara saya Penghulu Badrul Che Li.

Kes kes hanya sebilangan daripada banyak lagi kes seumpamanya yang jadi bukti bahawa wujud dimensi ghaih dengan penghuninya di persekitaran yang sama kita huni.

Dalam kes di Broga, anak muda itu dilaporkan bercerita, dia diajak berkahwin oleh puteri bunian berkali kali. Setelah dia tegas menolak, barulah dia dihantar pulang ke alam kasar setelah diberi petunjuk mimpi oleh seekor ular besar.

Saya ada cerita yang sama, seperi dikongsi oleh dua tokoh dihormati.

1. Ustaz Dato Ismail Kamus bercerita mengenai datuknya yang keluar mencari kerbaunya hilang di sekitar hutan di Rasa, Selangor. Ketika mencari, dia terjumpa satu orang lelaki tua di pinggir sebuah tasik yang bersungguh sungguhnya mengajak datuk Ustaz Ismail terus menetap di alam mereka, akan diberi seorang wanita untuk dinikahi. Tetapi pelawaan itu ditolak dengan alasan, dia ada tanggungjawab terhadap anak isteri yang perlu ditangani. Maka selepas itu, dia pun keluar dengan selamat.

2. Kes kedua, diceritakan kepada saya oleh Tuan Guru Dr. Hj Jahid Sidek, bekas pensyarah akademi Islam UM mengenai dua sahabat di Kota Tinggi, Johor. Mereka tersesat ketika memburu hingga akhirnya berpecah untuk masing masing cari jalan keluar. Ketika sahabatnya selamat keluar dan mengajak orang kampung masuk semula ke hutan mencari yang seorang lagi, kawannya itu rupa ripanya telah merayau ke alam bunian. Mengikut cerita yang diceritakannya kepada rakan rakan setelah dia dibenarkan keluar, dia sampai di sebuah rumah lalu bertanya kepada makcik tuan rumah itu arah jalan keluar. Makcik itu kata, kena tunggu suaminya balik dari surau atau masjid sebab dia sendiri tidak tahu. Setelah suami makcik itu balik, mereka leka berbual hingga lelaki itu langsung terlupa akan tujuannya. Dia malah terus tinggal bersama keluarga itu dan langsung jadi menantu mereka. Setelah berkahwin, barulah dia teringat dia perlu balik ke tempat asalnya untuk beritahu keluarga. Dia minta izin drp mentuanya untuk bawa isterinya balik. Mulanya si mertua tak benarkan tetapi setelah dia bersungguh sungguh, akhirnya dibenarkan tapi dengan syarat, sebelum matahari terbenam, mereka perlu balik semula ke alam ghaib. Syarat ini, saya teringat pada sebab remaja yang hilang di Broga itu menolak pelawaan kahwin puteri bunian. Jika setuju, dia tidak dibenarkan lagi balik ke alam nyata bertemu keluarga. Lelaki itu pun balik bawa isterinya dan terleka berborak dengan keluarga dan rakan rakan, dia tidak endah peringatan isterinya untuk mereka kembali sebelum matahari terbenam. Sebaik sahaja masuk maghrib, isteri lelaki itu terus ghaib dan dia  menggelabah  Dia balik semula ke hutan dan diberi kata dua oleh mertua; pilih yang mana? Kalau dia pilih keluarga di alam nyata, dia akan kehilangan isterinya sampai bila bila. Dia pilih untuk terus bersama keluarga bunian itu cuma minta sekali sahaja lagi diberi peluang untuk balik tinggalkan surat pesanan supaya keluarga tidak mencarinya lagi.Dia dibenarkan.

Ada lagi cerita hal bunian dalam posting lain nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan