Isnin, 8 April 2019

Tazkirah

Dunia ini sangat singkat, akhirat lah kampung kita yg sebenar. Mereka yg dahulunya jadi pengetua, kini ramai yg dah bersara. Mereka yg dahulunya pengarah di jabatan, kini ramai yg sudah di dalam kubur.

Siapalah kita, yang hanya peminjam kepada semua yg dipinjamkan.

Kematian ini, memberi sedikit tamparan buat saya khususnya dan kita, yg ingat akan hidup lama sampai nak pencen, sebenarnya, kematian begitu hampir. Namun, persoalan sebenar, apakah persiapan kita untuk Alam seterusnya.

 Seringkali saya melihat, kita mengatakan kerja ibadah, tetapi masih lewat dalam menjaga solat, guru lelaki tidak mahu berjemaah dengan pelajar, guru tidak mahu menutup aurat sempurna, baju yg ketat, tudung yang pendek, enggan berstokin, xde masa baca Quran, walhal baca perbincangan di puluhan group whatsapp boleh, baca fb status boleh, hebat sangat kah kita untuk melawan aturan Allah?

Seringkali kita dengar, kerja guru yg mulia, banyak saham akhirat ya, tapi semakin berkurang guru yg ingin mengingatkan dan mengajak anak muridnya untuk sentiasa menjaga perintah Allah dengan cara
 saw.

 Ingatan guru lebih kepada untuk A dalam subjek, namun, untuk menyelitkan sedikit ttg menjaga amalan, amatlah berharga.

 Sesungguhnya, siapakah yg sebenarnya yg memberi kefahaman dalam pelajaran anak murid kita? *Pasti nya Allah!!.* bukan guru... bukan pensyarah

Ramai warden yg tidak mahu turun bersama pelajar asrama solat berjemaah, walhal berada di sekitar sekolah. Bagaimanakah pelajar boleh di tarbiah tanpa contoh yg baik?

Pentadbir dan pegawai pegawai di jabatan dan kementerian yg sibuk memikirkan masalah salah laku murid, namun, masih juga tidak tahu *menjaga solat fardhu di awal waktu,* sibuk bermesyuarat dan kursus, habis mesyuarat kursus, sibuk pula minum petang, ttg solat?

 Pandai pandai lah ya, semua peserta kursus dah dewasa kata penganjur, pandai pandai lah mereka solat... Allahuakbar.

Akhir nya solat Zuhur guru jam 3.45, solat asar guru jam 7 ptg, bukan lah isu waktu program melanggar waktu solat, namum, selepas kita mengatur waktu program melewati waktu solat,

 mengapa tidak kita menyediakan semua peserta mesyuarat atau kursus agar sama sama terus ke surau solat Fardu berjemaah?? . Bagaimana Allah akan membantu kita?

Semoga Allah beri saya dan kita taufiq *HIDAYAH* Nya untuk kita faham dan berubah.

Dahulukan perintah Allah, Allah akan jaga kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan