Ahad, 14 April 2019

Kahwin akhir zaman

KAHWIN AKHIR ZAMAN

Dari Ustaz Ahmad Faidzurrahim :

Seblm ni ramai para pemuda yg belum mendidikan rumahtangga bertanya pasal jodoh  dan nk kahwin.
Maka saya kongsikan di sini sebahagian amalan2 dari huru-guru kami.

Tajuk:
BAGI MEREKA YANG INGIN BERKAHWIN.

1- Bacalah يا مغيث sebanyak 310 Tiga ratus sepuluh kali Selepas setiap kali sembahyang.
2- Kemudian berselawatlah sebanyak tiga kali, sebelum dan selepas membaca: يا مغيث.
Dan lafaz selawat ini adalah seperti berikut:
صلی الله علی محمد صلی الله عليه وسلم.
3- Diamalkan bacaan ini selama dua minggu atau pun lebih bagi mereka yang inginkan perkahwinan. - Tamat-

Tambahan:
Bagi pemuda @ pemudi yg belum berkahwin tapi ingin berkahwin, di sini ada beberapa Nasehat, antaranya:
1- Jangan niat kahwin kerana harta, duit, dan pangkat seseorang, walau pun sesorang lelaki agama berniat kalau dia kahwin dgn perempuan kaya Jutawan nanti dia boleh bantu kerja-kerja dakwah . Sikap ini terdapat pada sebahagian para penuntut ilmu agama Islam terutama sekali yg belajar kitab secara talaqi. Sesorang yg berilmu tk perlu berniat dan bersikap sedemikian kerana yg memberi rezeki hakikatnya adalah Allah Taala bukan suami atau isteri.

2- Bagi org lelaki muda jgn berkahwin dgn wanita yg terlampau tua dari dia kerana ini akan mengundang banyak masalah di masa akan dtg. Hal ini ada disebut dalam sebahagian kitab-kitab ulamak.

3- kalau boleh elakkan berkahwin dgn yg ada kaitan dgn keluarga seperti sepupu sepapat dan seumpamanya walaupun disarankan oleh kedua Ibu bapa.

4- BAGI perempuan, elakkn berkahwin dgn suami org di akhir zaman sekrng.
Manakala lelaki pulok jgn kacau isteri org dgn niat nk berkahwin dgnnya. Kebiasaan hubungan sebegini tk kekal lama, kalau kekal pon akan berlaku keserabutan dlm kehidupan mereka.

5- Bagi perempuan melayu elakkn berkahwin dgn bangsa asing yg duk jauh di luar negara. Banyak kes perkahwinan dgn bangsa asing diakhiri dgn penceraian kerana banyak perkara tidak serasi.

6- Jangan terlampau cerewet memilih pasangan utk berkahwin dan jgn terlampau mudah sgt buat pilihan. Bersederhanalah dlm hal ini.

7-Jangn terlampau terhegeh-hegeh dan kuat berangan-angan, nnti bnyak bende terlepas.

8- Di akhir zaman ini pilihlah pasangan yg berpegang dgn akidah yg benar iaitu akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Al-Asyairah dan al-Maturidiah. Kalau ada bakal pasangan anda itu berpegang dgn ajaran bercanggah dgn Ahli Sunnah Wal Jamaah maka cepat2 lah blok dia, carilah org lain banyak di atas muka bumi ini. Jgn terlampau berbunga-bunga sgt.

9- Carilah pasangan yg mengutamakan ilmu dan amal ibadah, jgn cari pasangan yg kuat membawang kerana lama kelamaan anda pon terheret akan jadi bawang juge.

10- Bila di majlis perkahwinan jgnlah Jemput lagu-lagu karokei, tarian gelek-gelek, menyanyi terpekit macm burung kakak tua, zaman sekrng zaman viral org cepat rakam dan sebarkan di media sosial, ini akan mengundang bnyk keburukan di kemudian Hari. Buatlah pejanjian dgn bakal pasangan anda agar tk berlaku benda2 tadi dlm majlis perkahwinan sebb org melayu sekrng suka menyanyi mcm burung gagak dan berjoget mcm katak pisang.
Kalau nk wat persembahan kung-fu, Silat, karate, judo, aikido, boxing tekwando dan seumpanya xpe. Lagi bagus buatlah bacaan Quraan serta qosidah dan nasyid Islamik. Nak bagus lagi buatlah bacaan akidah ALLAH WUJUD TANPA TEMPAT.

11 - Yakinlah bahawa rezeki kita ada, dan berusahalah di bawah pimpinan ilmu agama berlandaskan manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah dan jgn takut sgt rezeki duit dan makan minum itu terputus.

Ada seorng ulamak pernah berkata:
علمت ان رزقي لا ياخذه غيري فاطمأن قلبي

Maknanya:
"Aku yakin rezeki ku telah ditetapkan oleh Allah tiada siapa boleh mengambilnya, maka hatiku menjadi sgt tenang.

Semoga Faedah ini dapt dimanfaatkan.

Selamat membaca dan sebarkan!!!

*CnP TanpaPermitTanpaEdit*

-ADMIN- ノライザ大頭領

Tiada ulasan:

Catat Ulasan