KAU HARUS TELANJANG!
(ikhsan Buletin Rakyat)
Apabila Kau Sesat Di Hutan, , Kau harus TELANJANG ! Paham tu.
Bukan kau orang tak tahu, ramai diantara generasi muda kita hari ni suka 'OUTING'…'camping' lah, masuk hutan keluar hutanlah. Kau orang pernah dengar tak, ada yang dah masuk hutan…tapi, tak keluar-keluar dari hutan. Ada kan? Itu namanya SESAT DIHUTAN.
Engkau orang ketawa ye! Nanti, bila kau orang sendiri sesat dalam hutan, baru kau orang tahu betapa NGERINYA apabila sesat . Bayangkan hari sudah bertambah gelap, yang kau lihat hanya hutan…lain tak ada, kecuali hutan. Sepatutnya, kau harus keluar dari kesesatan ini sebelum SENJA MENJELANG, sebelum hari mula gelap.
Apabila hari sudah gelap, disitulah bermula IGAUAN YANG SANGAT MENAKUTKAN, apa tidaknya, bateri handphone kau dah 'kong', kau sudah mula terputus dari dunia luar. Oksigen dalam hutan-tebal sangat tipis, kau orang terpaksa berkongsi oksigen dengan pohon-pohon lain dihutan. Masa tu, kau akan mengalami suatu keadaan yang sangat tertekan. Kau akan mengalami sedikit sukar bernafas.
Kau harus bertenang, relakskan minda agar dapat berfikir, tapi itu cakap orang diluar sana yang hanya 'pandai cakap' tetapi tidak pernah berada dalam senario getir yang kau hadapi sekarang , tapi kau …..kau sedang berada dalam proses KEMATIAN kau sendiri.
Nak relaks apa? Tenang kepala kucing hitam!!!! Pastinya, kau orang akan gelabah,,,,mana tidaknya, sebelum ini….nak datang kerumah aku pun, kau sesat…inikan pula contohnya ...kau sedang sesat diHUTAN PAHANG! Ular tedung, orang hutan, gajah liar, harimau 'laki-bini' dah lama menunggu kau. KING KONG pun ada !
Kau orang pernah dengarkan, berita orang sesat sampai 7 hari 7 malam dihutan belantara, yang mati-mati….yang hidup-hidup…yang dimakan harimaupun ada….eeeeish, kita tak mahu kau orang jadi macam tu. Nah, ini dia petua apabila kau orang TAK JUMPA-JUMPA JALAN KELUAR!
Petua ini diperolehi oleh ayahku dari seorang Tok Batin diHutan Johol, Negeri Sembilan. Tok Batin dulu-dulu, siang dan malam duduk dalam hutan, tak pernah keluar-keluar…dunia mereka adalah RIMBA. Tak macam Tok Batin zaman sekarang, dia orang sendiri SESAT DIHUTAN,,,,siap panggil BOMBA LAGI….hi hi hi. Nama jer Orang Asal, tapi sesat dalam rumah sendiri…he he he.
Apabila, kau orang dah sesat……komunikasi diluar terputus, keadaan kau pasti tenat kerana 'SESAT KAU' sudah masuk hari kedua atau ketiga. Aku percaya, kau akan hanya berserah dan berdo'a kepada TUHAN. Siap nangis-nangis lagi, you. Kau orang ingat, TUHAN ada masa ke nak menyelamatkan kau orang? Sembahyang pun tak pernah! Dah terhimpit, baru kau pandai 'ingat pada TUHAN'. Tetapi, itu masih belum mencukupi. Kau harus berusaha!
Yang paling sukarnya apabila kau orang berada dalam kumpulan lelaki dan wanita. Perkara JAHIL pertama yang kau harus lakukan (sebagaimana nasihat dari aruah ayahku) adalah untuk BERTELANJANG (BERBOGEL). Kan kacau tu? Betul tak? Inilah satu-satunya petua (walaupun sukar untuk dipercayai) yang pernah aku gunakan ketika sesat disebuah hutan tebal diNegeri Sembilan. Akupun tak tahu, kenapa harus TELANJANG!
Kau tahu ke kenapa? Pelik kan, kan, kan….siut jer bunyinya. Eeeeiiii…geli tengok banyak buah-buahan hutan tergantung-gantung disana sini …hi hihi hi. Tapi, itulah rahsianya untuk keluar dari kesesatan. Yang menjadi masaaah besarnya, ada diantara kau orang yang tidak percaya dan tidak mahu mematuhi PETUA yang karut-marut ini. Aku sendiri, menganggapnya KARUT, inikan pulak kau orang, iye tak? Tapi, entahlah….itulah rahsianya.
Selepas bertelanjang-bogel sambil pakaian dijunjung diatas kepala, kau orang mulakanlah langkah. Gerakan langkah, tak kira kemana langkah itu hendak pergi, tetapi niat kau harus satu iaitu utuk mencari sebatang ANAK AIR yang berdekatan.
Percayalah, kau pasti akan keluar dari KESESATAN itu. Tapi, ia akan menimbulkan MASAALAH BESAR lah pulak.
Apabila kau orang selamat keluar dan menemui semula DUNIA TERANG, maka orang ramai terdiri dari saudara-mara kau, kawan-kawan kau, pemberita dan jurufoto yang sudah berhari-hari menununggu kau, akan TERKEJUT KUCING melihat keadaan 'luarbiasa' kau orang itu. …Sesungguhnya, mereka menganggap kau orang sebenarnya suatu gulungan 'CULT' yang baru saja mengadakan PESTA TARIAN BOGEL diRimba Raya. Paham tak tu? kik kik kik. …hi hi hi….
Maka banyaklah 'close-up shots' yang akan di 'scoop' oleh juru-juru foto akhbar. Ia pasti VIRAL !
MENGAPA KAU ORANG HARUS TELANJANG BILA SESAT DALAM HUTAN? - SUATU JUSTIFIKASI.
Rupa-rupanya, petua orang tua-tua terdahulu penuh logik dan rialistik. Mengapa kau harus TELANJANG ? Aku sempat bertanya kepada aruah ayahku sebelum beliau meninggal dunia. Dengan bertelanjang, kau orang akan membenarkan segala elemen ALAM SEMULA JADI menyeliputi batang tubuh kamu ketika itu. Pendek kata, kamu bersahabat dengan ALAM, bau tubuh badanpun…. bau tanah, bau pokok, bau buah-buah liar dihutan. Kau juga berbau saperti haiwan. Sesungguhnya, pada ketika itu, kamu bagaikan menjadi BINATANG dihutan belantara. Kalau sudah bertaraf sedemikian, mampukah kamu sesat? Secara saikologinya, pasti tidak kerana kamu sudah menjadi Haiwan. BINATANG tidak pernah sesat dihutan.
Apabila kamu terserempak dengan sekumpulan HARIMAU yang sedang kelaparan, kau akan merasa hairan…...harimau inipun akan bertempiaran lari apabila melihat kau orang. Kau tahu kenapa? Kerana harimau-harimau ini tidak pernah melihat binatang saperti kau BERJALAN SAMBIL BERIDIRI !
Paham tu ?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan