Jumaat, 20 September 2019

Silaturrahim

*Bagus untuk dibaca*.................................................Ada seorang yang kaya raya berangkat haji. Sebelum berangkat, ia menyimpan wangnya sebesar 10,000 Dinar kepada seseorang yang sudah terbiasa dipercaya untuk menyimpankan barang atau wang.

Setelah selesai melaksanakan hajinya, orang kaya itu mendatangi rumah orang yang diberi amanah menyimpan wangnya tersebut.  Sesampainya di rumah orang itu, ternyata orang tersebut telah wafat.

Orang kaya itupun bertanya kepada ahli warisnya. Namun tidak satupun diantara ahli warisnya mengetahui perihal wang simpanan tersebut. Orang kaya itupun kebingungan dan bertanya-tanya dalam hatinya, di manakah wang yang disimpan oleh orang yang diberi amanat tersebut?

Orang kaya itupun mendatangi seorang alim di kota Mekkah, lalu menceritakan tentang wangnya tersebut.

Orang alim itu berkata : "Di sepertiga malam akhir nanti, pergilah kamu ke Perigi Zam-Zam, panggillah nama temanmu yang kau simpankan wang itu, ditepi perigi. Jika temanmu adalah orang yang baik , dan termasuk seorang ahli Syurga, maka dia pasti akan menjawab panggilanmu, lalu tanyakanlah kepadanya, dimanakah ia menyimpan wangmu".

Pada akhir malam, orang kaya itupun pergi mendatangi Perigi Zam-Zam. Di bibir perigi ia memanggil nama temannya yang menyimpan wang, hingga 3 kali ia panggil, namun tidak ada jawaban sama sekali.

Orang kaya itu pun kembali mendatangi orang Alim tersebut, lalu menceritakannya. Orang Alim itu terperanjat dan berkata : "Innaa Lillahi Wa Inna ilaihi Rooji'uun", jika memang temanmu tidak menjawab, aku takut dia termasuk golongan Ahli Neraka.

Jika memang demikian pergilah kamu ke Yaman, disana ada sebuah Perigi yang bernama "Barhut", dikatakan bahwa Perigi itu adalah bibir dari Neraka Jahannam...Datangilah di sepertiga malam akhir, dan panggillah nama temanmu itu".

Orang kaya itu pun pergi ke Yaman, lalu mendatangi Perigi Barhut di sepertiga malam akhir. Ia pun memanggil nama temannya yg ia simpan wang: "Yaa Fulan !" Baru sekali panggilan, tiba-tiba terdengar jawaban dari dalam Perigi.

Orang kaya itu pun merasa prihatin dengan keadaan temannya tersebut, lalu bertanya : "Dimanakah engkau menyimpan wangku?".

Dari dalam Perigi terdengar jawaban : "Aku menyimpan wangmu di sini dan di sini, di dalam rumahku, pergilah dan katakan kepada anak-anakku. Kamu akan mendapati wangmu kembali".

Orang kaya itupun bertanya : "Bagaimana  engkau tergolong sebagai orang yang ahli Neraka? Bukankah kau adalah orang yang baik dan memiliki sifat amanah?".

Orang itupun bercerita : "Sesungguhnya aku mempunyai seorang saudara perempuan yang faqir, lama kami tidak saling tegur sapa, sampai aku meninggal. Inilah yang menyebabkan aku tergolong sebagai ahli Neraka.

Jika kau mau menolongku, datangilah saudaraku tersebut, dan mintakan maafku kepadanya, dan ceritakan padanya, bagaimana keadaanku sekarang ini yang merasakan siksaan, kerana putus tali silaturrahim dengannya".

Orang kaya itupun segera pergi ke rumah ahli waris temannya itu, lalu menceritakan dimana ayahnya meletakkan harta titipannya. Dan ternyata memang benar, wang tersebut masih ada. Setelah itu, ia bertanya kepada anak-anak temannya itu, dimanakah rumah mak saudara mereka? 

Setelah tahu alamatnya, iapun segera pergi ke rumah saudara perempuan temannya tersebut. Setelah bertemu, ia pun menceritakan apa yang di alami saudaranya di Alam Kubur.

Mendengar cerita orang kaya itu, perempuan itupun menangis dan memaafkan saudaranya, lalu ia memohon ampun dan mulai menyambung tali silaturrahim dengan anak-anak saudaranya".

Catatan :

Rosulullah Saw bersabda : "Tidak akan masuk Surga orang yang putus tali silaturrahim ".

Diriwayat yg lain : "Orang yang putus tali silaturrahim akan mendapat laknat dari Allah , walaupun dia mati didepan Ka'bah".

Rasulullah Saw bersabda : "Tidak akan turun Rahmat Allah, kepada satu kaum, jika didalam kaum tersebut terdapat satu saja orang yang putus tali silaturrahim".

Orang yang putus tali silaturrahim, berarti telah putus hubungan dengan Allah Swt...Berarti solatnya bukan untuk Allah, puasanya bukan untuk Allah, zikirnya, dan ibadah-ibadah lainnya bukan untuk Allah Swt.

Allahumma Shalli 'Alaa  Muhammad Wa 'Alaa Aali  Muhammad.

*Walaupun di grup ini kita banyak perbedaan bahkan perselisihan tapi jangan jadikan itu semua menjadi penyebab putusnya tali SILATURRAHIM kita semua*
*Semoga dengan selalu menjaga silaturrahim kita semua dan juga di dalam grup ini boleh mendatangkan ilmu yg bermanfaat, saudara/teman yang bertambah juga rezeki yg halal & berlimpah bagi kita semua Aamiin Yaa Robbal'alamiin* 🙏🤗

#MUHASABAHDIRI

Isnin, 16 September 2019

Niaga masjid

https://www.facebook.com/groups/396256091304434/permalink/410792776517432/

Saya pernah nak utarakan cadangan ni pada JAKIM dan kepada seluruh Masjid di Malaysia tapi tak berkesempatan nak buat. So, saya share kat sini je la dan harap boleh tolong viralkan kepada pihak2 berwajib utk dilaksanakan supaya kita sama2 dpt manfaat.

Utk mengwujudkan Pasaraya di kawasan Masjid yg menjual produk Muslim, AJK Masjid mmg  takde pengalaman nak uruskan pasaraya tersebut, lepas tu nak cari pekerja lagi. Nak pantau pasaraya dan nak jaga masjid lagi.

CADANGAN SAYA YG PERTAMA....... ialah JAKIM/JAIS/MASJID jalankan kerjasama dgn Az-Zain, Dr Zainol atau mini market muslim sedia ada yg lain dan buat pasaraya menjual produk Muslim di Masjid.  Dgn cara kerjasama ini, masyarakat akan lebih mudah mendapatkan produk Muslim yg hampir dgn tempat tinggal masing2.

Daripada di sewakan kpd  kedai2 kecil disekeliling masjid dan hanya beberapa peniaga Muslim yg dpt manfaat, adalah lebih baik disewakan kepada pasaraya yg boleh menempatkan byk produk Muslim. Dgn cara ini ramai lagi org Islam yg akan dpt manfaat. Secara tak langsung, MASYARAKAT AKAN HAMPIRI MASJID DAN RAMAI2 BERSOLAT DI MASJID.

Kita sebagai org Islam sebenarnya sgt beruntung sebab setiap daerah ada masjid yg tersedia menjadi pusat aktiviti masyarakat setempat. Oleh itu, kita WAJIB perluaskan lagi fungsi masjid ke tahap maksimum utk kebaikan org Islam setempat. Dengan RANGKAIAN MASJID ini PERCAYALAH, kita sebenarnya dah mengalahkan rangkaian atau chain store seperti 7 Eleven dan Speedmart 99 di seluruh Malaysia.

CADANGAN SAYA YG KEDUA....... Pihak masjid kumpulkan peniaga Muslim disekitar Masjid dan biar mereka lantik AJK dari kalangan mereka utk dijadikan AJK Peniaga Muslim Masjid dan mempunyai ketua AJK nya sendiri.

Tujuan AJK ini ditubuhkan ialah untuk.......

1. Menjalankan pemetaan dan mengumpul data semua peniaga Muslim yg berada dalam kariah Masjid tersebut bagi merapatkan lagi ukhwah peniaga Muslim setempat supaya boleh bantu membantu atau sebagai medium utk menyalurkan maklumat DGN PANTAS utk semua peniaga Muslim.

2. Mengwujudkan satu page dlm website Masjid utk AJK tadi isi semua data2 peniaga Muslim setempat tadi dlm website seperti.....

- nama syarikat
- lokasi syarikat
- no fon
- jenis perniagaan yg dijalankan
- pengenalan tentang syarikat
- gambar2 berkenaan perniagaan

supaya masyarakat setempat dan seluruh org Islam di Malaysia boleh akses info2 ini dgn cepat dan mudah. Dan paling penting INFO TERSEBUT SEMUA UP TO DATE sebab AJK tadi kena tahu mana peniaga Muslim di kawasan dia yg masih berniaga, dah tutup syarikat atau berpindah tempat. Ini bagi mengelakkan rakyat menerima info yg tak fresh dan membosankan.

Jika semua Masjid di Malaysia ini melakukan perkara yg sama seperti di atas, dan semua data tadi di link kan kpd website pusat seperti JAKIM. Maka pada waktu itu, KITA AKAN NAMPAK Subhanallah semua data2 peniaga Muslim satu Malaysia kita BOLEH TENGOK dgn MUDAH dan MUKHTAHIR. KITA AKAN MUDAH utk mencari peniaga Muslim di mana sahaja di Malaysia ini. Fasa seterusnya, kemudian kita mungkin boleh buat dgn mengumpulkan peniaga yg menjalankan perniagaan yg sama dan boleh pakat2 kongsi2 utk dptkan harga kos lebih murah dgn cara beli satu lori atau satu kontena barang secara berjemaah.

3. AJK buat meeting mingguan atau bulanan di MASJID utk semua peniaga Muslim setempat dan bincang mcm mana nak bantu naikkan lagi ekonomi org Islam setempat atau bantu menyelesaikan masalah peniaga Muslim setempat.

4. AJK jalinkan kerjasama dgn Ustaz, Ustazah, Cikgu2, Pensyarah atau pakar2 setempat dgn bayaran yg minima utk mengadakan kelas2 tambahan, tuisyen atau kelas amali bg anak2 setempat supaya anak2 ini tersedia menjadi aset dan BACKUP utk membantu menaikkan ekonomi org Islam pada masa akan dtg. Secara tak langsung ANAK2 MUDA AKAN LEBIH DEKAT DGN MASJID DAN BERSOLAT DI MASJID. InsyaAllah kita akan tgk gejala sosial dan gelaja lepak2 anak muda ini akan berkurang.

Cukup setakat ini, saya SANGAT PERCAYA ramai lagi SAHABAT2 MUSLIM saya yg lain mempunyai pandangan atau idea tambahan lain yg nak dikongsikan bersama.

Tuan2/Puan2 berikan pandangan dan idea dlm ruang komen selepas tu share pada semua sahabat muslim kita ye... :)

Semoga dgn usaha kita ini Allah akan pandang di akhirat nanti utk menjadi asbab menarik kita keluar dari Neraka dan masukkan kita terus ke dalam Syurga Allah swt.

Amin !!!

Irwan Bin Narzaimal
019-330 5457
Asmaa Auto Parts Sdn Bhd
Sg Buloh, Selangor.
14 September 2019
14 Muharram 1441H

Jumaat, 13 September 2019

Studi

Tips jadi pelajar hebat

JANGAN ASYIK STUDY
Kalau hidup habis dekat library, asyik menyendiri baca buku sorang-sorang, tak berkawan dan tak tegur sapa, itu satu hidup yang sedih dan bosan.

Waktu habiskan kedoktoran dekat Hong Kong dulu, supervisor saya selalu pesan jangan study banyak sangat.

Kena bersukan. Main badminton, main bola, jogging dan sebagainya. Hidup kena ada balance. Satu pembaziran usia sekiranya zaman universiti dihabiskan dengan menghafal buku teks semata-mata.

FAHAMI SkEMA PEMARKAHAN
Kena faham. Lain subjek lain gaya dan stail pemarkahan. Fahami juga perangai dan style guru yang tanda paper tu.

MARKAH HANYA ANGKA
Belajar rajin dan beri yang terbaik. Abaikan markah. Apa yang anda dapat selepas berusaha bersungguh-sungguh, tuhan yang bagi. Kena redha. Asalkan dah usaha, guru sentiasa bangga dengan anda.

SEDAR DIRI
Kenali diri anda. Lain orang lain waktu dan cara fokusnya. Check balik waktu yang anda dapat konsentrasi lebih.

BAGI PERHATIAN
Kalau nak tidur, tidur kat hostel jelah. Dah datang kelas tu bagilah sepenuh perhatian. Pupuk minat suka ilmu. Supaya tak bosan, participate. Angkat tangan dan tanya soalan. Berborak dengan guru waktu tutorial. 2 ways communication baru tak bosan.

BE PREPARED
Kena datang bersedia. Baru seronok belajar. Jangan buat kerja rumah lekeh-lekeh.

STUDY SMART & HARD
Jangan study cara orang malas. Dua jam belek buku teks sambil baring atas katil ialah cara orang malas. Dan bosan. Bukan masuk pun.

Lebih baik study sekitar 20 minit ke setengah jam tapi secara aktif dan bijak. Buat nota ringkas, belek soalan exams tahun dulu dan sebagainya.

Jangan belajar dalam kelas. Sebelum masuk kelas, belajar dan baca topik tu siap-siap. Belajar dan kerja rajin tak cukup.

Orang paling rajin, gajinya paling sikit. Orang paling rajin ialah buruh dan maid. Gaji mereka paling sikit sedangkan kerja letih dan banyak. Kena study smart and hard.

NETWORK
Pelajar yang nak pergi jauh patut ada kemahiran bersosial. Belajar cara komunikasi yang betul dan cara berurusan dengan orang.

Belajar speaking sikit. Jangan segan bila orang gelak.

PLANNER
Pejam celik dah tua pastu mati. Sayangnya. Jangan gitu. Rancang hari anda. Gunakan masa secara bijak. Jangan asyik main game saja. Dan jangan asyik menonton saja. Kena ada keseimbangan.

If you fail to plan, you plan to fail.

BELAJAR HORMAT ORANG
Jangan kurang ajar. Jangan maki hamun guru dan kutuk-kutuk dan gelakkan orang lain. Cermin diri sendiri dulu sebelum suruh orang lain dan guru cermin diri. CGPA tinggi pun kalau biadap dan takde akhlak, tiada gunanya.

Jangan sombong pasal rasa kita anak orang kaya. Some students are so poor that they have nothing except money.

Jangan jadi begitu.

Pelajar yang layan guru macam sampah, pelajar tu sendiri jadi sampah. Usah begitu.

-unknown-

Rabu, 11 September 2019

Malaya

"KECAM MELAYU?- Malay Bashing?"
Oleh: Anuar Ahmad

Pernah dengar ada orang kata "Melayu malas", "Melayu miskin", "Melayu tak pandai berniaga", "Melayu jahat", "Melayu kaki tipu" dan berbagai istilah lain?

Ini adalah apa yang dipanggil sebagai "Malay Bashing". Sedang berlaku sekarang.

Ada pemimpin politik kata orang Melayu pemalas,
Ada pensyarah universiti kata pelajar Melayu manja,
Ada majikan syarikat kata pekerja Melayu tak boleh diharap.
Ada pelanggan kata peniaga Melayu tak jual barang berkualiti.
Ada ketua jabatan kata pekerja Melayu tak cekap.

Macam macam dikata tentang Melayu. Semua ini adalah satu keadaan yang disebut sebagai 'Malay Bashing- Kecam Melayu".

Jika orang Melayu tak bersedia dan tidak faham fenomena ini, akan ada nanti sebahagian orang Melayu yang perlahan-lahan menerima dan bersetuju dengan amalan "Malay Bashing" ini.

Mereka mula akan berkata 'memang pun Melayu Malas", "memang pun Melayu miskin" dan sebagainya.

Seterusnya kerana sentiasa diulang -ulang "malay bashing" ini, akhirnya orang Melayu akan percaya dengan label-label ini. Mereka percaya itulah mereka.

Bila sudah percaya, akhirnya orang Melayu akan mula bertingkahlaku begitu.

Manusia bertingkah laku mengikut apa yang dia percaya. Seorang anak jika diulang ulang bahawa dia 'bodoh' oleh ibubapa dan gurunya, maka dia akan percaya dia bodoh.

Maka dia akan mengambil tingkahlaku mewakili sifat orang bodoh. Anak-anak yang percaya mereka 'bodoh' akan takut bertanya soalan, takut menjawab soalan, tidak bersedia menawarkan diri untuk memimpin kumpulan dan sangat kurang memberikan pendapat sendiri.

Saya tidak nafikan memang ada Melayu malas, memang ada Melayu kaki tipu, memang ada Melayu miskin.Tapi bukan semua Melayu begitu. Itu sifat individu bukan mewakili sifat bangsa Melayu.

Ramai lagi Melayu yang rajin, ramai Melayu jujur dan ramai Melayu yang kaya. Tapi ini jarang disebut-sebut.

"Ethnic Bashing" adalah satu kaedah yang sistematik samada secara dirancang atau mungkin secara tidak dirancang untuk menjatuhkan kekuatan dan keyakinan diri di dalam sesuatu kaum atau bangsa.

Di era penjajahan Inggeris, para pegawai kolonial menggunakan kaedah ini untuk merasionalkan matlamat mereka untuk membawa masuk pekerja untuk bekerja di lombong bijih timah dan estet gerah. "Melayu malas" kata mereka.

Bacalah tulisan Frank Swettenham, "The Malay Sketches (1888) yang mengambarkan betapa Melayu adalah bangsa yang malas.

90 tahun kemudian, tulisan beliau telah dikritik hebat oleh Syed Hussein Alatas di dalam buku beliau "The Myth of The Lazy  Native" (1978).

Kerana ratusan tahun di bawah penjajah melalui agenda "Malay Bashing" ini, orang Melayu menjadi bangsa yang inferior (rendah keyakinan diri).

Mereka tak berani menjadi peniaga. Mereka mula berfikir bahasa Melayu tak ada masa depan. Mereka melihat adat budaya Melayu ketinggalan zaman. Melayu adalah tradisional. Melayu tidak moden.

Orang Melayu mula berfikir kehidupan mereka lebih sesuai di kampung. Mereka mula berfikir kerja pertanian paling sesuai untuk mereka. Berniaga bukan untuk mereka.

Apatah lagi menjadi usahawan atau pengilang. Ini lama dulu. Hinggalah ada lelucon yang berbunyi "Melayu tak payahlah bercita-cita tinggi sangat, buat sebatang jarum pun belum tentu boleh"

Orang Melayu ketika itu menganggap apa sahaja dari barat adalah baik, maju dan moden. Apa sahaja dari akar Melayu adalah tidak baik.

Ambil satu contoh. Orang Melayu mempunyai warisan ilmu perubatan tradisional yang sangat hebat tapi mereka tinggalkan ilmu perubatan tradisional bangsa Melayu kerana mereka menerima sepenuhnya perubatan barat.

Mereka percaya ilmu perubatan Barat satu-satunya yang terbaik. Penjajahan mendidik mereka percaya begitu. Orang Melayu berhenti mengkaji dan membuat penyelidikan secara komrehensif berkaitan perubatan Melayu. Bayangkan paten untuk pokok herba Tongkat Ali dipegang oleh MIT USA bukan universiti tempatan.

Bangsa Cina juga ada ilmu perubatan tradisional mereka. Sebagai perbandingan, di China ada lebih sepuluh buah universiti perubatan tradisional Cina.

Paling besar Beijing University of Chinese Medicine (1958), mempunyai 22 ribu pelajar dengan 15 fakulti.

Saya berpeluang ke sana beberapa tahun yang lalu. BUCM menawarkan lebih 10 program PhD dan puluhan program sarjana. Juga berpuluh program sarjana muda dalam bidang perubatan Cina.

Pelajar antarabangsa datang belajar   di universiti ini tentang perubatan tradisional Cina dari lebih 52 buah negara.

Ada Universiti Perubatan Melayu di Malaysia yang menawarkan ijazah, sarjana dan PhD? Saya tanya anda, ada? Mengapa tiada?

Sebabnya kita tidak percaya pada diri sendiri. Kita percaya ilmu perubatan Barat satu-satunya ilmunya perubatan terbaik.

"Malay Bashing" ini akan berterusan. Jika tidak disedarkan anak-anak Melayu, mereka akan perlahan-lahan hilang keyakinan diri sebagai satu bangsa.

Sebab itu bangsa Melayu kena mula tolak agenda "Malay Bashing" yang melanda mereka sekarang.  Ini perlu dilakukan dengan lebih bersatupadu, bekerja kuat, jangan irihati sesama bangsa, sokong menyokong dan paling utama meningkatkan ilmu pengetahuan.

Sokong barangan Muslim adalah satu tindakan menolak "Malay Bashing" berkaitan produk muslim. Melayu mesti hebat dalam pendidikan, perniagaan dan pentadbiran.

Tidak boleh bertolak ansur pada sebarang usaha merendahkan minda Melayu melalui agenda "Malay Bashing" ini.

Rujukan
https://www.thesundaily.my/archive/stop-malay-bashing-GUARCH578070

https://www.newmandala.org/deep-malay-cultural-psychology/

https://m.malaysiakini.com/news/490900

http://www.financetwitter.com/2018/09/mahathir-has-spoken-again-malays-are-lazy-untrustworthy-banks-no-longer-trust-them.html

https://www.ssc.wisc.edu/~oliver/wp/wp-content/uploads/2015/06/Oliver_The-Ethnic-Dimensions_Feb_2013.pdf

http://www.china.org.cn/top10/2012-02/22/content_24683507_10.htm

Isnin, 9 September 2019

WANITA PERLU ADA INI

✿ PMR-Pemaaf, Mentaati Allah, Redha dan Rendah diri

✿ SPM-Solehah, Penyabar, Mencintai Ilmu.

✿ STPM-Setia, Tetap pendirian, Penyayang, Menghormati orang lain

✿DIPLOMA-Disiplin, Ikhlas, Pandai apa-apa, Lembut, Organize, Memahami, Amanah

✿ IJAZAH- Inisiatif, Jujur, Ambil tahu, Zuhud, Akalnya matang, Husnu Dzan

✿ SARJANA-Sabar, Amarahnya kurang, Realistik, Janji ditepati, Akhlaknya Baik, Nakal (dengan suami je ok), Agamawan (faham asas2 agama)

✿ PHD- Pemurah, Hasanah (baik - subjektif), Dididik dan mendidik