Ahad, 31 Oktober 2021

Doa

 Tazkirah zohor


 Selagi kita sama2 makan gaji.... jgn nak rasa kita ni lebih dari org lain... rasa keakuan... kuasa buli x  boleh sesekali bawa ke mati ke dalam kubur...


Jangan sesekali buli dan sekat rezeki orang lain... ni bukan pesanan teman ..


Tapi...

pesanan yg penuh ikhlas dari org tua2 kita.. sebab? ... الله yg maha pemberi rezeki  akan sekat rezeki org yg sekat rezeki hamba2Nya

نعوذبالله


Bila pencen... menyesal

Tak sempat minta maaf pd org yg kita zalimi....


Ketahuilah.... الله baru pinjam sedikit kuasa... tu  pun level celah2 kuku je pun...

Bertindak seolah2 dialah penguasa seluruh cakerawala alam buana, alam jin dan alam roh.


Jangan tertipu dan terpedaya dgn godaan manis dan manja lagi mengedik  makhluk bernama  


الشيطان الرجيم

Lagi sekali

Ingat pesanan teman...

Jangan sekat rezeki org.


Buruk padahnya... 

16.9k doa kpd الله sebagai doa org yg dizalimi....


Tak tutup mata bila mati... buntang je mata bila melihat kezaliman yg الله tayang balik semasa kita hidup dulu


Sebab x sempat minta maaf satu2

Masa tu menangis kuar air mata darah pon dah x guna. Dah terlambat.


Berani buat beranilah tanggung

Nah rasakan.... 


U stat the game

U must play the game


Until the game is over


Apa yg penting


 Rapatkan saf... sesama kita

Org islam dan serumpun nusantara

Lagi 99 org nak cukup 17k


Doa 40 org = doa 1 wali

Doa yg pasti maqbul


ان شآءالله

16901 / 40

= 423 doa para wali tembus ke langit tanpa hijab


Yg hak pasti sirna 

Yg bathil pasti musnah

تكبير


 Ingat ...

Sapa2 yg menyokong kezaliman...


Samalah seperti bersubahat


Maka dosanya adalah 2x


Kita tuntut di hadapan الله

رب الجليل


Di padang mahsyar

Sabtu, 30 Oktober 2021

Nilai

 



Valid ke nilai guru dari markah murid ?


1. Markah murid diperolehi dari hasil kerja dan usaha mereka untuk menjawab soalan ujian / peperiksaan. 


2. Markah ini terhasil set soalan yang disediakan untuk menguji penguasaan murid, BUKAN pengajaran guru... (we can’t assess teachers on tests that were made to assess students)


3. Menggunakan markah murid sebagai penilaian kepada guru 'overshadow' masalah sebenar yang dihadapi murid dan meletakkan kesalahan kepada guru jika markah murid rendah


4. Markah murid dipengaruhi oleh pelbagai faktor, yang ada kalanya terlalu kompleks utk dikaitkan terus kepada prestasi guru.


5. Mungkin sahaja  mereka yang dikatakan 'low-performing teacher' adalah guru yang tidak berupaya mengatasi pelbagai masalah muridnya dgn hanya 'bekerja keras mengajar dengan baik' dlm ekosistem yang kurang membantu.


6. Sebarang kekurangan markah purata murid dan membawa kepada 'prestasi' sekolah adalah 'tanggungjawab bersama' pihak sekolah, guru dan ibubapa serta komuniti, bukan hanya pada guru.


7. Markah murid bukan sepenuhnya adalah refleksi kepada pedagogi guru


8. Penilaian guru jika ingin dilaksanakan perlu bersifat jangka panjang, multi dimensi dengan pelbagai pendekatan spt penilaian sesama guru, temubual, survey, pemerhatian, sikap, kerjasama, usaha, inisiatif, CV etc.


9. Foto menunjukkan Malaysia adalah negara paling tinggi peratusan meletakkan penilaian guru kepada markah pencapaian murid.


10. Penilaian perlu lebih kepada usaha mengenalpasti dan menyediakan keperluan guru spt latihan dan sumber, bukan untuk tujuan promosi.


OT

Unta

 ♻ *Mengapa unta Nabi SAW memilih berhenti di depan pintu rumah Sahabat Abu Ayub al-Anshori RA saat hijrah ke Madinah?*


Suatu waktu Nabi Sulaiman As dan sahabat beliau Tuan Tubbah Harrari pergi mengunjungi Yathrib (Madinah). 


Baginda Nabi Sulaiman memerintahkan tandunya untuk turun disuatu tempat yang dinamakan Yathrib. dan memberitahu sahabatnya Tuan Tubbha Harrari, bahwa disinilah Nabi Muhammad SAW. Nabi dari para Nabi akan datang.


Nabi Sulaiman As berkata : "Apabila Beliau SAW. ada disini, aku akan membantu beliau mengikatkan tali sepatunya!." 


Tuan Tubbha Harrari begitu kaget dan menjawab:  "Nabi ini apakah derajatnya akan lebih tinggi dari Anda..?."


"Ya derajat Nabi Muhammad SAW. lebih tinggi dari derajat seluruh Nabi", jawab Nabi Sulaiman


Tuan Tubbha Harrari lalu memohon kepada Nabiyulloh Sulaiman As, apakah beliau boleh tinggal disitu untuk menunggu Raja dari seluruh Nabi, imam dari para Rasul..? 


Nabiyulloh Sulaiman As. menjawab : "Ya, engkau boleh menunggu disini jika kamu menginginkannya!"


Kemudian sahabat dari Nabi Sulaiman As. mulai membangun rumah-rumah dan meminta penduduk disekitar gua, bukit dan gubug, untuk datang dan tinggal disana.


Ketika orang-orang itu datang, mereka terkagum-kagum melihat cantiknya rumah-rumah yang telah dibangun. Mereka lihat bahwa Rumah-rumah yang dibangun, semuanya satu lantai, kecuali satu rumah dengan 2 lantai: 


Maka penduduk disitu bertanya, "Wahai Tuan Tubbah Harrari mengapa yang satu ini dibangun dengan 2 lantai..?."


Tuan Tubah menjawab: "Rumah ini disediakan untuk seseorang yang derajatnya sangat tinggi, oleh karena itu dibuat dua lantai, rumah ini saya bangun khusus untuk Rasul SAW."


"Rumah-rumah ini merupakan permukiman pertama di Yathrib, dan Tuan Tubbah Harrari dengan sabar menunggu kedatangan Nabi Suci Nabi Muhammad Rasulullah SAW. Namun Dengan berjalannya waktu Tuan Tubbha Harrari menjadi makin tua dan makin lemah dan datanglah saatnya untuk mengucapkan selamat tinggal pada dunia."


Pada hari kematiannya beliau menulis surat yang isinya :

"Ya Rasul Allah Sallahu Alayhi Wa-Sallam, saya mendengar dari Nabi Sulaiman, Nabi saya, bahwa Anda akan tiba ditempat ini, saat-saat terakhirku sudah tiba dan saya harus meninggalkan dunia ini, saya sudah membangun rumah ini untuk Anda, jadi mohon diterima rumah ini."


Tuan Tubbah Harrari menyerahkan surat itu kepada putranya dengan permintaan untuk diserahkan kepada Baginda Nabi dari para Nabi, ketika kelak beliau tiba. 


Demikianlah waktu berjalan terus, abad demi abad berlalu dan diteruskan dari generasi-generasi keturunan Tuan Tubbah Harrari, dan akhirnya sampai ketangan Sahabat Ayub Anshori Ra."


Ketika Rasulullah SAW tiba di Yathrib (Madinah), Beliau diundang oleh setiap penduduk Madinah untuk tinggal dirumah mereka, namun Rasulullah SAW menjawab : "Aku akan tinggal dimana ontaku ini berhenti untuk istirahat." 


"Dan onta itu memutuskan untuk beristirahat didepan pintu rumah Sahabat Abu Ayub al-Anshori Ra."


Baginda Nabi Muhammad SAW kemudian bertanya kepada Sahabat Abu Ayub Anshori Ra, "Dapatkah kamu berikan kepadaku, Amanatku..? 


Sahabat Ayub Anshori, begitu kaget, karena Rasul SAW yang baru datang ini tahu apa yang telah terjadi oleh leluhur-leluhurnya selama ratusan tahun... mendengar itu beliau Sahabat Ayu menjawab: "Ya Rasulullah, hanya ayah saya dan saya yang mengetahui adanya surat ini!"


Baginda Nabi SAW menjawab, "Sesungguhnya Aku melihat kakek buyutmu ketika dia menulis surat wasiat ini".


Kisah ini dituturkan oleh Maulana Syeikh Muhammad Nazim Al-Haqqani


اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم تسليما كثيرا

محمد

 *Di Manakah Engkau Wahai MUHAMMAD* *Yang Mengaku Sebagai Nabi?*

*Assalaamu'alaikum wr.wb*


*KISAH BENAR SEORANG ANAK NASRANI (KRISTIAN) YANG TERTEMBAK SEWAKTU PERINGATAN MAULID NABI*


Pada waktu itu, di Lubnan Selatan, kebiasaan peringatan maulid Nabi Muhammad SAW, mereka rayakan secara meriah sejak turun temurun dan selalu dimeriahkan dengan menembakkan senjata api ke udara untuk menunjukkan kegembiraan mereka.


Ketika itu seorang kanak kanak Nasrani Dari keluarga Ghatas yang terkenal turut serta menyaksikan temasya memperingati peristiwa Itu dengan asyik sekali.


Tanpa disadari, sebiji peluru menyasar menembusi kepalanya.


Anak itu pun jatuh tersungkur bersimbah darah dan seketika itu juga ibunya berteriak seperti histeria gayanya.


Maka dengan segera anaknya dikejarkan ke Hospital. GHASAN HAMUD.


Tetapi HGH angkat tangan kerana tidak mampu menangani pendarahan yg begitu banyak


Lantas anak itu dirujuk ke Hospital. AMERIKA yang memiliki banyak doktor pakar.


Tapi begitu melihat keadaan anak itu yang parah mereka pun angkat tangan.


Kerana panik penuh kecewa, ibu anak itu berteriak dengan kerasnya sambil menjerit


"Di manakah engkau Hai MUHAMMAD yang mengaku sebagai seorang Nabi?


"Lihatlah apa yang dilakukan oleh umatmu kepada anakku ini kerana merayakan hari keputraanmu"


Pada waktu itu juga seorang doktor yang mengetuai rawatan anak itu keluar ke ruangan untuk menemui ibu malang itu dan memintanya agar melihat anaknya untuk yang terakhir kali.


Ibu Nasrani itu dengan lemah dan dipapah masuk ke ruangan, diikuti dengan keluarnya para doktor.


Namun Keajaiban terjadi...


Ketika ibu itu sudah berada di dalam ruangan, ternyata dia melihat anaknya sedang duduk di tepi tempat tidur sambil berteriak:


"Tutup semua pintu dan jendela nya ibu!! Supaya Dia tidak diperbolehkan keluar!!


Antara percaya dan tidak Ibu mendekati anaknya untuk memastikan   anaknya.

Sungguh sesuatu yang tidak masuk akal.


Keadaan anaknya begitu sehat dan bugar serta tidak ada bekas luka tembakan sama sekali di kepalanya.

Apalagi percik darah.


"Anakku apa yang terjadi..?“


"Ibu, dia datang mengusap kepalaku sambil tersenyum.padaku.“


“Siapa dia tu sayang"?


“MUHAMMAD…

Muhammad...Ibu.“ jawab anak itu...


Subhanallah.....


Ternyata, teriakan si ibu disambut oleh NABI AGUNG MUHAMMAD SAW.....


Beberapa menit kemudian...


Berkumpullah semua doktor untuk melihat kenyataan di hadapan mereka.


Maka ibu, anak dan semua doktor Nasrani yang menyaksikan keajaiban tersebut waktu itu juga mengikrarkan syahadah (masuk Islam).


"Kami bersaksi tiada Tuhan yang patut disembah kecuali ALLAH dan Muhammad benar-benar utusan dan Hamba Allaah"


Ini kejadian benar yang ditakdirkan oleh Allah untuk menunjukkan keagungan junjungan kita Sayyidina Muhammad Shalallaahu 'alaihi wasalam


Tiada yang mustahil bagi Allah...!


Shallu 'Alan Nabi…!!!!


Pungutan - ceramah dari seorang Ulama Lubnan ...


KALAU BANGGA PUNYA NABI SEPERTI BAGINDA RASULULLAAH SAW, SILAKAN KONGSI CERITA INI!!!


Semuga yng sebarkan selalu mendapat pertolongan Allah SWT

AAMIIN..YAA.. ROBBAL 'AALAMiN*

Roller coaster

 Kenapa orang perempuan jatuh cinta pada suami orang? Walaupun tak hensem? 


Ini saya cerita pengalaman sendiri, bilamana ramai (tak ramai pun, tapi tulis ramai supaya nampak macam popular-woha!) jadi bila ada peminat perempuan ajak poligami, dan saya tolak sebab belum ada dalam agenda hidup nak kahwin ramai. 


Maksud saya jika betul nak kahwin lagi, biar untungkan ramai pihak, bukan bini baru sahaja untung, sedang anak dan bini pertama rugi. Itu bukan pelaburan yang bijak. Lagipun bila peminat perempuan suka kat kita, belum tentu kita terus suka kat dia? 


Jadi Bila tolak, perempuan tu cakap saya takut binilah, saya tak amalkan islam sempurnalah, macam-macamlah! 


Padahal, bukan mudah juga suami orang nak suka pada perempuan lain jika bini pertama sangat membantu kehidupan dunia akhirat. 


So saya cakap, jika anda nak sangat poligami, nak sangat kahwin dengan laki orang, pergilah ambik hati bakal madu anda dan pujuk elok elok sebab korang nak kongsi hidup dan kongsi suami, eh tahu pulak tak nak! Suruh kahwin senyap senyaplah, malah lagi teruk, ada pulak suruh cerai bini pertama sebab dia tak nak berkongsi kasih! Dan ini banyak berlaku pada kisah rumah tangga di Malaysia. Nauzubillah! 


Ok, balik pada tajuk, Kenapa orang perempuan jatuh cinta pada suami orang? Walaupun tak hensem? Apa orang bujang tak menarik ke? 


Ini adalah kerana, suami orang ni pada pandangan mata perempuan lain, macam Roller Coaster, lagi besar Roller Coaster, lagi menarik! So dalam Roller Coaster tu ada anak bini yang semua kelihatan seronok naik Roller Coaster! Menjerit jerit bahagia dalam hidup. Jadi perempuan lain pun nak tumpang sama naik Roller Coaster! 


Memang ada pasangan yang izinkan perempuan lain naik Roller Coaster!, tapi berebut kerusi pulak sebab semua nak duduk tepi suami, yang bergilir baguslah! Yang bergaduh alamak runtuhlah Roller Coaster tu! 


So jangan gaduh gaduh, nak naik Roller Coaster tu ambiklah hati semua penumpang sebab anda berkongsi perjalanan pada Roller Coaster yang sama. 


Pengajaran di sini, kepada lelaki bujang, kesilapan korang bila jatuh cinta, korang janganlah hidup mati pada perempuan tu semata mata, terus hidup korang focus pada perempuan tu lalu kehidupan korang jadi tak menarik. Setakat jatuh cinta macam tu semua orang boleh buat, yang sebetulnya korangpun kena ada Roller Coaster yang menarik! Itu yang perempuan nak. 


Bila hidup kita macam Roller Coaster yang menarik, berebut perempuan nak! 


Apa itu Roller Coaster yang menarik? Hidup yang ada tujuan yang jelas, kerjaya yang semakin berkembang, suka terlibat aktiviti kemanusiaan, suka membantu masyarakat, kemampuan hadapi cabaran dengan riang ria macam orang menjerit seronok naik Roller Coaster waktu tiba di laluan paling mencabar! 


Perempuan jandapun sama, bila si janda tiba tiba hidupnya bertukar menjadi Roller Coaster yang menarik! Bisnes Berjaya, kerjaya berkembang, bakat dicurahkan pada masyarakat, maka berebut pulak si lelaki datang meminang sebab nak naik Roller Coaster duduk kerusi paling depan! Perghhh.. 


Jadi, Roller Coaster hidupku ini, kerusi depan semua dah penuh, namun masih ada gerabak kosong di belakang tapi jika nak naik, pergi ‘mengorat’ bini saya dulu. Dan andai kata bini saya suka pada korang, belum tentu saya suka sebab cinta tak boleh di paksa. 


Woha!


Ps: Korang mungkin kenal saya waktu saya ceria sedang gembira, sebab nampak macam selalu woha di media sosial, lalu korang jatuh cinta, tapi korang tak pernah tengok waktu saya paling marah, waktu saya paling down, waktu di dunia sebenar.


Andai jika korang tahu, dan nampak sikap saya waktu susah di dunia nyata, tentu korang akan jatuh cinta buat kali ke dua-Woha!