Sabtu, 30 Oktober 2021

Nilai

 



Valid ke nilai guru dari markah murid ?


1. Markah murid diperolehi dari hasil kerja dan usaha mereka untuk menjawab soalan ujian / peperiksaan. 


2. Markah ini terhasil set soalan yang disediakan untuk menguji penguasaan murid, BUKAN pengajaran guru... (we can’t assess teachers on tests that were made to assess students)


3. Menggunakan markah murid sebagai penilaian kepada guru 'overshadow' masalah sebenar yang dihadapi murid dan meletakkan kesalahan kepada guru jika markah murid rendah


4. Markah murid dipengaruhi oleh pelbagai faktor, yang ada kalanya terlalu kompleks utk dikaitkan terus kepada prestasi guru.


5. Mungkin sahaja  mereka yang dikatakan 'low-performing teacher' adalah guru yang tidak berupaya mengatasi pelbagai masalah muridnya dgn hanya 'bekerja keras mengajar dengan baik' dlm ekosistem yang kurang membantu.


6. Sebarang kekurangan markah purata murid dan membawa kepada 'prestasi' sekolah adalah 'tanggungjawab bersama' pihak sekolah, guru dan ibubapa serta komuniti, bukan hanya pada guru.


7. Markah murid bukan sepenuhnya adalah refleksi kepada pedagogi guru


8. Penilaian guru jika ingin dilaksanakan perlu bersifat jangka panjang, multi dimensi dengan pelbagai pendekatan spt penilaian sesama guru, temubual, survey, pemerhatian, sikap, kerjasama, usaha, inisiatif, CV etc.


9. Foto menunjukkan Malaysia adalah negara paling tinggi peratusan meletakkan penilaian guru kepada markah pencapaian murid.


10. Penilaian perlu lebih kepada usaha mengenalpasti dan menyediakan keperluan guru spt latihan dan sumber, bukan untuk tujuan promosi.


OT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan