Sabtu, 30 Oktober 2021

Roller coaster

 Kenapa orang perempuan jatuh cinta pada suami orang? Walaupun tak hensem? 


Ini saya cerita pengalaman sendiri, bilamana ramai (tak ramai pun, tapi tulis ramai supaya nampak macam popular-woha!) jadi bila ada peminat perempuan ajak poligami, dan saya tolak sebab belum ada dalam agenda hidup nak kahwin ramai. 


Maksud saya jika betul nak kahwin lagi, biar untungkan ramai pihak, bukan bini baru sahaja untung, sedang anak dan bini pertama rugi. Itu bukan pelaburan yang bijak. Lagipun bila peminat perempuan suka kat kita, belum tentu kita terus suka kat dia? 


Jadi Bila tolak, perempuan tu cakap saya takut binilah, saya tak amalkan islam sempurnalah, macam-macamlah! 


Padahal, bukan mudah juga suami orang nak suka pada perempuan lain jika bini pertama sangat membantu kehidupan dunia akhirat. 


So saya cakap, jika anda nak sangat poligami, nak sangat kahwin dengan laki orang, pergilah ambik hati bakal madu anda dan pujuk elok elok sebab korang nak kongsi hidup dan kongsi suami, eh tahu pulak tak nak! Suruh kahwin senyap senyaplah, malah lagi teruk, ada pulak suruh cerai bini pertama sebab dia tak nak berkongsi kasih! Dan ini banyak berlaku pada kisah rumah tangga di Malaysia. Nauzubillah! 


Ok, balik pada tajuk, Kenapa orang perempuan jatuh cinta pada suami orang? Walaupun tak hensem? Apa orang bujang tak menarik ke? 


Ini adalah kerana, suami orang ni pada pandangan mata perempuan lain, macam Roller Coaster, lagi besar Roller Coaster, lagi menarik! So dalam Roller Coaster tu ada anak bini yang semua kelihatan seronok naik Roller Coaster! Menjerit jerit bahagia dalam hidup. Jadi perempuan lain pun nak tumpang sama naik Roller Coaster! 


Memang ada pasangan yang izinkan perempuan lain naik Roller Coaster!, tapi berebut kerusi pulak sebab semua nak duduk tepi suami, yang bergilir baguslah! Yang bergaduh alamak runtuhlah Roller Coaster tu! 


So jangan gaduh gaduh, nak naik Roller Coaster tu ambiklah hati semua penumpang sebab anda berkongsi perjalanan pada Roller Coaster yang sama. 


Pengajaran di sini, kepada lelaki bujang, kesilapan korang bila jatuh cinta, korang janganlah hidup mati pada perempuan tu semata mata, terus hidup korang focus pada perempuan tu lalu kehidupan korang jadi tak menarik. Setakat jatuh cinta macam tu semua orang boleh buat, yang sebetulnya korangpun kena ada Roller Coaster yang menarik! Itu yang perempuan nak. 


Bila hidup kita macam Roller Coaster yang menarik, berebut perempuan nak! 


Apa itu Roller Coaster yang menarik? Hidup yang ada tujuan yang jelas, kerjaya yang semakin berkembang, suka terlibat aktiviti kemanusiaan, suka membantu masyarakat, kemampuan hadapi cabaran dengan riang ria macam orang menjerit seronok naik Roller Coaster waktu tiba di laluan paling mencabar! 


Perempuan jandapun sama, bila si janda tiba tiba hidupnya bertukar menjadi Roller Coaster yang menarik! Bisnes Berjaya, kerjaya berkembang, bakat dicurahkan pada masyarakat, maka berebut pulak si lelaki datang meminang sebab nak naik Roller Coaster duduk kerusi paling depan! Perghhh.. 


Jadi, Roller Coaster hidupku ini, kerusi depan semua dah penuh, namun masih ada gerabak kosong di belakang tapi jika nak naik, pergi ‘mengorat’ bini saya dulu. Dan andai kata bini saya suka pada korang, belum tentu saya suka sebab cinta tak boleh di paksa. 


Woha!


Ps: Korang mungkin kenal saya waktu saya ceria sedang gembira, sebab nampak macam selalu woha di media sosial, lalu korang jatuh cinta, tapi korang tak pernah tengok waktu saya paling marah, waktu saya paling down, waktu di dunia sebenar.


Andai jika korang tahu, dan nampak sikap saya waktu susah di dunia nyata, tentu korang akan jatuh cinta buat kali ke dua-Woha!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan