Sabtu, 2 Oktober 2021

Emel pd JPA

 حسبنا الله ونعم الوكيل نعم المولى ونعم النصير:

MEMO BANTAHAN ATAS SIARAN MEDIA JPA BERTARIKH 30 SEPTEMBER 2021


Assalamualaikum..


Tuan,


Saya adalah salah seorang penjawat awam yang menolak pemberian suntikan Vaksin Covid-19. Saya merujuk kepada Siaran Media Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang dikeluarkan pada 30 September 2021 yang menyatakan bahawa semua penjawat awam akan diwajibkan untuk mengambil vaksin.


Pada saya, pihak JPA perlu menimbangkan kembali kenyataan Siaran Media tersebut kerana perkara ini telah melanggar Perlembagaan Negara kita kerana setakat ini belum ada mana-mana Rang Undang-Undang yang memandatorikan pengambilan vaksin Covid-19 ini kepada semua warga negara.


Merujuk kepada siaran media JPA yang tular sejak kelmarin, saya selaku kakitangan awam memohon JPA melihat semula hal berikut;


1.  Pengambilan vaksin ujikaji ini adalah atas dasar sukarela (berdasarkan kenyataan Menteri Kesihatan).  Punca kuasa dan akta manakah yang dirujuk oleh JPA sehingga mengeluarkan arahan tersebut?


2. Adalah menjadi tanggungjawab kakitangan awam untuk bersama-sama menjayakan sebarang program penambahbaikan bagi tujuan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat, namun, ia tidak terpakai dalam isu vaksinasi, memandangkan ianya melibatkan pencerobohan ke atas tubuh badan individu. Saya tidak nampak dengan jelas, bagaimana kakitangan yang mengambil vaksin, memberi perkhidmatan lebih efisien dan cemerlang berbanding rakan sejawat yang memilih untuk tidak mengambilnya. 


3. Perbuatan mengugut kakitangan awam, jelas menimbulkan keresahan di khalayak umum. Penyiaran arahan media JPA kelmarin, jelas memberi petanda bahawa JPA sendiri membuat arahan secara membuta tuli, tanpa melihat kesan yang mungkin dihadapi oleh kakitangan. Ugutan untuk mengambil tindakan tatatertib kepada kakitangan yang tidak mahu mengambil vaksin ujikaji dilihat suatu tindakan bersifat lelucon dan tidak matang, malah tidak waras oleh pihak JPA. Sila hukum kakitangan untuk kesalahan/jenayah yang lebih berat seperti rasuah, salahguna kuasa, salahguna sumber, ketirisan dalam mengendalikan operasi dan sebagainya. 


4. Jika dilihat secara logik, kes positif dan kadar kematian awam sepatutnya dapat diturunkan, selaras dengan promosi pengambilan vaksin oleh rakyat. Tetapi, apa yang berlaku adalah sebaliknya. kadar kematian mencatatkan angka ratusan setiap hari. Adakah JPA membuat analisa data, berapa ramai kakitangan awam yang terkorban selepas mengambil vaksin ujikaji, hanya kerana takut dan terpaksa menurut arahan oleh pengurusan atasan? Tidakkah ini merupakan satu kerugian kepada negara kerana kehilangan sumber tenaga kerja yang telah lama berkhidmat?


5. Jika vaksin ujikaji ini mahu diwajibkan oleh JPA, mohon ubah struktur penanggungjawaban dalam surat keizinan mengambil vaksin ujikaji yang perlu ditandatangani sebelum menerima suntikan bahawa JPA, majikan, kerajaan Malaysia akan bertanggungjawab ke atas sebarang kesan akibat pengambilan suntikan ujikaji tersebut.


6. JPA selaku jentera yang menggerakkan proses penyampaian perkhidmatan kerajaan perlu lebih telus, dan mempunyai integriti dalam melakukan sesuatu tindakan. Jika ianya sesuatu yang membahayakan nyawa, kenapa perlu akur? Kakitangan awam masa kini, bukan hanya sekadar menerima dan melaksanakan arahan, tetapi mereka juga berupaya mencari maklumat, menyelidik serta menganalisa sesuatu tindakan.


Mohon pihak JPA meneliti setiap aduan kakitangan.


Sekian, Terima kasih.


emel kan ke;


asraf.kamal@jpa.gov.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan