Jumaat, 15 Oktober 2021

Hak rakyat

 *Bismillah : Rakyat Malaysia vs Rakyat Parti.*


Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekelian alam.


Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad Rasulullah SAW, para sahabat dan ahli jemaahnya.


*Assalamualaikum sahabat-sahabat ARM semua.*


Ahli-ahli Parlimen yang belum mengambil vaksin telah di benarkan untuk memasuki Dewan Rakyat. 


Itu keputusan dari Dato Azhar Harun, Speaker Dewan Rakyat.


Dengan alasan bahawa *tidak ada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang melarang mereka dari memasuki Dewan Rakyat.*


Alasan beliau itu betul dan tepat. Dan itu telah membuktikan sesuatu kepada kita semua sebagai rakyat Malaysia.


Terbukti bahawa kerajaan tidak berhak melarang rakyat Malaysia dari memasuki mana-mana premis kerajaan, premis perniagaan dan melarang dari merentas negeri.


*Tidak ada sebarang peruntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan yang melarang rakyat Malaysia dari berbuat demikian.*


Tindakan kerajaan hari ini adalah *satu tindakan jenayah kemanusiaan terhadap rakyat Malaysia.*


Kalau ahli-ahli Parlimen Malaysia tidak di larang untuk keluar dan masuk dari Dewan Rakyat, kenapa perlu ada larangan dan sekatan kepada rakyat untuk bebas melaksanakan aktiviti mereka di dalam Negara mereka sendiri ?


Sama ada sedar atau tidak sedar, kerajaan telah melancarkan perang terhadap rakyat Malaysia. *Perang Psaiko - Biologi.*


Peperangan ini telah menghancurkan kehidupan rakyat dan kehidupan bernegara di Negara ini.


Rakyat terus di tekan dan di takut-takutkan dengan pelbagai propaganda dan berita-berita  *hoax* mengenai *Covid dan Vaksin Covid 19.*


Segala jentera dan peralatan Negara telah di salah gunakan dengan tujuan agar rakyat Malaysia bersetuju untuk turut serta dalam *Program Eksperimental Vaksinasi Negara* yang bertentangan dengan *Nuremberg Code, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Malaysia.*


Ini adalah merupakan satu *operasi jenayah kemanusiaan secara besar-besaran dan sistematik ke atas rakyat Malaysia.*


Manakala kaki tangan awam pula sudah seperti *lembu yang di cucuk hidungnya* kerana terus akur dengan arahan kerajaan walau pun ianya *bertentangan dengan Sumpah Jawatan mereka.*


Ketaatan dan kesetiaan mereka seharusnya kepada Raja dan Negara. Bukan kepada kerajaan politik.


Sehingga ke hari ini, hanya seorang sahaja Ahli Parlimen Malaysia yang berani mengkritik secara keras tindakan kerajaan itu. Beliau adalah *YBM Tengku Razaleigh Hamzah.*


Ahli-ahli Parlimen yang lain seolah-olah hanya merelakan sahaja *perbuatan jenayah kerajaan terhadap rakyat Malaysia.*


Ketua Pembangkang pula lebih sibuk dengan *Pandora's Papers* sedangkan *Skandal Covid 19* adalah jauh lebih besar dari itu.


Sudah sampai masanya untuk rakyat Malaysia sedar mengenai satu perkara yang sangat penting. Mereka sedang di perintah dan di tadbir oleh golongan minoriti.


Golongan ini bukan rakyat Malaysia. Mereka adalah rakyat parti-parti politik. Keutamaan dan kepentingan mereka adalah parti-parti politik mereka. Bukan rakyat dan Negara ini.


*Sudah sampai masanya agar semua parti-parti politik di Malaysia di haramkan.*


Rakyat Malaysia harus di perintah dan di tadbir oleh rakyat Malaysia. Bukan rakyat parti-parti politik.


Jentera pemerintahan dan pentadbiran Negara ini akan menjadi jauh lebih baik tanpa adanya parti-parti politik.


Tanpa parti-parti politik, Negara ini berpeluang untuk bebas dari masalah *Korupsi, Salah Guna Kuasa Dan Pecah Amanah.*


Ayuh bangkit. Mari kita sama-sama berjuang untuk menjadikan *Malaysia bebas dari penjajahan parti-parti politik.*


Layari laman web resmi saya untuk mengikuti nota-nota saya yang lepas di ; www.agendabaru.com


Teruskan mengikuti nota-nota pendek saya. *Anda akan terus di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi untuk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*


Dari sahabatmu yang sedang melangkah ke gerbang perjuangan untuk membela agama, bangsa dan negaranya.


*Al Fakir Ilallah.*

- Dato Dr Ramalan Yunus @ Reset Malaysia.

13 September 2021.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan