Sabtu, 23 Oktober 2021

Ugutan

 Coretan: Suzana Norlihan Ujen


Ingat nak tulis ni dalam FB. Tapi nak tunggu 6 hari lagi (unban) tu, punya la lama. Lagipun, sekarang rasa dah malas nak masuk FB. In fact, selama dibanned, sy tak buka FB langsung dan rasa aman sgt.


Sy nak bercakap pasal vaksin ke atas kakitangan kerajaan.


Boleh ke kakitangan kerajaan diarahkan atau diwajibkan untuk ambil vaksin? Boleh ke Ketua Jabatan arahkan semua kakitangan kerajaan di bawahnya wajib ambil vaksin?


Jawapan: Boleh.


Tapi!!!!!


1. Dibawah akta mana dan undang-undang mana mereka pakai. Sebab tiada akta dan undang2 yang mewajibkan vaksin ke atas kakitangan kerajaan. Dan tiada akta atau undang2 yang menyatakan mereka melakukan kesalahan jika tak ambil vaksin.


2. Memang betul kakitangan kerajaan tak boleh ingkar perintah atasan. Tapi jika perintah tersebut tidak berdasarkan kepada undang-undang sedia ada, maka perintah tersebut adalah tidak sah.


3. Jikapun perintah tersebut dikatakan demi kepentingan semua pihak dalam kerajaan, dimanakah buktinya yang menunjukkan vaksin tersebut menyelamatkan mereka? Sebaliknya telah terbukti bahawa penerima vaksin covid 19 masih berdepan dengan jangkitan virus tersebut. Jadi, isu kepentingan awam tidak terpakai. Tambahan pula ada yang mati dusebabkan covid walaupun telah mengambil 2 dose vaksin. Jadi isu selamat atau kurangkan simptom tidak boleh diketengahkan sebagai alasan kukuh mewajibkan vaksin. 


4. Bila ketua jabatan arahkan kakitangannya ambil vaksin, maka ianya jadi mandatori. Maka, consent form tidak lagi boleh digunakan. Consent form hanya terpakai jika ianya dibuat secara sukarela. Maka, bila dah jadi mandatory, maka ketua jabatan mestilah sign satu agreement dengan kakitangan di bawahnya untuk membayar ganti rugi sekiranya terdapat kesan sampingan, kesan negative dan AEFI (sama ada serius atau tidak serius). 


Bila kakitangan tidak boleh ingkar perintah, maka ketua jabatan juga bertanggungjawab untuk mengambil semua risiko arahan yang dikeluarkan. Mesti ada balance di situ. Tak boleh la arahkan sesuka hati tapi lepas tangan kesan negative arahan tersebut. Undang-undang pun tak buat begitu. Risiko mandatory mesti ditanggung oleh ketua jabatan memandangkan tiada undang-undang yang memaksa kakitangan divaksin. Bila pandai2 buat arahan sendiri, kena tanggunglah.


Jadi, ketua jabatan fikir masak2 bila nak keluarkan arahan.


Kakitangannya pula jangan takut berdepan dengan arahan yang tidak berasaskan undang-undang sedia ada.


Sekian.


Suzana Norlihan Ujen

Tiada ulasan:

Catat Ulasan