Khamis, 4 Januari 2024

Gula progula

 Bab gula dalam enjin.



Aku tak rasa benda ni terjadi di dalam kilang, kerana aku rasa tak ada sesiapa pun dalam kilang yang berani letak gula dalam enjin.


Kenapa tak berani?


Apabila kereta dipasang di dalam sesebuah kilang, kereta tersebut akan mempunyai satu dokumen yang digelar “Traveller”. Traveller ini merupakan satu dokumen yang mempunyai segala-gala kerja atau “job” yang telah dijalankan kepada kereta tersebut. Ada juga yang guna nama “Job Card” untuk traveller.


Setiap pekerja yang bekerja pada kereta tersebut mestilah akan chop atau tandatangan di dalam traveller tersebut, tak kiralah “job” kecil atau besar, semuanya bertanda. Segala proses pembaikan pun akan di-chop oleh setiap pekerja berkaitan (setiap pekerja ada chop sendiri).


Kemudiannya traveller tersebut perlu disimpan di dalam stor selama beberapa tahun, tak salah aku untuk kilang kereta yang aku pernah kerja dahulu, traveller untuk setiap kereta mestilah disimpan selama 15 tahun.


Setiap “job” perlu dicop oleh pekerja. Jadinya jika diorang nak buat sabotaj letak gula, sudah tentu diorang tak berani. Kemudiannya di dalam kilang, andai ada yang cuba untuk buat sabotaj, sudah tentulah diorang tak berani kerana “job owner” atau pemilik kerja tersebut akan memastikan tiada sesiapa pun yang akan sabotaj kerja dia.


Andaikan dia merupakan seorang yang ditugaskan untuk mengisi minyak enjin, sudah tentu dia akan memastikan tiada siapa pun yang akan sabotaj kerja dia dengan meletakkan benda asing di dalam minyak enjin.


Di dalam “line production” ada banyak stesen, stesen-stesen tersebut dibuat untuk pemasangan komponen tertentu. Contohnya di stesen 1 untuk pemasangan “rubber gromet” dan lapisan “insulation”, stesen 2 untuk pemasangan “wiring”, stesen ketiga mungkin untuk pemasangan tempat duduk.


Setiap stesen biasanya akan ada lebih dari dua orang pekerja. Andai ada yang berniat untuk buat apa-apa sabotaj, memang tak lepaslah. Banyak mata yang memerhati. 


Kemudiannya di setiap “line production” akan ada QC atau QA. Kemudiannya akan ada QA atau QC yang sentiasa berlegar-legar, contohnya QC atau QA yang ditugaskan untuk periksa nilai tork pada skru, bolt dan nut.


Itu belum kira pekerja dari Logistik dan Kejuruteraan yang juga sentiasa berlegar-legar di dalam “line production”.


Diorang pun akan memastikan segala-galanya di dalam keadaan yang baik, kerana chop mereka pun ada di dalam traveller sebagai pemeriksa stesen tertentu. 


Jika ada “defect” tertentu, diorang tetap akan ditanya dan jika diorang didapati tidak “observe” dengan tempat “defect” tersebut, sudah tentu diorang akan disembur oleh ketua diorang. 


Tengok nasiblah, jika ketua diorang ada makan petai sebelum kejadian, memang meluncur masuklah bau petai campur bau mulut ketua ke dalam lubang hidung QA dan QC tersebut. Nak tutup hidung takut pula ketua terasa, jadinya hidu sajalah bau petai tersebut. Kalau masa tu ketua tersebut ada buat “intermittent fasting”, lagilah power baunya.


Kerja kilang kereta ni bukan main-main, memang agak tertekan bekerja di dalam kereta. Ada beribu-ribu benda nak kena jaga. 


Ketua yang sembur air liur kepada anak buah itu pun sudah tentu dah kena sembur juga dengan ketua jawatan lagi tinggi 🤣🤣🤣.


Kebiasaannya di dalam kilang kereta, kena pula kilang kereta ala kilang Jepun, memang susahlah untuk buat sabotaj, kerana pekerja sentiasa diperhatikan. Aku rasa mesti kat “line production” tersebut ada satu tingkap besar dari pejabat pengurusan pengeluaran kereta, kemudiannya pejabat pengurusan tersebut lebih tinggi dari “line production”, boleh nampak semua pekerja. Itu belum cerita kilang yang ada CCTV, lagilah ketat kawalannya.


Apabila kereta sudah sampai ke pengedar, di dalam pusat pengedaran kereta atau “dealer” akan ada proses Pre Delivery Inspection (PDI). Masa PDI ini segala-galanya akan diperiksa lagi sekali. Minyak enjin, minyak transmisi dan benda-benda yang boleh dicapai oleh pemeriksa akan diperiksa lagi sekali, termasuklah bahagian luaran dan dalaman kereta.


Di sini pun biasanya kereta yang betul-betul baik sahaja akan dilepaskan kepada pelanggan. Jika kereta kurang baik, proses pembaikan akan dijalankan terus, dan segala “defect” akan “diserahkan” kepada kilang jika sah “defect” tersebut datang dari kilang.


Pemilik kereta bergula pula, mestilah seronok dengan kereta baru, dan sudah tentulah kereta tersebut akan dijaga dengan baik sekali. Kalau “parking” kat mana-mana, mesti kejap-kejap tengok, kejap-kejap tengok, kemudian kejap-kejap tekan “remote” kunci untuk memastikan kereta dikunci. 


Jadinya sudah tentulah gula tidak akan terlepas masuk ke dalam enjin. Orang nak buat sabotaj pun tak lepas.


Oleh itu, untuk kes enjin bergula yang sedang viral sekarang ini, bagi pendapat aku, seeloknya pemilik kereta dan pengilang tersebut buat repot kepada PDRM. Elok PDRM jalankan siasatan.


Mungkin pemilik disabotaj, mungkin juga pengilang pun disabotaj. Ada banyak kemungkinan.


Aku tak sabar nak tunggu PDRM siasat kes ini. Aku rasa jika PDRM campur tangan, mesti akan dapat punya dari mana datangnya gula tersebut, dan kenapa gula tersebut boleh bertapak di dalam enjin tersebut. PDRM bukan calang-calang.


Rakyat Malaysia dan gula berpisah tiada.

Tekan Minyak.

Selasa, 2 Januari 2024

SMK TD

 Siapa aluminium erkk salah.. alumni sekolah ni? Dolu dolu selalu kalau kapel pun awek sekolah ssas la. Pastu dating kek cendol bus stop tu ha.. 


SMK Telok Datok ditubuhkan pada tahun 1959 di Bandar Banting dengan nama ‘Darjah Menengah Melayu Banting . Pada tahun 1963, sekolah ini bertukar nama kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Datok.Sekolah ini dirasmikan pembukaannya pada 6 Disember 1963 oleh Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu iaitu Yang Berhormat Kapten Haji Abdul Hamid Khan bin Haji Sakhawat Ali Khan


Sekolah ini ditubuhkan bertujuan untuk menampung keperluan pelajar-pelajar beraliran Melayu kerana pada masa itu hanya ada sebuah sekolah beraliran Inggeris (MES) dan sebuah sekolah aliran perdagangan yang kemudiannya dikenali sebagai SMK Sungai Manggis. Daerah Kuala Langat mempunyai banyak penduduk daripada kaum bumiputera yang tinggal di kawasan luar bandar. Kebanyakan mereka yang bekerja sebagai petani dan tidak mampu menghantar anak-anak mereka bersekolah di sekolah aliran Inggeris yang memerlukan perbelanjaan yang tinggi.


Pada asalnya, sekolah ini menumpang di bangunan Sekolah Umum Banting(PPD sekarang)Kemudian, berpindah dan menumpang di bangunan Sekolah Rendah Chung Hwa,Banting. Pada tahun 1963, sekolah ini berpindah ke bangunan sekarang di Telok Datok.

Sekolah ini asalnya terdiri daripada 3 blok bangunan tetapi kini telah bertambah menjadi 6 blok , A, B, C, D, E dan F. Selain itu terdapat 2 blok bangunan yang dijadikan asrama puteri dan putera, sebuah dewan makan, sebuah dewan sekolah , sebuah kantin,sebuah rumah kediaman pengetua, sebuah bengkel kemahiran hidup,sebuah surau baru dan enam buah rumah sederet untuk pekerja am sekolah (dijadikan stor peralatan kerusi meja yang rosak)

Isnin, 1 Januari 2024

Surau wanita

 Assalamualaikum sahabat2 ku sekelian…


SURAU PEREMPUAN


Surau perempuan dan adegan yang tak sepatutnya berlaku.


Kita pergilah mana mana mall pun, kebiasaannya surau perempuan akan lebih sesak berbanding dengan surau lelaki. Nak pulak waktu weekend atau cuti sekolah, fuhhh...macam nak rebut sale happy hour lah gayanya! Ha camtulah nak habaq kata penuh ya Rabbi tu. 


Dekat surau perempuan ada lebih ramai kanak kanak, sebab kebiasaannya anak anak akan suka nak ikut mak. Lagipun akan ada yang akan menyusukan anak dalam surau. So anak anak lebih suka ikut mak.


Jadi, memang surau perempuan kebiasaannya penuh, especially waktu Maghrib.


Orang perempuan ni pulak complicated, ada handbag, ada beg pack, ada beg susu. 

Yang jenis pakai shawl tu pulak lagilah complicated, nak kena cari tempat sangkut tudung dia. kau terhenggot sikit, kemain dia jeling. Huh! Kadang dia bentang shawl dia kemain besooo makan surface area, dah kurang ruang orang nak solat. 


Nak ambik wudhuk pun satu hal. Tak secepat orang lelaki. Perempuan yang pakai mekap ni nak kena buang mekap dulu la, padam itu, padam ini. Dah solat nak lukis dan warna semula itu dan ini. 


Jadi,


Isunya disini adalah apabila wujudnya segelintir jenis perempuan yang tiada common sense dan pentingkan diri.


1. Jenis taknak bawa telekung, pakai telekung wakaf surau, tapi nak conquer. 🧘


Jenis perempuan macam ni biasanya dia akan buat jenis solat pakej combo. Contoh solat Asar hujung waktu, lepas tu tunggu sekejap terus nak solat Maghrib. Lantak dia lah. Itu dia punya pasal. Isunya adalah apabila dia pakai telekung surau, lepas tu dah habis solat Asar tak nak buka telekung tu. Dia nak pakai terus telekung tu untuk Maghrib. So dia duduk je diam diam je kat sejadah sedangkan orang lain tengah menunggu kat belakang tunggu telekung untuk solat Asar. Eh hellooo...dah lah tu bukan telekung kau kau nak main cop cop gitu, boleh tak jangan selfish sangat? Dahulukan orang yang nak solat asar tu ha. Pernah sekali, ramai gila orang tak dapat solat Asar di surau SOGO masa tu sebab begitu ramai mangkuk hayun dok melepak taknak bangun atas sejadah sambil pakai telekung wakaf sebab tengah tunggu Maghrib! 


2. Jenis suka cop tempat solat, walhal wudhuk pun belum ambil.🤷


Kalau surau tu tengah lengang, tak apalah. Ni tak, orang tengah beratur panjang untuk ambil wudhuk, dia baru masuk surau, gigih ambil telekung surau yang tinggal sepasang dua je yang tu, lepas tu bubuh kat sejadah dengan beg beg dia. Lepas tu baruuuuuuu dia nak pergi beratur ambil wudhuk. Dahlah beratur tu panjang. Kalau kau bagi orang lain yang dah ada wudhuk tu solat dulu, dah boleh dua tiga round dah orang solat kat situ. Ni orang yang dah ambil wuduk tu terpaksa berdiri terjegat sambil tunggu ada ruang kosong untuk solat. Entah apa apa!


3. Jenis suka mekap atas sejadah. 💅


Dah habis solat tu, bangunlah! Kau nak mekap mekap atas sejadah tu apehal. Tak nampak ke penuh surau ni orang tengah beratur nak solat pulak. Mekap lah kat toilet ke dekat rak kasut ke tepi tong sampah ke ah mana manalah janji bukan dekat ruang orang solat. Benda simple pun tak boleh fikir. Tahu nak cantekkkkkkkk je, attitude out. Hahah!


4. Jenis kalau boleh nak mandi dekat tempat wuduk. 🏊


Bila orang ramai, sentiasa utamakan benda yang wajib sahaja. Islam cukup mengutamakan sikap mempermudahkan orang lain. Bila kau tengok orang ramai beratur, tak payahlah kat situ jugak kau nak berus gigi, cuci muka pakai scrub bagai. Setakat cuci muka untuk tanggalkan mekap tu ok lah, ni yang lebih lebih ni dah kenapa. G balik mandi lah! Boleh tak buat benda yang wajib je dulu? Yang sunat tu, kalau tak menyusahkan orang lain tak apa, ni kau dah lah masuk surau dah nak habis waktu, kau ambil wuduk je dah bermenet menet, silap haribulan orang lain boleh telepas waktu sebab nak layan karenah kau ni. 


5. Jenis tunggu member dalam surau🙍


Adoii...dah kalau kau period, tunggu lah dekat Starbucks ke, pergi baca buku dulu dekat Kinokuniya ke, shopping kedai DIY main kuda pusing dulu ke apa. Kau bukannya budak kecik yang kena ikut mak dia. Ni duduk buat halaqah tiga empat orang sambil main phone. Bila orang tanya, dah solat ke? Eh saya cuti, tunggu kawan. Aku hambat kau nanti. Bagilah ruang tu untuk orang solat. Common sense ke laut budak budak sekarang ni. Tudung je ala ala hijabista. Akal nya terlilit sekali dengan tudung tudungnya barangkali. Pernah sekali tu, ada seorang acik guard ni buat pengumuman kuat kuat dalam surau, dia cakap siapa yang tengah main phone semua keluar. Kat luar boleh main phone. Bagi ruang orang nak solat. Yang period yang tunggu kawan semua tunggu kat luar. You know what?? Ramai betul adik adik anak dara bangun. Ya Allah...dalam sekawan 7 8 orang tu, yang solatnya 2 orang je gamaknya. Yang lain tu memenuhkan ruang lantai je. Pebendapuntakboleh! Lelaki mana lah yang tergila gilakan diorang ni. Tiber. 😝


6. Jenis buat segala benda sunat time orang tengah menunggu giliran. 🤦


Kalau kau jenis kuat beribadah, mohonlah datang surau tu awal. Time orang tak tergesa-gesa. Time kau boleh have your own sweet time untuk buat solat sunat qabliah, ba'diah, hajat, tasbih, tahajjud, or even nak baca al ma'thurat ke, sirah nabi ke apa. Ni time maghrib yang orang dah macam sardin tu lah kau nak solat sunat lah, sujud lama lah, doa siap baca doa arwah tahlil segala lah. Ya Allah....yang orang lain macam terputus nyawa menunggu ruang nak solat. Kesian dekat ibu ibu yang ada anak kecil. Benda benda sunat ni, buatlah waktu kau bersendirian. Surau dekat mall ni tempat awam, sempit, dan kebiasaannya sangat ramai orang pada waktu waktu tertentu. Bertimbang rasalah.


7. Jenis buang cotton pad mekap dekat tempat wuduk. 


Eh dia dah buang mekap bagai sebab nak wuduk sempurna kononnya, terus jadi perangai huduh tinggal cotton pad dia gitu. Banyak cantekk muka kau. Orang seterusnya yang nak ambil wuduk tak selera lah nak tengok sisa sisa mekap kau tu. Kalau benda tu terjatuh ke lantai, basah kembang sumpah geli. Buatnya termasuk pulak ke lubang air tu, ha dah sumbat. Tak pasal-pasal banjir tempat wuduk tu. Ape ke punya perangai. Buanglah dalam tong sampah. Kalau tak ada, simpan je dulu dalam beg ke apa. Balik kang buanglah. 


8. Utamakan ibu mengandung, orang tua, dan ibu bersama anak kecil. 


Yang ni simple. Mana mana pun kau utamakanlah tiga golongan ni. One day, kita semua akan merasa jadi golongan golongan tu. Insya Allah. Masa tu kau tahulah betapa strugglenya nak bersesak di tempat awam. 


Kesimpulannya,


Hidup ni, kena fikir untuk senangkan orang lain. Kalau tak mampu sangat, cukuplah jangan menyusahkan orang lain. Agama ni kena faham, jangan ambil separuh-separuh. Benda sunat, tapi jika dibuat pada waktu dan cara yang salah, tak jadi pahala dah. Dikira memberi mudharat dekat orang pula. Bayangkan jika disebabkan kita, ada orang lain yang mungkin terlepas 5 waktunya. 


Kau jangan fikir one way, 


'la dah tahu taknak bersesak janganlah pergi mall'. Eh hello, akak cakap bab sikap ni. Sanggup pergi mall time sesak tu pilihan individu, tapi bersikap dengan sikap buruk ni tak sepatutnya jadi pilihan sesiapa. 


'Tulah, siapa suruh solat hujung hujung waktu'. Ini bukan soal awal ke hujung. Ini soal sikap. Kalau Maghrib dari sebelum masuk waktu sampai ke Isyak ha gitulah penuhnya. Bersikaplah dengan baik dan bertimbang rasa tak kira lah bila pun anda solat. 

 

We could make a better world tomorrow by doing a small change today. 🥳


Pesan akak satu je, kalau kau jenis pakai baju tak solat friendly,  tolonglah bawa telekung sendiri kalau boleh. Disamping hassle free, terjamin bersih, dan kau boleh selamatkan orang yang dah nak terlepas waktu sebab tak ada telekung tu dengan offer yours. 


Live beautifully. ♥️


CnP

Ahad, 31 Disember 2023

Taqdir

 SAHABAT...

Burung yg hebat terbang di udara, matinya dilanggar di daratan jua.


Ada org sakit barah, tapi matinya kerana lemas di sungai.


Ada org sakit jantung, tapi matinya kerana kemalangan.


Ada org kritikal 3 serangkai, tapi matinya kerana heart attack.


Ada org tua yg sakitnya dah lama, tapi anaknya yg baru 23 tahun mati dulu.


Ada org sihat bertenaga, tapi matinya kerana seekor nyamuk yg kecil.


Ada org rajin bersenam, tapi matinya kerana jatuh di rumah sendiri.


Ada org makan makanan berkhasiat, tapi sakit tak henti melanda.


Ada org jaga pantang pemakanan, tapi sebulan 3 kali wajib ke hospital sebab demam.


Ada org bersusah payah kumpul duit sampai puluh tahun, bila duit dah cukup rumah terbakar sekali dgn duit dlm rumahnya.


Kerana apa?


Kerana Allah dah tulis segalanya. 

Kerana kita hanyalah hamba.

Kerana Allah nak kita ingat pada-Nya.

Bahawa kuasa ditangan-Nya.


Jgn cakap besar, jgn riak, jgn lupa diri, jgn takabbur, jgn perlekehkan org lain. Kita semua hamba. 


Paling jangan ialah jangan putus asa dlm hidup. Ikhtiar & terus ikhtiar, usaha & terus usaha, biar apa org kata, biar apa doktor kata, biar apa yg kita rasa, kerana segalanya dgn izin Allah. Kun fayakun, keajaiban itu milik Allah.


Tiada istilah terlambat, kejarlah impian selagi mampu. 

Carilah rezeki selagi terdaya.

Selasa, 26 Disember 2023

24 2024

 24 CARA UNTUK BINA HIDUP YANG KITA IMPIKAN DI TAHUN 2024:


1. Mula dengan luangkan masa dengan orang yang tepat. 


2. Mula berlaku jujur dengan diri sendiri terhadap semua perkara.


3. Mula jadikan kebahagiaan kamu sebagai keutamaan hidup.


4. Mula belajar untuk berhadapan dengan masalah, bukan lari dari masalah. 


5. Mula rapat dengan orang yang membuat kesihatan mental dan fizikal kamu lebih mantap dari tahun ini.


6. Mula jadi diri sendiri. Jangan ikut trend atau ikut budaya orang lain yang negatif.


7. Mula belajar untuk lebih peka dan hidup dalam momen sekarang. Bukan momen yang lepas.


8. Mula berfikir dengan baik dan jangan overthinking benda yang belum berlaku.


9. Mula hargai semua pengalaman buruk dalam hidup kamu. Ambil hikmah dan pelajaran daripadanya.


10. Mula berlaku adil dan baik terhadap diri sendiri.


11. Mula nikmati apa yang kamu ada. Bukan bersedih akan hal yang kamu tiada.


12. Mula bina kebahagiaanmu sendiri. 


13. Mula memberi idea dan laksanakan apa yang kamu impikan. Jangan idea tinggal idea semata-mata.


14. Mula yakin bahawa kamu sudah berada di level yang lebih tinggi. 


15. Mula luaskan circle yang berkualiti. Cari mereka yang fikir tentang Allah dan Rasul-Nya, perjuangan dan masa hadapan.


16. Mula beri peluang untuk orang yang kamu baru temui. Bagi manfaat tanpa mengharapkan apa juga balasan. 


17. Mula bersaing dengan diri sendiri. Persaingan sebenar adalah antara diri kamu hari ini dan diri kamu semalam. Bukan orang lain.


18. Mula mencari hikmah atas apa juga perkara yang terjadi dalam hidup. Bukan menyalahkan takdir.


19. Mula memaafkan diri sendiri dan orang lain.


20. Mula membantu orang di sekeliling kamu.


21. Mula mendengar dengan hati dan tapis dengan akal fikiran. Jangan terlalu kasihan dan bersimpati sehingga orang boleh memanipulasi kamu.


22. Mula untuk pantau stress level kamu. Ambil masa berehat dari segi minda dan emosional. Rawat dengan solat taubat dan tahajud.


23. Mula lihat kecantikan dalam tiap-tiap perkara kecil.


24. Mula menerima bahawa kita sedang menuju kesempurnaan. Maka, apa juga yang dilihat tidak sempurna itu adalah langkah-langkah kecil menuju kesempurnaan mutlak.


Semoga 24 cara ini akan memberikan sinar baharu untuk kita di Tahun 2024 nanti. Satu tahun yang penuh manfaat dan pastinya banyak pintu pintu rezeki terbuka untuk kita semua. 


Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,

Mulakan dengan Bismillah.