Selasa, 2 Januari 2024

SMK TD

 Siapa aluminium erkk salah.. alumni sekolah ni? Dolu dolu selalu kalau kapel pun awek sekolah ssas la. Pastu dating kek cendol bus stop tu ha.. 


SMK Telok Datok ditubuhkan pada tahun 1959 di Bandar Banting dengan nama ‘Darjah Menengah Melayu Banting . Pada tahun 1963, sekolah ini bertukar nama kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Datok.Sekolah ini dirasmikan pembukaannya pada 6 Disember 1963 oleh Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu iaitu Yang Berhormat Kapten Haji Abdul Hamid Khan bin Haji Sakhawat Ali Khan


Sekolah ini ditubuhkan bertujuan untuk menampung keperluan pelajar-pelajar beraliran Melayu kerana pada masa itu hanya ada sebuah sekolah beraliran Inggeris (MES) dan sebuah sekolah aliran perdagangan yang kemudiannya dikenali sebagai SMK Sungai Manggis. Daerah Kuala Langat mempunyai banyak penduduk daripada kaum bumiputera yang tinggal di kawasan luar bandar. Kebanyakan mereka yang bekerja sebagai petani dan tidak mampu menghantar anak-anak mereka bersekolah di sekolah aliran Inggeris yang memerlukan perbelanjaan yang tinggi.


Pada asalnya, sekolah ini menumpang di bangunan Sekolah Umum Banting(PPD sekarang)Kemudian, berpindah dan menumpang di bangunan Sekolah Rendah Chung Hwa,Banting. Pada tahun 1963, sekolah ini berpindah ke bangunan sekarang di Telok Datok.

Sekolah ini asalnya terdiri daripada 3 blok bangunan tetapi kini telah bertambah menjadi 6 blok , A, B, C, D, E dan F. Selain itu terdapat 2 blok bangunan yang dijadikan asrama puteri dan putera, sebuah dewan makan, sebuah dewan sekolah , sebuah kantin,sebuah rumah kediaman pengetua, sebuah bengkel kemahiran hidup,sebuah surau baru dan enam buah rumah sederet untuk pekerja am sekolah (dijadikan stor peralatan kerusi meja yang rosak)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan