Ahad, 14 Januari 2024

Suspensi


 Suspension - Multilink/ Wishbone vs Torsion Beam

Zaman 70s 80s 90s ialah di mana zaman letusan idea meledak. Di era ini ekonomi memang boom dan hampir seluruh pemain industri cuba cipta 'kelainan'. 


Peminat automotif pula mempunyai kekuatan kewangan atau dijangka akan beli jugak kereta di zaman itu. Zaman tiada internet, gajet dan hobi ketara yang lain, statistik menunjukkkan, masyarakat akan pilih kereta jugak sebagai satu cara nak habiskan duit lebihan. Jadi sales terjamin.


Bila sales terjamin, duit untuk R&D pun banyak, dan mulalah imovasi dengan unlimited budget.


Jadi antara inovasi yang berjaya ke production ialah


- Citroen dengan suspensi pneumatic


- VW Combi Bus dengan suspension belakang yang agak kompleks bagi sebuah bas sekolah


- Porsche 924 guna teknologi yang diperkenalkan oleh Alfa 75 / Alfetta , menggunakan transaxle untuk 50-50 handling


- Mazda dengan lightweight chassis dan meneruskan idea engineering penyokong kuat N^ZI iaitu enjin Rotary dari Felix Wankel  


- Honda dengan double wishbone kesemua roda untuk kereta entry level


- Audi dengan Quattro dia, sampai kena banned di BTCC 1997


- BMW setia dengan imej 50-50 handling I6 dan RWD


- 911 dengan keras kepala nak jugak enjin duduk di belakang axle belakang dan Turbo....sebab tu dapat jolokan The Widow Maker...banyak dah yang mati terbunuh disebabkan design sangat radikal ini...


- R32 Nissan terlalu over engineered, terpaksa diharamkan di ATCC atas permintaan Ford dan Holden ( Sierra RS menangis tak boleh folo R32 di Bathurst..butthurt betul )


Jadi zaman ini penuh dengan identiti masing masing.


Kalau beli majalah berkaitan kereta, seronok baca teknologi masing masing.


Jadi di zaman ini, pemain industri sebenarnya mewah dan tiada masalah untuk serapkan teknologi ke model production.


Jadi zaman ini,sistem suspensi Torsion Beam hanya untuk kereta level murahan sebab kos nak hasilkan agak rendah.


Maksudnya ia bukan pilihan utama untuk jenama premium mereka.


Sebab itu Honda lama handling dia sedap. Saya ada sebuah SV4 dan juga EG9 ( milik adik ) dan handling dia sewaktu layan corner di jalan pergunungan ala Akina Touge ( Jalan Minyak Beku , Batu Pahat ) memang padu.


Maksud padu ialah, bila ambil selekoh , ianya disampaikan dengan confidence level yang tinggi untuk percaya jentera tersebut mampu selesaikan tugas kritikal, iaitu ambil korner sahaja.


Ada satu perasaan yang susah nak diterangkan dengan ayat, lebih kurang seperti ini ...makin tekan , makin kena sedut ke bumi.....


Itulah perasaan yang diberikan jika naik EG9 atau SV4


Kemudian, abah ada Proton SAGA 12V MegaValve dengan rim 13 inci dan muffler Remus yang original.


Jadi saya pun uji jentera yang sama di Minyak Beku Perfecture jugak, confidence yang ada di Honda tiada di Saga. Jadi tidaklah berani nak tekan melebihi had dia, dahlah jentera ini agak liar di bahagian belakang....


Masa itu manalah pandai nak bezakan Double Wishbone vs Torsion Beam


Dah dewasa ni, bila banyakkan pembacaan barulah faham ...


Ok apa beza dia ?


Double Wishbone dan Multilink membolehkan roda  berinteraksi dengan permukaan jalan secara indipendant atau isolated.


Dalam bahasa mudah, apa juga info di sampaikan, dia hanya berinteraksi dengan roda tersebut sahaja. Info tersebut tidak akan disampaikan ke roda lain.


Jadi, jika Honda EG9 berinteraksi dengan permukaan jalan, kesemua 4 roda akan berfungsi dengan ruang lingkup sendiri, tiada force transfer ke road lain. Dan akhirnya menghasilkan pemanduan  yang padu sekaligus berjaya mempengaruhi di pemandu untuk menambah keyakinan, boleh pergi lagi ni cornering speed...haa mcm itulah ayat dia


Torsion Beam pula dia akan berkongsi maklumat permukaan jalan dengan roda sebelah dia. Contohnya Proton Saga saya langgar lubang maha gergasi di Jalan Pasir Gudang di roda kiri, maka force transfer akan berlaku dan roda kanan pun terima juga gegaran akibat pelanggaran lubang tersebut dan mengurangkan traction.


Sebab itu hanya fighter yang mahir sahaja mampu

jinakkan jentera lumba SAGACUP di litar Sepang. 2:44 kan rekod sekarang kelajuan paling pantas.


Tapi langit tidak selalunya cerah, kemelesetan ekonomi dunia mula terasa sejak awal permulaan 2000 lagi dan kekangan kewangan mula memaksa pemain industri mula mengunakan teknologi murahan untuk kekal survive


Nak restore balik suspension Honda Double wishbone dengan money power di 2024 ni pun demam, mahal wooo ( betapa kuatnya currency zaman dulu )


Honda pun mengalah selepas 13 tahun setia dengan double wishbone depan belakang ke McPherson Strut di depan dan Double Wishbone di roda belakang malah ada juga model Type R guna Torsion Beam di belakang


Tapi disebabkan manusia itu kreatif dan sentiasa maju ke hadapan, teknologi Torsion Beam yang level dia cap ayam di zaman 80s, kini digunakan model Hot Hatch yang premium seperti Renault Megane RS Trophy Edition


Cuba check video Trophy memecahkan rekod fwd stok kilang di Nordshleife


Jadi, stigma Torsion Beam ni cap ayam masalahnya masih kuat di kalangan Boomers, sebab mereka degil, sukar terima perubahan dan nostalgic :D 


Torsion beam kalau didatangkan dengan chassis yang berat seperti S70 dan dibantu oleh teknologi suspensi moden di zaman 2023A ini, ianya selesa dan motorsports oriented sebenarnya.


Torsion Beam sangat suka permukaan jalan yang licin dan rata, litar lumba kan dah tentu rata, jadi kat situ dah nampak advantage dia.


Jadi dah tiba masanya kita tinggalkan era 80s - 90s dan mula menerima acuan baharu teknologi automotive


Haaaa lawanya montot Tesla S di waktu senja dan lampu bentuk C tu menyala ...


Rujukan

- Honda FD McPherson / Double Wishbone

- Inspira McPherson / Multi Link

- Perdana V6 McPherson / Double Wishbone

- X70/X90 McPherson / Multi Link

Tiada ulasan:

Catat Ulasan