Selasa, 4 Mac 2014

PBS

Assalamualaikum wbt. Minta izin drpd kwn2 cyber utk sy mncelah dan mberi sdikit pndapt ttg PBS ni sekadar dr apa yg sy fhm sbg guru yg mengajar mp PBS ini. Antara kwn2 di atas siapa yg mmg seorg guru dan mengajar PBS samada dr SR @ SMK dll? Sejak PBS diperkenalkan pd tahun 2011 sy tlh dilantik mjadi penyelaras tp tidak mengajar mp KSSR. Byk rungutan drpd kwn2 sy tentang sukar dan byknya pentaksiran2 dan eviden2 yg perlu dibuat tmasuk jg dgn pengisian dlm online SPPBS. Sy pandang sbg alasan membela diri. Padahal malas (kata hati sy..). 

Maklum kbykn mrk guru setahun jagung sdgkan sy dah 3 thn jagung…. Tp pd thn lepas, sy tpksa mggantikan guru yg berpindah ptgahn tahun utk mengajar Sains tahun 3. Sy mula terkial2. Sy tpaksa study semula. Utk thn 3 Dunia Sains dan Teknologi terdpt 104 pentaksiran dr Band 1 hgg band 6 perlu dibuat. Masa yg diperuntukkan hanya 1 jam seminggu. Sy mula tepuk dahi. Utk DST thn 3 sy perlu mengajar sains dan teknologi komputer. Macamana nak buat nih. Kaedah PBS dlm bilik darjah ialah PnP+P. 

Utk DST dlm ms 60 minit, sy perlu mengajar dlm 40 minit dan terus membuat pentaksiran selama 20 minit lg. Cuba kwn2 bygkan apakah risikonya? Dlm masa 40 minit murid perlu faham dan tahu apa yg diajar dan terus menjawab pentaksiran. Tiada kerja rumah! Ramai murid yg menghantar kts kosong tnpa jwpn! Mengikut kaeadh PBS murid yg lemah perlu dibantu agar mencapai band yg mrk lemah. Bila nak bantu? Masa pun 1 jam seminggu. 

Byk lagi tajuk baru yg perlu dibincang! Lepas tu sesi masuk makmal komputer. Kwn2 tahu apa kemahiran yg perlu diajar? Word, Excel, dan Powerpoint. Masa 1 jam seminggu nak ajar Sains dan Teknologi. Munasabahkah? Nak smpai ke makmal komputer dah abis 5 minit, on komputer 2 minit, ajar dan taksir. Apa yg murid dpt? Lps tu kena periksa eviden yg murid telah buat. Masukkan dlm borang transit. Pastu masukkan dlm SPPBS pula. Baru sy tahu betapa teruknya sistem PBS yg KPM buat. Barulah sy tahun apa yg telah dikatakan oleh kwn2 saya. Selama ini sy menganggap mrk malas dan byk alasan. Kenapa? Sbb sy tak mengajar. 

Soalan sy brp kerat pihak pentadbir GB dan PK2nya yg mengajar KSSR? Tak ramai. Alasan tugas mrk sibuk. Betul ke sibuk? Ya sibuk mengarah! (Maaf sy tahu bukan semua. Tp siapa yg makan lada, dia yg terasa pedasnya!) Tp bila cakap ckup mudah. Aaaa cikgu tolong buat PBS baik2 ya. Ini adalah KPI PPD, JPN dan KPM. Eviden2 perlu ada dlm fail perkembangan murid ya…. Fail showcase kena lengkap ya. Fail maklumat guru kena lengkap ya…. Jgn malukan sekolah…. Sy kalau boleh nak bg 90 ke atas markah prestasi kpd semua guru… Oh ya satu lagi, Koku ptg ni 2.30 ada.. hrp jgn ada cikgu2 yg ponteng. 

Tak baik nmpak kt org. oh ya satu lg, penyelaras2 hrp dpt siapkan semua kandungan fail terkini. kalau ada masalah, cubalah tanya kwn2 kt sekolah lain. Bolehkan? Kita sbg guru ni kena sanggup berkorban. Tp minta maaf la ya, kami pihak2 ptadbir sbb nama nama tak ada dlm senarai ko blh balik awal la ya… Kalau nak ada mungkin PKKo la kot. Itu pun kalau dia rajin… (Hisssyyy dah melalut aku..)

Bgmana pula dgn mp muzik? Perlukan guru2 yg mahir muzik dan opsyen muzik. Perlukan alat2 muzik. Masa mengajar muzik cuma 30 minit seminggu. Sempat? Mengajar dan taksir. Lepas tu guru2 pula bukan opsyen dan tak ada kemahiran bermain alatan dan not2 muzik. Adilkah untuk anak2 kita ditaksirkan dgn masa mengajar yg sedikit dan tak ckup alatan? Masalh ini sama utk semua mp KSSR. Kami bukan semata2 mengajar, Seorang guru tahun 1 sekolah sya, mengajar 4 mp KSSR thn 1, BM, MT, MZ dan DST. Mjadi guru kelas Thn 1 utk murid 30 org. Menjadi penyelaras LINUS. Menjadi guru LINUS thn 1. Menjaga bilik LINUS dan menjadi Setiausaha Panitia BM, Guru Pemimpin Puteri Islam. Guru Penasihat Persatuan Bahasa Melayu dan Guru Pembimbing Bola Tampat utk 1M1S..


Akhir sekali. kalau kami sbg guru bimbang masa dpn anak2 kami dgn sistem PBS yg bercelaru. Kenapa kwn2 yg bukan guru tak terasa? Jgn tanya org yg bpangkat mcm PPD atau pihak pentadbir sekolah atau KPM atau JPN. Mrk hanya tukang arah! Tukang suruh! Tukang gertak. Konon dtg utk beri buat semakan utk beri bantuan dan bimbingan. Ala takat bantuan air liur, org tak pandang. Cuba tanya org yg melaksanakan PBS ini. Mrk yg lebih tahu sebenarnya masalah PPS ini. 


Ini bukan masalah malas. Ini bukan gaji dah tinggi tp kerja nak kurang. Ini masalah masa! Kalau mrk mrk dpt berikan kami 36 jam sehari dan 10 hari seminggu dan 40 hari sebulan 480 hari setahun…insyaAllah kami dpt buat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan