Tuesday, 4 March 2014

Zahir

Beliau bernama Zahir merupakan seorang arab badwi. Sahabat ini selalu membawa hadiah kepada Baginda sebagai tanda kasih sayangnya dan Rasulullah begitu senang dgn sikap dan perlakuan zahir ini.
1 hari Rasulullah bercakap dihadapan semua sahabat2 tentang saudara badwi mereka,

Sabda Nabi s.a.w," Zahir itu adalah orang badwi kita, dan kita adalah orang hadhari(bandar)‘‘.
Rasulullah cukup sayang pada Zahir walaupun ini adalh sorg yg sgt tak segak.

Suatu hari, Zahir pergi menjual barangnya di pasar. Rasulullah mengendapnya dari belakang dan tiba2 terus memeluk Zahir dari belakang secara mengejut.

Zahir cuba melihat diblkgnya tp xbley,lalu ditanya zahir"siapa dibelakang ku ini?
Baginda tsenyum lalu berkata " ini aku Rasulullah".
Lalu Zahir merapatkan tubuh belakngnya utuk lebih erat dipeluk Rasulullah s..a.w.. mgambil berkat dr baginda.

Kemudian Rasulullah bgurau " siapakah yang mahu membeli hamba ini "??
Lalu Zahir berpaling kpd Rasulullah" ya Rasulullah, tuan pun tahu,saya ini org yg tak terjual(tak laku) wajah hamba yang sebegini,siapakah yg mahu membeli ?"..

Rasulullah berkata pada zahir''wahai zahir,TIDAK, kamu bukan org yg tidak terjual (x laku) bahkan kamu adalh yg pling mahal di sisi Allah''.

Kata2 Rasulullah s.a.w itu begitu mgembirakan hatinya.

Ya Zahir,untungnya kamu,kamu dipeluk insan yg paling mulia,belakangmu pernah disentuh dada Rasulullah, Ya Zahir, biarpun kamu tidak segak tapi begitu mulianya kamu di sisi Allah, kamu tidak disukai oleh sekelian manusia,tapi kamu dicintai ALLAH dan RASUL.

Beruntunglah kamu wahai zahir.

Jadilah Personaliti yang tidak dikenali manusia tapi disayangi Allah juga Rasulullah.

--------->Allahuma Solli Ala Sayyidina Muhammad---------------->

No comments:

Post a Comment