SARANG LABAH-LABAH
Umum mengetahui bahawa lambang sarang labah-labah mempunyai lapan bucu dan mempunyai tiga lapis jaringan yang menghubungkan antara satu bucu ke satu bucu yang lain.
Bagi masyarakat Cina, sarang labah-labah adalah simbol perlindungan dari gangguan makhluk halus dan ia digabungkan dengan simbol PAKUA atau 69 yang mempunyai maksud YING dan YANG iaitu dua elemen semangat rohani dan jasmani dalam kepercayaan TAOISME yang diasaskan oleh KUNG FU TZE atau CONFUISME.
Bagi umat Islam pula sarang labah-labah berkait rapat dengan peristiwa sejarah hijrah Rasulullah SAW bersama Saidina Abu Bakar di mana baginda berdua bersembunyi di dalam Gua Tsur setelah dikejar oleh lebih seratus orang musyrikin Quraisy untuk membunuhnya. Allah mengilhamkan kepada kala jengking untuk merayap dan menghilangkan kesan tapak kaki baginda. Allah mengilhamkan sepasang burung merpati untuk membuat sarang di atas pintu gua dan Allah mengilhamkan kepada labah-labah untuk membuat sarang menutupi pintu gua setelah baginda berdua memasuki gua tersebut.
Itu adalah tentang kepercayaan masyarakat Cina dan sirah rasul bagi umat Islam.
*KAITAN SIMBOL SARANG LABAH-LABAH*
8 X 3 = 24
24 ÷ 8 = 3
24 ÷ 3 = 8
2 X 4 = 8
8 ÷ 2 = 4
24 ÷ 2 = 12
4 X 3 = 12
6 X 4 = 24
Apakah maksud pengiraan di atas? Apa kaitannya?
Simbol sarang labah-labah adalah simbol kepada pecahan MABADI ILMUT TAUHID iaitu Permulaan Ilmu Tauhid. Ianya berkait rapat dengan kalimah *LAA ILAHA ILLALLAHU MUHAMMADAR RASULULLAH* iaitu lafaz syahadah atau naik saksi. Iktiqad dan aqidah serta keimanan kepada Allah dan rasul-Nya.
8 X 3 = 24
8 bucu didarab dengan 3 lapis jalinan menjadikan jumlahnya 24. Ia merujuk kepada 20 sifat bagi Allah yang wajib diketahui dan 4 sifat bagi rasul yang wajib diketahui. Dan juga 20 sifat berlawanan dengan sifat yang wajib bagi Allah dan 4 sifat yang berlawanan dengan sifat wajib bagi rasul.
24 ÷ 2 = 12
24 dibahagi kepada 2 menjadikan jumlahnya 12. Ianya adalah jumlah huruf yang terdapat dalam kalimah LAA ILAHA ILLALLAHU dan 12 huruf yang terdapat dalam kalimah MUHAMMADAR RASULULLAH. Juga menunjukkan masa sehari semalam dalam 24 jam. Bermakna selama 24 jam itu kehidupan adalah senantiasa berputar menurut manhaj atah kaedah dan aturan yang ditetapkan oleh Allah dan disampaikan oleh Rasulullah. Tidak akan pernah lari atau terlepas daripadanya.
8 ÷ 2 = 4
8 bucu adalah rangkuman dari dua nama agung iaitu ALLAH dan MUHAMMAD.
Kalimah Allah jika menggunakan aksara jawi atau arab atau hijaieyah dieja dengan ALIFF LAM LAM HA. Manakala nama Muhammad dieja sebagai MIM HA MIM DAL.
Lapan bucu tersebut juga adalah simbol kepada lapan perkara tanggungjawab seorang muslim dan mukmin dan mujahidin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan