Kelajuan bodoh membunuh..
Sekadar Perkongsian Semata-mata, pastinya ada yang lebih berpengalaman dalam hal ini.
Kepada kawan-kawan yang berhajat pakai motor 1000cc, tapi tak pernah bawa 250,500,600,800,1000, better belajar-belajar ambil cc yang sesuai dengan pengalaman dulu.
Motor 1000, 1200, 1250, 1300, 1400, 1600, tak sama macam kita bawa kereta 1.6cc terus ke 3.5cc atau terus ke 6000cc.
Hanya dengan sedikit pendikit dipulaskan, tenaga, daya kilasan, sebuah motor 1000cc amat berkuasa, menyebabkan ramai mudah hilang kawalan.
Walaupun bukan pada corner atau selekoh yang tajam, selekoh yang bulat dan panjang juga ramai yang tewas.
Masuk corner, keluar corner, cancel corner, dan macam-macam lagi keperluan mengawal jentera berkuasa besar perlu dilalui dengan keserasian dan kemampuan.
Bahkan, kata kawan saya yang memang dah lama dari cc bawah ke cc paling besar hayabusa dia, mengawal jentera besar dengan kuasa besar ini, perlu kesihatan mental dan fizikal yang baik.
Sewaktu pecutan 0-160kmj, atau dari 110kmj - 260kmj dalam beberapa saat tu, waktu itu adrenalin melimpah ruah, jantung mengepam laju , denyutan jantung tidak seperti kita memulas motor Rs150r block 65 sekalipun. Ia berbeza.
Tambahan bila debaran memulas throttle dari dalam corner untuk exit corner, di laluan yang kita tidak familiar atau tidak biasa. Pasti yang biasa ride akan tahu debarannya. Walaupun ada traction control, ebd, etc. penunggang tetap terdedah kepada 70%-80% bahaya.
Begitu juga bila pendikit dipulas atau dilepaskan sewaktu masuk corner, atau sewaktu cancel corner tarik body, switch corner, bahkan wobble keluar corner, jantung akan mengepam dengan denyutan yang amat tinggi. Mungkin boleh cecah 180bpm. bila denyutan dah terlalu tinggi, darah tak sampai, boleh pitam, blackout 1-2 saat, pening, mual, yang paling teruk, terus tangkap jantung, heart attack.
Jika tiada jam yang boleh menunjukkan denyutan jantung, heartrate, belilah, dan monitor. Ia bukan hanya untuk pengayuh basikal sahaja atau yang berlari sahaja.
Exercise lah untuk kesihatan yang optimum, bagi mengawal kenderaan dengan baik. Ia amat berkait rapat.
Motor besar tak perlukan ego besar untuk menawan jalanraya, ia memerlukan kesabaran yang besar untuk merendah diri, mengalah, bertahan, sabar, dan mengikut pace kelajuan sendiri berdasarkan pengalaman sendiri. Jangan ikut orang, atau mencabar diri diluar kemampuan, melainkan sudah tahu apa nak dibuat jika berlaku apa-apa di luar jangkaan.
Ada rakan nak beli 1000cc adventure bike, tetapi tak pernah bawa motor. Saya sarankan dia beli 500cc dahulu, itupun risau. Nak saran 250cc, takut dia kata tak seronok.
Tetapi motor-motor terkini, ada mode, limitation. Untuk merendahkan kuasa, merendahkan respon pendikit, mengawal motorsikal dengan lebih mudah. Itupun perlukan kepada ilmu dan pengalaman untuk kawalan yang serasi dengan penunggang.
Yang pasti, kelajuan membunuh kerana kealpaaan, keegoan, kurang sabar. Lajulah pada tempatnya dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman. Jalan yang kita tak biasa, jangan laju. Pelbagai kemungkinan boleh terjadi.
Nikmatilah tunggangan di jalanraya dengan penuh hikmah, jika mahukan limpahan adrenalin kelajuan, pergilah ke track day, di sana, jatuh ada kawasan luas tanpa pokok, tanpa curb, tanpa ranting2, tanpa kenderaan bertentangan arah.
Laju itu nikmat sementara, tahan lama dan jalan jauh itu nikmat sebenarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan