Jumaat, 29 November 2019

Jawa

Dalam budaya masyarakat Jawa lebih kepada penggunaan lirikan mata dan juga bahasa badan.

Contoh apabila seorang bapa sedang mengasah aret atau sabit untuk memetik buah kelapa sawit dia tidak akan menyuruh menantu lelaki atau anak lelakinya cara verbal.

Apabila anak lelaki atau menantu terlihat perbuatan si ayah sedang mengasah sabit tadi makin kuat ia mengasah dengan harapan itu adalah isyarat untuk anak lelaki atau menantunya membantunya untuk pergi ke kebun memetik buah.

Tiada sepatah perkataan pun akan keluar daripada mulutnya untuk menyuruh anak lelaki atau menantu lelakinya pergi ke kebun membantunya. Kali pertama dimaafkan kali kedua amaran terakhir dan yang ketiga memang tak akan disuruh lah sampai bila-bila.

 Yang boleh dipelajari dari situasi tadi adalah...

Action is louder than word

Tiada ulasan:

Catat Ulasan