Sempena result pspm 1
Saya tidak mahu ulas dari sudut kurikulum kerana ada yang lebih pakar
Saya suka mengulas dari sudut psikologi. Pelajar ada yg amat bagus dpd sudut pembelajaran. Pintar & bersungguh². Tapi saya tak pasti dari aspek psikologi & kerohaniannya. Semua tahu bahawa Allah Ya Baari' mengatur segala²nya.
Pelajar Allah izinkan untuk menjadi pintar, mampu buat semua soalan pspm tahun² lepas, dll
Saya juga tidak pasti, adakah *pelajar matrik dan pengurusan yakin bahawa "Manusia hanya berusaha tetapi Allah yang Menentukan". Konsep yang Islam anjurkan ini jarang ditekankan sehingga manusia yakin dengan logik aqal bahawa *siapa berusaha, dia berjaya*. Ia bukan tidak betul tetapi perlu dibetulkan dengan mengutamakan keyakinan dengan segala perancangan Allah.
Kecewa itu adalah fitrah manusia, jadi ia perlu diurus dengan baik. Kerana kecewa juga adalah aturan Allah supaya manusia lebih dekat dengan Allah. Yaqin dan redho dengan taqdir Allah Ya Qadir Ya Muqtadir dalam setiap perkara termasuklah situasi pelajar matrik agar *tidak menyalahkan pensyarah yg dianggapnya x pandai mengajar*
Aspek psikologi juga amat menekankan niat@permulaan dalam melakukan sesuatu perkara. Ia seperti magnet yang akan menarik apa sahaja yang kita kehendaki. Oleh itu, jadikan result pspm 1 ini sebagai pengajaran bahawa, "Apa yang kita ada bukanlah milik kita, semuanya milik Allah". Allah pinjamkan kepintaran, kesungguhan atau apa sahaja bukanlah mutlak, bila Allah kata tak nak bagi, dia boleh tarik dengan mudah.
Innalillahiwaiinailaihirajiun. Ia pasti suatu pengalaman yang sukar bagi pelajar yg sangka dia skor 4 rata... tapi sebaliknya.
Semoga Allah menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik bagi pelajar kurang berjaya dlm pspm 1 kali ini.
Usaha lagi sem 2 ya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan