Jumaat, 31 Mac 2023

Perak

 Bangsa Perak, Bangsa Melawan


Orang Perak ni nampak selamba hidup dia. Rileks nunggu doyan. Tapi bila melawan, melawan betul-betul.


Orang Perak pernah berperang dengan Dutch Republic. Orang Perak pernah berperang dengan Kingdom of Siam. Orang Perak pernah bertempur dengan Great Britain. Ini bukan perang air liur ke apa, ini perang pakai peluru meriam tumpah darah. Face-to-face.


Selain perang terbuka, Perak pertahan bumi dia dengan 'diplomasi timah' seperti yang dilakukan kepada Belanda, Siam dan Inggeris. Perak juga buat 'diplomasi gajah' sepertimana yang dikenakan kepada Siam untuk mengelakkan ufti Bunga Emas yang dipaksa Siam. Great Britain bersahabat dengan Kingdom of Siam, tapi bila Perak tunjuk bijih timah, Great Britain bagi senapang ke Perak untuk perang dengan Siam. Great Britain ni bertuankan duit dan boleh dibeli dengan timah.


Lepas tujuh tahun perang dengan Siam, akhirnya empayar Siam kalah dengan orang makan durian. Askar Siam berdicit lari ke tebing seberang sungai takutkan rentaka-rentaka orang Perak. Raja Siam pun tak berani bagi anugerah gelaran2 kepada sultan Perak, sebabkan orang Perak tak sio dengan gelaran pelik dari Siam. Kekallah Perak sebagai negeri utara yang bersempadan dengan Siam tapi menang perang melawan Siam buat selama-lamanya.


Orang Belanda boleh takluk satu Jawa, tapi sangkut di Perak. Orang Perak serang dan musnahkan Kota Belanda sampai jadi padang jarak padang tekukur. Belanda cabut lari ke Batavia. Ingat dia seorang kepala batu. Belanda tak boleh survive tanpa timah dari Perak. Perak kawal harga timah masa tu. Belanda tersepit dalam perangkap ekonomi. Paling cikai pun, terpaksa mengadap Acheh, minta nasihatkan Perak 'bagi muka' sikit pada orang Belanda. 


Burma pernah berperang dengan Great Britain, kalah, raja dia kena buang, institusi berajanya dihapuskan, satu empayar kena jajah total masuk bawah Crown. 


Orang Perak negeri dia kecil je, berperang juga dengan Great Britain, akhirnya kalah jugak (mana maunye yob, negeri kecik lawan satu empayar kolonial), tapi orang Inggeris nak implement macam di Burma tak bolehla pulak. Raja boleh buang tapi institusi raja tak boleh buang. Diorang stuck sekurang-kurangnya 3 benda ni:


1) Perjanjian Pangkor. Kalau hapuskan sistem beraja, perjanjian ni dah tak relevan. Kena buat perjanjian baru. Inggeris kena jilat ludah sendiri. 


2) Institusi beraja Perak yang berlapis-lapis. Burma monarki mutlak. Perak pakai sistem pembesar. Sultan kena buang, Raja Muda naik. Sistem automatik macam ni memeningkan Inggeris. Uncle Jack checkmate tang situ. Kalau tak diikut, Perak havoc. Bila Perak havoc satu negeri, ini bermaksud pengeluaran bijih timah akan terencat, maka merugikan Inggeris balik.


3) Setiap pembesar Perak adalah "warlord". Masing-masing ada pengikut dan hulubalang sendiri. Great Britain baru selesai perang dengan 'pengikut Sultan Abdullah' tapi belum seluruh negeri Perak. Sultan fungsi dia sebagai 'maharaja' pemersatu. Tanpa raja, huru-hara akan berlaku dan ini merugikan pihak Inggeris.


Zaman Sultan Idris I dan keturunannya banyak lawan British pakai akal dan muslihat politik. Perak jadi kuasa 'de facto' dalam Negeri-negeri Melayu Bersekutu sebab 'wirtschaftswunder' dia. Kuasa ekonomi dia meroket sampai Kingdom of Siam terpaksa mengadap sultan nak pinjam duit apabila  Chinese-Siamese Bank telah muflis pada hujung tahun 1913. Tradisi pertandingan ragbi antara MCKK dengan Vajiravudh College ada kaitan dengan lawatan ni. Menariknya, MCKK mula 1905 lebih awal dari kolej raja Siam itu. Nampak jauh ke depan wawasan Sultan Idris I masa tu.


Dengan kuasa ekonomi, Perak ugut British pulangkan Pulau Pangkor. Alkisahnya pada zaman perang dengan Siam dulu, Kedah dan Perak sama-sama bagi pulau pada orang Inggeris dengan objektif melawan Siam. Tapi Kedah kena tipu Inggeris, sampai sekarang pulau jadi milik orang. Inggeris pulak diakal Perak, akhirnya pulau kembali jadi milik sendiri.


Dulu ada krisis politik, mesyuarat sorang je Melayu, mana maunye, walhasilnya kampung-kampung Melayu jadi 99 tahun,dah macam leasehold dibuatnya. Kampung orang lain pulak hakmilik kekal. Nampak sangat nipunye. Maka melawanlah orang Perak bersama sultan.


Apapun, banyak benda boleh dijadikan sempadan dan iktibar dari kisah orang Perak yang melawan ini. Lain negeri lain pengalaman dan kisahnya.


Bangsa Perak, bangsa melawan. 

Fight for your right.


~Srikandi

Selamat Menyambut Bulan Pose.


Foto: Bab Perang Perak-Siam m/s 384, Rentaka Sekalian Bijasura.

Ahad, 19 Mac 2023

anggur

 

Universiti antara punca graduan menganggur, kata kajian

Sheridan Mahavera

Universiti antara punca graduan menganggur, kata kajian

Menurut pusat Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU), graduan universiti awam di negeri-negeri miskin seperti Kelantan, Terengganu dan Sabah didapati lebih sukar mendapat pekerjaan pertama jika dibandingkan dengan graduan dari pusat pengajian tinggi di negeri kaya seperti Selangor dan Kuala Lumpur. – Gambar fail The Malaysian Insight

 

TERLALU memilih kerja dan meminta gaji yang tidak munasabah - sering dikatakan menjadi punca masalah pengangguran di kalangan graduan.

 

Namun, sebuah badan pemikir pula mengatakan hubungan keluarga dan universiti awam di mana graduan belajar menjadi faktor penting untuk mereka mendapatkan pekerjaan.

 

Menurut pusat Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU), lebih daripada 80% pemegang ijazah yang menganggur meminta gaji kurang daripada RM3,000, manakala 70% penganggur yang mempunyai diploma meminta gaji kurang daripada RM2,000.

 

Selepas menganalisis data lapan tahun dari Kementerian Pengajian Tinggi, KPRU turut mendapati terdapat trend yang membimbangkan di kalangan graduan.

 

Graduan universiti awam di negeri-negeri miskin seperti Kelantan, Terengganu dan Sabah didapati lebih sukar mendapat pekerjaan pertama jika dibandingkan dengan graduan dari pusat pengajian tinggi di negeri kaya seperti Selangor dan Kuala Lumpur.

 

Ooi Teik Khim, yang menulis kajian tersebut menyifatkan ia adalah masalah 3'P': keluarga miskin (poor families), negeri miskin (poor states) dan kelas sosial bawahan (poor social standing).

 

"Majoriti graduan yang menganggur berasal dari keluarga miskin atau si rumah berpendapatan rendah dan negeri yang miskin atau berpendapatan rendah. Mereka juga mempunyai modal sosial yang lemah, mungkin kerana mereka datang dari kelas sosial bawahan," kata Ooi.

 

"Ia petunjuk ketara mengenai ketidaksamaan dalam masyarakat kerana tidak semua graduan setara dalam pekerjaan. Graduan dari keluarga kaya dan negeri berpendapatan tinggi dengan rangkaian sosial yang lebih baik mempunyai kelebihan dalam pekerjaan."

 

"The Findings of Graduate Tracer Study 2007-2015: Broken Malaysia Dream" berpendapat trend ketidaksamaan ini akan membawa kepada pergolakan sosial dalam jangka masa panjang.

 

"Umumnya, pendidikan dilihat sebagai cara terbaik untuk memperoleh kehidupan yang lebih baik. Andainya pendidikan tidak lagi menjadi jalan berguna untuk mencapai hidup yang lebih baik, dan masyarakat juga sedar akan hal itu, lebih banyak pergolakan sosial akan terjadi.

 

Bagi generasi muda sekarang, impian rakyat Malaysia untuk memperoleh kehidupan lebih baik melalui pendidikan lebih tinggi telah musnah, kata Ooi.

 

"Mereka telah menyaksikan pelbagai kisah kejayaan mengenai orang dari keluarga berpendapatan rendah melonjak ke kelas menengah dan tinggi menerusi pendidikan tinggi serta usaha keras," katanya.

 

"Graduan hari ini sedar mereka semakin sukar mendapatkan pekerjaan dan gaji untuk mereka tidak berganjak. Pasaran kerja juga lebih memihak kepada graduan yang datang dari latar belakang yang lebih baik."

 

Siapa yang anda tahu

 

Kajian ini menganalisa data daripada tinjauan ke atas graduan diploma dan ijazah yang dijalankan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dari 2007 hingga 2015.

 

Misalnya, pada 2015, kementerian meninjau 229,568 graduan dari 22 universiti awam di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

 

Tinjauan kementerian mengenal pasti punca mengapa graduan menganggur, cara mereka mencari kerja dan jumlah masa yang diperuntukkan untuk mencari kerja.

 

Graduan juga ditanya sama ada mereka adalah pekerja tetap atau sementara, gaji yang diminta dan kriteria penting apabila memohon pekerjaan.

Universiti Pendidikan Sultan Idris yang menghasilkan graduan untuk bidang pendidikan yang mempunyai permintaan tinggi yang menjadikan ia institut pengajian tinggi dengan kadar pengangguran paling rendah. – Gambar fail The Malaysian Insight, 27 Mac, 2018.

Universiti Pendidikan Sultan Idris yang menghasilkan graduan

untuk bidang pendidikan yang mempunyai permintaan tinggi

yang menjadikan ia institut pengajian tinggi dengan kadar

pengangguran paling rendah. – Gambar fail The Malaysian Insight

Kajian KPRU kemudian membandingkan dan menganalisa penemuan dari setiap tahun bagi mengenal pasti trend pengangguran di kalangan graduan.

 

Selain daripada pola yang dinyatakan di atas, Oii berkata data mendedahkan bahawa kadar pengangguran di kalangan belia berumur antara 20 dan 24, termasuk graduan dan bukan graduan, meningkat dan kekal sama sejak 1998 -  tahun di mana Krisis Kewangan Asia berlaku.

 

Ia kekal pada kadar yang sama iaitu antara 7% dan 10% dari 1998 hingga 2015, tanpa mengira kadar pertumbuhan ekonomi, kata Ooi.

 

Selepas menolak bilangan graduan baru yang tidak aktif mencari kerja, Ooi berkata kadar sebenar granduan yang menganggur ialah di antara 24% dan 28% antara 2008 dan 2015.

 

Penemuan yang lebih membuka mata ialah latar belakang graduan yang menganggur. Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis dan Sabah merupakan lima negeri berpendapatan rendah yang mempunyai bilangan graduan menganggur tertinggi.

 

Kadar pengangguran graduan di Kelantan ialah 34.8%, diikuti Sabah pada 34% Terengganu (33.2%) Perlis (27.7%) dan Pahang (27.4%).

 

Sebaliknya, kadar pengangguran graduan di Putrajaya adalah yang terendah pada 14.5%, diikuti Kuala Lumpur dan Selangor pada 18.6%, Pulau Pinang (21%) dan Johor (22.9%).

 

Di peringkat universiti pula, kadar pengangguran graduan direkodkan di:

 

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) pada 46.4%, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) 44.5%, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) 43.3%, Universiti Malaysia Sabah (UMS) 42.6% dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) 40.9%.

 

Pusat pengajian tinggi yang mencatat rekod pengangguran terendah ialah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 10.6%.

 

"Ini kerana UPSI menghasilkan graduan untuk bidang pendidikan yang mempunyai permintaan tinggi," kata Ooi.

 

Selepas UPSI, dua institusi dengan kadar pengangguran paling rendah adalah di Selangor - Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 18.8% dan Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM) pada 19.9%.

 

Ini diikuti Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Johor pada 20.1%, Universiti Malaya (UM) pada kadar 21.2%, dan Universiti Sains Malaysia (USM) di Pulau Pinang pada 22.2%.

 

Ooi bagaimanapun, tidak dapat mengatakan sama ada perbezaan kadar pengangguran disebabkan oleh kualiti pendidikan di universiti ini, yang seterusnya menghasilkan graduan lebih baik atau kurang terlatih.

 

"Ini adalah sesuatu yang perlu kita siasat dalam satu lagi kajian. Buat masa ini, 3P dalam pengangguran di kalangan siswazah mungkin berlaku kerana dua sebab.

 

"Pertama, negeri berpendapatan rendah tidak mampur menawarkan peluang pekerjaan mencukupi bagi graduan negeri terbabit sehingga memaksa mereka berpindah ke negeri yang kaya, seperti Kuala Lumpur dan Selangor.

 

"Kedua, apabila graduan dari negeri berpendapatan rendah mencari kerja di negeri kaya ini, mereka tewas dengan graduan tempatan yang mempunyai modal atau hubungan sosial yang lebih baik," tambah Ooi.

Jumaat, 10 Mac 2023

realiti

 RAMASAMY (Versi Bahasa Melayu)


1. Ramasamy tersinggung kerana saya masih bezakan keturunan pendatang dari China dan India sebagai “orang asing”.

 

2. Bukan saya tetapi mereka sendiri yang pilih untuk di kenal sebagai pendatang asing. Mereka yang ingin dikenal sebagai Cina Malaysia atau India Malaysia. Orang Melayu memangpun dikenali sebagai orang Malaysia.

 

 

3. Ya, nenek moyang saya dari India. Tapi saya tak gelar diri saya India Malaysia.

 

4. Saya Melayu di dalam erti kata bahasa pertuturan saya Melayu dan budaya saya juga Melayu.

 

5. Perlembagaan menyatakan Melayu ialah seseorang yang bertutur bahasa Melayu, mengamal adat dan budaya Melayu dan beragama Islam.

 

6. Saya memenuhi kesemua syarat ini. Begitu juga beratus ribu orang lain yang berasal dari Timur Tengah, India, Pakistan, Bangladesh, Turkiye dan Afghanistan yang diterima sebagai Melayu oleh semua orang di dalam negara ini. Mereka tidak menggelar diri mereka Arab Malaysia atau Pakistani Malaysia dan sebagainya.

 

7. Tetapi orang Cina dan India di Malaysia bertegas untuk bertutur di dalam Bahasa Cina dan India. Sebelum ini mereka bertutur di dalam dialek daerah asal mereka. Tetapi apabila China memutus untuk jadikan Mandarin sebagai Bahasa kebangsaan, orang Cina di Malaysia juga turut beralih kepada Mandarin. Sehinggakan nama mereka juga ditukar untuk ikut Cina di China.

 

8. Masyarakat India di India tolak Bahasa kebangsaan. Mereka bertutur bahasa daerah mereka. Dan India di Malaysia juga mengekalkan Bahasa daerah-daerah di India.

 

9. Tetapi Cina dan India bertegas untuk diadakan sekolah mereka tersendiri, mengguna Mandarin dan bahasa India sebagai bahasa arahan. Mereka tolak sekolah kebangsaan di mana Bahasa kebangsaan Malaysia, Bahasa Melayu diguna.

 

10. Sehinggakan cadangan mengadakan ketiga-tiga buah sekolah di dalam satu kampus juga ditolak.

 

11. Budaya masyarakat Cina dan India mengikut negara asal China dan India.

 

12. Sambutan Tahun Baru juga adalah Tahun Baru China and India.

 

13. Kita tidak menekan penukaran agama. Tetapi Bahasa dan budaya haruslah mengikut budaya Malaysia, iaitu Melayu.

 

14. Di Indonesia, Filipina dan Thailand, masyarakat Cina jadi Indonesia, Filipina dan Thai. Bahasa peruturan di rumah juga adalah Bahasa kebangsaan negara-negara ini.

 

15. Tidak ada sekolah mengajar Bahasa negara asal mereka.

 

16. Ramai sekali penduduk Amerika Syarikat berasal daripada negara asing. Tetapi mereka gelar diri mereka American, bertutur Bahasa Inggeris Amerika dan berjuang juga untuk Amerika.

 

17. Eisenhower asalnya berketurunan German. Tetapi beliau berperang melawan Germany sebagai seorang rakyat Amerika. Dan memanglah dia tidak berbahasa German. Sebaliknya dia bertutur Inggeris Amerika.

 

18. Generasi ke-2, ke-3 dan ke-4 kaum pendatang Amerika tidak lagi boleh bertutur Bahasa negara asal mereka. Mereka semua bertutur Bahasa Inggeris Amerika. Mereka belajar di sekolah dan university Amerika.

 

19. Begitu juga dengan kaum pendatang yang bermastautin di negara-negara Amerika Selatan. Mereka hanya bertutur Bahasa Sepanyol atau Portugis. Sekolah etnik tidak wujud.

 

20. Tetapi di Malaysia, Cina Malaysia bertutur Bahasa Mandarin dan India pelbagai dialek dari daerah asal mereka. Hanya kaum Cina sahaja tinggal di kawasan bandar. Melayu tidak mampu – terlalu mahal.

 

21. Apabila Melayu bercakap tentang hal Melayu ini bukan perkauman. Mereka bangsa negara ini. Mana-mana negara di dunia apabila bangsa mereka bercakap berkenaan diri mereka, ini bukan perkauman. Orang Inggeris bercakap berkenaan masalah mereka dan mereka tidak dituduh perkauman.

 

22. Rishi Sunak berketurunan India, tetapi pertuturan dan kelakuannya adalah British. Thaksin Shinawatra berketurunan China tetapi bertutur Thai dan berkelakuan Thai. Begitu juga Corazon Aquino di Filipina. Di lain-lain negara ASEAN tidak ada sekolah Cina bantuan Kerajaan. Hakikatnya saya tidak pernah terlihat sekolah Cina di negara-negara ini.

 

23. Tetapi di Malaysia terdapat sekolah rendah, sekolah menengah dan  universiti Cina.

 

24. Sektor perniagaan dikuasai kaum Cina. Kaum bukan Cina tidak dapat peluang yang baik di sana. Jika Kerajaan tidak ambil kaum Melayu, mereka akan menganggur.

 

25. Saya akui banyak kekayaan yang terdapat di Malaysia adalah hasil kaum Cina. Kebanyakan cukai yang dikutip besar kemungkinan dari perniagaan kaum Cina.  Tapi mereka dapat pampasan yang mencukupi. Cina golongan terkaya.

 

26. Saya tidak suka sentuh berkenaan kaum Cina dan India Malaysia dan sikap talam dua muka mereka. Tetapi Ramasamy kerap tuduh saya perkauman. Saya ulang yang saya bukan perkauman. Saya bangsa sebuah negara bernama Malaysia. Saya ada hak ke atas sebahagian daripada kekayaan negara ini, negara saya.

 

27. Konsep multiracialism di Malaysia bermakna semua akan dimiliki oleh mereka yang berkebolehan, yang punyai kekuatan kewangan, jaringan perniagaan yang luas, yang terlatih dan berpengalaman.

 

28. Hanya bukan Melayu yang layak.

 

29. Melayu tidak dapat apa-apa dari multiracialism.

 

30. Ramasamy yang sebenarnya rasis. Dianya menentang Melayu dan tidak mahu mereka mendapat sedikit pun bahagian di dalam negara ini.

 

31. Atas dasar multiracialism dia hanya mahukan kesemuanya untuk kaum lain.


DR MAHATHIR BIN MOHAMAD

9 Mac 2023

Rabu, 1 Mac 2023

Elit

 ELIT - KENAPA PENDIDIKAN NEGARA SELAMA INI JADI BEGINI?

Tulisan yg panjang, jika tak mahu baca, boleh skip saja…

1. Kelompok yang mengurus pendidikan negara adalah dari kumpulan yang 'berjaya' dalam pendidikan lalu memasuki IPG atau IPT dan memegang jawatan guru. Selepas memasuki IPG / IPT, kelompok terus berdedikasi sebagai guru lalu dinaikkan pangkat sehingga berada dalam linkungan pembuat dasar. Aku namakan kelompok ini sebagai Kumpulan ELIT Pendidik –  diringkaskan sebagai ‘ELIT’ sahaja.


2. Sebahagian besar ELIT yang berjaya di sekolah ini dulu terdiri dari anak2 kampung yang 'cerdas', rajin dan tidak bermasalah (sikit2 tu biasalah). Bagi  ELIT, kejayaan sekolah adalah lulus exam dgn baik utk berjaya. Maka ELIT percaya, sekolah adalah untuk murid spt mereka - belajar utk berjaya, bukan untuk murid 'malas tanpa cita2'. Murid yang berjaya ini jugalah dihadiahkan SBP / MRSM, sekolah kluster cemerlang dan pelbagai program disediakan utk mereka. Anak2 dlm koko dirancang juga dgn pelbagai uniform supaya kelihatan ELIT, dgn blazer, tali leher, long sleeves, pelbagai warna.. 


3. ELIT yg berada dlm kelompok murid berjaya, mungkin tidak menyedari bahawa SEMUA murid ada niat utk berusaha, dan ingin berjaya, malah cemburu melihat kejayaan kawan2 yang lain. Mereka bukan patong tanpa perasaan, mereka juga ada cita-cita, namun pelbagai faktor menyebabkan mereka tercicir, hilang motivasi, merudum minat dan akhirnya gagal wpun dalam hati dan sanubari, mereka juga ingin berjaya. Lebih sedih lagi, kini kumpulan anak-anak spt ini telahpun menghadapi tekanan seawal menjejakkan kaki ke Tahun 1, terperosok seolah2 tiada siapa sudi membantu. Dalam masa yang sama, ramai murid yang 'struggle' ini juga berusaha tetapi kerana keupayaan kognitif lemah dgn pelbagai LD dan lain-lain halangan, akhirnya gagal juga.. malah gagal total - kemahiran tak ada, akademik hilang  punca.


4. Sistem pendidikan yang diterajui ELIT yang SECARA KOLEKTIF lebih melihat murid yang ingin berjaya, spt mereka dulu juga, tanpa disedari menyisihkan murid yang 'struggle' dan bermasalah lalu dianggap tidak mahu belajar. Akhirnya sekolah menjadi bengkel utk mendapatkan murid cerdas dan disokong untuk berjaya. Murid2 yang perlukan intervensi  ‘ketepi dulu ya !’ Maka apabila ELIT menerajui pendidikan negara sehingga berada dlm lingkungan pembuat dasar, maka mereka berfikir, sekolah perlu mengutamakan kumpulan murid yang cerdik, ingin berusaha utk maju, sebagaimana yang mereka juga dahulu sehingga dgn wewenang  menaikkan silibus supaya kumpulan murid yg ingin berjaya semakin terserlah. Bila disanggah, muncul dakwaan DSKP telah ditandaaras peringkat antarabangsa sdg tiada satu dokumenpun yg ada utk menyokongnya.


5. Bila aku belajar di Australia, kemudian berpeluang menjengah ke pelbagai negara - UK, Japan, Denmark, Portugal, Argentina, Sepanyol, Macau, HK, China, Vietnam, Spore, Indonesia, Mesir, Cambodia, Thailand, Jepun, Korea Selatan, Brunei, Taiwan , Turkiye, Mesir, Italy, Holland dan Saudi Arabia, baru minda aku terbuka, apa yang sebenarnya diperlukan dalam pendidikan, bukan spt yang aku fahami sebelum ini.  Dengan ramai kawan2 luar negara yang berinterkasi dgn aku, barulah satu persepsi yang berbeza muncul. Apapun yang dilakukan, akan tetap muncul engineer, sainstis dan pekerja2 separuh mahir atau tidak mahir. Tetapi ini bukan alasan utk fokus kepada yang 'teratas' sahaja, sebab pendidikan adalah membina insan dahulu baharu kerjaya mereka.


6. ELIT pada hemat aku, mewarisi satu pemikiran yang  tidak selari dgn FPK dan pemikiran ini telah lama ditinggalkan oleh negara maju. Aku  mula tersentak dan tersedar bila berada sendiri dalam satu sistem pendidikan luar negara yang sangat berempati kepada SEMUA murid, malah ingin menjayakan SEMUA mereka TANPA KECUALI dengan setiap potensi yang murid tersebut miliki.  Maka atas dasar inilah, negara maju guna sistem homeroom , tiada exam yang serius di sekolah rendah di negara maju, dengan silibus yang bermula mudah penuh dgn aktiviti, bagi memastikan tiada murid yang tercicir. Exam yang diadakanpun lebih kepada penilaian utk intervensi di peringkat sekolah, bukan utk bermegah.


7. Pendidikan bermula di peringkat awal persekolahan di negara maju adalah pendidikan yang dipermudahkan, menyantuni emosi, menitik beratkan psikologi dan keupayaan kognitif murid yang masih hijau. Kemunculan DSKP dari ‘idea’ ELIT ini menjadikan aku tersentak kerana ia tidak menepati keperluan kanak-kanak utk belajar di awal persekolahan, melainkan yang cerdas dan ada pelbagai advantages. Perkara inilah yang bersungguh2 di elakkan oleh negara maju. Lebih tersentak lagi dgn KBAT, STEM dan TP-TP yang menggila,  yang bukan sahaja tidak disesuaikan dgn usia, juga menambah tekanan dan bebanan kerja tanpa signifikan yang nyata.


8. Maka jangan hairan, ibubapa yang sealiran dgn ELIT ini akan menunjukkan sikap yang sama, kecuali apabila anak mereka sendiri yang bermasalah, kognitif rendah serta ada LD - baru mereka sedar realiti di depan mata. Percayalah, setiap anak tetap ada potensi, tetap ingin berjaya dan bercita2 tinggi, dan pendidikan adalah proses menggilap potensi tersebut. Jika mereka minat sukan, jangan sampai bukan sahaja sukan mereka terhalang, akademik juga tidak cemerlang. Jika mereka tidak ada kelebihan dalam akademik, jangan sampai dianggap 'bodoh', sedang potensi mereka tidak pernah terserlahkan. Harus diingati, negara Msia tercinta ini bukan hanya dibangunkan oleh kelompok elitas, tetapi oleh titik peluh seluruh rakyat.


9. Aku paparkan kisah di obersi, bukan sekali, betapa guru tidak melihat murid lemah sebagai satu masalah. Pembuat dasar pendidikan di negara maju dgn EMPATI sbgmana yg pernah mereka lalui, dapat menterjemahkannya semula bila merangka dasar2 baru. Ibubapa pula gembira kerana guru tahu masalah anak mereka dan sekolah berusaha memberikan intervensi yang sesuai. Kejayaan di sekolah rendah di obersi bermula dgn fokus utk anak2 membina karektor dan dikenaplasti minat mereka. Tiada murid yang ‘bodoh’ tetapi hanya murid yang berbeza karektor, berbeza minat dengan sama-sama belajar mata pelajaran asas utk menyuburkan minat masing2. 


10. Tentu sahaja, tidak semuanya akan menjadi spt yang dirancang, namun, perlaksanaan yang manusiawi dalam pendidikan adalah satu keperluan, berusaha menyantuni kesemua anak2 ini secara saksama.Kesungguhan ini terserlah di obersi dengan kelas yang besar, murid yang sedikit, 2 guru setiap kelas, dgn kemudahan yang terbaik dalam hampir apa sahaja. Tumpuan mereka utk ‘membahagiakan’ murid2 di sekolah termasuk berusaha serius dengan anak2 yang bermasalah. 

Maka selagi ELIT secara KOLEKTIF memonopoli pemikiran yg sama dalam arus pendidikan negara, selagi itulah kita akan berpusing2 dititik yg sama..


OT