Jumaat, 31 Mac 2023

Perak

 Bangsa Perak, Bangsa Melawan


Orang Perak ni nampak selamba hidup dia. Rileks nunggu doyan. Tapi bila melawan, melawan betul-betul.


Orang Perak pernah berperang dengan Dutch Republic. Orang Perak pernah berperang dengan Kingdom of Siam. Orang Perak pernah bertempur dengan Great Britain. Ini bukan perang air liur ke apa, ini perang pakai peluru meriam tumpah darah. Face-to-face.


Selain perang terbuka, Perak pertahan bumi dia dengan 'diplomasi timah' seperti yang dilakukan kepada Belanda, Siam dan Inggeris. Perak juga buat 'diplomasi gajah' sepertimana yang dikenakan kepada Siam untuk mengelakkan ufti Bunga Emas yang dipaksa Siam. Great Britain bersahabat dengan Kingdom of Siam, tapi bila Perak tunjuk bijih timah, Great Britain bagi senapang ke Perak untuk perang dengan Siam. Great Britain ni bertuankan duit dan boleh dibeli dengan timah.


Lepas tujuh tahun perang dengan Siam, akhirnya empayar Siam kalah dengan orang makan durian. Askar Siam berdicit lari ke tebing seberang sungai takutkan rentaka-rentaka orang Perak. Raja Siam pun tak berani bagi anugerah gelaran2 kepada sultan Perak, sebabkan orang Perak tak sio dengan gelaran pelik dari Siam. Kekallah Perak sebagai negeri utara yang bersempadan dengan Siam tapi menang perang melawan Siam buat selama-lamanya.


Orang Belanda boleh takluk satu Jawa, tapi sangkut di Perak. Orang Perak serang dan musnahkan Kota Belanda sampai jadi padang jarak padang tekukur. Belanda cabut lari ke Batavia. Ingat dia seorang kepala batu. Belanda tak boleh survive tanpa timah dari Perak. Perak kawal harga timah masa tu. Belanda tersepit dalam perangkap ekonomi. Paling cikai pun, terpaksa mengadap Acheh, minta nasihatkan Perak 'bagi muka' sikit pada orang Belanda. 


Burma pernah berperang dengan Great Britain, kalah, raja dia kena buang, institusi berajanya dihapuskan, satu empayar kena jajah total masuk bawah Crown. 


Orang Perak negeri dia kecil je, berperang juga dengan Great Britain, akhirnya kalah jugak (mana maunye yob, negeri kecik lawan satu empayar kolonial), tapi orang Inggeris nak implement macam di Burma tak bolehla pulak. Raja boleh buang tapi institusi raja tak boleh buang. Diorang stuck sekurang-kurangnya 3 benda ni:


1) Perjanjian Pangkor. Kalau hapuskan sistem beraja, perjanjian ni dah tak relevan. Kena buat perjanjian baru. Inggeris kena jilat ludah sendiri. 


2) Institusi beraja Perak yang berlapis-lapis. Burma monarki mutlak. Perak pakai sistem pembesar. Sultan kena buang, Raja Muda naik. Sistem automatik macam ni memeningkan Inggeris. Uncle Jack checkmate tang situ. Kalau tak diikut, Perak havoc. Bila Perak havoc satu negeri, ini bermaksud pengeluaran bijih timah akan terencat, maka merugikan Inggeris balik.


3) Setiap pembesar Perak adalah "warlord". Masing-masing ada pengikut dan hulubalang sendiri. Great Britain baru selesai perang dengan 'pengikut Sultan Abdullah' tapi belum seluruh negeri Perak. Sultan fungsi dia sebagai 'maharaja' pemersatu. Tanpa raja, huru-hara akan berlaku dan ini merugikan pihak Inggeris.


Zaman Sultan Idris I dan keturunannya banyak lawan British pakai akal dan muslihat politik. Perak jadi kuasa 'de facto' dalam Negeri-negeri Melayu Bersekutu sebab 'wirtschaftswunder' dia. Kuasa ekonomi dia meroket sampai Kingdom of Siam terpaksa mengadap sultan nak pinjam duit apabila  Chinese-Siamese Bank telah muflis pada hujung tahun 1913. Tradisi pertandingan ragbi antara MCKK dengan Vajiravudh College ada kaitan dengan lawatan ni. Menariknya, MCKK mula 1905 lebih awal dari kolej raja Siam itu. Nampak jauh ke depan wawasan Sultan Idris I masa tu.


Dengan kuasa ekonomi, Perak ugut British pulangkan Pulau Pangkor. Alkisahnya pada zaman perang dengan Siam dulu, Kedah dan Perak sama-sama bagi pulau pada orang Inggeris dengan objektif melawan Siam. Tapi Kedah kena tipu Inggeris, sampai sekarang pulau jadi milik orang. Inggeris pulak diakal Perak, akhirnya pulau kembali jadi milik sendiri.


Dulu ada krisis politik, mesyuarat sorang je Melayu, mana maunye, walhasilnya kampung-kampung Melayu jadi 99 tahun,dah macam leasehold dibuatnya. Kampung orang lain pulak hakmilik kekal. Nampak sangat nipunye. Maka melawanlah orang Perak bersama sultan.


Apapun, banyak benda boleh dijadikan sempadan dan iktibar dari kisah orang Perak yang melawan ini. Lain negeri lain pengalaman dan kisahnya.


Bangsa Perak, bangsa melawan. 

Fight for your right.


~Srikandi

Selamat Menyambut Bulan Pose.


Foto: Bab Perang Perak-Siam m/s 384, Rentaka Sekalian Bijasura.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan