ELIT - KENAPA PENDIDIKAN NEGARA SELAMA INI JADI BEGINI?
Tulisan yg panjang, jika tak mahu baca, boleh skip saja…
1. Kelompok yang mengurus pendidikan negara adalah dari kumpulan yang 'berjaya' dalam pendidikan lalu memasuki IPG atau IPT dan memegang jawatan guru. Selepas memasuki IPG / IPT, kelompok terus berdedikasi sebagai guru lalu dinaikkan pangkat sehingga berada dalam linkungan pembuat dasar. Aku namakan kelompok ini sebagai Kumpulan ELIT Pendidik – diringkaskan sebagai ‘ELIT’ sahaja.
2. Sebahagian besar ELIT yang berjaya di sekolah ini dulu terdiri dari anak2 kampung yang 'cerdas', rajin dan tidak bermasalah (sikit2 tu biasalah). Bagi ELIT, kejayaan sekolah adalah lulus exam dgn baik utk berjaya. Maka ELIT percaya, sekolah adalah untuk murid spt mereka - belajar utk berjaya, bukan untuk murid 'malas tanpa cita2'. Murid yang berjaya ini jugalah dihadiahkan SBP / MRSM, sekolah kluster cemerlang dan pelbagai program disediakan utk mereka. Anak2 dlm koko dirancang juga dgn pelbagai uniform supaya kelihatan ELIT, dgn blazer, tali leher, long sleeves, pelbagai warna..
3. ELIT yg berada dlm kelompok murid berjaya, mungkin tidak menyedari bahawa SEMUA murid ada niat utk berusaha, dan ingin berjaya, malah cemburu melihat kejayaan kawan2 yang lain. Mereka bukan patong tanpa perasaan, mereka juga ada cita-cita, namun pelbagai faktor menyebabkan mereka tercicir, hilang motivasi, merudum minat dan akhirnya gagal wpun dalam hati dan sanubari, mereka juga ingin berjaya. Lebih sedih lagi, kini kumpulan anak-anak spt ini telahpun menghadapi tekanan seawal menjejakkan kaki ke Tahun 1, terperosok seolah2 tiada siapa sudi membantu. Dalam masa yang sama, ramai murid yang 'struggle' ini juga berusaha tetapi kerana keupayaan kognitif lemah dgn pelbagai LD dan lain-lain halangan, akhirnya gagal juga.. malah gagal total - kemahiran tak ada, akademik hilang punca.
4. Sistem pendidikan yang diterajui ELIT yang SECARA KOLEKTIF lebih melihat murid yang ingin berjaya, spt mereka dulu juga, tanpa disedari menyisihkan murid yang 'struggle' dan bermasalah lalu dianggap tidak mahu belajar. Akhirnya sekolah menjadi bengkel utk mendapatkan murid cerdas dan disokong untuk berjaya. Murid2 yang perlukan intervensi ‘ketepi dulu ya !’ Maka apabila ELIT menerajui pendidikan negara sehingga berada dlm lingkungan pembuat dasar, maka mereka berfikir, sekolah perlu mengutamakan kumpulan murid yang cerdik, ingin berusaha utk maju, sebagaimana yang mereka juga dahulu sehingga dgn wewenang menaikkan silibus supaya kumpulan murid yg ingin berjaya semakin terserlah. Bila disanggah, muncul dakwaan DSKP telah ditandaaras peringkat antarabangsa sdg tiada satu dokumenpun yg ada utk menyokongnya.
5. Bila aku belajar di Australia, kemudian berpeluang menjengah ke pelbagai negara - UK, Japan, Denmark, Portugal, Argentina, Sepanyol, Macau, HK, China, Vietnam, Spore, Indonesia, Mesir, Cambodia, Thailand, Jepun, Korea Selatan, Brunei, Taiwan , Turkiye, Mesir, Italy, Holland dan Saudi Arabia, baru minda aku terbuka, apa yang sebenarnya diperlukan dalam pendidikan, bukan spt yang aku fahami sebelum ini. Dengan ramai kawan2 luar negara yang berinterkasi dgn aku, barulah satu persepsi yang berbeza muncul. Apapun yang dilakukan, akan tetap muncul engineer, sainstis dan pekerja2 separuh mahir atau tidak mahir. Tetapi ini bukan alasan utk fokus kepada yang 'teratas' sahaja, sebab pendidikan adalah membina insan dahulu baharu kerjaya mereka.
6. ELIT pada hemat aku, mewarisi satu pemikiran yang tidak selari dgn FPK dan pemikiran ini telah lama ditinggalkan oleh negara maju. Aku mula tersentak dan tersedar bila berada sendiri dalam satu sistem pendidikan luar negara yang sangat berempati kepada SEMUA murid, malah ingin menjayakan SEMUA mereka TANPA KECUALI dengan setiap potensi yang murid tersebut miliki. Maka atas dasar inilah, negara maju guna sistem homeroom , tiada exam yang serius di sekolah rendah di negara maju, dengan silibus yang bermula mudah penuh dgn aktiviti, bagi memastikan tiada murid yang tercicir. Exam yang diadakanpun lebih kepada penilaian utk intervensi di peringkat sekolah, bukan utk bermegah.
7. Pendidikan bermula di peringkat awal persekolahan di negara maju adalah pendidikan yang dipermudahkan, menyantuni emosi, menitik beratkan psikologi dan keupayaan kognitif murid yang masih hijau. Kemunculan DSKP dari ‘idea’ ELIT ini menjadikan aku tersentak kerana ia tidak menepati keperluan kanak-kanak utk belajar di awal persekolahan, melainkan yang cerdas dan ada pelbagai advantages. Perkara inilah yang bersungguh2 di elakkan oleh negara maju. Lebih tersentak lagi dgn KBAT, STEM dan TP-TP yang menggila, yang bukan sahaja tidak disesuaikan dgn usia, juga menambah tekanan dan bebanan kerja tanpa signifikan yang nyata.
8. Maka jangan hairan, ibubapa yang sealiran dgn ELIT ini akan menunjukkan sikap yang sama, kecuali apabila anak mereka sendiri yang bermasalah, kognitif rendah serta ada LD - baru mereka sedar realiti di depan mata. Percayalah, setiap anak tetap ada potensi, tetap ingin berjaya dan bercita2 tinggi, dan pendidikan adalah proses menggilap potensi tersebut. Jika mereka minat sukan, jangan sampai bukan sahaja sukan mereka terhalang, akademik juga tidak cemerlang. Jika mereka tidak ada kelebihan dalam akademik, jangan sampai dianggap 'bodoh', sedang potensi mereka tidak pernah terserlahkan. Harus diingati, negara Msia tercinta ini bukan hanya dibangunkan oleh kelompok elitas, tetapi oleh titik peluh seluruh rakyat.
9. Aku paparkan kisah di obersi, bukan sekali, betapa guru tidak melihat murid lemah sebagai satu masalah. Pembuat dasar pendidikan di negara maju dgn EMPATI sbgmana yg pernah mereka lalui, dapat menterjemahkannya semula bila merangka dasar2 baru. Ibubapa pula gembira kerana guru tahu masalah anak mereka dan sekolah berusaha memberikan intervensi yang sesuai. Kejayaan di sekolah rendah di obersi bermula dgn fokus utk anak2 membina karektor dan dikenaplasti minat mereka. Tiada murid yang ‘bodoh’ tetapi hanya murid yang berbeza karektor, berbeza minat dengan sama-sama belajar mata pelajaran asas utk menyuburkan minat masing2.
10. Tentu sahaja, tidak semuanya akan menjadi spt yang dirancang, namun, perlaksanaan yang manusiawi dalam pendidikan adalah satu keperluan, berusaha menyantuni kesemua anak2 ini secara saksama.Kesungguhan ini terserlah di obersi dengan kelas yang besar, murid yang sedikit, 2 guru setiap kelas, dgn kemudahan yang terbaik dalam hampir apa sahaja. Tumpuan mereka utk ‘membahagiakan’ murid2 di sekolah termasuk berusaha serius dengan anak2 yang bermasalah.
Maka selagi ELIT secara KOLEKTIF memonopoli pemikiran yg sama dalam arus pendidikan negara, selagi itulah kita akan berpusing2 dititik yg sama..
OT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan