Ahad, 30 April 2023

Syeikh ismail

 KETIKA MENZIARAHI MAKAM WALIYULLAH KETURUNAN NABI MUHAMMAD SAW RASULLULLAH SAW YANG KE 17 PULAU BESAR Nov 2022 & Jan 2023


Nama sebenar beliau ialah Sayyed Ismail Bin Sayyed Ibnu Jabbar. Gelar tambahan ‘Sultan al-Ariffin Sheikh’ adalah penghormatan yang diberikan kepada beliau oleh muridnya di dalam tradisi Sufi. Beliau adalah Sheikh Tariqah Qadiriyyah, Naqsyabandiyyah, Shattariyyah dan Jistiyyah.

Sheikh Ismail dilahirkan pada 17 Rabiul Awwal 867H/1463M di Baghdad dan meninggal dunia di Pulau Besar, Melaka pada 17 Rabiul Awwal 925H/1520M ketika berumur 58 tahun.

Beliau adalah cicit kepada Sultan al-Awliyaa Sheikh Abdul Qadir Jilani (470H/1077M – 561H/1166M). Sheikh Abdul Qadir adalah keturunan ke 14 dari Rasulullah ﷺ. Maka Sheikh Ismail adalah keturunan ke 18 dari Rasulullah ﷺ.

Sheikh Ismail beserta gurunya Sheikh Yusuf Siddiq dan abangnya Sheikh Ibrahim beserta 13 orang yang lain dari Baghdad sampai ke Pulau Besar pada 1495M. Mereka adalah peneroka yang pertama yang membuka Pulau Besar untuk dijadikan pusat perkembangan dakwah di Alam Melayu. Kemudiannya beberapa lagi para pendakwah datang dari Syria, Yaman dan Semenanjung Arab sehingga jumlahnya seramai 43 orang yang menghidupkan Pulau Besar sebagai Pusat Perkembangan Dakwah Alam Melayu.

Menariknya, kesemua 43 pendakwah ini (ada yang mengatakan kesemuanya wali Allah belaka) meninggal di Pulau Besar. Cuma makam yang telah dikenal pasti hanyalah 4 makam iaitu Makam Sheikh Ismail, Sheikh Yusuf, Sheikh Ibrahim dan Sarah (anak Sheikh Yusuf yang berkahwin dengan Sheikh Ibrahim).

Sheikh Ismail dikatakan mempunyai 3 orang anak, seorang lelaki, dua perempuan. Malangnya maklumat mengenai mereka belum diketahui setakat ini.

Sejarah kedatangan Sheikh Yusuf dan rombongan ke Pulau Besar amatlah menarik untuk difahami.Ketika beliau berumur 7 tahun, bapanya telah bermimpi agar pergi menziarahi Makam Rasulullah ﷺ. Ketika di MakamRasulullah ﷺ, mereka telah diarahkan oleh Baginda agar pergi melakukan dakwah ke Alam Melayu.

Kemudian, apabila Sheikh Ismail sudah dewasa iaitu sekitar awal 30an, kali ini beliau sendiri bermimpi untuk segera ke Makam Rasulullah ﷺ di Madinah. Ketika menziarahi Makam Baginda, Sheikh Ismail mendapat arahan serupa untuk segera berdakwah ke Alam Melayu.

Sheikh Ismail dan rombongan seramai 16 orang pertama kali sampai di Pulau Besar pada tahun 1495M ketika berumur 32 tahun. Mereka segera menjadikan Pulau tersebut sebagai Markas Dakwah dan Tarbiah.

Ketika kehadiran mereka di Pulau Besar, Kesultanan Melayu Melaka ketika itu diperintah oleh Sultan Mahmud Syah (1488 – 1528M), Sultan yang terakhir sebelum Melaka jatuh ketangan penjajah Portugis pada 1511.

SUNAN BONANG DAN SUNAN GIRI BERGURU DI PULAU BESAR


Dikatakan juga dua orang Wali Songo atau dalam Bahasa Melayu Wali Sembilan yang terkenal dengan penyebaran Islam di Pulau Jawa, iaitu Sunan Bonang dan Sunan Giri pernah datang untuk berguru di Pulau Besar dengan Sheikh Ismail yang juga di kenali sebagai Wali Lanang. Berkat ilmu yang dipelajari, kedua mereka pulang ke Pulau Jawa, lantas membuka pesantren atau pondok bagi tujuan penyebaran Islam di Pulau Jawa yang masih dikuasai oleh Kerajaan Majapahit yang menganut agama Hindu/Buddha.

Hasil dakwah yang gigih dari Wali Songo ini, maka pada tahun 1517, Kerajaan Majapahit tumbang dan digantikan dengan Kerajaan Islam Demak yang menjadi pemangkin kepada penyebaran Islam ke seluruh Kepulauan Indonesia. Berdasarkan maklumat ini, bolehlah dikatakan bahawa Pulau Besar mempunyai saham di dalam penyebaran Islam ke seluruh Alam Melayu sebagaimana yang diamanahkan kepada Sheikh Ismail.

Kejatuhan Melaka ditangan Portugis pada tahun 1511 terubat dengan tertegaknya Kerajaan Islam Demak yang diasaskan oleh Wali Songo pada 1517.

SHEIKH ISMAIL KEMBALI KE RAHMATULLAH


Sheikh Ismail kembali ke Rahmatullah pada tahun 1520 ketika berumur 58 tahun setelah mengabdikan diri dengan amanah dakwah yang dipesan oleh Rasulullah ﷺ. Makamnya adalah testimoni akan pengabdian yang mutlak kepada Allah ta’ala di dalam melaksanakan amanah dakwah yang sangat dituntut oleh ajaran Islam.

Kredit: alastubirobbikum

Khamis, 27 April 2023

Doa

 Sebelum Ramadhan berakhir, saya nak kongsi sedikit ilmu untuk ibu-ibu, emak-emak. 


Yang ayah-ayah nak buat juga boleh tapi khusus nya buat ibu sebab doa ibu buat anak-anak tiada hijab nya.


Mulai hari ni, selepas solat waktu, Subuh, Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan selepas wirid- wirid, doakan buat anak- anak. Lagi- lagi yang masih bayi yang kecil. 


Doa jangan bagi putus selama hidup anda buat anak- anak anda sekalian, InshaAllah Soleh dan Solehah. 


"Ya Allah, jadikan lah anak- anak ku sifat nya seperti Rasulullah." 


" Ya Allah, jadikan lah anak- anak ku baca quran seperti Rasulullah." 


" Ya Allah, jadikan lah anak- anak ku berjuang seperti Rasulullah." 


" Ya Allah, jadikan lah anak- anak ku 

kaya seperti Rasulullah." 


" Ya Allah, jadikan lah anak- anak ku bersedekah seperti Rasulullah." 


" Ya Allah, jadikan lah anak- anak ku belajar ilmu seperti Rasulullah." 


" Ya Allah, jadikan lah anak- anak ku dekat dengan Rasulullah."


Dan apa yang anda mahu kan, seperti Rasulullah, dekat dengan Rasulullah. 


MashaAllah Tabarakallah. 


Kita ibu- ibu, doa anda buat anak- anak tiada penghalangnya antara hamba dan Pencipta. Doakan buat anak- anak. Semoga kita di satukan bersama Rasulullah di Syurga, InshaAllah. 


~Perindu Rasulullah


Jemput ikuti juga di telegram lagi banyak ilmu t.me/RoseFarra

Peniaga

 Bazar Ramadan, Bazar Aidil Fitri malah melarat ke buffet2 Ramadan dilaporkan sales jatuh merudum. Menurut peniaga2 sendiri yang berkongsi cerita dgn saya, memang ramai yang dtg ke bazar2 ni tapi lebih ramai jalan2 nakkan suasana dari membeli. Ada yang membeli sedikit je. Ramai yang tak beli langsung. Dan masuk 20 Ramadan masih ramai belum dapat balik modal mereka. Yang dah dapat balik modal pun masih dok pusingkan balik untuk beli barang. Rata2 tak tahan dengan harga kos barangan ditambah dengan kadar sewa tapak yang tinggi. 


Yang di bazar Aidil Fitri dan di mall pun mengeluh. Yang lalu ramai. Yang singgah ada tapi membeli terlalu kurang. Saingan dengan online terlalu kasar. Ada peniaga restoran mengeluh bisnes teruk kali ni hinggakan kalau nak berbuka tak perlu book. Datang je dekat nak berbuka dan terus order. 


Pemandu Grab pun kurang dapat ping sepanjang Ramadan ni. Kalau sebelum ni dlm biasa dapat back to back request i.e belum sempat drop dah dapat request. Tapi sekarang walau duduk di Bukit Bintang pun tak dapat request utk pick up. 


Tapi ada juga biz yang dapat kelebihan di bulan Ramadan ni. Antaranya ialah laundry dan workshop. Mereka dapat sales lebih sepanjang Ramadan bilamana rakyat guna apa yang ada ditangan. Baju raya, langsir, kusyen lama di alter atau hantar dry clean dan pakai semula utk raya. Kereta & moto di service dan repair elok2 untuk pakai raya tanpa perlu kisah beli yang baru. Yang ni peniaga yang mampu bagi servis dan harga lebih baik akan dapat ramai customer dan good sales.


Positifnya dari perkembangan ni adalah rakyat dah mula berjimat cermat. Tapi negatifnya, peniaga sengsara. Untuk makanan ni, harga naik bukan sebab kos pengeluaran 100% tapi kos pindah tangan. Pengeluar kepada agent kepada pemborong kepada peniaga kemudian baru tiba di tangan pelanggan. Pengeluar jual RM8 ke RM10. Dapat pada Pelanggan RM20 ke RM25. Peniaga hanya ambik margin RM2ke RM3. Dengan margin tu lah nak bayar sewa, gaji dan utilities. 


Kat sini, mana dia pakar IT, pakar ekonomi, jaguh sukan dan juga jutawan?

Rabu, 19 April 2023

Harimau keldai

 Minda Karat 


Sendi Kaku - Mengenal Diri Melalui Jalan Hulubalang 


Segelintir orang yang gagal faham mencerca saya. Dan persisnya saya seperti Harimau yang menghabiskan masa melayani perdebatan dengan keldai yang miskin pengetahuan.


II

Masalah kemudian berakhir di mahkamah. 


Hakim yang bijaksana justeru menghukum Harimau.


1 Apa warna rumput?

2 Hukuman bagi yang tidak salah?

3 Sementara itu…


Apa warna rumput?

Menurut saya rumput itu berwarna biru, kata Keldai.


Tidak, rumput warnanya hijau, jawab Harimau.


Hijau! Biru! Hijau! Biru! Mereka berdebat tidak berkesudahan.


Hukuman bagi yang tidak salah?


Menurut saya rumput itu berwarna biru, sungguh bodoh yang mengatakan rumput itu hijau, kata Keldai dengan lantang.


Sudah jelas rumput berwarna hijau, bukankah demikian Tuan Hakim? respon Harimau.


Harimau salah, saudara dihukum, "puasa" dari berbicara selama tiga hari, ujar Hakim memutuskan.


Haaa, aku benar, rumput itu biru, teriak Keldai seraya meninggalkan mahkamah. 


Rumput biru, rumput  biru, rumput biru, kata keldai kegembiraan di sepanjang jalan.


Sementara itu …. 


Tuan Hakim, kenapa saya dihukum? 


Bukankah rumput itu berwarna hijau? 


Ia masih tinggal di ruang mahkamah untuk meminta keadilan.


Ya, benar, rumput itu berwarna hijau, namun aku menghukum kamu kerana kesalahan lain.


PERTAMA, engkau telah menghabiskan waktu untuk berdebat dengan makhluk bodoh. 


KEDUA, engkau tidak meyakini pengetahuan kamu yang benar. 


KETIGA, engkau telah buang masa aku untuk masalah yang tidak penting.


Harimau terdiam, muhasabah diri.


Hukuman itu tidak ada hubungannya dengan pertanyaan apakah rumput itu berwarna biru atau hijau. 


Hukumannya adalah kerana kamu, makhluk pemberani, juga cerdas, membuang waktu berdebat dengan keldai, lalu mengganggu aku dan masyarakat dengan pertanyaan bodoh.


Ketika mana jalan itu muncul, anda tidak tahu bagaimana anda akan sampai ke seberang mahupun hujung jalan. 


Yakin lah kepada takdir Allah swt, anda akhirnya akan sampai di sana. 


Wallahu'alam 

Muga Bermanfaat 


@Paduka Imam Pendita Tua

Ahad, 2 April 2023

ASD

 Matiin dan autisme, 


Waktu lahir dulu beliau nampak normal sahaja, tiadalah tanda ketara yang memberikan kami petanda apa-apa. 


Masuk umur dua tahun, barulah tanda-tanda itu muncul. Memang dah mula struggle kami ketika itu.. Sungguh weh! pernah juga membanding anak sendiri dengan anak orang lain.


Suka menghantuk kepala kat dinding kalau meltdown, suka tentrum kalau tak dapat apa yang dia nak, suka baling barang (iPad dua kali bertukar skrin hahaha), punyalah payah nak tidur.. sampai jam 2-3 pagi pun masih aktif dan memanglah skil komunikasi yang sangat lemah…


Kalau nak panggil tu, 4-5 kali baru menyahut dan sesungguhnya fokus itu tiada dalam diri beliau. 


Maka ke pakar perubatan kanak-kanaklah kami untuk mengesahkan apa yang dok terbuku di hati ni.


“Anak aku ni tak normal ke?”


Walaupun pada mulanya, akulah yang paling berat nak mengakui hakikat yang bakal dihadapi kelak.


“Anak puan dan tuan nampaknya ada ciri-ciri ketara ASD”


“Autisme Spectrum Disorder ?”


“Ya, setelah sejam kita buat pemerhatian ni.. rasanya encik pun boleh bandingkan dengan adiknya yang baharu enam bulan tu dari segi fokus, saya akan rujukkan pada pakar perkembangan kanak-kanak pula”


Uihhhhh remuk hati waktu tu.. sedihlah aku sebagai bapak.. dan mulalah terfikir kenapalah Tuhan menghukum aku sebegini.. 


Tapi aku direzekikan seorang isteri yang sangat tabah dan kuat semangat, beliaulah yang berikan sokongan untuk kami anak beranak agar tak melarat san hanyut dalam kesedihan juga kekecewaan.


Kami bangkit!


Kami sebenarnya dah berada dilandasan yang betul. Apabila melihat anak kami dah mula ada ciri-ciri ASD seawal usia dua tahun, perkara-perkara dibawah dah kami buat;


1. Kami bandingkan perkembangan Matiin berpandukan carta perbatuan kanak-kanak yang ada di dalam Buku Rekod Kesihatan Bayi dan Kanak-kanak KKM tu. 


2. Setiap kali bawa anak untuk pemeriksaan kesihatan, kami akan bertanya kepada doktor dan nurse yang ada untuk minta pandangan, depa sangat membantu! 


3. Untuk dapatkan pandangan kedua, kami bawa dahulu ke Pakar Kanak-kanak, kemudian ke Pakar Perkembangan Kanak-kanak dan juga ke pegawai terapi cara kerja untuk dibuat penilaian keatas Matiin.


Waktu ni kita dapatlah buat beberapa ujian pengesahan dari segi perkembangan fizikal, mental dan banyaklah lagi seperti sensory profiling juga IQ Test tu


Pentingnya benda ini untuk kita merancang What’s Next untuk anak-anak kita. 


4. Kami gigih ke sana ke mari mengikuti bengkel yang dianjurkan pihak KKM melalui hospital, NGO dan juga pusat terapi swasta. Dari JB ke KL tu perkara biasa, dan di dalam alam mayalah paling banyak kami mendapatkan ilmu. 


Tapi ilmu yang nak dituntut ni perlulah ada bimbingan dan dapatkanlah pengesahan latar belakang depa. Takut menuntut ilmu yang sesat, anak kita juga yang mudarat.


5. Mulakan intervensi dirumah! Ni paling penting, sebab masa depa dengan kitalah yang paling berharga. Jangan risau pandangan orang lain pada anak kita, kita bukan hidup dengan duit depa pun! Kuatkan semangat dan teruskan meransang anak korang dirumah tu dengan pelbagai aktiviti.


6. Selalulah bermain dengan anak. Bermain adalah benda paling berkesan untuk melatih fokus, komunikasi dan sensori mereka! Yaaaa bawaah depa keluar ke taman permainan selalu, disana ada pelbagai benda yang boleh membantu anak-anak kita. 


Jangan segan dan takut nak bawa anak keluar, mereka perlu diberi stimulasi atau ransangan dari dunia sebenar tau. Sedih kalau lihat ada ibu bapa yang mengurung anak mereka dirumah dan memisahkan mereka dari realiti kehidupan. 


7. Kalau ada rezeki, bawalah anak ke untuk mengikuti terapi pertuturan dan cara kerja. Ini sangat membantu perkembangan anak-anak kita, bahkan kita juga beroleh manfaat yang sama.


Ibu bapa akan lebih memahami cara melaksanakan intervensi dirumah nanti dan tahu kenapa kita lakukannya. 


Disini juga boleh kita nyatakan objektif yang perlu dicapai anak untuk satu tempoh tertentu. Yang pasti ia adalah ansur maju dan tidaklah terlalu tinggi.. yelah.. budak baru nak sebut satu dua perkataan hari ni, by the end of the week.. kau dah nak dia buat ayat lengkap 😅 tak boleh la gituhhh


8. Sertai support group yang ada di media sosial atau kawasan korang berada. Ini sangat penting untuk mental health kita dan anak. 


Ada anak istimewa ni memang memenatkan, setiap hari pasti diuji. Sekurang-kurangnya kita adalah tempat meluah dan meminta pandangan.


Korang jangan bersedih! Tuhan menduga kita dengan kelahiran yang berbeza tetapi hidup bersama, 


Sedar tak kita? Kita berada dibawah langit dan memijak bumi yang sama? Kerana apa? 


Sebab Tuhan nak kita dekat dengan-Nya.. saling menyintai, menyayangi dan menjaga antara satu sama lain hingga ke akhir waktu dan bertemu kembali di SANA nanti.. sebagai keluarga yang sempurna..


Selamat Menyambut Hari Autisme Sedunia! 2 April 2023


Dah faham, belajarlah menerima mereka ini ☺️