Bismillah : Gabenor BNM Old School.
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.
Mana lebih kejam, kenaikan OPR atau inflasi yang tidak terkawal ?
Itu pertanyaan Gabenor BNM kepada seluruh rakyat Malaysia.
Pertanyaan yang agak dangkal dari seorang Gabenor BNM.
Apa tidaknya, masyarakat awam tidak faham apa itu OPR dan kesannya terhadap kehidupan mereka.
Bukan mudah untuk masyarakat awam memahami apa itu OPR yang begitu kompleks untuk dihuraikan dan dijelaskan secara ringkas.
Itu yang pertama dan yang keduanya adalah apakah masih valid ideologi untuk menggunakan OPR sebagai instrumen untuk mengawal inflasi dalam krisis ekonomi yang begitu sempurna seperti yang sedang kita hadapi pada hari ini ?
Mungkin kalau dalam keadaan biasa saya tidak menafikan OPR boleh dijadikan sebagai instrumen untuk mengawal inflasi.
Tetapi keadaan hari ini bukan keadaan yang seperti biasa. Ia adalah suatu keadaan yang cukup luar biasa.
Kadar inflasi yang naik menggila adalah disebabkan oleh gangguan bekalan @ supply disruption terutamanya bekalan makanan akibat Plandemik Covid 19.
Jadi bolehkah OPR dijadikan instrumen untuk memulihkan rantaian bekalan makanan atau untuk mengawal harga makanan ?
Manakala isu yang ketiga pula adalah mengenai kemampuan daya beli pengguna @ purchasing power.
Lemahnya purchasing power pengguna pada hari ini adalah disebabkan oleh krisis ekonomi yang sempurna akibat dari Plandemik Covid 19.
Ramai ahli perniagaan dan usahawan yang gulung tikar.
Dan ini telah menyebabkan kadar pengangguran yang tinggi dikalangan masyarakat.
Ini punca sebenar yang telah menyebabkan lemahnya purchasing power. Bukan kerana inflasi yang tinggi.
Kadar inflasi yang tinggi pada masa ini hanya sekadar menambahkan lagi keparahan kepada luka yang sudah pun parah.
Jadi bagi masyarakat awam mungkin hujah Gabenor BNM itu masuk akal tetapi tidak bagi seseorang yang seperti saya.
Hujah seperti itu dalam suasana hari ini adalah dangkal, tidak masuk akal dan sudah kuno @ ketinggalan zaman.
Jadi kepada Gabenor BNM, kalau nak naikkan OPR itu, naikkan sahajalah. Kerajaan pun tidak mampu menghalang keputusan BNM.
Menteri Ekonomi yang banyak formula pun tidak akan mampu menghalang keputusan BNM.
Nak cerita apa lagi tentang OPR kalau sistem perbankan itu sendiri pun sudah merupakan idea yang lapuk dan ketinggalan zaman.
Krisis ekonomi yang sedang berlaku pada hari ini adalah bertujuan untuk mereset sistem monetari dan untuk mengimplementasikan mawatang digital.
Ia bagi tujuan untuk mengawal manusia di seluruh dunia dengan lebih ketat lagi.
Dan ini akan dapat mengekalkan status manusia sebagai hamba kepada para elit global seperti seekor lembu yang telah dicucuk hidungnya.
Jadi bukankah apa yang bakal berlaku ini adalah lebih kejam lagi ?
Jadi jangan bertanya kepada kami mana satu yang lebih kejam, kenaikan OPR atau inflasi yang tidak terkawal ?
Tidak ada hujah yang mampu menjustifikasikan kenaikan kadar OPR.
Sistem perbankan dan sistem kewangan itu sendiri sudah memang terlalu kejam buat manusia di zaman ini.
Jadi apa faedahnya nak berdebat tentang OPR ?
Bukankah sistem perbankan itu sendiri yang telah menyebabkan inflasi selama ini ?
Jadi sudah tidak ada keperluan lagi untuk kita semua berdebat tentang inflasi.
Kalau benar sayangkan rakyat dan negara ini, inilah masanya untuk kita membina sistem monetari dan kewangan yang baru.
The idea of centralized banking system sudah kuno dan ketinggalan zaman.
Ini zaman crypto, blockchain technology and decentralized financial system.
Al Fakir Ilallah
- Dato' Dr Ramalan Yunus
Penganalisis Politik Dan Ekonomi Bebas
14 Mei 2023
Tiada ulasan:
Catat Ulasan