Isnin, 15 Mei 2023

Hari Guru 2023

 Antara berita baik yang dijangka akan diumumkan esok sempena Hari Guru, 16 Mei 2023


1. Guru yang DG48 - DG54 layak memohon jawatan Penolong Kanan , Guru Besar dan Pengetua.


2. Kenaikan elaun Penolong Kanan Dari Kadar RM120 kepada RM250 untuk Sekolah Menengah Dan RM120 untuk Sekolah Rendah.


3.  Pengambilan guru baharu sekitar lebih  30000 untuk mengisi kekosongan guru yang bersara awal, bersara wajib mahupun meninggal Dunia


4. 16 Mei diistihar Cuti Khas Persekolahan


5.  Peruntukkan tambahan sebanyak RM800 juta untuk Sektor Pendidikan 


6.  Pemberian One Off RM500 kepada Guru yang mengajar subjek Bahasa Inggeris ,Matematik dan Sains dengan peruntukkan mengajar 12 waktu seminggu termasuk gabungan waktu dari subjek tersebut.


7. Bantuan pembelian komputer riba atau tablet  sebanyak RM2000 dengan pembekal yang terpilih


8. Peruntukkan 2 orang Pembantu Guru bertaraf Diploma untuk sekolah di bawah 200 orang murid dan 3 hingga 5 Pembantu Guru bagi Sekolah berkapasiti 201 orang murid dan ke atas.


9. Peruntukkan kenderaan pengangkutan seperti Van akan diberi kepada Sekolah yang berkapasiti lebih 150 orang murid bagi kegunaan aktiviti murid seperti penyertaan ke pertandingan sukan Dan lawatan.


10. Kenaikan skim gaji bagi guru yang mempunyai Sarjana dan PhD.


11. Perkara 1 hingga 10 adalah angan - angan saya sekiranya dilantik menjadi Menteri Pendidikan


Terima Kasih.. 

Selamat Hari Guru sahabat semua...🥰😄😁🤗

Tiada ulasan:

Catat Ulasan