Rabu, 26 Julai 2023

Set soalan

 Askm dan salam sejahtera, 

Pada masa sekarang ini, ketika selalu diberikan borang soal-selidik untuk diisi (biasanya Google form), terutama selepas selesai sesuatu program atau bengkel. Saya kongsikan 10 tips yang saya compile daripada sumber Internet, tentang perkara yang perlu dielakkan ketika membina soal-selidik seperti ini. Suka saya nyatakan, ini bukanlah kaedah untuk membangunkan soal-selidik untuk research level akademik taraf penerbitan jurnal ya. Ianya sekadar untuk membangunkan soal-selidik biasa untuk membuat rumusan deskriptif yang ringkas.

10 Perkara Yang Perlu di Elakkan Ketika Membina Soal Selidik (Questionaires)

1. Jangan bertanya maklumat peribadi penjawab soal-selidik (i.e Nama, Email, No. Telefon). Jika soal selidik itu bertujuan untuk mendapatkan ‘jawapan sebenar’/ ‘pandangan sebenar’,

2. Jangan bertanya soalan yang tidak perlu ditanya. (Contoh, tanya pasal agama, jantina- tanpa ada tujuan/ keperluan dalam soal-selidik tersebut).

3. Jangan bertanya soalan yang telah ada kecenderungan jawapan tertentu / biased.

4. Jangan bertanya soalan yang memerlukan interpretasi yang lama (penjawab tidak ada masa untuk berfikir lama).

5. Jangan bertanya soalan yang memerlukan ingatan. Contoh, penjawab perlu ingat apa jawapan yang dia telah pilih pada soalan normbor 1, untuk menjawab soalan nombor 4.

6. Jangan bertanya soalan/ piihan yang tidak dapat dijawab/ dipilih oleh penjawab soalan.

7. Jangan bertanya soalan yang sensitif yang tidak ada keperluan dalam objektif soal selidik tersebut (contoh, kepercayaan agama/ kewangan/ seksual).

8. Jangan menggunakan perkataan yang complicated/ akronim (bukan semua orang faham, seperti apa yang anda faham).

9. Jangan menggabungkan/ bertanya 2 soalan (atau lebih) dalam 1 soalan.

10. Jangan mengulangi soalan yang sama/ hampir sama jawapannya, pada soalan berikutnya.

Isnin, 24 Julai 2023

Rezeki

 SEGALANYA DARI ALLAH SWT*


Rezeki tu bukan bermakna kamu dapat apa kamu nak. Tapi bila kamu terima apa yang Tuhan anugerahkan.


Kamu belajar tentang Sirah. Tahu Mariam tak berkahwin tapi dapat anak. Itulah rezeki dia. 


Kamu tengok pula Sirah Aishah. Kahwin tapi tak dapat anak. Itu pun rezeki dia. 


Allah hantar Musa kerumah Firaun sebagai anak angkat untuk membawanya ke syurga. Tetapi tetap juga Firaun menjadi manusia paling celaka yang memilih neraka. 


Allah menghantar Nuh untuk menyelamatkan kaumnya tetapi anak isterinya sendiri derhaka dan enggan terima dakwah baginda. 


Pelajari lah sesuatu dari kisah kisah seperti itu. 


Sungguh. Kamu akan faham bahawa rezeki masing masing tidak sama. Semua ada pro dan kontranya ! 


Orang yang ada suami, ada isteri, ada anak ni bermakna ada tanggungjawab juga. Mudah mendapat pahala. Tapi mudah juga mendapat dosa. 


Yang tak bertemu jodoh, yang tak dikurniakan zuriat pun satu rezeki juga. Rezeki terlepas dari tanggungjawab dan risiko nak menjawab dihadapan Allah nanti. 


Jadi, sebelum kamu terus mengeluh tentang itu ini, kamu kena faham dulu konsep rezeki. Ada, tak semestinya untung. Tak ada, tak semestinya rugi. 


Kamu dapat apa yang kamu nak, tak semestinya kamu boleh terus bergembira. Kamu tak dapat apa kamu nak, tak semestinya kamu tak boleh bahagia. 


Takdir Allah ni misteri sifatnya. Entah-entah airmata redha yang kamu titiskan dalam mengharung kecewa itulah yang menghanyutkan kamu ke syurga-Nya.


Justeru, Rezeki tu bukan bermakna kamu dapat apa kamu nak. Tetapi bila kamu terima apa yang Allah beri.


Kamu hanya akan bahagia kalau kamu terima dengan redha.


#PejuangUgamaAllah

Ahad, 23 Julai 2023

Malaysia

 Tiada Negara yang seberani Negara Malaysia


1. Ini bukan kata aku tetapi kata dari seorang rakan dari Sepanyol. Kenapa dia kata macam tu? İtu semua selepas dia belek-belek passport aku dan dia sangat terkejut bila dia terbaca 'Passport ini sah digunakan disemua Negara kecuali İsrael.'


2. Katanya. "Eh saya tak pernah tengok passport yang macam ni. Malaysia benar-benar anti İsrael. Saya boleh katakan tiada Negara yang seberani Negara Malaysia!"


3. Rakan-rakan Palestin pula kebanyakan daripada mereka sudah tahu perihal passport Malaysia. Bagi mereka yang baru tahu, berpusu-pusulah ambil gambar dan share di Facebook. Kata salah seorang dari mereka "Di Palestin kami tak boleh sebut nama Malaysia sesuka hati apatah lagi kalau askar İsrael ada sebab mereka sangat sensitif dengan Negara Malaysia. Kebencian mereka terhadap kalian (malaysia) membanggakan kami warga Palestin!"


4. Seoang rakan Jordan aku mengatakan bahawa tiada langsung di dalam mana-mana passport negara Arab yang berani tulis macam ni sebab mereka takut dengan İsrael. Tapi Malaysia bukan Arab pun Negara pun jauh tapi jauh lebih berani dan kuat daripada Arab sendiri.


5. Dan yang paling tak boleh blah seorang rakan aku dari Libya mengatakan sesuatu yang keterlaluan bagi aku iaitu "Saya rasa seolah-olah Nabi Muhammad bukan dari Arab tapi dari Malaysia sebab kami tengok orang Malaysia jauh lebih sayang İslam dari orang Arab sendiri"


6. Demi Allah yang memegang urat jantungku, ini semua bukan rekaan tetapi inilah yang aku lihat dan dengar ketika di Turki. Sedangkan orang Turki pun kibarkan bendera Malaysia di kedainya apatah lagi dengan kenyataan seperti ini.

- Oren Twin 

#sharing dr group lain

Rabu, 12 Julai 2023

Sejarah

 https://fb.watch/lIDXV5aciu/?mibextid=Nif5oz


https://t.me/MalayaCyberForce/11005


www.wasap.my/60199997911/berminat999grupWhatsappolitikRM99


PRN 2023 pada 12 Ogos di enam negeri tidak sampai sebulan dari sekarang...https://vt.tiktok.com/ZSLfJhDcH/


Ini peluang terakhir pengundi Melayu di Malaysia untuk selamatkan kuasa politik dari jatuh ke tangan DAP...


Jika pengundi Melayu masih tidak bersatu di bawah PN dan PH masih kekal berkuasa di tiga negeri mereka...


Maka Anwar Ibrahim dan DAP pasti tidak akan melepaskan peluang untuk membuat persempadanan semula pilihanraya pada tahun 2025...


Jangan lupa yang terakhir telah di laksanakan BN sebelum PRU 14 iaitu pada tahun 2017...


Proses persempadanan semula kawasan pilihanraya memerlukan kelulusan dua pertiga Dewan Rakyat...


PH sekarang mempunyai 148 Ahli Parlimen, angka yang cukup untuk majoriti dua pertiga Dewan Rakyat...


Pertambahan kerusi Parlimen yang terakhir ialah pada tahun 2004 ketika Pak Lah PM dengan penambahan dari 219 kepada 222 kerusi...


Antara kawasan yang telah di pecahkan seperti Parlimen Langat menjadi Sungai Besi dan Ulu Langat pada tahun 1974...


Pada tahun 1986 pula, Parlimen Ulu Langat menjadi Ampang Jaya dan Hulu Langat, kemudian Ulu Langat dan Petaling di gabungkan menjadi Puchong...


Pada tahun 1995 juga Parlimen Selayang di tukar kepada Gombak, manakala Puchong dan Ulu Langat di gabungkan menjadi Bangi...


Parlimen Ampang dan Pandan pula di gabungkan menjadi Ampang Jaya pada tahun 2004...


Dan yang terakhir Parlimen Lawas dan Limbang di gabungkan menjadi Bukit Mas pada tahun 2008...


Kawasan pilihanraya biasanya boleh di ubah berdasarkan kepadatan penduduk dan bukannya saiz kawasan... 


Contohnya luas negeri Pulau Pinang hanyalah sekitar 1,000 km persegi, tetapi mempunyai sehingga 13 kerusi Parlimen...


Sedangkan negeri Kelantan luasnya 15,000 km persegi, namun hanya mempunyai 14 kerusi Parlimen...


Negeri Terengganu pula luasnya 13,000 km persegi, tetapi hanya mempunyai 8 kerusi Parlimen...


Negeri Selangor pula dengan hanya 8,000 km persegi luas, namun mempunyai sehingga 22 kerusi...


Tidak lupa Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur walau hanya mempunyai keluasan 243 km persegi, namun mempunyai sehingga 11 kerusi Parlimen...


Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sekaligus mencatatkan purata km persegi setiap kawasan Parlimen yang terendah dengan hanya 22 km...


Negeri Pahang pula mempunyai purata tertinggi km persegi setiap kawasan Parlimen di Semenanjung iaitu 2,568 km, di ikuti Terengganu dengan 1,625 km dan Kelantan 1,073 km... 


Negeri Sarawak mencatatkan yang tertinggi sehingga 4,015 km persegi purata, di ikuti Sabah dengan 2,956 km purata setiap kawasan Parlimen... 


Namun di sebalik kawasan persempadanan pilihanraya yang di tentukan berdasarkan kepadatan penduduk dan bukan keluasan kawasan... 


Terdapat keraguan nyata kerana jika berdasarkan pecahan daftar pengundi pada tahun 2018... 


Negeri Kedah dan Kelantan masing-masing berjaya mencatatkan daftar pengundi melebihi satu juta, iaitu Kedah 1,146,492 manakala Kelantan dengan 1,049,527 pengundi...


Sedangkan jumlah pengundi berdaftar pada tahun 2018 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hanyalah seramai 847,793...


Buktinya, kadar purata daftar pengundi di negeri Kelantan, Kedah dan Kuala Lumpur adalah hampir sama iaitu sekitar 75,000 pengundi setiap kawasan....


Jadi sebenarnya DAP tidak ada asas yang kukuh untuk mendakwa kononnya kawasan Parlimen mereka di Kuala Lumpur terlalu ramai pengundi di satu kawasan... 


Di 11 Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, PH menguasai sehingga 10 kerusi kecuali Parlimen Titiwangsa yang di menangi BN pada PRU 15...


Sebenarnya dari 11 kawasan Parlimen di Kuala Lumpur, terdapat sehingga 6 kawasan Parlimen majoriti Melayu, iaitu Parlimen Batu, Wangsa Maju, Setiawangsa, Titiwangsa, Lembah Pantai serta Bandar Tun Razak...


Berbalik kepada risiko parti DAP yang mampu memecahkan kawasan sempadan mereka pada tahun 2025 nanti...


40 kerusi Parlimen DAP yang mereka menangi pada PRU 15 lalu, hampir kesemuanya merupakan kawasan Parlimen bandar...


Jika negeri Selangor gagal di tumbangkan PN pada PRN 2023 ini, tidak mustahil 40 kerusi DAP akan di pecahkan kepada 120 atau lebih menjelang tahun 2025...


Teknik ini sebenarnya telah berjaya di laksanakan oleh parti PAP di Singapura, yang sehingga ke hari ini menguasai sehingga 90 dari keseluruhan 100 kerusi Parlimen di negara Singapura...


Hari ini di Singapura, parti PAP hampir tidak boleh di tumpaskan walaupun hanya memperoleh 60 peratus undi popular pada PRU 2020...


Namun begitu, parti PAP di Singapura masih mampu memenangi lebih dari 80 dari 100 buah kerusi...


Ini adalah kerana negara Singapura mengamalkan sistem GRC iaitu parti yang berkuasa boleh menambah kerusi di kawasan Parlimen sebelum pilihanraya...


GRC iaitu "Group Representation Constituency" yang asalnya bertujuan membawa wakil dari kumpulan minoriti ke Parlimen Singapura...


Namun PAP telah 'berjaya' memperdaya pembangkang apabila wakil GRC kian bertambah yang asalnya 3 kepada 4 dan yang terkini 6 Ahli Parlimen dalam setiap GRC...


Dalam kata lain, dalam setiap kawasan Parlimen yang PAP lihat ada pengundi pembangkang, maka kawasan itu akan di jadikan GRC yang mana boleh di pecahkan kepada tiga, empat atau enam...


Tambahan pula setiap calon GRC perlu membayar sehingga SGD16,000 untuk bertanding, dan boleh hilang deposit jika gagal mendapat kurang dari 1 per 8 undi...


Ini menjadi beban yang besar kepada parti pembangkang yang tidak mempunyai kewangan besar seperti parti PAP yang telah lama menguasai kerajaan Singapura...


Presiden wanita Melayu pertama Singapura Halimah Yacob merupakan 'contoh' yang baik hasil sistem GRC kawasan Parlimen Mersiling yang baharu di wujudkan oleh parti PAP Singapura...


Malah parti pembangkang Singapore Democratic Party atau SDP telah membawa kes Parlimen Mersiling ke Mahkamah Tinggi Singapura pada tahun 2017...


Ini berikutan keengganan parti pemerintah Singapura PAP untuk membuat pilihanraya baharu selepas Halimah Yacob mengosongkan kerusinya ketika mahu bertanding pilihanraya Presiden...


Joshua Benjamin Jeyaretnam adalah pemimpin pembangkang "de facto" ke-5 berketurunan India dari Worker's Party... 


Beliau memenangi kerusi Parlimen Anson dari tahun 1981 sehingga 1987 sebelum Parlimen yang asalnya SMC atau "Single-Member Constitutency" bertukar kepada GRC...


Joshua juga masih berjaya memang dari tahun 1997 hingga 2001 walaupun hanya mewakili kawasan NPMC atau "Non-Constituency Member of Parliament"... 


Oleh kerana parti PAP gagal menang di kawasan Parlimen Anson walaupun majoriti pengundinya berbangsa Cina, maka parti PAP telah memperkenalkan sistem GRC pada tahun 1988...


Pada PRU 2020 Singapura, sebanyak 14 kawasan Parlimen adalah berstatus SMC atau "Single Member Constituencies", manakala sehingga 17 kerusi Parlimen pula berstatus GRC atau "Group Representation Constituencies"...


PRU 2020 Singapura menyaksikan buat pertama kali parti PAP gagal memperoleh undi popular apabila parti pembangkang Worker's Party berjaya memperoleh 50.9 peratus undi di 21 kerusi yang mereka tandingi... 


Namun, akibat sistem GRC yang memberi kelebihan kepada parti pemerintah PAP... 


Parti pembangkang Worker's Party hanya memperoleh 10 kerusi Parlimen walaupun menguasai di lebih 21 kerusi... 


Berlainan pula dengan parti PAP, walau gagal mempertahankan undi popular pada PRU 2020 di 21 buah kerusi, mereka masih mampu memperoleh sehingga 83 kerusi Parlimen...


Parti PAP hanya memperoleh 61 peratus undi popular keseluruhan pada PRU 2020, merosot dari hampir 70 peratus undi pada pilihanraya umum sebelumnya...


PAP merupakan parti kedua dunia memerintah paling lama dengan 15 penggal berturut-turut sejak merdeka tahun 1959, selama 66 tahun...


PAP di jangka bakal memecah rekod parti dari negara Mexico yang memerintah paling lama dunia dari tahun 1929 hingga tahun 2000, iaitu Institutional Revolutionary Party selama 71 tahun...


Jumlah pengundi negara Singapura pada PRU 2020 hanyalah seramai 2,647,232 pengundi, itu pun polisi yang mewajibkan membuang undi bagi rakyat berumur 21 tahun ke atas...


Jika di bahagi dengan 100 kerusi Parlimen Singapura, maka purata pengundi di setiap kawasan hanyalah seramai 26,472 sahaja...


Berbanding purata pengundi di Malaysia mencecah 67,300 di setiap 222 kawasan Parlimen dengan hampir 15 juta pengundi pada PRU 14 lalu...


Kepada pengundi Melayu di kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia, terutamanya di Lembah Kelang...


Adakah anda begitu yakin apa yang parti PAP telah lakukan di negara Singapura seperti yang kami dedahkan ini...


Tidak akan di lakukan oleh parti DAP di negara Malaysia untuk menggantikan rekod parti UMNO yang memerintah lebih dari 60 tahun... 


Adakah layak parti rasis serta ekstrimis agama seperti DAP layak memerintah negara ini... 


Parti yang menentang hak istimewa kaum Melayu Bumiputra, tetapi mahu memperolehnya untuk kaum Cina... 


Lim Guan Eng ketika menjawat jawatan Menteri Kewangan Malaysia pada tahun 2018 selepas PH menang tipis dengan 113 kerusi atas bantuan parti Bersatu... 


Buat pertama kali memberikan bantuan kewangan RM12 juta kepada 63 buah sekolah menengah persendirian Cina atau SMPC seluruh negara... 


Walau hanya RM12 juta, namun setiap sekolah menerima hampir RM200 ribu bantuan yang tidak layak di berikan, jika berdasarkan fasiliti SMPC yang bertaraf kolej... 


63 buah SMPC tersebut juga enggan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar...


Malah SMPC menggunakan kurikulum dari negara Taiwan, serta menuntut pula kerajaan mengiktiraf Sijil UEC, agar lepasan SMPC boleh memohon ke IPTA serta perkhidmatan awam... 


Bantuan kewangan Lim Guan Eng kepada lebih satu ribu sekolah pondok serta SAR yang berdaftar, walaupun berjumlah RM80 juta...


Namun setiap sekolah agama tersebut mendapat tidak lebih dari RM65 ribu, sedangkan fasiliti sekolah agama di negara ini jauh lebih daif dari SMPC... 


Atau parti yang menyokong agar Kalimah Allah boleh di gunakan oleh Kristian dalam kitab Injil versi Bahasa Malaysia... 


Serta semua terbitan media Kristian Bahasa Melayu seperti di Sabah dan Sarawak, seperti yang pernah di minta oleh Lim Guan Eng pada tahun 2012... 


Di sokong pula oleh Kerajaan Madani Anwar Ibrahim yang bertindak menarik semula rayuan KDN terhadap kekalahan Mahkamah Tinggi kes Kalimah Allah Lawrence Bill dari Sarawak di Mahkamah Rayuan... 


Jill Ireland Bill Lawrence pada tahun 2008 telah di tahan pihak Kastam Diraja Malaysia ketika membawa tiga bahan media dakwah agama Kristian berbahasa Melayu berbentuk CD yang menggunakan Kalimah Allah di LCCT Sepang... 


Negeri Selangor antara yang melarang sama sekali penggunaan Kalimah Allah oleh bukan Islam atas titah Sultan Selangor sendiri...


Namun mereka berani kerana tahu Sultan Selangor hanya berkuasa di Mahkamah Syariah dan bukannya Mahkamah Sivil... 


Malah mereka tahu kuasa YDPA juga berada di bawah nasihat Perdana Menteri dan Parlimen serta Perlembagaan Persekutuan... 


Majlis Raja-Raja juga sebenarnya tidak mampu mengeluarkan arahan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan, melainkan dengan kuasa dua pertiga Dewan Rakyat... 


Sedarlah wahai bangsa Melayu, bahawa kuasa monarki mutlak di Tanah Melayu telah pun terhapus dengan tumbangnya Empayar Melaka Sultan Mahmud Shah pada tahun 1511... 


Serangan di ketuai Alfonso De' Abuquerque yang di bantu talibarut Melayu 'Si Kitol', dengan membawa agenda menjadikan Tanah Melayu Kristian oleh Raja Portugal Raja Manuel I pada ketika itu... 


Sebenarnya Raja Manuel I telah pun mula menghantar perisik ke Melaka yang menumpang kapal saudagar Muslim seawal tahun 1506...


Misi Francisco Pereira dan Estevao De Velhena bagaimanapun telah gagal apabila kehadiran mereka berjaya di kesan saudagar Muslim dan nyaris terbunuh di Pantai Coromandel serta hampir gagal pulang ke Cochin... 


Pada tahun 1508 serta 1509 Raja Manuel I terus menghantar armada 4 buah kapal yang di ketuai komander Diego Lopez De Sequiera... 


Yang kononnya mahu berdagang atau berdiplomasi, namun sebenarnya untuk merisik kekuatan serta kelemahan Sultan Mahmud... 


Diego Lopez De Sequiera ketika hampir melabuhkan sauh di pelabuhan Melaka, sempat mendirikan salib di dua tempat untuk menandai kawasan kononnya mereka temukan...


Sehingga ke hari ini setelah lebih dari 500 tahun telah berlalu, agenda untuk menjadikan Tanah Melayu wilayah Kristian masih berjalan... 


Selama lebih 400 tahun inilah kononnya Tanah Melayu telah terjajah oleh Portugis, Belanda dan British... 


Yang mereka berjaya ialah menjarah hasil bumi Tanah Melayu yang mungkin bernilai trilion ringgit pada hari ini... 


Walhal sebenarnya mereka masih gagal menukar Tanah Melayu menjadi wilayah Kristian, melainkan telah berjaya menjatuhkan sistem monarki Empayar Perdagangan Islam Melaka... 


Seperti yang telah berjaya mereka lakukan di Filipina, Laos, Myanmar serta Thailand malah sebahagian dari Indonesia... 


Agenda Kristianiti ini masih lagi sedang giat di teruskan parti politik yang tertubuh atas restu British dan Amerika seperti DAP, malah UMNO mahupun PKR serta Amanah sanggup bersubahat demi kuasa dan harta... 


Penubuhan parti politik UMNO di Istana Besar Johor pada tahun 1946 hanyalah rancangan licik Residen British Sir Harold MacMichael... 


Beliau yang berpatah balik ke Tanah Melayu selepas di halau Jepun dari Singapura pada tahun 1941... 


Di percayai telah berpakat atau memperdayakan Sultan Ibrahim dan Dato' Onn Jaafar untuk menjalankan propaganda penubuhan Malaya Union untuk mendapat sokongan bangsa Melayu... 


Tidak ada dalam buku sejarah bahawa Parti politik Melayu yang pertama di Tanah Melayu iaitu Kesatuan Melayu Muda atau KMM yang di asaskan seawal tahun 1938... 


KMM di asaskan oleh Ibrahim Yakcob, kemudian menjadi Parti Kebangsaan Melayu Malaya atau PKMM, parti kebangsaan pertama Tanah Melayu pada tahun 1945, setahun sebelum UMNO di tubuhkan pada tahun 1946...


PKMM adalah hasil gabungan dari parti KMM serta Parti Komunis Malaya yang menjadi parti politik pertama Tanah Melayu seawal tahun 1930... 


PKM ketika itu di asaskan oleh Mokhtaruddin Lasso, Arshad Ashaari, Rashid Maidin serta Abdullah C.D bergabung bersama Dr. Burhanuddin al-Helmi serta para Ulama' membentuk pula Hizbul Muslimin... 


Dr. Burhanuddin al-Helmi kemudian di lantik menjadi Yang Di-pertua Agong PAS antara yang pertama... 


Beliau bakal Perdana Menteri Malaysia yang pertama jika tidak kerana perisikan CIA berjaya mendapat tahu bahawa Dr. Burhanuddin al-Helmi... 


Bersama-sama Presiden Indonesia pertama Sukarno dan Muhammad Hatta mahu mengisytiharkan kemerdekaan penuh Indonesia dari Belanda serta Tanah Melayu dari British serentak pada tahun 1945...


Lalu Amerika sengaja membiarkan Jepun menyerang pengkalan tentera lautnya di Pearl Harbour, Hawaii untuk mencari alasan menjatuhkan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki pada tahun 1945... 


Pengunduran Jepun dari Tanah Melayu pada 15 Ogos 1945 setelah di bom Amerika, hanyalah dua hari sebelum Presiden Sukarno dan Muhammad Hatta mengumumkan kemerdekaan penuh negara Indonesia... 


Indonesia berjaya merdeka sepenuhnya dari Belanda pada 17 Ogos 1945 dengan Sukarno menjawat Presiden pertama dan Muhammed Hatta sebagai Timbalan Presiden... 


PKM pula kononnya sebuah parti Komunis Cina yang kejam sebenarnya hanyalah sebuah propaganda British dan UMNO... 


Walhal Chin Peng hanya menyertai PKM ketika Jepun mendarat di Tanah Melayu pada tahun 1941...


Itu pun Chin Peng di beri kuasa mengetuai Bintang Tiga iaitu sayap ketenteraan parti PKM bagi bangsa Cina untuk melawan Jepun... 


Manakala MPAJA pula ialah sayap ketenteraan parti PKM bangsa Melayu yang di ketuai Mat Indera untuk melawan British... 


Mat Indera bersama anggota MPAJA yang sebenarnya bertanggungjawab menyerang Balai Polis Bukit Kepong di Muar, Johor pada tahun 1950 dan bukannya Chin Peng bersama Bintang Tiga... 


Hizbul Muslimin pula merupakan biro agama bagi parti PKMM sebelum kesemuanya di haramkan British dengan menggunakan Ordinan Daurat Tanah Melayu 1948, darurat pertama di Tanah Melayu... 


Ribuan pejuang sebenar serta sebenar Tanah Melayu dari parti PKM, KMM, PKMM malah Hizbul Muslimin telah di tangkap serta di penjarakan tanpa perbicaraan di semua penjara yang di bina British... 


Hanya segelintir pemimpin Hizbul Muslimin yang sempat menyertai parti UMNO demi mengelakkan di tangkap oleh British, kemudian menjadi biro agama UMNO sebelum keluar menjadi parti PAS sebelum Pilihanraya Pertama Perundangan Tanah Melayu 1955...


PAS yang ketika itu masih lagi Parti Islam Se-Malaya gagal menyaingi Parti Perikatan yang di anggotai UMNO, MCA serta MIC dalam pilihanraya tersebut... 


Parti Perikatan di bantu British dengan memberi kerakyatan percuma kepada pendatang dari Cina dan India... 


Iaitu hasil dari perjanjian "jus soli" agar British 'membatalkan' hasrat mereka yang mahu menubuhkan Malaya Union... 


Parti Perikatan juga berjaya memenangi Pilihanraya Perundangan 1955 dengan mengugut bangsa Melayu ketika itu kononnya Tanah Melayu akan berada di bawah naungan Queen Elizabeth jika UMNO tewas... 


Tepuk dada tanyalah iman, mahukah anda menyerah kalah setelah lebih 500 tahun Tanah Melayu berjaya bertahan dari menjadi negara Kristian... 


Dan memberi kuasa kepada parti DAP yang menggunakan Anwar Ibrahim untuk terus berkuasa... 


Tidak mustahil sehingga mengubah Perlembagaan Persekutuan menjadikan Kristian pula sebagai agama rasmi Persekutuan Malaysia... 


Jangan sia-siakan lebih dari 200 ribu nyawa orang awam serta lebih 20 ribu tentera Jepun yang terkorban di Hiroshima dan Nagasaki pada tahun 1945 akibat ledakan bom atom Amerika... 


Ketahuilah bahawasanya Maharaja Jepun telah menyambut seruan dari Sultan Turki Uthmaniyyah yang terakhir ketika Kemal Ataturk sudah pun menjadi Presiden Republik Turki yang pertama... 


Walaupun Empayar Turki Uthmaniyyah telah tumbang pada tahun 1922 ketika Perang Dunia Pertama...


Namun Sultan Abdul Majid II masih lagi di lantik sebagai khalifah, walaupun tidak lagi berkuasa penuh selepas Turki menjadi negara Republik... 


Sultan Abdul Majid II berjaya bertahan sehingga tahun 1924 sebelum di singkirkan dari istana, hidup dalam buangan di Paris sebelum meninggal dunia pada tahun 1944...


Sultan Abdul Majid II di percayai sempat menghantar mesej kepada Maharaja Empayar Jepun agar menghalang penguasaan British di Tanah Melayu sebelum meninggal dunia...


Jepun menghantar armadanya ke Tanah Melayu melalui negeri Kelantan yang ketika itu masih berada di bawah Empayar Uthmaniyyah... 


Jepun mendarat di Kelantan hampir satu jam sebelum Pearl Harbour di serang, jadi mana mungkin pihak perisikan British MI6 tidak menyampaikan berita kepada CIA Amerika... 


Malah tentera udara Jepun juga turut menyerang Hong Kong dan Singapura untuk memberi tekanan kepada British... 


Turki Uthmaniyyah dan Jepun bekerjasama agar Kapitalis Barat dapat di halau dari Nusantara termasuklah mengusir keluar Belanda dari Indonesia dan British dari Tanah Melayu... 


Tentera Jepun tidak pernah membunuh penduduk Melayu tanpa sebab kecuali yang bekerja dengan British...


Namun Jepun memburu bangsa Cina kerana ketika itu mereka sedang berperang dengan negara China di Manchuria sejak tahun 1931...


Malah anggota serta pemimpin dari parti politik KMM turut membantu serta menyambut tentera Jepun, agar British segera di usir dari Tanah Melayu... 


Ibrahim Yakcob pengasas KMM di lantik Jepun sebagai Komander Giyuugun berpangkat Leftenan Kolonel kerana banyak membantu Jepun dengan menunjuk arah serta sebagai jurubahasa... 


Parti KMM ketika itu merupakan sebuah gerakan politik yang di asaskan sekumpulan guru pelatih dari Maktab Perguruan Sultan Idris, hari ini telah menjadi Universiti Pendidikan Sultan Idris... 


Mereka mendapat inspirasi yang kuat dari kisah manusia pertama belayar mengelilingi dunia iaitu Panglima Awang Hitam, "Henry the black" atau "Enrique of Malacca"... 


Yang kononnya hanya seorang hamba Melayu yang berumur 14 tahun ketika di tangkap Kapten Ferdinand Magellan dari Portugis semasa menakluk Melaka pada tahun 1511...


Kisah Panglima Awang Hitam juga sebenarnya telah di jadikan inspirasi dalam penghasilan filem trilogi terkenal "Pirates of Caribbean"... 


Watak Panglima Awang Hitam di bawa oleh pelakon utama atau "hero" filem tersebut iaitu Johnny Depp sebagai Kapten "Jack Sparrow"... 


Manakala watak Kapten Hector Barbossa yang berkaki satu pula bukanlah kebetulan serupa dengan nama kapten kapal sebenar iaitu Duarte Barbossa yang bersama ekspedisi mengelilingi dunia pertama Ferdinand Magellan... 


Mana mungkin Panglima Awang Hitam hanyalah seorang hamba kepada ekspedisi Ferdinand Magellan, jika wataknya dalam sekuel filem Pirates of Caribbean di lakonkan hero terkenal Hollywood Johnny Depp... 


Hubungan Maharaja Jepun Empayar Meiji dan Turki Uthmaniyyah hampir menjadikan Jepun sebuah negara Islam sekitar tahun 1890...


Delegasi kapal besar "Erturgul" dari Turki ke Jepun yang kemudian karam dalam perjalanan pulang sehingga mengorbankan lebih dari 500 nyawa... 


Tragedi tersebut telah mendapat simpati luar biasa dari Maharaja serta Maharani Jepun Empayar Meiji sehingga di bina Kushimoto Turkish Memorial and Museum di Kushimoto, Wakayuma... 


Kemudian pada abad ke-20, Kotaro Yamaoka atau nama Islamnya Omar Yamaoka, orang Jepun pertama mengerjakan Haji di Mekah pada tahun 1909... 


Omar Yamaoka telah meminta pertolongan Turki Uthmaniyyah untuk membina Masjid Kobe pada tahun 1935 dan Masjid Tokyo yang terbesar pada tahun 1938, menjadikan dua masjid tunggal di Jepun sehingga ke hari ini... 


Pada tahun 1906, suatu kempen propaganda meluas di Jepun dalam dunia Islam apabila di katakan Maharaja Mutsuhito Empayar Meiji bakal memeluk Islam dan menjadikan Islam sebagai agama rasmi negara Jepun.... 


Terbukti pada hari ini, bangsa Melayu telah tertipu dengan propaganda barat kononnya Empayar Jepun adalah kejam dan jahat... 


Cukuplah ribuan datuk moyang kita yang terpedaya dengan British dan terkorban ketika bertempur dengan Jepun... 


Seperti kisah Leftenan Adnan yang bermatian mempertahankan Bukit Candu di Singapura demi mempertahankan British dari Jepun pada tahun 1941...


Sedangkan British tidak ada satu kereta kebal pun di Tanah Melayu, tidak seperti Jepun yang membawa hampir 500 buah kereta kebal... 


Walhal kapitalis barat seperti British dan Amerika yang sebenarnya penjenayah antarabangsa, menipu seluruh dunia dengan revolusi industri dan demokrasi kononnya... 


Ibarat Sang Dajjal, mereka sebenarnya menghambakan sesebuah negara dengan sistem riba tanpa sedar... 


Na'uzubillahimunzalik. Wallahu'alam. Allahu' Akbar...


#MalayanCyberForces #kobidkonspirasi #banjirkonspirasi @MalayaCyberForces

takraw mssd kuala langat 2023

 *_KATEGORI B15*_ 


 *TEMPAT KETIGA BERSAMA :* 

SMK SIJANGKANG JAYA  A

SMK SIJANGKANG JAYA B


 *NAIB JOHAN* 

SMK SG MANGGIS A


 *JOHAN* 

SMK BATU LAUT A


 *_KATEGORI BUKAN MELAYU B15_* 


 *TEMPAT KETIGA BERSAMA:* 


SMK SG MANGGIS A

SMK SG MANGGIS B


 *NAIB JOHAN* 

SMK TELOK PANGLIMA GARANG B


 *JOHAN* 

SMK TELOK PANGLIMA GARANG A


 *_KATEGORI BAWAH 18*_ 


 *TEMPAT KETIGA BERSAMA:* 


SMK BUKIT CHANGGANG A

SMK BATU LAUT A


 *NAIB JOHAN* 

SMK BATU LAUT B


 *JOHAN* 

SMK TELOK PANGLIMA GARANG A


 *_PEMAIN TERBAIK APIT KANAN*_ 


 *BUKAN MELAYU-* SURIASSHANKER A/L SUPPIAH


 *B15* - MUHD ARIF BIN ZAINI


 *B 18 -* NUR IMAN HAKIMI BIN NORRIHAN


 *_PEMAIN TERBAIK APIT KIRI*_ 


 *BUKAN MELAYU-* KARTHIK A/L YUHESVARAN


 *B15* - ABDUL MU'IZZ BIN KHAIRUL AKMAL


 *B18* - MUHD AZRIEL BIN MOHD AZMAN


 *_PEMAIN TERBAIK TEKONG_* 


 *BUKAN MELAYU* - RUBEN A/L RAJANDIRAN


 *B15-* MUHD AQIL DANISH BIN MOHD ZAINI

 

 *B18-* AMEER HAIRY BIN SHAHRIL AZMAN


 *PIALA PUSINGAN B15-* SMK BATU LAUT


 *PIALA PUSINGAN B18-* SMK TELOK PANGLIMA GARANG

Isnin, 3 Julai 2023

Hj salam

 Ada sorang haji ni. Ustaz tak ingat nama. Dia baru pindah ke kawasan rumah flat di Gombak.


Haji ni ada satu kelebihan. Dia suka bagi salam terutamanya orang surau kat kawasan tu.

.

.

Bila jumpa orang, dia cepat-cepat bagi salam.


“Assalamualaikum.”


Pernah satu hari tu dia ke kedai. Dalam perjalanan jumpa Ustaz Rafiuddin. Macam biasa, dia pun bagi salam sambil angkat tangan.


“Assalamualaikum, Ustaz.”


Ustaz Rafiuddin pun jawab,


“Waalaikumsalam. Haji nak pergi mana?”


“Nak ke kedai. Beli roti.”


Selepas bertegur sapa sepatah dua, dia terus berjalan ke kedai. 

.

.

Nak dijadikan cerita, dia terlupa bawa duit. Terpaksa patah balik ke rumah ambil duit.


Dalam perjalanan ke rumah, dia jumpa Ustaz Rafiuddin lagi. Dia angkat tangan tinggi-tinggi dan bagi salam.


“Assalamualaikum Ustaz.”


“Waalaikumsalam. Dah beli roti ke haji?” Tanya Ustaz Rafiuddin.


“Belum. Saya terlupa bawa duit. Nak balik rumah ambil duit.”


Tak buang masa dia cepat-cepat kembali ke rumah.

.

.

Ketika dan perjalanan ke kedai buat kali kedua, dia jumpa Ustaz Rafiuddin lagi. Sama macam tadi, dia tetap bagi salam. 


Sama juga dengan perjalanan balik dari kedai, dia bagi salam lagi.


“Assalamualaikum.”


“Assalamualaikum.”


Pagi tu saja, 4 kali dia bagi salam pada Ustaz Rafiuddin. 

.

.

Bunyi macam kelakar tapi suka bagi salam adalah Sunnah nabi. Kita mendoakan kesejahteraan orang lain.


Oleh kerana hobi haji tu suka bagi salam, orang gelarkan dia “Haji Assalamualaikum.”


MashaAllah.

.

.

Walaupun Haji tu suka bagi salam, dia ada satu kelemahan. Sejak pindah ke situ, dia tak pernah pergi ke surau. Asyik lalu lalang di depan surau dan bagi salam pada orang surau saja.


Sikap haji tu jadi buah mulut penduduk kawasan tu.


“Asyik bagi salam saja, surau tak pernah singgah pun.”

.

.

Tak lama sekitar setahun lebih lepas tu, ada seorang lelaki meninggal. 


Bila sebut nama orang tak kenal nama. Tapi bila anak dia cerita ayahnya suka beri salam, barulah orang tahu 'Haji Assalamualaikum' telah meninggal dunia.


Jenazah dibawa ke surau untuk dimandi serta disolatkan.


Bila semua urusan selesai, Haji Rafiuddin pun borak-borak dengan anak arwah. Masa borak-borak tu dia pun tanya dengan nada yang lembut,


“Kenapa ayah kamu tak pernah datang surau sejak pindah ke sini. Dia baik orangnya. Suka bagi salam.”


Dengan nada sebak, si anak jawab.


“Ustaz, sebelum pindah sini ayah saya memang orang surau juga. Dia selalu solat jemaah kat surau. Setiap kali masuk waktu solat, dia akan solat berjemaah di surau.”


“Cuma, ayah saya menghidap kanser usus. Beberapa tahun kebelakangan ni dia terpaksa menggunakan beg stoma setiap masa. 


Ayah tak ke surau sebab bimbang beg tu bocor dan najis terkeluar kena karpet surau. Takut susahkan orang lain nak kena cuci karpet surau. Itulah punca dia tak ke surau.”

.

.

Tambah si anak lagi,


“Ayah rindu sangat nak ke surau. Sebab tu dia suka lalu lalang depan surau dan bagi salam.


Bila dengar azan dan masuk waktu solat, dia rindu sangat nak ke surau. Ayah selalu keluar jalan-jalan supaya dapat jumpa dan bagi salam pada orang surau.”


Allahuakbar. 


Semua orang surau yang dengar cerita tu rasa sedih. Rasa bersalah pula sebab tak pernah tanya dia, “Kenapa haji tak pergi surau?” masa dia hidup. Tak pernah ziarah dia di rumah. Sampai ke tahap bersangka buruk pada arwah.


Apatah lagi orang yang pernah bersangka buruk pada haji ni. Makin bertambah rasa bersalah dan menyesal atas apa yang berlaku.

.

.

Masa dengar cerita ustaz rasa sebak. Mungkin sebab ustaz pernah merasai apa yang arwah Haji ni rasai. Rindu nak ke masjid dan surau bila diuji dengan masalah kesihatan. Rindu nak solat berjemaah dengan kawan-kawan.


Tapi apakan daya. Setiap takdir Allah, pasti besar hikmahnya.

.

.

Ada satu pelajaran besar yang Ustaz dapat dari kisah ini.


“Bila nampak keburukan orang, jangan cepat-cepat bersangka buruk dan berkata tidak baik.”


Dengan orang kita kenal pun kena sangka baik, apatah lagi dengan orang yang langsung kita tak kenal. 


Kena hati-hati. 


Dari prasangka buruk, akan keluar kata-kata buruk dan tidak baik. Silap-silap boleh jadi fitnah sesame Islam pula. Nauzubillah.

.

.

Akhir sekali, Ustaz nak kongsi satu kata Imam Shafie.


“Aku takut untuk berkata buruk akan keburukan orang lain, bimbang keburukan itu akan menimpa diriku sendiri.”


Betul tuan puan. 


Kita semua tak lepas dari ujian. Keburukan yang kita lihat pada orang lain itu adalah satu ujian. Sekarang, dia yang diuji. Entah di masa depan, kita pula yang diuji sedemikian. Nauzubillah. 


Tuan puan, tak kira apa jua bentuk ujian yang datang, semoga kita kekal di jalan ahsanu amala. Jalan orang yang beramal dengan sebaik-baik amalan. 


Moga kita kita selamat dari segala bentuk fitnah dunia. Amin.

.

.

#UstazHanafiMalek

Ahad, 2 Julai 2023

Sangka baik

 sahabat2... jom


Situasi 1  di Malaysia (wanita yang sempurna fizikal)
Wanita A: ustaz.. saya ada banyak masalah. . keluarga, suami , anak serta ibubapa saya sendiri sangat teruk.. kewangan saya juga kritikal. Kenapa Allah buat macam ni kepada saya? Apa dosa saya.. Di manakah keadilan Allah?? Dan saya tak fikir yang Allah itu Adil!

Situasi 2:di Thailand (pakcik yang sempurna hati)
Ada seorang pak cik yang cacat dengan tiada anggota tangan dan kaki.. Dia cacat dari segi fizikal. tapi, dia selalu datang ke masjid.. dia akan susun selipar para jemaah lain.. memicit rakan jemaah lain dengan bahagian lengannya.. Malah dia juga bekerja ketika di luar masjid ketika diluar waktu solat untuk menampung keluarga kerana dia sendiri mempunyai 8 orang anak.. dia sangat sangat bahagia dan di mulutnya sentiasa sebut..
'Allah sangat baik dengan aku...'
'Allah itu sangat Baik..'
'Allah itu Maha Baik'

Sahabatku syg...
Wanita tadi sempurna fizikal tapi cacat hatinya kan? dan
pak cik itu pula cacat fizikal tapi sempurna sekali hatinya...
pak cik itu bahagia hdupnya kerana dia ada Allah dalam jiwanya..
Dia mensyukuri nikmat lain yang Allah kurniakan...
Tiada kaki dan tangan hanya kekurangan yang SEDIKIT kerana merasakan diri memiliki terlalu banyak nikmat lainnya...

subhanallah...
di manakah kita dalam Situasi ini?. berfikirlah sejenak. ...
DI MANAKAH SEBENARNYA ALLAH Di HATI KITA?

inspirasi daripada seorang ustaz